Monday 30 December 2013

PERCUBAAN MASAK KARI TANPA SANTAN


Assalamualaikum...

Monday Blues ke? Aku hari ni ye!! Sebab ape?? Sebab aku tak sabar nak cuti hari rabu. Kan public holiday. Heee....  Ikutkan hati.. nak je aku cuti sampai jumaat.. Tp mengenangkan nasib aku ni pekerja kontrak, maka, setiap hari cuti bermakna duit aku takde. Faham???

Ok.. entry kali ni nak cite pasal kari ikan tanpa santan. Al-kisahnya... cuti last week, krismas kan... Aku bukak2 fridge, ada ikan kembung je. Ikan kerisi ada jgk. Tapi dah berkurun dalam peti tue. So, yang fresh is ikan kembung. Bila tny cik suami, dia cakap.. goreng je. Abang nak mkn dgn sambal belacan.

Aku pun.. alahai suami.. itu je hari2 yang dimintak. Kesian pulak aku. Yang sebenornye.. sbb aku tak tau nak masak apa dah dgn kembung ni. Aku suke makan singgang, tapi nanti aku masak singgang.. cik suami mau tak bertambah. Ye!!! Aku tak suke cik suami perut ke depan. Tapi aku sedih kalau dia makan apa yang aku masak, dia tak tambah utk 2x. Sebab bila dia tambah 2x, aku assume dia sgt suke apa yang aku masak. Hahahha

Pastu, TING!!!!!! Keluar idea. Nak masak kari ikan kembung. Nyam nyam!!! Tambah pulak sayur kobis, sambal belacan n timun. Wallah!!! Memang meleleh air liur. Aku pun bukan almari, cari2 santan kotak, NAN HADO!!!! Bukak fridge semula mana tau ada kelapa parut beku yang lama2.. NAN HADO jugak...

Tapi takpe. Otak aku kan menggeliga kata ko. Terus aku google cari resepi kari ikan tanpa santan. Ha!!!! Baru ku tahu rupanya senang gilos tahap ko cium semua jari ko. Macam tue la senang dia. Haha... Kena pulak tetiba rumah aku hari tue ada pulak kan daun kari.. Cuma yang takde bendi n tomato. Ada aku kesah.

Dan-dan pulak terjumpa resipi orang masak kari dalam kuali. Tak penah hayat aku masak benda2 berkuah dalam kuali. Dorang cakap nak elak ikan tue pny isi pecah la caner. So aku pun try.... nak bagi pekat.. 1 pek rempah kari ikan tue aku letak. Terbaik!!! ** PUJI DIRI SENDIRI ITU WAJIB!!!

Maka..... ini la makan tengahari aku.. =))


Makan tengahari yang marvelous!!!!
\



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday 11 December 2013

2ND Pregnancy : 28 Weeks...


Assalamualaikum wbt...

Rabu baru.... aku ingat kan dah hari Kames. UhukS!!!!!

Ok... alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.. dgn keizinanNya kandungan aku sekarang dah mencecah 28 minggu / 7 bulan.

Besar mana perut dah? Ntah.. aku rasa macam besar. Tapi orang ckp perut aku kecik je. N sometimes dorang terkejut yang aku tgh pregnan 7 bulan.Huu.. Mungkin aku pakai baju besar2.. so tak nampak pun. hee...

Perkembangan? Ko nak mana 1? Perkembangan baby or perkembangan barang baby. Kite cite perkembangan baby la hek?

Baby sekarang suke kicking n moving dalam perut ni. Kadang tue rasa bergegar perut aku ni. Tapi aku suke. Sbb aku tau dia sihat kat dalam ni.

Pastue dia suke dgr suara ayah dia agaknya. Sbb aku kejut2, dia tak nak bangun or gerak. Tapi bila ayahnya letak tangan atas perut ni, panggil2 baby.... baby.... terus yang menendang. I is jealous!! Ko mampu nak jelez dgn anak sendiri? Hahahah

Panggilan yang akan dipanggil lepas bergelar parents nanti???

- Mungkin akan dipanggil dgn ummi n babah.... =P

Sebab sebelum ni asek dgn mama babah. Tup tup kwn cik suami yang baru dpt anak early november ari tu, panggil macam tue.. Hmm... ingatkan dorang letak mummy daddy. Uhuks!! So sekarang tgh membiasakan diri dgn panggilan ummi. Macam alim plak la hai. Kikikiki.

Nama anak? Tak decide lagi. Tunggu dah masuk 8 bulan la decide. Sbb ktorang nak reconfirm semula dgn 4d details scan. Hee... " Maksudnye ape ni? Tak ley terima jantina anak masa memula scan dulu ke??"

Huh!!! Tak la. saja je. Sebab nama yang bermain di kepala asek la nama lelaki. Tapi scan masa 5 bulan hari tue, gegurl... so, krismas ni kita pg scan details lah nak tau lebih lagi kan. Heeee....

Barang baby? Jangan ditanya. Orang lain kalau dah masuk 7 bulan dah nak settle everything, aku ni baru nak membeli.

** Semangat masih tiada.. aiyak!!!


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday 25 November 2013

2ND PREGNANCY: Wajarkahh?



Assalamualaikum wbt

Ada monday's blues ke hari ni? Aku la tu.. tapi pagi tadi je. Bila nak masuk lunch, I is normal. Mungkin sebab semalam terlalu byk berjalan. Balik2 umah masak n terus iron baju byk2. Nak jalan dalam umah pun dah tak larat. Huish!!! Buruk perangai mak buyung. Agagaga


APe yang WAJARNYA??????

Aku sebenarnya tak sebetulnya baca2 or googling2 pasal kelahiran anak, pasal barang2 anak lagi. N ape yang teruk nye skrg... ada perasan kedekut nak beli barang anak. KO DAH KENAPA SYUHA???
Orang lain excited beli barang baby, aku lak so-so je dlu. Haha

Hari tue terbukak hati aku ni nak pegi IBEX baby expo kat KLCC tue. Okla.. nanti aku upload gambar. Next entry. Bile tue? Tak tau la.. Nak up 1 entry pun aku tak sempat. Ini pun sebab baru aku free time keje. Bile balik umah, tebongkang tdo. I is sgt bz hokayh lately ni.

Tapi bila dah beli... dalam checklist skit je ha rupenye baru beli. Suku pun tak sampai. Checklist barang baby tu ada pun sebab cik suami da insist sgt aku sowh cari checklist tue. Dia cakap dah kena beli. Ok FINE!!!!! Yela.. aku dok rasa awal lagi, awal lagi. Huhu.. Now da 6 mnths +++. Klu kata gaji aku 4k sebulan, boleh la kot nak borong sekali harung. Tapi gaji yang ada ni pun, alhamdulillah. Cecukup.. so kena la berdikit2 beli atas gesaan suami.

Petang ni aku nak g beli almari baby. YE!!! Aku tau awal. Tapi!!! Terpaksa beli. Sebab klu tangguh beli barang yang mahal2 ni, halamatnye.... time ko bersalin nanges ko nak keluarkan duit semua. so.. biar habis duit awal dari hbs lambat2. Nanti takla sesak sgt nanti kan. Dahla time pantang aku takde gaji kot. Keje kontrak. No work, no money.

Kadang2 bila compare dengan orang lain, aku rasa macam tak wajar je aku ni tak beli apa sgt utk anak. Tapi aku suke tgk barang2 baby ni. Cuma kadang2, rasa takut... rasa fobia dengan perkara yang lepas buat aku terlampau berhati2 utk tidak jadi too excited. Ntahla.

Sebab aku tgk officemate aku yang beza seminggu je dgn aku pregnant, dah banyak ok dia membeli. I is so jealous!!!! + bila dia cakap ada la skit2 lagi tak beli n aku... uit!! Biar betul dia nie... mst dia tak payah pk sgt kan utk for next few months ni utk beli barang2 baby dah. Ntahla.. aku penin.

Okla.. melalut sgt dah aku ni. Tak concentrate sgt pun update blog nie. Maca-macam dalam otak aku ni pk. Ok bye!!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday 7 November 2013

2nd PREGNANCY : MALAS !!!!


Assalamualaikum!!!

Ha... amek ko!! berkurun hoi tak hudpate blog nih.... Maafla. Sejak bos dah very straight utk ada check list keje.. aku baru prasan aku byk keje. Wakaka....

Tambah lg kemalasan melanda dan hanya jd silent reader pada blog2 yg aku follow. Itu je la keje. Updatenye idak.

Actually takde topic nk cite. Aku pun tak sure aku penah citer pasal kemalasan ni ke tak. Tapi aku tak kire. Aku nak citer gak pasal malas ni (kalaupun aku penah cite sebelum ni).

Sejak dah masuk 23 weeks ni (alhamdulillah).... kemalasan semakin melanda. TERRRRRUTAMANYA bab kemas rumah. Selalu dapur aku tip top kemas. Mesin basuh yang terletak di bahagian beranda dapur tue tak pernah dilekati debu. Asal debu je aku lap. Tapi sekarang!!!!! Nak je aku snap gambor mesin basuh aku tue. Betapa "BERSIH" nya dia. Tapi aku malu. Selalu setiap kabinet dapur aku akan lap2. Tapi kini tiada lagi. Yang penting tak besepah cukup dah di mata aku sekarang ni. Wahai anak. Mohon dijauhkan sifat kemalasan ini dari dirimu. Jgnlah berjangkit kemalasan aku skrg ni pada anak yang aku kandung ni.

Pastu kabinet tv aku ni jarang sgt nak berdebu. Tapi sekarang ni... aku sapu2 lantai tapi buat bodo je debu kat atas kabinet tv. Ada aku kesah skrg? Owh... sgt teruk aku ini. Harap cik suami bersabar. Uhuks!!!

Sebab MALAS????

Aku sendiri tak tahu. Mungkin skrg aku terlalu cepat penat. Dah mula terasa mengah. Asal balik keje, yang aku tau aku nak baring je.

N untuk pengetahuan korang, walaupun umah aku ni nampak bersih, aku still rasa bersepah. Aku pun tak tahu. Sebab aku rasa, sebelum ni, mungkin lagi kemas dan bersih. Sekarang cuma so-so sajork!!

Korang acaner masa pregnant? Terover rajin, Rajin, Malas atau Terover Malas....

Kadang-kadang bila smp je weekend or public holiday, kepala ni dok plan kemain nak kemas umah kasi berkilat kata ko. Alih2, aku takat basuh baju n kemas2 gtu je. Teruk kan????

Argh!!!! Aku tak suke perangai ini. Tapi aku tak dapat bendung kemalasan ini sekarang. WAAA!!!! Tulun!!!

Ok dah. Tue je nak citer. Haha

** Kalau rajin aku update pasal cik suami yg baru lepas convo hek??? Kalau la kan.
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday 22 October 2013

MASAK-MASAK DI MALAM HARI


Assalamualaikum wbt dan Selamat hari Selasa...

Udah Selasa. Yeay!!! Esk pg check up + nak scan baby dalam perut ni baby boy ke baby girl. Baby tak mau malu2 dgn mama n babah nanti k? Heee

Ok.. nak cite pasal masak-masak di malam hari.

Alkisahnya pas balik keje semalam, terus aku landing atas katil. Dah kata landing kan... mau nye tak terlelap mata ni kan? Cik suami kejut utk solat maghrib, pastu kesudahannya lepas je solat maghrib, kami sama-sama tdo. Cik suami sia ckp lg before lelap... " Kite start masak pukul 9 k " Pastue tdo...

Alih-alih ko tahu ktorang bangun pukul brapa? Pukul 12 malam hokayh!! Aku ni... mamai2... pk tak solat isyak lg... tak masak lg... tapi dalam hati 50-50 la nak masak ke idak. Sebab dah tgh mlm kan.

Tapi sebab dah tekad sgt dr ptg smlm aku nak masak tomyam.... Aku bangun, solat n terus masuk dapur. Lagi 1 yg jadi nak masak jugak sbb aku dah keluarkan lauk. Karang tak brapa elok pulak la kan keluar masuk fridge lauk tu. Hilang kesegarannya.

So, misi potong memotong ayam, sotong n sayur2 aku buat dengan cepat. Nasik aku suruh husband masak nasik 1 pot je. Sbb takut nanti membazir pulakkan klu masak byk2.

