Thursday, 17 October 2013

TERINGIN


Assalamualaikum wbt...

Hari ni dah hari khamis dah. Yeay!!! Esok jumaat then cuti. Yes! Yes! Sambil lompat bintang!!

Well... hr ni kan, takde keje sgt dkt ofis. Cuma ketidak selesaan kain baju kurung ni yang dah semakin ketat sbb baby dah makin membesar kan. Alhamdulillah...xmo merungut. Xmo merungut.

Ape yang teringin sangat tue? Mengidam ke? Hehe... takla... setakat ni xde la ngidam bukan-bukan. Aku ngidam semua hand made cooked punye. Itu pun yg aku masak sndri. Haa... kan senang.

Yang aku teringin is... aku teringin nak macam blogger-blogger yang lain. Amek ttg susun atur dapur la.. susun atur ruang tamu, cerita buat ape hari ni + dgn gambar sekali tau. Sbb aku pun suka baca. Tgk pic2 dorg jadi sumber inspirasi jgk kan???

Tapi... aku tak serajin mereka. Pemalas hampeh!! Kadang nak snap pic makan ape...then plan esok nak citer dalam blog walau pun aku tidak la pandai masak sgt kan. Tp aku just snap, tp post kat instagram sajork!!! Sbb aku malas nak transfer2 bagai. Sebab aku rasa, orang lain lg menarik dr crita aku. Huihuihui. Sungguh ni aku ckp ni tau!!

Macam raya haji kelmarin, nak je snap diri sendiri ni yang buat adik beradik aku rs pelik perut aku dah besar. Nak amek gambar rendang ayam, daging n kuah kacang yang superb dari air tangan mak aku, nak cerita caner aku buat kek coklat dgn adik2... tapi aku tak terpk nak amek pong semua tue!!!

Mungkin sbb aku dah lama tak post anything dkt facebook, n dah lama tak cerita2 semua ni.. so aku lebih rela aku enjoy sendiri. Padahal semua tue kenangan hoi!!!! Dan aku rasa blogger lain CONFIRM akan ambil kan? At least skit la kan? Ntahla aku ni... kata nak jadi blogger. Tapi takat cni je kot. Tak sehebak orang lain lagi.

Sobs!!

Dah tue je nak citer. Bubyy!!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...