Tuesday 20 May 2014

SAFRA INSYIRAH BINTI ISA



Assalamualaikum..

Hari ni nak cite mengenai anak aku. =) Tak pernah citer details kan pasal dia. Entry sambungan bersalin hari tu pun tak habis cite kan?? Pang diri sendirik!! Nantila aku citer pasal tu. As long as tak dapat anak no.2,selagi tue aku ingat pengalaman bersalin aku. 

Safra Insyirah 

Safra: Kuning keemasan
Insyirah : Penenang hati
Memula kami panggil Safra. Tapi sebab dia kuning hari tu (eventho tak teruk), smua org tak bagi panggil dia safra. So,lekatlah panggil Insyirah until now. Tapi aku tak pernah panggil Insyirahà syirah. Sebab aku takmo dipendekkan. So panggil insyirah much better. N ada maksud.kalau panggil Syirah je tak best kan??

Date of Born: 22nd February 2014
Time: 9.04pm

Sekarang dah umur : 88 hari. 22hb ni dah 3 bulan. inshaAllah..alhamdulillah
Setakat ni Insyirah takde demam lagi (Alhamdulillah). Still fully breastfeed. Makin bambam..
Kalau masa umur tak sampai sebulan, aku sgt stress bila dia nanges. Sebab mungkin 1st experience. Tak tau ape dia nak semua. N today, Insyirah dah semakin pandai. Suka berborak, kalau di agah2 mesti dia gelak. Layan la dia berborak. Selagi dia rasa selesa, selagi tu dia akan senyum n bunyi2 macam borak dgn kita. =)

Tidur Malam?

Alhamdulillah,takde masalah lagi. Bangun hanya untuk menyusu. Syukur. N kena tidur dalam gelap. Pukul 11 bawak je masuk bilik,  tepuk2, mst dia tidur. Kalau aku minum Nescafe pun, dia still boleh tidur dgn nyenyak. Like mother like daughter. Bagi la minum ape pun, kalau ngantuk tue, tidur la jgk.kekeke…
Berbedung?

Ye..insyirah still lagi berbedung. Tapi tgn lepas la. Dari kecik tak suke bedung tgn dia tu. Haiyoo… Klu kat umah, mmg berbedung. Tp klu jalan2.. tak la.  Sebab mata aku ni macam tak senang je kalau kat rumah dia tak pakai bedung. Kaki tue dok la “kayuh basikal” tak henti2.letih aku nengok nye. =p
Insyirah ikut mood dia nak behave ke tak bila bawak jalan2. Tapi mostly memang dia behave. Yang tak best aku beli carrier Boba 4g. Insyirah akan duduk dalam tu kalau dia rasa nak duduk + tidur. Kalau dia berjaga, dia akan mengamuk. Sebab…. Dia nak tgk org. Kalau dok lam carrier..dia ngadap babah/ummi nye saja. Bosan agaknya kan? Hehe..

Insyirah dah start mengiring sikit sendiri. Hari tu cik suami nampak dia almost nak meniarap. Aku tak perasan pun. Kalau ye..alhamdulillah. Cepatnye Insyirah nak membesar. So meh layan pic Insyirah cikit. Tak penah tepek kan kat cni..hehe… 

Ni masa ni tgh fresh habis. Dok dalam ni sbb nafas insyirah perlahan.

Masa ni da botak.  Baru botak. Insyirah rambut sangat lebat tau!!

Insyirah 2months ++ (bukan stroller dia ye.. letak je kat dlm kedai)

Abaikan gmbr senget ni. Aku tak tau la nape ha..puas dah try edit bagi kasi tegak. Huu...

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday 7 May 2014

SUBHANALLAH







Kadang-kadang kita akan utarakan persoalan….kenapa aku?kenapa aku? Tapi Allah Maha Mengetahui tentang apa yang dirancang untuk kita.
Anak…. Sukar untuk aku gambarkan tatkala bila disahkan positif lagi sekali tahun lepas. Usaha selama setengah tahun untuk dapatkan zuriat setelah keguguran akhir tahun 2012 mendatangkan hasil. Namun, diuji dengan spotting selama 3 bulan, discharge yang banyak sebanyak kehamilan…tapi aku redha. Alhamdulillah…Si comel dan si cantik Safra Insyirah kini dah jadi milik ummi dan babah.

Namun pagi ni aku terbaca 1 blog dari seorang blogger. Beliau kehilangan anaknya tanpa disangka-sangka. Selepas postmortem katanya sebab tersedak susu. SubhanAllah… moga dijauhkan perkara tersebut.

Kadang-kadang perancangan Allah itu ada hikmah disebalik itu. Walaupun tahu baby akan dimasukkan ke syurga, tapi mungkin bagi kita…. Kehilangan itu teramat dirasai. Takpela ibu armand ibu armand Anda sudah mempunyai saham dan helper di akhirat kelak. Tabahlah.

Bagi mereka yang tak pernah lalui keadaan macam ni, mungkin hanya boleh luahkan perasaan simpati. Tapi aku sudah merasai kehilangan adik kesayangan tika umurnya 10 bulan akibat high fever yang terus menerus panas dalam masa yang singkat. Kehilangan anak yang dikandung walaupun hanya 10minggu… tp perasaan ibu itu sendiri kehilangan anak, cume Allah saja kekuatan yang ada. 

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

LAMBAT BANGUN







Assalamualaikum (ini cerita semalam hokayh)

Hai… hari ni (selasa) nak citer pasal lambat bangun lol!!!
Aku bangun kul 6am hari ni!!!! Lambat gilos ok… bagi aku sejak dah ada anak ni, sangat pendek masa kalau bangun kul 6 tue. Sbb aku selalu bgn 515/530 untuk pam susu bagi insyirah susu fresh dekat babysitter dia. Sebab aku kalau boleh nak make sure every morning dia akan minum susu fresh kat rumah pengasuh.  Tapi aku akan make sure yg aku takkan kosongkan breast sgt sbb nak direct feed insyirah before pergi kerja.


Lepas tu, aku akan mandi solat n siap2. Then tukar pampers Insyirah,bagi dia susu. Sebab kenapa rasa kejap sgt??? Aku masuk keje 745am ok. So sgt kena pantas. Pffft!!! Malam tadi rasa penat giler. Pukul 10 aku dah nak tido .Insyirah pulak tak bgn2 sebab balik rumah dia muntah melambak-lambak. Dah lama dia tak muntah mcm tue. Pukul 12 aku bangun..susu kan dia + pump susu. Tapi production cume 2oz. Maybe sebab kuat minum kopi kot aku ni.  Last2 aku tidur pukul 2pagi. Insyirah mmg lena tidur malam td. Alhamdulillah…


Dah tu je nak cite k. Bubye!!!

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...