Cebur, campak kacau segala ramuan... maka terhasill lah....





Tom yam hentam saja.

Tak la rasa macam tom yam kedai. Tapi ini aku ingt2 lupa resipi mak aku. Ini namanya tom yam kampung hokayh. Kot ada kaki ayam pergh!!! Sedapnya. Selalu nya tomyam ni aku match kan dengan ikan goreng as penambah selera. Tapi itula kan.... Ikan dah habis. Tgl ayam daging sotong n lala. 

Dah pukul 1230 mlm baru start memasak, ko rajin ke nak goreng ayam pulak? So, aku rasa lengkap dah kot segala yang diperlukan dalam tomyam ni. Sayur n lauk2. Ko tgk tomyam aku..... byk tu kobis bunga.  Sebab aku sgt suke makan sayur2 dalam tomyam macam ni. Heee

Note: Nasik 1 pot tue tak cukup utk aku laki bini. Sebab kesian dkt cik suami, aku amek skit sgt nasik lebih kan sayur2 dalam pinggan aku. Sanggup rasa tak cukup sebab nak bg suami kenyang. Isteri mithali tak aku? **Ok... korang boleh muntah sekarang. hehe....

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday 21 October 2013

HARI RAYA KORBAN ~ENTRY BERGAMBAR~


Assalamualaikum wbt...

Isnin sudah. tak payah nk Monday blues sgt la... dah pukul 3 ni. hiks!! Actually today mood terganggu skit. Sebab hari ni start selsema... Bertahan dgn dugaan Allah... klu blh tak mau la smp demam. Sebab ak mmg tak ambil ubt lgsg time preggy ni. Fobia noks!!!

Ok. Hari ni nak ada entry bergambar la pulak. Sebab adik aku baru je email pic raya. Even tak byk gmbr..boleh la dari takde ye dak? Tapi sayang pic rendang daging, rendang ayam n also kuah kacang aku tak amek pong. Tapi sedap cakap ko mak aku masak. (Sape2 pun akan ckp sedap masakan mak tu ye dak?) Sedapla sampai cik suami makan pagi tu saja bertambah 4x. Hehe...

So... mari tgk gambar raya. Heee.


So.... inila gambar keluarga kecil aku. 
Dari kiri (berdiri) : adik bongsu, aku, suami yang ku cintai, adik no.3 dan along aku
Depan (duduk) : abah n mama

Punyela nak bergambar dekat luar rumah. Kengkonon nak outdoor la sgt kan. Panas hokayh. Nasib panas pagi. Tahap lepas smyg raya, makan2...then terus bergmbar...sempatla sedut vitamin2 mana ada dari cahaya matahari tu.


Ini pulak sesi bergambar aku dgn cik suami. Ko npk tak gelojoh aku tarik leher suami nak kiss???? Kot geli tutup la mata tu hokayh!! Cik suami pulak macam " Ok syg...nak kiss kat mana ni? "" Wakakaka
Gambar pulak blurr kan. Adik aku la ni (tetiba nak salahkan adik aku).... mana aku tau dia amek gambar. Tidak aku statik jap cium pipi cik suami. Hehe...


Ha... yang ni even tak penuh..tp takla blurr n shaking pic.. salam jgn tak salam.


Time ni cik suami plak bersalaman dgn mama n abah. Ko tgk sape yg tgh diri tue. Npk sgt sememeh pemakaiannya. Aku la tue. Mak buyung yg baru nk buyung-buyungkan lagi perut dia. haha


Ni lak adik-adik aku yg tgh bersalaman dgn mama n abah. Ko tgk!!! Aku lg menyibuk berdiri. Dah kenapa pic aku asek takde kepala je. Cik suami la ni yg amek pic. =p


Dah tu je gambar. Ada lagi skit gambar. Tapi sbb ada pic aku yang tak semenggah (sbb aku rasa aku tak lawa sgt raya kali ni -----> budget aku lawa la tiap kali raya. wakakaka)... so, ini jela gambar yg aku nak bagi silent reader yang baca blog aku ni. Hehe.. Mekaseh la walaupun takat singgah2 cuci taiik mata yang lekat kat mata tue. Huu... jgn marah.

p's: pas ni nak rajin skit bergambar la. Baru macam best blog aku ni. Huhuhu 












InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday 17 October 2013

TERINGIN


Assalamualaikum wbt...

Hari ni dah hari khamis dah. Yeay!!! Esok jumaat then cuti. Yes! Yes! Sambil lompat bintang!!

Well... hr ni kan, takde keje sgt dkt ofis. Cuma ketidak selesaan kain baju kurung ni yang dah semakin ketat sbb baby dah makin membesar kan. Alhamdulillah...xmo merungut. Xmo merungut.

Ape yang teringin sangat tue? Mengidam ke? Hehe... takla... setakat ni xde la ngidam bukan-bukan. Aku ngidam semua hand made cooked punye. Itu pun yg aku masak sndri. Haa... kan senang.

Yang aku teringin is... aku teringin nak macam blogger-blogger yang lain. Amek ttg susun atur dapur la.. susun atur ruang tamu, cerita buat ape hari ni + dgn gambar sekali tau. Sbb aku pun suka baca. Tgk pic2 dorg jadi sumber inspirasi jgk kan???

Tapi... aku tak serajin mereka. Pemalas hampeh!! Kadang nak snap pic makan ape...then plan esok nak citer dalam blog walau pun aku tidak la pandai masak sgt kan. Tp aku just snap, tp post kat instagram sajork!!! Sbb aku malas nak transfer2 bagai. Sebab aku rasa, orang lain lg menarik dr crita aku. Huihuihui. Sungguh ni aku ckp ni tau!!

Macam raya haji kelmarin, nak je snap diri sendiri ni yang buat adik beradik aku rs pelik perut aku dah besar. Nak amek gambar rendang ayam, daging n kuah kacang yang superb dari air tangan mak aku, nak cerita caner aku buat kek coklat dgn adik2... tapi aku tak terpk nak amek pong semua tue!!!

Mungkin sbb aku dah lama tak post anything dkt facebook, n dah lama tak cerita2 semua ni.. so aku lebih rela aku enjoy sendiri. Padahal semua tue kenangan hoi!!!! Dan aku rasa blogger lain CONFIRM akan ambil kan? At least skit la kan? Ntahla aku ni... kata nak jadi blogger. Tapi takat cni je kot. Tak sehebak orang lain lagi.

Sobs!!

Dah tue je nak citer. Bubyy!!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday 8 October 2013

2ND PREGNANCY: STARBUCK, COFFEE BEAN... NESCAFE, KOPI MCD, DAN SEANTERO DGNNYA~

Assalamualaikum wbt.

Hari ni byk keje oi!!! Takpe. Byk keje maksudnye sentiasa buat keje. Ni pun aku rehat jap. Rasa lama nau tak hupdate blog.

Ko kalau baca entry aku hr ni ko rasa ape?? Adakah aku tgh mengusha harga..adakah aku kaya beli kesemuanya hari ni? Takde maknanye.. Den gaji tak dapek2 lagi ni ha. Deng!!!!

Sebenaqnya..... da 19 weeks ni, aku berjaya tidak minum air kopi. Tapi!!!!! Last week (18wks pregnancy) , aku telah buat nescafe o yg sgt cair. Dapat rasa pun takpe. Takde sape yang tau. Kahlkahkahkah (gelak jahat).

Aku tak tau cik suami dpt tak cari blog aku ni. Yang dia tau aku ada blog je. Hehe... Kalau dia tau, n dia baca post aku yg ni... mati la dia bebel. Ko tau dia bg aku minum kopi ni bile??  7 BULAN HOI!!!! Bulan 12 ha baru blh minum. Sadis tak?? Aku peminat tegar hokayh kopi2 ni.

Starbuck tu, kengkadang la kot ada rezeki lebih aku beli la kat drive thru highway plus tue. Coffee Bean sbb aku ngidam... nescafe (NAKKKKKKKK SGT!!!!!!!), kopi MCd sbb skrg McD dah keluar byk jenis coffee..aku rasa nak try semua.... argh!!!! Seksa jiwa batin.

TAPI......

Aku tau aku perlu berkorban utk anak ini. Aku tau aku tak sekuat mcm org pregnant yg lain. Aku pregnancy woman yg sgt perlu berhati-hati sentiasa. Melasak lgsg tak boleh. Semua tue dugaan kan?

Tue je nak cite.

*** Korang suke tak minum kopi?? Sedap kan? Bau dia..nyum2...
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday 1 October 2013

AL-FATIHAH


Assalamualaikum wbt...

Actually nak update cite ni smlm... tapi sbb sedikit je sibuk, so kite cite hari ni.

Aku tak mau cite details. Cuma ingin memaklumkan.

Al-Fatihah kepada arwah suami kawan aku masa foundation kat Kulim dulu atas pemergian suaminya ahad lepas.

Kenapa aku tetiba nak up cerita ni padahal kawan tu tak rapat pun. Well, as a muslim..kita harus berasa simpati kepada setiap yang terjadi. Semuanya atas Qada' Qadar Allah. Semuanya atas ketentuanNya.

Kalau korang baca paper Berita Harian atau Sinar Harian, ada tajuk Pengantin Baru Lemas dekat Air Terjun Asahan.

Details mengenai ini, sape2 yang baca tau la. Aku tak sanggup nak cerita. Menyayat hati. Sebab.... arwah lemas depan mata si isteri.

Yang lagi sedih, yang buat aku hampir menangis... sbb dorang tak sampai sebulan berkahwin. baru kawen awal september hari tu. Honeymoon di Korea. Saat indah pengantin baru tak hilang lagi, kini dah kehilangan suami.

Allah lebih menyayangi suami dia. Moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnn


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday 27 September 2013

JOURNEY TO BE A MOTHER : PEE PEE


Salam Jumaat.

Aku sebenarnya mencari-cari idea ni ha...nak tulis ape la kat belog aku ni. So, hari ni jom citer pasal kekerapan buang air kecil atau bahasa kasar nya....kencing. =P

Sebelum aku pregnant,sebelum aku kahwin malah sebelum aku tunang lagi, aku mmg kaki shishing ni.
(shishing= kencing ; bahasa aku selalu ckp dgn cik suami.Or mungkin akan diperturunkan perkataan ini pada bakal anak kami nti. Hehe..)

Mak aku cakap mungkin dlu aku kuat skipping, so terlalu byk melompat or mungkin kesan dari tu, dia usik sikit sistem tue. Kot la. Aku tak pernah pun g klinik nak pastikan semua ni. Aku jugak akan kerap shishing kalau kata aku minum milo hari tu. Alamatnya kekerapan ke toilet akan jadi byk kali la. Even kalau aku pergi jalan mana-mana (naik kereta especially), byk kali la jwbnya pit stop just utk aku. Nak2 kalau aku balik kg bapak aku kat kelantan tue.

Oleh sebab kekerapan shishing ni, mak aku siap cakap, " ADIK NI, KENCING MANIS KE?" sebab time tue aku makin kurus. Pastu kuat shishing plak tue. Aku bolayan jela mak aku cakap cenggitu. Sebab kalau aku luka ke, apa ke...cepat je sembuh. Wah gitu. Doctor sgt aku kan. Cek macam tue. Kahkahkahkah.

Tapi yang sebenarnya tidak. Actually aku ni seorang peminum air masak yang sgt byk in a day. Kalau botol aku tue 1 liter, ada la 2,3 atau lebih aku akan minum. Kadang tak sampai kul 11 pagi, air dalam botol air aku ni akan habis. N....kemana jua aku pegi, aku akan bawak je botol air aku ni. PLUS..................... aku jugak suka sgt beli botol air. Cuma sejak bersuami ni, cik suami tak bagi aku beli botol air byk2. Buat semak. Apa ko rasa???? Aku rasa sedih tau!!!

Bila aku ni jenis kuat shishing...bukanlah aku takley tahan shishing aku ni. Aku boleh je tahan. Sebab ada orang cakap klu mcm aku ni, kategori yg takley control. Ye ke? Dah habis ko minum air byk, dah tentu2 ko ke toilet kan. Takkan system pencernaan dalam badan kita nak biar ayor tu bertakung je dalam badan ni. Betul tak??

