Assalamualaikum wbt
Salam 22 Ramdhan.
Direct to the entry hari ni.
Jum sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah adik saya NUR SADDAM HUSSEINI BINTI ANUAR sempena hari lahirnya pada hari ini 31 Julai 2013. **ala...baru taip sikit nak nanges dah..hmm**
Saja utk cerita-cerita
1) Adik saya Adam telah pergi meninggalkan kami 20 years ago semasa berumur 10 bulan. Meninggal akibat demam panas yang menyerang tiba-tiba.
2) Adam merupakan anak ke-3 dalam keluarga kami. Yang sebenarnya kelahirannya sgt2 ditunggu-tunggu oleh mama dan abah sebab ini merupakan anak lelaki pertama dalam famili kami. Abah siap dah beli bola sepak berjenama n mahal utk dia. Tapi, belum sempat dia pandai menyepak bola, dia telah pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya. Tak tau kat mana bola tue disimpan sekarang. Tapi saya masih ingat dekat bola tue abah ada tulis wording yg sgt menyentuh perasaan tatkala kehilangan beliau. **Air mata nak menitis lagi**
3) Kronologi nya. Saya tak ingat sgt. Sebab masa tue baru 6 tahun. Ingat2 lupa.
- Adam satu2nya adik beradik sy yg ikt mama konvo yg mana ketika itu mama tgh dlm pantang lg. Tapi sempat lagi g konvo upm masa tue. Hehe
- Adam merupakan anak yg sgt comel. Bagi saya adik beradik sy semua comel2 masa baby. Ala..budak kecik, mana ada yg x comel kan. Tak tau nak describe muka dia ikut abah or mama. Tapi kepala dia bulat, mata bulat, hidung mancung, bibir seksi sbb selalu meleleh je air liur masa baby. Hee... Senyuman dia menggoda and very tempting. Yes.. my little brother seingat saya sgt perfect. Mungkin dia akan menjadi handsome seperti abah kalau dia ada sekarang. ( He suppose to be 21 yrs old today).
- Detik2 cemas bila mana adam demam. Mama bawak jmp doctor dkt Klinik Ridan,Muadzam Shah. Saya tak ingat sgt sama ada doc bg ubat then lepas tue ktorang balik umah dan adam still tak kebah, OR doc terus bagi reference letter utk dibawa ke Hospital Ibam ketika itu. Seingat saya, once dpt surat tu, saya ikut mama n abah bawa dia ke hospital sejurus dpt surat tu. Adam terus admit masuk ward. Demam panas. Petang tu abah ckp nak balik muadzam (muadzam n ibam is not too far,tp ketika itu muazam bandar yg sgt tak membangun.hospital pun takde lagi masa tu). Saya ikt abah balik muadzam utk pack baju2 utk tdo di hospital dan ambil along (kakak saya) di sekolah. Dia sekolah petang masa tue.
-Lepas ambil along, (ini sekali lagi saya tak sure)--disbbkan abah sedikit kelam kabut, jiran sebelah rumah offer utk ikt skali kami ke hospital semula. Masa tue hp takde lg. Harapkan telefon rumah je.So apa2 berita takla diketahui condition adam ketika itu macam mana.
-Seingat saya, sampai je kat hospital, mama terus peluk abah sambil menangis, saya masa tue blurr. Ok..budak 6 tahun dlu tidak sepandai 6 tahun skrg. Nak2 sy rs sy sedikit lembp ketika itu. Heee...
- Mama cakap adam dah TAKDE. Sy dan along ikut parents kami masuk hospital. Saya ingat lagi nurse letakkan kain ikat dari dagu ke kepala. Itu org dah meninggalkan? Tapi ms tue saya masih pelik. Kenapa???
- Lepas da settle semua, kami balik ke Muadzam. Mujur ada jiran ikut. Dia yang drive. Saya dan along ddk depan dua org. Abah pegang arwah adam dan menangis tak henti-henti. Mama pun sama. Ini pertama kali saya tgk abah nanges sampai mcm tue sekali.
-Sampai rumah, abah inform semua. Ramai sgt kwn2 abah yang dtg. Sedara mara jiran tetangga. Ahli syurga yang meninggalkan. Saya tgk2 je. Ada sekali saya lepas mandi main campak je baju kurung sy atas jenazah yg masa tue mama letak ats katil. Alih2 sy kena marah. Hehe... Sy tak tau apa2. Tp itula bnd paling sy tak boleh lupa. Maafkan wa ye dik.
-Saya tak ingat sama ada hari yg sama atau tidak adam dikebumikan.
-Tapi..... yg paling sy ingat, mama hampir meroyan semasa kehilangan dia. Alhamdulillah ada keluarga yang sgt supportive. Mama pulih. Cuma dia kerap menanges. N disebabkan dia kerap menangis, mama ckp suara dia tak sesedap dlu kalau menyanyi. Tapi...walau dia ckp xsdap, her voice still best kalau nyanyi lagu2 lama skrg. Huu...
Itu je yg saya ingat. Harap dgn apa yg saya tulis dlm ni, buatkan saya tak lupa apa yg jadi pada dia. Kehilangan adam sgt2 dirasai sbb dia satu2nya anak lelaki tunggal dlm keluarga. Dua adik yg lahir selepas dia semua perempuan. Hee...
NOTE:
PERGINYA ADAM DGN KADAR YG SGT SINGKAT MENYENTAP PERASAAN KAMI 4 BERANAK. HMM
ADAM, WA TAHU ADAM BAHAGIA DI SYURGA SANA. ADAM NANTI TUNGGU MAMA DAN ABAH YE.TOLONG MEREKA DI AKHIRAT NANTI.
ADAM, ADAM MESTI KENAL ANAK WA. ADAM MSTI TAHU WA PERNAH MISCARRIAGE DLU KAN? ADAM KAWAN DGN DIA TAU. DIA ANAK SEDARA ADAM.WALAU WA TAK TAHU APA JANTINA DIA, WA TAHU DIA AKAN SAMA-SAMA DGN ADAM.
DIK, WALAU BERAPA LAMA PUN ADIK TINGGAL KAN KAMI, KETAHUILAH...TAKDE SORANG PUN AHLI KELUARGA ADIK MELUPAKAN ADIK. SEMUA INGAT HARI NI HARI JADI ADIK. ADIK DOAKAN MAMA DAN ABAH KAT DUNIA NI SIHAT SELALU YE SYG. WA TAU, MAMA MST MENANGES INGATKAN ADIK HARI NI...
SEJAUH MANA KITA BERADA, NUR SADDAM HUSSEINI @ ADAM AKAN SENTIASA DI HATI KAMI SEMUA.
AL-FATIHAH.......
No comments:
Post a Comment