Monday, 22 July 2013

13 Ramadhan


Pejam celik, dah masuk hari ke 13. Esok dah masuk hari ke 14.

Kualiti puasa tahun ni tak tau la weh. Mungkin tak serasa sgt sbb puasa kali ni jarang pg tarawikh di masjid. Hmmm.... Next year kalau ada rezeki, mmg confirm kat rumah je la jawabnya. Menjaga anak itu lebih wajib kan. Inshaa Allah kalau di izinkan Allah. Aminn.


Hari minggu baru ni, aku n cik suami cuma habiskan masa dekat rumah. Saja malas balik umah MIL sbb nak rehat sepuasnya dekat rumah. Nak basuh2 toto, comforter. Kemas rumah. Hee...

Hari Sabtu aku makan KFC. Yes!!!! Tercapai ngidam makan kfc. Tapi bl dah habis makan muak pulak.
Lepas berbuka cik suami ajak tarawikh kat surau bawah. Aku pulak ajak dia pegi masjid Putrajaya.
Ya Ampun!!! Jem ok nak pegi sana. Dgn polis bagai. Rupa2nya Perdana Menteri kita solat tarawikh skali kat sana. Tapi aku buat 8 je. Balik rumah tdo terus. Huihuihui.

Hari Ahad, pergi Shah Alam. Tetiba ngidam nak makan sambal ikan bilis roomate masa kat U dulu. Mak dia masak sedap sgt tau. So, disebabkan mengidam, mak dia bagi free je sambal ikan bilis tue. Tak payah bayar.

Pastu dengan tak solat Asar lagi, bergegas ke Bazar Ramadhan presint 2 tue beli juadah berbuka. Manusia sgt ramai bila da time kul 6 lebih. Aku ingatkan sikit je orang bl hari minggu. Rupa2nya ramai okayh. Beli 2 3 jenis makanan, balik cecepat terus solat asar.

So,berbuka la kami dengan nasi putih, ikan kembung masak kicap, rendang daging,sambal bilis dan apam balik. **lupa nak snap pic. Time ni ktorang dah lambat nak berbuka. Kelam kabut. Karang kalau tgh sibuk nak berbuka time tue la nak snap pic, ada kena tegur dgn cik suami pulak kan??**

Itu je la citer boring aku. hehe...

Serious boring kan? Dah la lama tak letak gambar bagai. Sorry la, malas nau aku nak transfer dr hp ke pc ni. heee... Till then...selamat menghabiskan waktu kerja yang ada lagi 6 jam ni. LAMA HOI!!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...