Tapi ajaibnya..lepas aku kahwin, family aku perasan, tak byk pit stop aku kalau g jalan mana-mana. Sebab??? Sekarang ni aku kena share dgn cik suami air dalam botol air aku tuh!!!! Dapat pulak suami yang jenis kuat minum air sama mcm binik nya. Hehe.... alasan aku tue.

Woi!!! Panjang nye mukadimah. Padahal nak cerita kekerapan shishing masa pregnant ni. Huhuhu....Hampun!!!

Yang sebenarnya, aku sgt penat sudah nak g toilet. Ko bayang kan office aku ni bentuk huruf U. Bilik aku kat hujung kaki U belah kanan. Toilet pulak kat hujung kaki U belah kiri. Haa...dah acaner ko rasa? Penat tak penat aku nak berulang every half an hour???? Penat hoi!!!! Tapi aku dah wat research, yang ni normal. Tp setiap 30 minit tue normal ke hek???!!!! Ke sbb aku jns minum air byk nih jadi kerap sgt ni???

Ok la... ini sedikit yang aku jumpa masa aku googling td. (Sedikit ke??Ahaks.Rajin baca. Tak rajin, ko baca takat cnie je hek?)

p/s : bkn hari2 la setgh jam hoi. ikt time jgk. kadang ikt hari. Kalau teruk..mst time cek air kencing nurse dpt detect kan..so..let it be... hukhukhuk

Mengapakah wanita hamil perlu kerap membuang air kecil semasa hamil? Kerap buang air kecil adalah ciri utama kehamilan. Hampir semua wanita hamil mengalaminya terutama pada trimester pertama dan ketiga. Malah, ia petanda awal kehamilan bagi yang tidak sedar. Kerap buang air kecil adalah kesan dari perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil. Bila kandungan semakin besar, badan kita akan mengeluarkan lebih banyak air kecil, tetapi pundi kencing pula semakin mengecut. Oleh sebab itu, walaupun pundi kencing sudah kosong, tekanan yang diterima membuatkan kita merasa seperti sudah penuh. Wanita hamil akan lebih kerap mengalaminya terutama pada akhir kehamilan iaitu ketika kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. Ada juga wanita hamil yang sukar untuk mengosongkan pundi kencing dan menyebabkan terpaksa berulang kali ke tandas.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/03/mengapa-ibu-hamil-kerap-kencing.html
Mengapakah wanita hamil perlu kerap membuang air kecil semasa hamil? Kerap buang air kecil adalah ciri utama kehamilan. Hampir semua wanita hamil mengalaminya terutama pada trimester pertama dan ketiga. Malah, ia petanda awal kehamilan bagi yang tidak sedar. Kerap buang air kecil adalah kesan dari perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil. Bila kandungan semakin besar, badan kita akan mengeluarkan lebih banyak air kecil, tetapi pundi kencing pula semakin mengecut. Oleh sebab itu, walaupun pundi kencing sudah kosong, tekanan yang diterima membuatkan kita merasa seperti sudah penuh. Wanita hamil akan lebih kerap mengalaminya terutama pada akhir kehamilan iaitu ketika kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. Ada juga wanita hamil yang sukar untuk mengosongkan pundi kencing dan menyebabkan terpaksa berulang kali ke tandas.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/03/mengapa-ibu-hamil-kerap-kencing.html
>>>>>sumber blog yang cite pasal ni. Mekasih erk. I tumpang copy<<<<<

Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan in disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.

Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.

Mengapakah wanita hamil perlu kerap membuang air kecil semasa hamil? Kerap buang air kecil adalah ciri utama kehamilan. Hampir semua wanita hamil mengalaminya terutama pada trimester pertama dan ketiga. Malah, ia petanda awal kehamilan bagi yang tidak sedar. Kerap buang air kecil adalah kesan dari perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil. Bila kandungan semakin besar, badan kita akan mengeluarkan lebih banyak air kecil, tetapi pundi kencing pula semakin mengecut. Oleh sebab itu, walaupun pundi kencing sudah kosong, tekanan yang diterima membuatkan kita merasa seperti sudah penuh. Wanita hamil akan lebih kerap mengalaminya terutama pada akhir kehamilan iaitu ketika kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. Ada juga wanita hamil yang sukar untuk mengosongkan pundi kencing dan menyebabkan terpaksa berulang kali ke tandas.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/03/mengapa-ibu-hamil-kerap-kencing.html

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday 24 September 2013

HANDSOME, CANTIK


ko dah napa rajin naw up entry sampai 2x hari ni?? Sebab aku gumbira hari ni cik suami beli fresh orange n aku minum air sejuk2 tue. walawei....heaven ok...!!! 

Ok, handsome atau cantik... Korang pernah rasa tak bila ngadap cermin ko rasa ko handsome, kacak bergaya??? Ko rasa ko cantik, ala2 model atau wanita muslimah yang argh!!!! Diri sendiri tak tahan dengan lawa tak lawa nye ko.Haha...Pernah tak pernah???

Aku kadang-kadang je rasa. Especially bila time elok je pakai baju hari tu. Tidakla kata aku tak pernah elok pakai baju. Contohnya macam hari tue rasa eh...rasa bestnye tgk diri sendiri hari ni. Pakai baju padan je dgn jeans..padan je dgn tudung yang dipakai. Tambah pulak time tue pakai tudung bawal, elok pulak terletak kan. Haa...time tu mood bila keluar level confident tue di tahap maksima hokayh!!!! Ko mesti pernah rasa kan apa aku rasa kan??? Pastu muka tak malu ckp ngan orang sekeliling (orang terdekat jela)...eh..cantik tak sayang today? cantik tak adik hari ni? Kalau adik beradik aku, dorg iyekan je. Bia tak cantik pun. Malas nak layan kakaknye ni. Hehe
 
 
cantik macam dlm pic ni ok kot? sumber : google

Lelaki pulak acaner? Mesti korang budget2 macho kennnn.... apa perasaan korang hekk??? Nak tau jugak kan acaner kan acaner kan???

Itu je la aku nak cakap. Saje-saje je tgh aku takde keje ni. Hehe... Bubye...

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

PERASAAN TAKUT



Salam Selasa. =)

Entry today is PERASAAN TAKUT ye kawan2. Hehe...

OK, gni aku nak cerita. Kan aku skrg alhamdulillah esk da nak masuk 17weeks pregnant. So, dimanjai, disayangi sepenuh jiwa raga cik suami. Agagaga. Riak jap. Laki ko gtu jugakkan. Cepat angguk. Cepat angguk. =p

So, lepas cik suami blk keje dari ot, aku borak2 smbil bermnja-manja dgn dia. Tapi tiap kali aku rapat dgn dia sekadar nak bergurau senda, dia mst ckp...

" Hati-hati perut tue nanti kena kat abg"

Risau sgt anak dia dlm tummy ni tersepit. Hehe.... So, kami pun berbual-bual cerita itu ini. Suddenly, this idea crossed my mind. N I was directly asking cik suami.

" Abg, nanti kalau anak kita ni dah keluar, dia sedap2 tidur atas katil dia, then kite tgh borak2 mcm ni...mst abg suruh syg tgk je anak kite caner kan kat atas katil dia eventhough dia tgh sdap tido. Mst abg rasa curious je kan dgn anak abg?"

Ko tgk soalan aku tue. Ko rasa aku jelez tak? Soalan aku tue menggambarkan aku jelez tak dgn bakal anak sendri??? Well, mmg la aku akan sayang sgt2 kat anak aku. Anak sendiri ok!! Sape tak syg kate ko. Tapi, at the same time, aku takut. Takut manja aku dgn cik suami akan berkurangan sbb org cakap suami bila dah ada anak, dia akan lebihkan anak je. Buruk betul perception org sampai blh mempengaruhi aku.

Y Y aku ckp macam tue???

Ye la.. mana2 org mesti nak tau cite aku lepas aku gugur dulu. N caner aku boleh conceive semula n blablabla. Aku pun suke bercerita n juga cerita how cik suami is really strict menjaga aku utk 2nd pregnancy ni. Last2, mereka2 yang dgr cerita ni alih2 akan cakap macam ni...

" Alah...anak pertama..sulung...mstla jaga elok2. Tgk anak no.2 or seterusnya...mst tak caring sgt mcm jaga anak 1st "

N aku.... nak marah tue, entahlah. Mungkin suami mereka macam tue kan. Cik suami aku tak nak assume apa2. Cuma aku nak bersangka baik je sementara ni. SEMENTARA???? Haah..sbb aku tak tau dia caner lg. Hahha...

So, apa pendapat korang??Especially ahkah-ahkak yang ada anak dua tiga dah... Suami ahkak-ahkak ok ke layanan mereka selepas anak pertama,kedua ketiga n so on???


Aku tak nak layan sgt perasaan ni sebenarnya. Tapi bile terpk, syaitan pulak menghasut-hasut..aku perlu istighfar..untuk tidak bersangka buruk pada cik suami. Right?? Tak baik.

Sekian utk pagi ini. =))
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday 23 September 2013

TANPA TAJUK


Assalamualaikum.

Monday blues?? Tak la.

Hari ni entry tanpa tajuk? Kenapa? Sebab boss aku dah bercuti selama 2 weeks. Dia pg holiday + survey2 tempat untuk sambung PHD.

Hee.... ape perasaan boss takde? Best la. Tapi, bila bos takde, takde inisiatif nak siapkan kerja laju2 macam selalu. Tak baik sangat aku ni.

Itu je nak cite. Bubye. Jom buat keje elok2. Boss takde, tapi Allah ada tgk kita bekerja. Kan??
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday 18 September 2013

~MALAS MEMANJANG~


Assalamualaikum...

Hari ni dah hari rabu. Esok kames. Lusa Jumaat. Minggu depan sampai minggu lagi sekali (2weeks onwards), boss aku bercuti. Hip hip hooray. Gua sgt suke okayh. Hehe... Tapi ko tgk la nanti 3 hari yang mendatang ni. Boss aku menggila jawapnya bagi kerja. Huhuhu...

Hari ni nak cerita kemalasan yang memanjang je aku rasa. Kenapa kenapa? Aku rasa bukan sebab aku pregnant. Ini sebab kemalasan nak g kerja sampai teringat-ingat masa time jadi suri rumah dulu. SYIOK GILERRRR hokayh!!. Heaven je rasa. Yang tak heaven bila takde duit tue la. Huhuhu...

Kat ofis pun, boss bagi aku keje, aku buat keje. Time takde keje, dah naik muak ak stalk fb ha. Padahal dulu kemain aku tak on lgsg fb. Ini gara-gara kerje yang kadang2 byk smp x sesempat nak blogwalking, nak berinternet. Berkat gaji aku time bz dgn keje byk tue. Tapi bila takde keje aku dah mula boring. Huaaa


Dan, bilamana sedang berehat-rehat, tetibe boss suruh buat keje yang bkn tugas aku...aku jd...eeee....malasnye aku nih!!! Haha....ko tgk. Cube pk yang ko kena belajar ini semua. Kan?? Baru la ko rasa willing to do everything kan? Kan? hehe.

Aku rasa macam...boleh tak kalau bos bagi tue, ikut suke hati aku bile aku nak hantar? Haha.... Itu yang aku rasa la. Nak macam tu, ko jadi boss la kan. Haha...

Itu bila mood malas menjelma la kan. Macam time2 camni, aku tgh mengantuk sebab kekenyangan makan roti telur. Bukan roti canai telur k. Ingat nak buat milo, tapi karang makin melentok aku dalam ofis ni.

Oh... penyakit malas...pergilah kau dari sini... Jauh kan diri mu pada diri ku. Huarggh!!!!!!

Ok la. Nak sambung buat keje. Dadada
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday 17 September 2013

~DIKALA USIA KANDUNGAN MENJANGKAU 16 WEEKS~


Assalamualaikum wbt....

Hari ni hari selasa kan? Semalam sedap kan bercuti. Best...

Aku cuti kali ni sgt2 bz. Nanti aku cite ak pg kenduri kawen hek....

Kali ni aku nak cite pasal gatal + stretch mark di perut. Since last week, suddenly perut aku sgt2 gatal. Dalam kepala ni ingatkan allergic makan ape. Mula la awan2 keluar mengeluarkan idea dan tafsiran2 memikirkan kenapa perut aku gatal. Hukhukhuk.

