Saturday 4 July 2015

HARRAZ HOMESTAY KULIM KEDAH


assalammualaikum

hai2 korg.. ape kabar? sihat la erk hendaknya.  Puasa ada tinggal tak tu? Kaum perempuan aku paham.. kaum lelaki tu sampai sekarang aku tak faham kenapa ada yang x ghoti2 nak puasa.  Aku?  Alhamdulillah... setakat ni..  masih penuh lagi. Red flag ke... Japan flag ke ape ke.. xde lg. Kalau xde dan membawa berita gembira pun alhamdulillah.  Tapi jangan terlalu mengharap!

Yang sebenarnye nak cerita pasal Harraz Homestay yang aku duduk 3hari 2 malam dekat kulim kedah.  Tapi kali ni akubrasa tak seronok sgt... sbb terlalu ikut gps.. kadang ntah kemana mana bawak ktorang.Kalau dulu masa aku belajar dekat sana... bapak aku yang drive, try and error.  Tapi syokla kan. Kali ni kurenggg sket. Sebab aku tak dapat menikmati perjalanan tu as aku tolong pegang gps.  Holder gps ktorang lupe nak bawak.

Aku pegi sana masa hari ke 3 puasa.  Agak letihla.  Gerak dari selayang (dari rumah PIL)  dalam pukul 6...sempatla ktorang berbuka di Hentian Tapah.  Laju ke? Ke normal? Not sure.  Berbuka di PaK Tam Kopitiam.  Tapi aku rasa tak sedap.. sebab semua sejuk. Sadis tak?  So buka puasa hari tu..  so so jela.

Sampai kulim around 11pm. Nak jadi cerita, homestay ni opposite dengan satu lagi homestay.  Homestay satu lg tu, pagar lawa, ada full awning bagai (dalam tak tau).  Pastu homestay ktorang ni.. dengan daun2 tak sapu dkt area garaj tu.. so nampak kotor sikit. Tapi sbb daun je pun.  I ols ok je.  Tp jadi mcm x lawa la kan depan PIL.  Tapi dalam hati ni kuatkan diri moga2 dalam dia sama mcm dlm gambar.  Huhu



Masuk-masuk je... alhamdulillah... semua puas hati.  Nah tengok gambar2 ni.  Entry ni saje aku nak post sbb aku nak delete pic dalam hp ni.

 HALL-kecik..tapi seswai utk family kecik. hehe

 MASTER BEDROOM -VIEW 1

 MASTER BEDROOM -VIEW 2

 DAPUR

 BILIK KE-3


Bilik kedua aku lupe ambil..Tapi lebih kurang dengan bilik no. 3 ni jugakkk.

Aku tidur Masterbedroom.. as Insyirah tido menggedik nak aircond. Plus PIL and adik2 ipar tak tahan sejuk sangat.

Tapi esoknya MIL aku mengadu dia panas. Nasib ada aircooler dengan hall tu. So malam kedua aku suruh MIL aku ambil aircooler bawak masuk bilik.

Ok... jom tengok ape best dan tak best homestay ni.

BEST

1) Dalam bersih. Walaupun luar agak messy dengan sisa2 daun berterbangan
2) Cantik
3) Kemas
4) Cadar tak busuk. Sebab aku penggeli. Not to say yang aku ni ngada2.. tapi a bit fussy la. Hikss
5) Langsir dia lawa. =P
6) Lantai tak berhabuk. Good!!!
7) Air mineral banyak!!!! Air pepsi boleh tahan!!! Good. Part air mineral banyak tue aku setuju sgt. Sebab aku mmg peminat air kosong kan. So.. terima kasih banyak.

TAK BEST

1) Tengah2 basuh pinggan...air tak turun dekat sinki. Aku dah try dah pump manually... tapi tak turun jugak. Aku nak bukak pintu belakang..Tapi kunci takde. Aku suspect piping dia terlalu direct. Thats y mudah tersumbat.
2) Not fully aircond.. At least dekat 2nd room..dekat hall ..kena ada aircond. Rumah teres panas tau. Dekat muadzam fully aircond rm170 hokayh.. Nak sedapkan hati..Mungkin la kot dorang ni baru je buat homestay ni. So budget takde lagi.Hehe
3) Kena ada water heater dekat bathroom. Senang. Senang nak mandi anak. Aku ok je mandi air sejuk. Huhu... ( Ni ngada sebab g langkawi hari tu dua2 bathroom ada water heater)
4)Ampai baju tak dak!!! Ada washing machine...good!! Tapi takde ampai baju. Aku terpaksa sidai dekat pagar yang share dgn jiran sebelah. So.. yang barang2 terkecuali kena sidai dlm bilik. Dah takkan nak biar semua tu sidai kat pagar tu. Malu la.
5) Plastic sampah tak disediakan.. Hadoi..kotor tau direct buang je sampah terus dlm dustbin dlm rumah tu. BUSUK!!
6) Tuan rumah simpan deodarant penyewa sebelum ni. HOmakkk!!!! Bos... boleh buang kot benda tue. Tak perlu pun ada. Hadoiiii.


Itula comment aku. Yang tak best tu.. yang paling perlu dititik beratkan is no.1..no.4 and no.5.. harap kalau tuan rumah baca blog aku ni... dpt baiki yang tue dulu.

Mesti korang tertanya tanya dah kenapa pegi kulim bulan puasa neh!!!! Ke takde orang tanya. Ada aku kesah? Why bother why bother why bother?? Eh. Huhu.. Actually g hantar adik ipar sambung diploma dekat ADTEC-Mahang.. Ya ampun.. kampung sgt kot. Kalah bandar keratong. Ke aku tak jumpe bandar dia? Sorry... huuu

Ok la..ituje.. Nanti kite review part langkawi plak. Bila tue tak tau. Till then.. bubye.







InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...