Friday 27 September 2013

JOURNEY TO BE A MOTHER : PEE PEE

Salam Jumaat.

Aku sebenarnya mencari-cari idea ni ha...nak tulis ape la kat belog aku ni. So, hari ni jom citer pasal kekerapan buang air kecil atau bahasa kasar nya....kencing. =P

Sebelum aku pregnant,sebelum aku kahwin malah sebelum aku tunang lagi, aku mmg kaki shishing ni.
(shishing= kencing ; bahasa aku selalu ckp dgn cik suami.Or mungkin akan diperturunkan perkataan ini pada bakal anak kami nti. Hehe..)

Mak aku cakap mungkin dlu aku kuat skipping, so terlalu byk melompat or mungkin kesan dari tu, dia usik sikit sistem tue. Kot la. Aku tak pernah pun g klinik nak pastikan semua ni. Aku jugak akan kerap shishing kalau kata aku minum milo hari tu. Alamatnya kekerapan ke toilet akan jadi byk kali la. Even kalau aku pergi jalan mana-mana (naik kereta especially), byk kali la jwbnya pit stop just utk aku. Nak2 kalau aku balik kg bapak aku kat kelantan tue.

Oleh sebab kekerapan shishing ni, mak aku siap cakap, " ADIK NI, KENCING MANIS KE?" sebab time tue aku makin kurus. Pastu kuat shishing plak tue. Aku bolayan jela mak aku cakap cenggitu. Sebab kalau aku luka ke, apa ke...cepat je sembuh. Wah gitu. Doctor sgt aku kan. Cek macam tue. Kahkahkahkah.

Tapi yang sebenarnya tidak. Actually aku ni seorang peminum air masak yang sgt byk in a day. Kalau botol aku tue 1 liter, ada la 2,3 atau lebih aku akan minum. Kadang tak sampai kul 11 pagi, air dalam botol air aku ni akan habis. N....kemana jua aku pegi, aku akan bawak je botol air aku ni. PLUS..................... aku jugak suka sgt beli botol air. Cuma sejak bersuami ni, cik suami tak bagi aku beli botol air byk2. Buat semak. Apa ko rasa???? Aku rasa sedih tau!!!

Bila aku ni jenis kuat shishing...bukanlah aku takley tahan shishing aku ni. Aku boleh je tahan. Sebab ada orang cakap klu mcm aku ni, kategori yg takley control. Ye ke? Dah habis ko minum air byk, dah tentu2 ko ke toilet kan. Takkan system pencernaan dalam badan kita nak biar ayor tu bertakung je dalam badan ni. Betul tak??

Tapi ajaibnya..lepas aku kahwin, family aku perasan, tak byk pit stop aku kalau g jalan mana-mana. Sebab??? Sekarang ni aku kena share dgn cik suami air dalam botol air aku tuh!!!! Dapat pulak suami yang jenis kuat minum air sama mcm binik nya. Hehe.... alasan aku tue.

Woi!!! Panjang nye mukadimah. Padahal nak cerita kekerapan shishing masa pregnant ni. Huhuhu....Hampun!!!

Yang sebenarnya, aku sgt penat sudah nak g toilet. Ko bayang kan office aku ni bentuk huruf U. Bilik aku kat hujung kaki U belah kanan. Toilet pulak kat hujung kaki U belah kiri. Haa...dah acaner ko rasa? Penat tak penat aku nak berulang every half an hour???? Penat hoi!!!! Tapi aku dah wat research, yang ni normal. Tp setiap 30 minit tue normal ke hek???!!!! Ke sbb aku jns minum air byk nih jadi kerap sgt ni???

Ok la... ini sedikit yang aku jumpa masa aku googling td. (Sedikit ke??Ahaks.Rajin baca. Tak rajin, ko baca takat cnie je hek?)

p/s : bkn hari2 la setgh jam hoi. ikt time jgk. kadang ikt hari. Kalau teruk..mst time cek air kencing nurse dpt detect kan..so..let it be... hukhukhuk

Mengapakah wanita hamil perlu kerap membuang air kecil semasa hamil? Kerap buang air kecil adalah ciri utama kehamilan. Hampir semua wanita hamil mengalaminya terutama pada trimester pertama dan ketiga. Malah, ia petanda awal kehamilan bagi yang tidak sedar. Kerap buang air kecil adalah kesan dari perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil. Bila kandungan semakin besar, badan kita akan mengeluarkan lebih banyak air kecil, tetapi pundi kencing pula semakin mengecut. Oleh sebab itu, walaupun pundi kencing sudah kosong, tekanan yang diterima membuatkan kita merasa seperti sudah penuh. Wanita hamil akan lebih kerap mengalaminya terutama pada akhir kehamilan iaitu ketika kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. Ada juga wanita hamil yang sukar untuk mengosongkan pundi kencing dan menyebabkan terpaksa berulang kali ke tandas.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/03/mengapa-ibu-hamil-kerap-kencing.html

>>>>>sumber blog yang cite pasal ni. Mekasih erk. I tumpang copy<<<<<

Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan in disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.

Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.

Mengapakah wanita hamil perlu kerap membuang air kecil semasa hamil? Kerap buang air kecil adalah ciri utama kehamilan. Hampir semua wanita hamil mengalaminya terutama pada trimester pertama dan ketiga. Malah, ia petanda awal kehamilan bagi yang tidak sedar. Kerap buang air kecil adalah kesan dari perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil. Bila kandungan semakin besar, badan kita akan mengeluarkan lebih banyak air kecil, tetapi pundi kencing pula semakin mengecut. Oleh sebab itu, walaupun pundi kencing sudah kosong, tekanan yang diterima membuatkan kita merasa seperti sudah penuh. Wanita hamil akan lebih kerap mengalaminya terutama pada akhir kehamilan iaitu ketika kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. Ada juga wanita hamil yang sukar untuk mengosongkan pundi kencing dan menyebabkan terpaksa berulang kali ke tandas.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/03/mengapa-ibu-hamil-kerap-kencing.html

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...