Sebab, ak pk, baru nak msuk 16wks, takkan dah start gatal2 perut aku ni? Maka, en.google la  yang aku cari sebab aku takut apa2 karang...ssh kan. Baru nak ada anak sorang, sekali perut dah macam hape pulak.

Aku just decide aku sapu2 je perut ni. No garu2 ok. I takut ok. Tapi walau di sapu2...keluar bintik2 gatal. Apakah???

Cik suami tempat mengadu domba. Gatal tidak dapat ditahan ok. Kami pun start cari lotion utk hilangkan gatal ni @ elakkan stretch mark yang bakal timbul.

Dengan sepantas kilat, aku dan cik suami pg guardian beli lotion ini.

sumber : mr. google



Ini lah dia lotion itu. Aku tak tau berkesan atau tidak. Try n see ok. Berharga RM 32.88 sen. Kot...Aku cume tak sure harga 88 sen tue je ha... Korang2 ada pengalaman tak kena gatal2 ni di saat trimester kedua especially yg baru 4 mnths nieh??


p/s : ukuran pinggang dah betambah. da hilang dah ukuran pinggang time anak dara n sebelum pregnant. Mak aku cakap pas bersalin ssh nak dpt semula kalau ko tak pantang berbarut dan berbedung bagai. Oleh itu, mari kita tanamkan keazaman nak seperti anak dara lepas bersalin nanti. Insha Allah.


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday 9 September 2013

2nd PREGNANCY : PART 2


Assalamualaikum wbt n Salam 1 Malaysia

Aku ni dari hari rabu hari tue  nak sambung part 2 ni. Tapi tak dan2. Banyak keje. Huihuihui. Ok..jom sambung saat2 getir di kala 2nd pregnancy ni.

Kan hari tue cakap nak jmp doc bila da masuk 2 bulan? Tak mau awl2 kan? Hehe... Tapi, kami hanya merancang, Allah Maha Menentukan.

Masuk ke minggu ke-5, hari isnin aku cek upt +ve kan? Tapi hari kames tetiba spotting. Ya Allah. Aku sabarkan hati. Kitorang google2, ada yg cakap biasa, ada yang ckp bahaya. So, aku tunggu la sampai tengahari. Spotting still ada. Dahla baru hari ke-4 kerje, disebabkan paksaan cik suami, aku pegi jugak jmp bos. Citer hal sebenar. Then, dpt permission, zassss terus ke klinik kesihatan presint 3.

Sampai2, aku cite la dgn doctor. Kerisauan makin memuncak sebab aku pernah gugur. Masa tue aku tak la stress. Tapi, aku cuba utk tidak stress kan diri lagi. Then, doctor scan. Nampak kantung. Tapi tak nampak la mana la baby (embrio i think kalau umur baru 5 wks kan?). Tapi doc ckp size kantung ok blablabla. Then dia cuma ckp jgn stress, jgn angkat benda berat, n byk la jgn nya. Aku tanya la. Ubat kuat rahim takde ke doc? N ko tau doc ckp ape?

" Sebenarnya kajian dah mengatakan, ubat nie kalau dimakan pun, kalau dia nak jatuh, dia jatuh jgk. So, tak perlu la makan ubat tue"

Ko rasa???? Yes!! Rasa nak marah la kan. Takkanla takde any ubat. Yela. Bukan nak kata ubat tue penyelamat segalanya. Tapi.... at least kite berusaha. Yang lain semua keje Allah kan?? Cik suami still tny kat doc, tak boleh ke. Doc tak bagi jugak. Maka, aku lepas keluar je dari bilik tue, terus aku call mak aku. Mak aku suruh pegi KPJ. Dahla time tue kami laki bini mmg sengkek abes kata ko. Aku mmg takde duit lgsg. Yelah. Baru keje kan. Last2, pinjam duit along ak. In case kot tak cukup time nak bayar kat KPJ nti.

Shoot terus ke KPJ, doc scan npk la clear skit dari dkt KK. Adalah kecik je kat c2. Sebab awal lagi. Doc pun bagi nasihat yg sama dgn bnyk JANGAN nye. Tapi, dia bg ubat DUPHASTON. Utk 2 minggu. Lagi 2 minggu if x kurang lagi, pegi semula. Yang penting jgn stress.

Balik umah, aku rehat je. Baring makan ubat.Tapi masa tue aku tak tau nak pk apa. Nasib ada cik suami. Yang tak putus2 bagi kata2 semangat utk aku. Sungguh. Aku bersyukur dikurniakan suami seperti dia. Yang sentiasa ada, utk terus memberi semangat, supaya aku sentiasa positif. Tapi dah sudah dia bagi kata2 semangat tue, aku nanges jugak.

Aku lalui hari2 yang berikutnya dgn berfikiran positif. Seriously, aku tak pernah sepositif time tue. Heheheeh. Cuma bila kadang2 keluar fresh blood, aku terus down. Aku termenung. Memikirkan, kuat sangat ke aku ni sampai Allah nak duga aku laki bini smp 2x. Sungguh aku tak kuat. Aku ckp dgn mama abah, buat solat hajat utk keselamatan kandungan aku. N cik suami btau mak ayah dia. Kami juga lakukan perkara yang sama. Tapi aku pegang kata2 mama, kata2 cik suami yang mana dorg ckp, " Anak itu milik Allah. Dia bagi dekat kita sebagai pinjaman. Kena percaya dengan rezeki Allah. Kalau Dia terus nak bagi, syukur alhamdulillah. Kalau Dia nak ambil balik, itu hak Dia. Siapa kita nak halang. "

Kata-kata itu sentiasa jadi pegangan aku. Ye. Anak itu milik Allah Ta'ala. Yang penting kite berusaha dan berdoa. Kuasa semua atas Dia. N kata2 itu, buat aku jadi tak stress. Aku dan cik suami bersedia apa jua keadaan sementara nak tunggu check up lagi 2 minggu.

2 Minggu Kemudian

Aku pegi KK tue semula. Doc scan lagi. Alhamdulillah. Masa tue tak putus aku bersyukur pada Allah. Kalau dulu, dalam kantung tue, tak nampak, kali ni nampak anak kami membesar. Spotting still ada tau. Doc ckp jgn risau. Sebab baby membesar dgn baik eventhough aku still spotting. Tapi aku mmg tak buat keje lgsg. Cik suami take over everything ok. Hehe...

Tapi, doc still tak bagi ubat ape2. Aku pun pe lagi, pegi ke Pusat Rawatan Mesra dkt Serdang. Jmp Dr. Rahaya. Cerita2 semua. Then dia scan. Scanner dia terbaik aku cakap ok. Hee.. Alhamdulillah sekali lagi, npk anak kami dalam tue. Siap dgr heartbeat. Doc ckp everything is normal. Dia bagi ubat Duphaston tu utk seminggu.

Sejak dari hari tue, aku mmg tak buat apa2. Pegi keje time tue, keje tak bnyk. Syukur. Habis duphaston, spotting on off on off. Aku jmp Dr. Rahaya seminggu lepas tue. Doc scan lagi. Tgk baby is growing compared dgn last week. Syukur. Dr. Raya bg lagi ubat yg sama utk 3 hari. Dia ckp kan mkn smp spotting stop. Elok aku blk dr jmp Dr.... ptg tue, spotting dah tak de hingga ke hari ini. Syukur syukur syukur alhamdulillah.

N lepas tue kami keep jugak pg scan. Utk tgk perkembangan baby. adala dalam 2mgu sekali. CIk suami la yang risau sekali. Huhuhu..

Alhamdulillah, setakat ni baby normal. Tapi aku still dilarang buat kerja2 rumah sgt. Cuma kalau masa memula dlu dapur adalah dilarang masuk, skrg cik suami dah bagi aku masak2 dah. Kalau tidak, bulan puasa dlu mmg kamilah pengunjung tetap bazar ramadhan. Sampai naik muak aku pegi bazar ramadhan. Hehe...

Owh, puasa tahun ni, no shopping raya. Cik suami tak bagi begerak lama2. Jalan lama2. Bila aku memberontak, cik suami ckp

" Sabar, next year nak shopping lasak macam mana pun tak pe. Masa tue tak payah risau apa2 dah."

So, ikutkan jela. Hukhukhuk .

So, smp sekarang ni, aku masih berjaga-jaga. Tapi yang aku perasan, aku sgt tak kuat nak berjalan-jalan. Semalam pegi ioi mall, takat g mkn kat SUBWAY + beli barang kat DAISO, aku da lenguh gila kaki. Penat. Caner erk? Kena exercise ke erk? Huuu

Last but not least, mst ada korang2 yang cakap bahaya kan scan byk2 kali. Mak aku pun cakap mcm tue. Tp, aku percaya pada gynae2 yang merawat aku. Yang penting aku nak make sure baby sihat. Tapi sekarang aku da rehat dah hari scanning2 ni. Sebab aku tau, little caliph inside is very healthy. Itu aku harus percaya. Scan tak scan tgu week 20 ke, 24 ke...time tue nak tgk gender baby dah. Yeay!!!!

p/s: pengalaman miscarriage dulu buat aku lebih percaya semua ini adalah ketentuan Allah. Terima kasih Ya Allah kerana selalu membantu hamba-hambaNya.


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday 4 September 2013

2ND PREGNANCY: PART 1

Assalamualaikum wbt.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku nak bitau, hari ni, cukup 14 weeks usia kandungan aku. =)

.Syukur alhamdulillah, aku dan cik suami bersujud syukur atas pemberian ini.

After 6 months waiting, stress and pk macam2 lagi, last2 we try to live,enjoy and happy2 together masa bulan June tue.( a month before pregnant)

Aku pernah cerita kan yang aku on medication then masa period test keluar double line kan? Tapi lepas elok hbs period, cycle macam biasa. N lepas dari kejadian tue, aku start berBBT. Aku tak faham sgt sebenarnya BBT tue. Tapi aku just try n ikut kefahaman yg aku study dari bloggers2 dan dari forum2. N pelik nya orang kata subur on day 14 or 16, tp tetiba aku tgk suhu aku naik mencanak on day 18. Cik suami pulak kna outstation. Tak jauh pun. Dekat Royal Chulan je. Tapi even dia kena keje pun, dia tetap balik mlm tue jugak. Tak tdo sana. Sebab aku cakap suhu aku ni macam tak betul je. We just try and error. Huhu...

Minggu sebelum aku test upt, aku interview kan? Dekat kementerian pendidikan ni. Then the same week jugak aku dpt tau aku dapat keje kat situ. Minggu tue jugak akak aku tunang. So, hari khamis supposely datang period. Tapi tak. Ok...aku mls nak excited. Tapi suhu still tinggi dalam 36.7 /36.8 macam tue. Aku ingat period aku datang lambat. So, balik kampung on Friday. Tgu2 sampai petang, tak period jugak. Last2 aku inform cik suami. Masa tue cik suami dah excited. Huhu...Tapi aku cakap jangan excited sgt. Rilex. Kita just keep ambil suhu every morning. Hehe... Tapi cik suami sgt alert dgn pergerakan aku. Dia cakap apa-apa pun kena hati2. So, aku yang mmg rajin ni...(ECEH!! PERASAN KATA KO!!), tepaksa slow down pegerakan la. Hehe... Tapi barang2 berat mmg aku tak angkat. Takut. Huu.

Ahad balik putrajaya. Penat sikit sebab sabtu tue bz kan akak ak tunang. Aku actually mmg takley dok diam. Ko hagak2 la...mak ko dahla tak sehat. Takkan ko nak berbaringan dengan laki ko dalam bilik. Ye tak??? So, sampai umah rehat2. Cik suami asek la nak suruh test. Aku tak mau lagi. Aku cakap tunggu pagi esok. Kalau nak diikutkan, dah 4 hari dah lambat period kan??  Tapi aku sabarkan hati ini. (Yang sebenarnya aku pun tak sabar!!!). Haha. Tapi dalam hati, dalam solat, aku tak putus2 doa, moga ada rezeki kami kali ni. Hehe..

So...pada hari Isnin, esok pagi nya la, aku pun amek la upt test aku yang aku beli dgn rege rm2 tue je. Ko bayang bapa byk kali aku try b4 aku dapat tau ak pregnant??? Aku beli upt rm2 ni 10 pcs tau. Last2 tinggal dua je. So, the last two pieces ni..aku amek 1 je dulu nak try. Hehe.. Dengan perasaan gementar...aku pun buat test. Tak perlu la ko nak tunggu seminit. Elok urine tue mengalir, keluar terus line. Tak macam bulan2 yg aku pgl trial month tue, asal aku cek je, mesti aku concentrate habis nak tgk ntah2 ada faint line ke ape. Haha.... Bila da tau result, aku mandi2, amek wudhu'. Dalam pada tue, gembira gile kot. Tapi excited terlampau tu, tak sgt. Y? Jap g aku cerita.

Elok pas siap semua, aku kejut cik suami elok2. Aku tunjuk upt yg ada double line tue dekat dia. Dalam keadaan mamai, terus segar, bangun n buat sujud syukur. Sungguh. Setelah sekian lama (6 bulan bg aku lama), kami bersyukur yang teramat atas pemberian Allah yg satu ini. Doa kami akhirnya dimakbulkan. Alhamdulillah. Tapi kami decide tak mau pegi check doc until aku da 2 bulan. We dont want to be too excited sbb lepas kejadian dulu, kami cuma nak berhati2. Jumpa doc lambat2 pun takpe. Plannya biar scan2 nampak terus besar. Hehe...

            Upt kecik ( 01/07/2013 -1st day test - warna da kurg sebab aku snap seminggu lepas test. hahaha. )
             UPT besat ( Jenama Dip n Test - ak test 3 hari lepas 1st test yang dibuat)

Kali ni aku tak test banyak2. Cukuplah. Macam aku cakap tadi. Tak mau excited sgt2. =)

Itu je citer part 1 utk pregnancy aku kali ni. Jap g, free2, aku cite pasal saat2 getir ... APA TUE?? Tunggu.

p/s: doakan kali ini Allah kekalkan rezeki anak ini pada kami. Aminn....anak mama behave ok dalam ni. Mama n baba will always pray may Allah protect you forever.
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday 29 August 2013

NEW CAR : Perlukah ??

Assalamualaikum dan Salam 22 Syawal


Haik?? Dah 22 Syawal dah ko. Gile cepat masa berlalu meninggalkan kita. Ye dak? Ada lagi 8 hari hokayh ko nak beraya sakan. Aku biasa2 je raya. Tidakla sekerap macam orang lain pg open house. Bukan apa, aku dah boring dah dengan mknn lemang, rendang, ketupat kuah kacang dan sebagainya la. Kalau jamu mee kari, laksa or heavy pny foods...I is telan everything. Hee...


Ok, back to the topic today. Sebenarnya topic ni aku dan cik suami were discussing pasal ni last 2 weeks.
Suddenly ktorang decide nak jual keta dia (gen2) dan keta aku (i10 edition 2012). So ktorang nak pakai 1 keta je. Why Why Why? Sebab aku tak keje tetap. Gaji aku based on working day semata-mata. So, gaji tak tetap monthly. Dari aku dok bazir gaji aku tetiap bulan bayar keta, so better aku jual. Sebab aku kan keje 1 bangunan dengan cik suami.

Currently my condition tak menggalakkan aku cari keje tetap (aku nak cari keje in technical field-kilang). So, kami decide biarlah sekarang ni pakai 1 keta je. Tak payah byk2 keta. Tapi kalau lepas aku dah sehat n dpt keje dalam field yang aku nak ni caner??? Dah cik suami nak naik ape g keje? Dia ckp naik motor je... Tapi aku a bit risau la kalau bwk2 motor ni walaupun dia dah teror bwk motor. Anything can happen kan???

Disebabkan gen2 cik suami dah habis bayar, so ingatkan boleh la tolak mahal skit dekat used car. Plan ktorang nak amek vios baru tue. Tetiba bila cik suami tny, dorg cuma nak amek 17k saja. Klu tgk dalam blog/forum...supposely about 25k. Aku pun x sure pasal tue. Jadinya plan nak tukar keta tue still 50-50.

Bila aku cite-cite dgn bapak aku pasal ni, dia ckp tak payah la jual keta aku. What for? If aku jual pun, aku kena tambah dlm  2 3 ribu jugak kan. Sebab keta baru setaun setgh. Lol!! So, bapak aku cakap bagi adik aku yang baru nak masuk UPM tuh. Biar dia yang bayar keta aku. Amboi una...kemain hek. Baru nak masuk U, dah pakai keta. Wa dulu pakai sem 3 tahu baru dapat. Tapi aku tau perasaan dia tu caner nak dpt keta tue. Masa time bapak aku nak bg kelisa kat aku dulu la... Dgn penuh pengharapan aku nak jugak kelisa tue. Bapak aku kejap ok, kejap tak bagi. Tapi, last2 bagi jugak. Ko jangan kata bapak aku bagi free-free je tahu...Aku bayar separuh monthly. TIme tue MARA bagi duit belanja tetiap bulan. Banyak pulak tue. Kira ok la kan? Hehe....

Semalam adik aku tny lagi jadi ke tidak aku ni nak beli keta. Tak sabar sgt la tuh nak pakai keta aku yang comel itu. Haha.... THen aku usulkan pada cik suami. Alih2...dia cakap macam ni....

"Abang rasa bagi je una pakai dah kalau kata abah nak bayar keta sayang. Kita pakai je gen2 abang ni. Tak payah nak tambah hutang apa lagi. Keta abg pun dah hbs bayar"

Aku??? Sentap jap hoi...Aku baru excited nak pakai keta baru. Walaupun gen2 husband is sangat2 sihat walafiat. Tapi takpela... Mengenangkan tak terbeban dgn hutang tue, aku rasa...emm..ok. Lagi byk duit blh smpn kan??

TAPI!!!! Malam tadi aku ikut cik suami konvoi ngan kawan dia pegi lepak minum kat Ramal Junction.
Kawan dia tue baru beli preve. Tetiba cik suami tny, kita beli preve nak? Dan aku??? Eh....kata tak mau beli keta.

Lagi satu, aku bukan nak tolak produk2 buatan malaysia macam proton...tp aku mmg tak suke design preve. Suprima pun sama. Nak wat caner kan. Dah aku rasa tak lawa. Biar la org lain cakap lawa pun. Pastu cik suami cakap,klu gtu kite beli inspira la nak?? Aku sentap lagi. Aku cakap tak mau!! Nak beli evo la. Kah kah kah..walaupun design nye hampir sama. Last2, cik suami cakap macam nie...

" Syg sebenarnya tak suka kan keta local??"

Dan aku,  hehe...gelak2...dan mengiyakan... Bukan kata aku ni kaya sgt nak pakai keta import je. Tapi aku sebagai yg pernah jadi Quality Officer, aku rasa keta import lagi berkualiti. Bukan takat paras rupa nya. Walaupun kereta tempatan dah upgrade jadi semakin baik, tapi hati ini masih tertutup kot. Mungkin sebab zaman2 pakai keta local utk family aku da lepas kot. HOI!!!! Belagak ko erk. Haha...takla..

Tapi macam aku cakap ngan cik suami la, masa dlu kalau g jakel, cari kain baju yg murah2 je semeter. Konon itu la yang plg lawa, Tapi still lawa aku rasa. Then bl bpk aku dah ajar beli kain kat jakel kat tingkat2 atas tue, kami dah tak tgk kain kat bwh2 eventho kain2 kat bwh pun cantik2 sbnrnya... So, ko tau tak apa perasaan tue sebenarnya?? Bukan kata byk duit. Sebab aku rasa ramai lagi byk duit + kaya dari family aku. Ramai sgt. Family aku baru 7 8 tahun ni je nak rasa senang. Sebab aku pnh merasa susah tue caner.

Orang lain yg lagi kaya tue, shopping siap semeter beribu2 ha kain. Kan????

Nak aku cite details ke mksd senang bagi aku nih?? Tak payah la... Ko faham2kan sendirik ok?

So, berbalik pada isu keta tadi, last2 aku cadangkan..ape kata cik suami just modified je keta tue makeup2 bagi lawa...tak perlu nak tukar keta baru. Sebab keta tue sehat sgt lagi pun. Then keta i10, aku bagi adik aku..so aku da blh menyimpan at least rm600 sebulan. Ye tak?? Blh la bayar hutang2 mara semua. Keh2..



So, inilah keta aku, yang inShaa Allah akan di pass kan kepada adik aku. Masih lagi dalam pertimbangan actually nak bagi ke tidak. AKu sayang hoi keta aku ni. First car with my own name ok. Kelisa dlu nama org lain. Comel kan?? Putih seperti dulu. Dalam aku tak letak minyak wangi apa pun. Sebab nak maintain bau keta baru yang masih lagi berbau eventho dah setaun lebih. I love this cute car so much... SOb sob sob..


Itu je aku nak citer. Pendapat korang? Wajar ke erk nak tukar baru? Or wajar ke nak bagi adik aku keta ni?? 

** InshaAllah next week nak cite 1 cite best. Kalau ada org baca blog aku ni...tgu k? Next Week!!!



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday 26 August 2013

~PENING KEPALA + PERUT MEMULAS BAGAI DI PULAS-PULAS~

Assalamualaikum...

Ha.... best tak aku pny tajuk pagi ni??

Pening kepala sebab tak tau napa. Tapi kalau nak compare dgn pening time aku demam last week...itu adalah tiada tandingan. Tetiba aku pening baca2 blog, bukak fb. Terrrmasukla kalau aku scroll nak tgk gambo2 dekat instagram dkt hp ni. Padahal perasan ini sama macam aku time demam ari tue. Kenapakah kenapakah.....

Bab perut memulas bagai tangan memerah kain ni pun satu hal.... ntah napela.... CIk suami yg kena dlu. Tetiba kul 3.30 pagi td tetiba dia  termenjerit mengadu sakit perut. Aku da isau dah... Dia ckp perut memulas2 n cerry berry. Pastu aku dah tak sedar ape...tgk2..cik suami dah masuk nak baring semula. Dia tanya pulak aku, aku sakit perut tak? Aku jawabla yang aku ok je..Then tido semula.

Sharp pukul 5.30pagi..aku pulak bangun mengejut. Memula sebab aku teringat aku nak potong daging sebab ptg nie nak start masak2 kawan cik suami datang. Alih2, perut aku pun memulas jugak. Apa lagi..terus masuk toilet. Tapi tidakla keluar. Dia main pulas2 perut ni... Then baru la keluar. Sakit hoi perut. Bertabah jela sampai azan subuh aku ddk dalam toilet tue.

Lepas je sudah...aku terus baring rapat2 dengan cik suami...konon nak mtk simpati bini nye sakit ni. Laki aku celik mata...tdo semula. SADIS tak?? Mungkin dia pun tak larat nak bukak mata sebab dah 'bersengkang mata' kul 330 pagi tadi. Kih2...

So..tdo la aku dgn lena...(daging biar je lam sinki...aku dah tak larat hoi nak memotong dgn perut sakit2 ni).

Last2...bangun kul 6.50..sesiap nak g keje... But still..perut sakit jugak skit2 sampai la ni. Tapi tidakla seteruk pagi tadi. Cuma..aku rasa nak muntah je ni... Uwek Uwek...**over ko. Hahaha...

Tapi setelah di pk pk kan....aku rasa perut aku n cik suami ni  mst ada allergic something dgn foods. Sebab kwn dia ok je tak sakit perut g open house sekali malam td...yang pergi kenduri tghari semalam pun ok je aku rasa. So...apakah perut kami ini dah jadi perut mengada-ngada?

Itu jela aku nak cerita ni ha.... Gambo? AKu malas nak bubuh (letak). Nantila..kepala pening pulak. Baru pas muntah ni ha...
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday 19 August 2013

NAK CERITA APA PASAL HARI RAYA????

Assalamualaikum wbt...

Tup tup...hari ni dah 12 syawal kan???

Ada yang dah habis puasa 6 dah??

Org lain dok sibuk citer pasal raya, aku just blogwalking saja. Actually terlalu lama nak tranfer pic yg ada sikit sgt ha... sbb this year beraya rumah mertua. So, sesi bergambar tidaklah sehavoc raya dgn family sendiri. Sebab family mertua tak interested pun nak begambo raya. Sadis tak??

Aku kerja sampai sehari sebelum raya. Dalam ofis hanya ada 5 orang je. Itu pun aku tengok2, kejap ada kejap takde. Dkt ofis cik suami dkt level 6 pun tinggal husband sorg je. MAKANYA..... cik suami kata dari kita tak buat apa2 kat ofis, jum keluar g shopping last minute raya. Kami keluar masa lunch hour. Berjalan-jalan ke WARTA Bangi, then ke PKNS Bangi dan seterusnya ke Metro Kajang. Yang jadi jauh berjalan nya sebab cik suami tidak berjumpa dgn sampin yang berkenan dihati.

Last2, nasibla terjumpa dkt metro kajang. Itupun cik suami dah risaukan condition aku yang banyak berjalan. Nak tak nak dia kena cari sampai dia jumpa. Bini nye ok aje kalau nak bawak bejalan lagi lama. Hee....

Ptg last puasa aku gerak kul 5 dr ofis terus balik Selayang. Balik umah mertua la. N sgt2 terkezut sbb MIL dah siap masak nasi impit NONA tue, rendang tok (ayam & daging).Maka kami berbuka puasa hanya dgn nasi + rendang2 itu. So malam tue aku tak buat apa pun. Lagipun MIL mmg tak bagi buat kerja. So aku just tengok tv jela. Heaven tak?? Ko jangan kata aku menantu pemalas hokeh...There is a reason y aku tak dibenarkan utk memasak or menolong dia. =)

Disebabkan ini pertama kali aku beraya tanpa family sendiri, malam tu aku menangis2 woo.... husband ajak makan aku tak nak makan. Bila ditanya, boleh aku ngamuk2 sambil nanges tak mau rendang tok yang color2 hitam tue. Mak dia masak tak macam mak aku masakla. Takde lontong, takde kuah kacang. Buruk betul perangai bini sorang. Aku rasa kalau takde sbb munasabah aku nanges time tue, mau laki aku marah aku balik. Nasib dia cakap macam ni je... " Syg jgn mcm ni. Makanla demi abg". Trus aku angguk2 then esk nye aku mkn jugakla walau tiada lontong dan kuah kacang. Huk2...~Nanges~

Disebabkan tiada pic dgn family in laws..ak tayang pic laki bini jela... Ini jela sekeping. Sadis kan??


Ini la pic kami suami isteri pertama kali beraya Aidilfitri bersama-sama. InshaAllah kalau diizinkan Allah, next year korang tgk aku/cik suami dukung anak pulak. Moga dimakbulkan doa ini. Aminn.

Tema kami hijau. Cik suami yang pilihkan. Aku cari yang mana match dgn color baju melayu dia je. Hari tue tak beraya mana pun. Just dengan family cik suami kat rumah. N aku je yang pakai tudung time ni. Yang lain MIL n SIL tak pakai tudung pun time ni. So, no family pic walau cik suami dah mtk dorg siap2 macam nak g bejalan walau ddk rumah pun.

So, sedikit pelik aku disitu sebab kalau family aku, kami lepas solat sunat aidilfitri..akan bergegas bersiap bukan utk makan, tapi bergegas bersiap nak cantik2, sbb nak sesi bersalaman n sesi bergambar. Tak kira belah abah or belah mama. Sama je. Yela..hari raya kan?? Cik suami cakap mmg family dia mcm ni. So aku agak terkjut. Takpela kan? Kena biasakan diri. Cuma aku akan tetap teruskan tradisi aku macam ni. Masa bersalaman pun tak duduk formal. Macam ayah mak duduk sebelah menyebelah kan. Then mak salam ayah dulu,baru anak2...so disini quite berbeza. Salam saja mana nak dulu. Hehehe... Tapi aku still kekalkan apa yang aku praktik kan. Salam PIL dlu... then salam cik suami. Syahdu salam cik suami. Rasa macam eh!! Banyaknye dosa syg dkt abg. Hehehe. **Gambar saat salam bersalaman tiada ye ats sbb2 yg aku ckp td. Hee....**

Ini pulak pic adik2 aku n along aku. Time ni dorg g beraya rumah mak sedara dekat mersing. Arghh..masa rindu mereka sgt hokayh!!!

Dari kiri : una (no.3), Tirah (4-bongsu), along


Itu gambar adik-beradik aku. Maklumla kami kan 4 beradik je. Early next year my along akan kawen pulok. =) .Family pic aku, aku try upload tak lepas2 ni. Nape ntah. So, takpayah upload la kan camtue?? Hee.

Aku balik Muadzam raya ke-3. Best giler hokayh rasa beraya dgn family sndri. Mak aku mmg tak masak lontong n kuah kacang semata-mata tunggu aku balik. Bila aku balik, mama masakkan lontong dan kuah kacang. Nyum2. Siap ada ketupat bagai. Aku tak reti anyam ketupat. Kerja aku just masukkan pulut dalam sarung ketupat je. Hehe..






Tengok! Tengok!! Tak ke best. Heaven tau. Mak aku anyam sendiri ketupat ni. Tapi nanti aku nak menuntut ilmu dgn adik dia. Sebab kalau belajar dgn mak aku, dia tak suke kita lambat2. Tgk kita terkial2, dia tinggal je n terus anyam ketupat laju2. Sedih tak? Hehe...

Itu saja la yang aku nak cite sal raya. My mom masak segala apa yg direquest. Sedap semuanya. Rendang pun dia masak sekali lagi utk anak dia ni. Hee... Suke okayh!!! N aku duduk je kat dapur tlg mama skit2 dlm sediakan bahan la. =)). Gaul2 kacau2 aku mtk tlg adik aku buat. Hee...

So, conclusion nya...ada la pro's n con's bl kita beraya dgn mertua ni. Cuma terima dgn hati terbuka sbb mana ada family sama gaya hidupnye kan?? Adik beradik sendiri pun macam-macam ragam. Inikan pulak family mertua. Ye dok???

Nanti nak cite sal benda lain pulak. Tak sabar aku nak up citer kames depan. Kenapa kames depan?? Tunggu ye kawan2... Eh.. ada ke yg membaca velog aku nih?? Perasan je lebih kan???

Till then...adios!!!

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday 31 July 2013

AL-FATIHAH DAN SELAMAT HARI JADI


Assalamualaikum wbt

Salam 22 Ramdhan.

Direct to the entry hari ni.

Jum sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah adik saya NUR SADDAM HUSSEINI BINTI ANUAR sempena hari lahirnya pada hari ini 31 Julai 2013. **ala...baru taip sikit nak nanges dah..hmm**

Saja utk cerita-cerita

1) Adik saya Adam telah pergi meninggalkan kami 20 years ago semasa berumur 10 bulan. Meninggal akibat demam panas yang menyerang tiba-tiba. 

2) Adam merupakan anak ke-3 dalam keluarga kami. Yang sebenarnya kelahirannya sgt2 ditunggu-tunggu oleh mama dan abah sebab ini merupakan anak lelaki pertama dalam famili kami. Abah siap dah beli bola sepak berjenama n mahal utk dia. Tapi, belum sempat dia pandai menyepak bola, dia telah pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya. Tak tau kat mana bola tue disimpan sekarang. Tapi saya masih ingat dekat bola tue abah ada tulis wording yg sgt menyentuh perasaan tatkala kehilangan beliau. **Air mata nak menitis lagi**

3) Kronologi nya. Saya tak ingat sgt. Sebab masa tue baru 6 tahun. Ingat2 lupa.

- Adam satu2nya adik beradik sy yg ikt mama konvo yg mana ketika itu mama tgh dlm pantang lg. Tapi sempat lagi g konvo upm masa tue. Hehe

- Adam merupakan anak yg sgt comel. Bagi saya adik beradik sy semua comel2 masa baby. Ala..budak kecik, mana ada yg x comel kan. Tak tau nak describe muka dia ikut abah or mama. Tapi kepala dia bulat, mata bulat, hidung mancung, bibir seksi sbb selalu meleleh je air liur masa baby. Hee... Senyuman dia menggoda and very tempting. Yes.. my little brother seingat saya sgt perfect. Mungkin dia akan menjadi handsome seperti abah kalau dia ada sekarang. ( He suppose to be 21 yrs old today).

- Detik2 cemas bila mana adam demam. Mama bawak jmp doctor dkt Klinik Ridan,Muadzam Shah. Saya tak ingat sgt sama ada doc bg ubat then lepas tue ktorang balik umah dan adam still tak kebah, OR doc terus bagi reference letter utk dibawa ke Hospital Ibam ketika itu.  Seingat saya, once dpt surat tu, saya ikut mama n abah bawa dia ke hospital sejurus dpt surat tu. Adam terus admit masuk ward. Demam panas. Petang tu abah ckp nak balik muadzam (muadzam n ibam is not too far,tp ketika itu muazam bandar yg sgt tak membangun.hospital pun takde lagi masa tu). Saya ikt abah balik muadzam utk pack baju2 utk tdo di hospital dan ambil along (kakak saya) di sekolah. Dia sekolah petang masa tue. 

-Lepas ambil along, (ini sekali lagi saya tak sure)--disbbkan abah sedikit kelam kabut, jiran sebelah rumah offer utk ikt skali kami ke hospital semula. Masa tue hp takde lg. Harapkan telefon rumah je.So apa2 berita takla diketahui condition adam ketika itu macam mana.

-Seingat saya, sampai je kat hospital, mama terus peluk abah sambil menangis, saya masa tue blurr. Ok..budak 6 tahun dlu tidak sepandai 6 tahun skrg. Nak2 sy rs sy sedikit lembp ketika itu. Heee...

- Mama cakap adam dah TAKDE. Sy dan along ikut parents kami masuk hospital. Saya ingat lagi nurse letakkan kain ikat dari dagu ke kepala. Itu org dah meninggalkan? Tapi ms tue saya masih pelik. Kenapa???

- Lepas da settle semua, kami balik ke Muadzam. Mujur ada jiran ikut. Dia yang drive. Saya dan along ddk depan dua org. Abah pegang arwah adam dan menangis tak henti-henti. Mama pun sama. Ini pertama kali saya tgk abah nanges sampai mcm tue sekali.

-Sampai rumah, abah inform semua. Ramai sgt kwn2 abah yang dtg. Sedara mara jiran tetangga. Ahli syurga yang meninggalkan. Saya tgk2 je. Ada sekali saya lepas mandi main campak je baju kurung sy atas jenazah yg masa tue mama letak ats katil. Alih2 sy kena marah. Hehe... Sy tak tau apa2. Tp itula bnd paling sy tak boleh lupa. Maafkan wa ye dik.

-Saya tak ingat sama ada hari yg sama atau tidak adam dikebumikan. 

-Tapi..... yg paling sy ingat, mama hampir meroyan semasa kehilangan dia. Alhamdulillah ada keluarga yang sgt supportive. Mama pulih. Cuma dia kerap menanges. N disebabkan dia kerap menangis, mama ckp suara dia tak sesedap dlu kalau menyanyi. Tapi...walau dia ckp xsdap, her voice still best kalau nyanyi lagu2 lama skrg. Huu...

Itu je yg saya ingat. Harap dgn apa yg saya tulis dlm ni, buatkan saya tak lupa apa yg jadi pada dia. Kehilangan adam sgt2 dirasai sbb dia satu2nya anak lelaki tunggal dlm keluarga. Dua adik yg lahir selepas dia semua perempuan. Hee...

NOTE: 

PERGINYA ADAM DGN KADAR YG SGT SINGKAT MENYENTAP PERASAAN KAMI 4 BERANAK. HMM
 
ADAM, WA TAHU ADAM BAHAGIA DI SYURGA SANA. ADAM NANTI TUNGGU MAMA DAN ABAH YE.TOLONG MEREKA DI AKHIRAT NANTI.

ADAM, ADAM MESTI KENAL ANAK WA. ADAM MSTI TAHU WA PERNAH MISCARRIAGE DLU KAN? ADAM KAWAN DGN DIA TAU. DIA ANAK SEDARA ADAM.WALAU WA TAK TAHU APA JANTINA DIA, WA TAHU DIA AKAN SAMA-SAMA DGN ADAM.

DIK, WALAU BERAPA LAMA PUN ADIK TINGGAL KAN KAMI, KETAHUILAH...TAKDE SORANG PUN AHLI KELUARGA ADIK MELUPAKAN ADIK. SEMUA INGAT HARI NI HARI JADI ADIK. ADIK DOAKAN MAMA DAN ABAH KAT DUNIA NI SIHAT SELALU YE SYG. WA TAU, MAMA MST MENANGES INGATKAN ADIK HARI NI...

SEJAUH MANA KITA BERADA, NUR SADDAM HUSSEINI @ ADAM AKAN SENTIASA DI HATI KAMI SEMUA.

AL-FATIHAH.......
  
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday 30 July 2013

05-220 5800

Assalamualaikum wbt....

Salam 21 Ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk berpuasa sehingga ke hari 21 ini.

Apsal tajuk hari ni ak boh no.tepon tue??

Ha...ini bukan phone.no aku, or sedara mara or apa2 yang berkaitan dgn aku adalah bukan.

Phone.no ini menyebabkan aku bengang everyday sbb asek la receive call dari no. tersebut.

Dah kenapa aku tak angkat??? Sebab dulu aku penah angkat. Tapi senyap je. Alih2 putus. So, telah bermain di fikiran aku, ini orang nak curi line tepun aku ke nieh?? Maka semenjak itu, tiap kali nombor tersebut call, aku tak hangkat2 smp semalam.

Yela. Dah call tak kira waktu kan??? Susahla. Kang aku ingat call urgent dari sapa2, rupa2nya dari no. ni. Tak ke sakit hati ko??

Maka, apabila dah hari2 call, aku meng google la dah sebab mcm no. ofis kan. End up aku jumpa macam2 yang kata ni astro promo la, scam la. Yg aku pelik, ASTRO PROMO?????!!!! Tidak ke astro dekat KL ni. Apakehal nya pegi ke penang nya no???

Dan akhirnya aku dah set auto reject call utk no. yang satu ini. So aku nak tgk hari ni aku still akan receive lg or x. Sbb dah byk kali kot aku reject, tak gheti2 ha nak putus asa meng-calling aku.

So, aku saja je up entry ni. Utk rujukan sesiapa yg sedang terkena n tertanya-tanya dgn no.tersebut. Hokayh???

Till then, dadada.....
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday 22 July 2013

Agar-agar milo oreo

Assalamualaikum

Saja je nak cite ni. Sepanjang-panjang aku ni dok blogwalking, banyak aku tengok org dok up entry agar-agar milo oreo ni.

Tetiba nak jugak agar-agar ni. *NANGES**. Ko dah kenapa asek semua benda nak ni.
Aku teringin weh...nak buat. Tapi sah2 la cik suami tak bagi. TIBA-TIBA aku rasa nak suruh dia yang masak. Sedapnya.

Rasa macam...owh...sedapnya.

Puding caramel aku dah mintak dengan akak aku suruh buat minggu ni. Macam boleh dapat je. Kalau dia tak lupa la.

Ok la. Aku tengah nak pk ni. Caner nak pujuk cik suami tolong buatkan agar-agar ni. Macam best je kan kan kan??
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

13 Ramadhan


Pejam celik, dah masuk hari ke 13. Esok dah masuk hari ke 14.

Kualiti puasa tahun ni tak tau la weh. Mungkin tak serasa sgt sbb puasa kali ni jarang pg tarawikh di masjid. Hmmm.... Next year kalau ada rezeki, mmg confirm kat rumah je la jawabnya. Menjaga anak itu lebih wajib kan. Inshaa Allah kalau di izinkan Allah. Aminn.


Hari minggu baru ni, aku n cik suami cuma habiskan masa dekat rumah. Saja malas balik umah MIL sbb nak rehat sepuasnya dekat rumah. Nak basuh2 toto, comforter. Kemas rumah. Hee...

Hari Sabtu aku makan KFC. Yes!!!! Tercapai ngidam makan kfc. Tapi bl dah habis makan muak pulak.
Lepas berbuka cik suami ajak tarawikh kat surau bawah. Aku pulak ajak dia pegi masjid Putrajaya.
Ya Ampun!!! Jem ok nak pegi sana. Dgn polis bagai. Rupa2nya Perdana Menteri kita solat tarawikh skali kat sana. Tapi aku buat 8 je. Balik rumah tdo terus. Huihuihui.

Hari Ahad, pergi Shah Alam. Tetiba ngidam nak makan sambal ikan bilis roomate masa kat U dulu. Mak dia masak sedap sgt tau. So, disebabkan mengidam, mak dia bagi free je sambal ikan bilis tue. Tak payah bayar.

Pastu dengan tak solat Asar lagi, bergegas ke Bazar Ramadhan presint 2 tue beli juadah berbuka. Manusia sgt ramai bila da time kul 6 lebih. Aku ingatkan sikit je orang bl hari minggu. Rupa2nya ramai okayh. Beli 2 3 jenis makanan, balik cecepat terus solat asar.

So,berbuka la kami dengan nasi putih, ikan kembung masak kicap, rendang daging,sambal bilis dan apam balik. **lupa nak snap pic. Time ni ktorang dah lambat nak berbuka. Kelam kabut. Karang kalau tgh sibuk nak berbuka time tue la nak snap pic, ada kena tegur dgn cik suami pulak kan??**

Itu je la citer boring aku. hehe...

Serious boring kan? Dah la lama tak letak gambar bagai. Sorry la, malas nau aku nak transfer dr hp ke pc ni. heee... Till then...selamat menghabiskan waktu kerja yang ada lagi 6 jam ni. LAMA HOI!!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday 18 July 2013

~NAK CITE APA ERK~


Assalamualaikum dan salam 9 Ramadhan

Acaner puasa korang? Hada hokay Hada tidak???
Aku?? Syukur diberi kesempatan untuk berpuasa lagi eventhough perut masuk angin yang terlampau.
Tahap mengidam makin melampau. Eh...ngidam mandong ke ngidam sebab puasa???

Aku confirm 100% ramai yang berpuasa akan mengidam nak makan apa je hari ni.
Tengok makanan tue nak. Tengok makanan ni nak. Ke nafsu nama nya itu? Huuu

Hari ni blogwalking2, nampak ada blogger berbuka dengan KFC.

Ya Hampun!!! Mak terliur nyah!! Sangat!!
Semalam aku nampak orang makan burger McD, aku pun terliur sama. Alih2 dapat makan nasi kerabu WAN ATIQ  yang famous da bomb di sekitar bangi n putrajaya ni, terus dah tak teringin aku nak makan. Hik!!!

N untuk record kali ke-3, aku tak tido malam tadi lepas solat maghrib. Huihuihui. [ korang jgn salah fhm. terawikh aku buat pada pukul 10 atau 11 ke atas lepas bgn tido eventhough tak la setiap malam aku bertarawikh]

Maafla. Keadaan sekarang menyebabkan hormon mengantuk itu berada di tahap maksima. Tambah pulak cik suami tiada di rumah menyiapkan final project beliau, maka tidak la aku pergi ke surau berseorangan. Well, at least buat jugak tarawikh daripada tak buat langsung. [aku sebenaq nya sedih sbb kekerapan aku pegi tarawikh tidak sekerap macam aku bujang dulu. Rindu masjid tetiba]

Ulang alik ke doktor di klinik swasta dan klinik kerajaan dah kena menjadi rutin 2mgu skali skrg. Harap2 dapatla result yang positif dan ia nya membesar dengan sebaik2nya. Aminn

Melalut -lalut tak tau apa cita ni... aku sebenarnya nak cite pasal suami aku for the 1st time ever masak kari daging gara-gara aku nak makan kari daging home made. Bazar Ramadhan aku tak mau. N guest what...walau segala apa aku sowh dia letak..tumis bagai..n aku sendiri yang letak garam...he is not bad la tolong kacau2 n tengok kari tue dah masak ke belum. I lap u la darling. Well done.

Nanti aku tepek pic2 dia ye as my chef.

Sampai cni sajer.

**LAMA HOI NAK TUNGGU PUKUL 5. AKU DAH TAKDE KEJE NI. =P



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday 15 July 2013

~CERITA 6 HARI PUASA~

Assalamualaikum n salam 6 ramadhan... =)


Hai..... aku nie benaqnya nak update...tapi asek ke draft je ape yang nak di update. Alih2 macam tak best pulak nak up draft yang da ketinggalan kan???

Acaner puasa korang da masuk 6 ramadhan ni? Tup-tup dah puasa ke-6 kan? Harap2 diri ini akan terus puasa penuh for the first time ever selepas akhil baligh berbelas tahun dolu. In shaa Allah kalau diizinkan Allah rezeki ini untuk aku dah suami. Aminn

Nak citer masak apa utk berbuka bersahur???

Aku cuma masak 2x je sahur.
1 : sambal ayam
2 : daging goreng

Berbuka???
-- Tak pernah lagi masak untuk berbuka. Ekekeke. Bagus tak aku?

Orang lain dok tayang masak apa hari ni...aku TIADA hokeh!!

Atas sebab musabab yang tak dapat yang dielakkan, aku terpaksa menjadi isteri yang hanya duduk saja. Let husband do everything. Bak kata cik suami kan??

So aku rasa bulan puasa kali ni tak berapa nak menarik minat aku dari segi nak buat kerja sebagai isteri la.

Sebab dah dilarang sama sekali kan? So aku hanya mampu jadi tukang rasa,tukang pilih makanan saja di.....
BAZAR RAMADHAN PRESINT 2. =P

Alhamdulillah, balik dari rumah PIL semalam, along aku call suruh ambil makanan yang mak aku masak.

Special delivery dari PAHANG n yg penting dari air tangan mak sendiri.

So...ptg ni kami suami isteri bakal berbuka puasa dengan:
--sambal ketam
--pajeri terung
--ikan tenggiri masak apa ntah =p
--ubi kayu sira


Nyum!!!!

Okla...nak sambung keje. Hee...

***korang lapa tak? Aku lapa  ni. Sebab dah memerut 2x pagi ni. Bertahanlah wahai perut ku sayang***




InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday 9 July 2013

~RINDU NAK JADI HOUSEWIFE SEMULA~

Assalamualaikum....

Hari ni nak cite yang tetiba aku teringin n terindu nak jadi fully housewife semula.

Tapi????

Hanyala angan2 sementara je tue. Aku ni mengantuk tahap gaban ni. Itu  yang rindu jadi housewife.
Kalau tak mata ngantuk camni, haruslah aku terus masuk bilik tidur. Nak2 kalau hari tue adalah hari mengantuk sedunia ko.... Maka haruslah aku ni tidur je sepanjang hari. Then malam jadi burung hantu. Cik suami dah lena kat sebelah..aku layan internet. Huu...

Pagi ni hujan. Sejuk ya amat dalam bilik aku ni. Kawan yang sebilik ngan aku nie pergi bengkel pulak. Tengahari baru balik. Mula la mata ni nak kuyu je all the time. Aku membaca pun rasa nak tersengguk dah ni.

Asek la aku ni tengok jam je. Lambat pulak hari ni berlalu. Hari ni plan nak ajak cik suami balik awal lagi.

Hello!! I kan pekerja sambilan sajork!! OT pun bukan dia bayar pun. So..ada aku kesah??? Tapi yang aku ngularr pegi update blog ni takpe plak? Ekekek...sebab tue aku selalu balik lmbt jugak. Claim la mana yang teruk.

Alih2 aku bukak la ayat2 Al-Quran dekat youtube nie. Hilang sikit la mengantuk. Dari dok dgr lagu kan? Baik bukak ayat2 Quran. Boleh sekali dapat pahala. Segar pun segar dah mata ni sikit. =)

Apsal aku cerita pasal mengantuk? Adakah mengantuk yang buat aku paling rindu untuk jadi housewife semula ha? Hahahha....

JAWAPAN NYE ::: YE!!!

Tapi selain dari tue aku rasa macam best je bila dapat hantar cik suami smp ke muka pintu, salam2 cium2...ahaks!! Peh tu kalau dia balik keje aku sambut...baju dia aku settle semua iron sidai bagai. Best!!!

Bukan lah aku rasa yang aku nie tak boleh buat semua tue lepas aku keje. Aku penah buat semua tue kot before aku quit. Tapi demi keselamatan aku, aku terpaksa jadi big boss kat rumah. Everything is done by cik  suami. Tapi la... utk 3 4 bulan ni je k abg?? Then nanti abg dah boleh dah rilex. Hokayh!!!

Cumanya kesian la dekat cik suami mana nak masak, nak kemas rumah nak sidai baju...nak siapkan final project dia lagi. Seriously aku kalau boleh tak mau susah kan dia. Harap2 dengan pengorbanan dia mcm gini untuk binik nye nie....dia akan senang dengan final project dan final exam yang tak sampai sebulan lagi ni. OIT!!! Dia final 27 JULY ni ok.... boleh kira ngan jari dah ha. (temasuk jari kaki la...)

OK la...melalut ntah mana la aku ni dah kan??? Hahha... Baru segar skit mata nie. Jum membaca semula. Ubat tido kan?? Ngantuk2 lagi kalu....aku hupdate lagi blog ni. hehe

sumber : google image

Agak2 comel tak aku kalau nguap gini sekarang hek?????


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday 8 July 2013

SHOULD I???

Assalamualaikum n Salam Hari Senin!!!

Hari ni aku da mula buat perangai aku malas g keje.

Tetiba lak aku terindu saat2 jadi housewife. 6 bulan okay aku duduk rumah je. Tapi tanpa kerja tiadalah wang ye syuhairah. Hai la..... **Pasrah**

Weekend dipenuhi dengan tidur all the time. Habis dah kata cik suami tak bagi buat kerja rumah, nak buat apa lagi la hai... tido+ tgk tv+ makan + tido. Itu je la keje aku. Boring hoi. Kesian pulak tengok cik suami dok ke hulu ke hilir buat itu ini. Mana nak siapkan assignment lagi. Mana nak layan arahan bini lagi. Sorry abg, Huuu

Suddenly semalam aku terpk.... Aku ni nak keje sampai bila dekat goment ni? Kalau kata tetap...takpelah kan ko nak keje sampai bila2. Berbaloi la ko keje dengan gred 41. KALAU TETAP....huuu... Ini kontrak.
Sape2 yang pernah atau sedang berkerja dalam kontrak goment nie, mestila korang tau gaji aku berapa kan.

Gaji pun ikut hari. Takde cuti tahun. Tapi pelepasan ko nak pegi mana2 tue ok la kan? Senang. Tapi... aku kena pk la kan... Kalau aku keje tetap, it will be worth it kan aku keje mati-matian...at least aku tau nanti aku dapat increment, ak kerje keras utk dpt kpi tgi utk dapat bonus yang bagus. Kan kan??

Tapi bila memikirkan rezeki yang lagi satu yang pasti belum pasti nie...aku kena berkorban untuk kerja di sektor kerajaan ni utk sementara waktu. Sampai la dia stable. Once dia stable, aku will search for another job. Job yang lebih baik. Yang lebih memuaskan keinginan aku untuk bekerja. Kan??

KENA CARI KERJA TETAP OKAYH!!!

Orang kata kerja kerajaan ni idokla susah mana. Tapi bagi aku susah tang nak ngingat pangkat2 ni hoit..... Gila la. Ayat berbunga-bunga. Hehe...

Tapi actually aku nak enhance skill yang aku ada. Yang aku dah pernah keje dalam bidang teknikal. Huu

There are so many disadvantages being a contract worker. Biarlah sape2 yang bahagia nak jadi contract worker. Aku tak sanggup. Ko nak ke gaji ko keje 4 5 tahun dok takat tue je...Huu...its not good okayh.

Wah...bebel panjang pulak aku kali ni kan.

Doakan yang terbaik untuk aku. Moga adala kerja2 yang kosong dekat area umah aku macam balakong ke, kajang ke..bangi ke..serdang ke... kan???

Till then. ADIOS!!!


****hoi!!! jangan kata aku tak bersyukur. Aku bersyukur sangat dapat kerje skrg. Tapi dah kata kontrak, buleh quit anytime..so buleh la aku apply keje tetap. Untuk masa depan. Tapi aku takkan quit until aku dapat kerje baru***
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday 3 July 2013

~ALHAMDULILLAH~

Assalamualaikum\

Entry kali ni adalah sepantas kilat.

Sebab???

Aku up entry nie dekat ofis. Lalalala...

Alhamdulillah... dah dapat kerja.

Sebagai???

Pekerja Sambilan Harian dengan menjawat jawatan sebagai penolong pengarah unit dekat unit aku nie.

Kira aku keje kontrak loo... tp ok la. Ada bilik sendiri. Kalau tetap ni, pegawai ptd je tahu yang boleh pegang jawatan ni. Kira kontrak aku pun boleh sambung2 as long as aku nak keje cni. Tengok dlu acaner

Rasa2 aku lebih suka  bidang teknikal, sampai masa nanti aku akan cari semula kerje dekat kilang. Currently, aku berkerja dalam bidang management. Hoi!!! Ko kena belajar okehhh cara buat surat rasmi bagai. G meeting la apa.  ** ok, itu aku belum lagi la. nanti bila da lama kerje.**

Nak upload pic bilik aku. Seronok. Ko nak makan time kje pun ok. Asalkan sebelah makanan, sebelah kerja. Tapi hati2 ok. Kira macam senang la kan.

Nanti2 aku cerita lagi. Ngadap blog nie karang aku pulak yang tak study. Upload nanti kat rumah kalau larat.

Sebab???? Dah kena penyakit malas. Yeay!!!! Apakah?? Jeng2... Biarlah rahsia

Ok...selamat berkerja. Nanti aku up lagi entry pasal keje goment n keje private hek!!!



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday 27 June 2013

~SUAMI~

Assalamualaikum

Memandangkan kebanyakkannya hari2 sebelum ni mood is very swing, sampai malam2 cik suami pun kena marah je dengan aku. Salah dia ke kalau tetiba aku rasa ruang aku nak tido aku rasa sempit?
Salah dia ke kalau malam2 sebelum ni aku yang tak boleh tidur sebab kepanasan ,dia yang tengah lena selenanya tidur aku pegi marah dia? Haha.... sorry. Mood I is swing sgt. Nak2 musim panas ni kan? (well, hari ni dah boleh nampak dah rumah yang dlm construction depan umah aku ni. Meaning? Jerebu is slowly gone. Syukur alhamdulillah)

Saja je nak cerita pasal cik suami. Orang lain cerita pasal anak, kita cerita pasal cik suami la dulu. Kalau ada rezeki anak tue, syukur alhamdulillah. Then kita cite pasal anak pulakkan???

Di saat bini nye mood tgh swing, nak2 aku ngamuk2 time panas tak boleh tidur, cik suami terus tangkap@ tarik aku, then pegang dahi aku. Terus cakap " Kenapa ni, dah2. Tenangkan fikiran, pastue tidur k? " Guest what????? Berkesan babe!! Itula suami kan. Macam kita dengan mak n ayah kita la kan. Kalau sakit, aku akan suruh mama or abah tolong tgk kan ke, urutkan ke, n dengan kuasa Allah, penyakit itu akan hilang secepatnya. 

Husband korang suka makan apa?? Cik suami can eat everything. Hidangla apa jua. Dia takkan tolak. Akan makan je. Tapi kalau bab2 lauk pauk macam lunch ke, dinner ke....sila jangan masak yang tak pedas hokayh!!! Ko takkan tengok dia makan laju or bertambah. Pernah aku masak, sekali tue dia mtk cili padi. Aku yang tengah mood swing ni, sentapla hoi!!! I penat2 masak, puji tidak tetb mcm nak something utk menyedapkan lagi. Padahal memang salah aku pun. Aku lupa nak blend cili padi skali. Aku blend lada merah besar tue je semata-mata dengan bawang. Alih2, aku amek cili padi, gunting kecik2, bagi dia. Then aku perabih makanan aku, masuk bilik belakang kunci pintu. Teruk tak teruk perangai mak ni nyah???? Suami aku tak bersalah pun. Mintak cili padi je pun. Haih la.

So, sesi dia mengetuk tak sudah pintu tue aku biarkan je. Sampai la ke malam. Apela bini. Aku keluar pun sebab aku nak g pasar malam. Dia pulak nak g tahlil kat rumah jiran aras 4 ni. Dia just pesan nak apam balik. Aku buat bodo je. Salam2, aku keluar. (ko tgk....mood punya pasal. Selalu aku merajuk kejap je)

Tapi teruk2 aku pun, aku belikan jugak la apam balik. Sebab plan blk nti, dah tak nak merajuk. Boring tau merajuk ni. Kesian pulak takut cik suami nanti boring nak pujuk. Dalam2 ego tue, takut jugak ko kan laki ko nanti buat bodo je dekat ko. Hehe...

Selain dari tue, cik suami is quite helpful. Aku jarang mtk tolong dia kemaskan rumah. Sebab aku tau aku housewife. So, aku akan mtk dia kemaskan rumah kalau aku tak sihat yang smp tak ley bangun tue. N macam suami2 korang jugak, husband is always good when its come in cleaning process. Bersih sebersihnya. I loike!!! Rasa macam nak sakit hari2 je tau. Agagagga...

Masak??? Sorry. Cik suami is sedikit tiada skill memasak. Bukan kata dia tak ley langsung nak pegang sudip ke.kuali ke.. tak..... Cik suami boleh je nak masak nasi goreng, ikan goreng yang basic2 tue. Tapi bila aku mtk dia masak kan, dia cakap nanti tak sedap la,apela. Banyak nau la alasannya. Ada sekali dia sangat terpaksa memasak sebab kaki aku tak sihat. Bengkak sampai tak boleh nak menapak. Aku ingat itu bolehla jadi alasan kan aku memang tak boleh masak. Alih2, jap2 kena panggil. Jap2 kena panggil. Solution terakhir, aku berdiri la sebelah kaki, dok tepi dapur bagi arahan apa yang dimasukkan. Lepas habis masak, aku puji la sedap. Terus dia berlagak dengan aku. "Tengokla sapa yang masak" Hai suami. Belagak abg erk. Takat gaul2 je. Takpela. Puji jugak la kan.

Kenapa tak tapau je??? Kami bila mana da tahap tak boleh telan makanan kat kedai, itu jadinya. Nak jugak masak kat rumah. Sakit tak sakit pun bini ni. Hik!!

Dari segi psikologi, cik suami is very good to me. Diala kaunselor paling bagus yang aku ada. Cuma kadang2 mungkin dia pun tertekan. So position kaunselor paling bagus tue jatuh pada mak aku. Tapi bila melibatkan rumah tangga,( ye la...dah kata masalah rumah tangga jgn di uar-uarkan pada orang luar kan), cik suami adala yang terbaik dari segi mental especially. Tok sah kata suami aku, suami korang pun sama kan???

Dari segi agama, syukur alhamdulillah. Dikurniakan suami yang boleh menjadi imam kepada isterinya, yang menegur salah isteri nya n kadang2 bila aku melenting sebab itu tak boleh ini tak boleh, dia mls cakap byk. Dia cuma cakap, " Ikut sayang la". Tapi, dengan 3 patah perkataan itula yang buat aku menyesal. Dia cakap benda yang betul kot. Nak membimbing. Ok, bini is not really perfect. Itula guna suami diperlengkapkan utk si isteri terutamanya dari segi agama kan??? Idokla kata aku ni seksi meksi sgt kat luar before kawen. Tapi dari segi pemakaian, pas kawen, no more baju ketat2, no more lengan pendek keluar makan. Eh, aku pakai lengan pendek kalau aku pakai tshirt besar2 tau kalau sebelum kawen ni. Yang lain aku pakai baju quarter la lengan dia mostly. Hehe...

Tapi bila dah kawen,  people changed. Ye la kan, bukan sebab status dah berubah, umur jugak dah meningkat. So, apa guna ko semayang bagai, dari segi batin n zahir tidak di jaga. Thanks to mama yang sgt straight n also cik suami jugak kerana menjaga saya dari segi itu.

Keburukan cik suami??? Tak maula aku cerita. Itu aku simpan. Haha.. Puji lebih2 takpe kat blog ni. Ko jangan cerita hal buruk2 dekat blog pasal laki ko hek!! Tak baik. Aku tau ramai lelaki2 kat luar sana yang baik2. Dan kawan2 yg blog walking blog aku ni pun, ramai suami2 mereka yang sgt baik jugak. Macam cik suami aku. Kan???? So, sama2la kita menjadi isteri yang mithali pada suami kita ok???

p/s: entry kali ni actually takdak idea sgt aku cerita. Nak cerita pasal jerebu kat rumah aku. Tapi malas nak upload pic. Agak2 aku rs macam tak seswai entry ni, aku delete balik. Heh!!!




InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...