Thursday 27 June 2013

~SUAMI~

Assalamualaikum

Memandangkan kebanyakkannya hari2 sebelum ni mood is very swing, sampai malam2 cik suami pun kena marah je dengan aku. Salah dia ke kalau tetiba aku rasa ruang aku nak tido aku rasa sempit?
Salah dia ke kalau malam2 sebelum ni aku yang tak boleh tidur sebab kepanasan ,dia yang tengah lena selenanya tidur aku pegi marah dia? Haha.... sorry. Mood I is swing sgt. Nak2 musim panas ni kan? (well, hari ni dah boleh nampak dah rumah yang dlm construction depan umah aku ni. Meaning? Jerebu is slowly gone. Syukur alhamdulillah)

Saja je nak cerita pasal cik suami. Orang lain cerita pasal anak, kita cerita pasal cik suami la dulu. Kalau ada rezeki anak tue, syukur alhamdulillah. Then kita cite pasal anak pulakkan???

Di saat bini nye mood tgh swing, nak2 aku ngamuk2 time panas tak boleh tidur, cik suami terus tangkap@ tarik aku, then pegang dahi aku. Terus cakap " Kenapa ni, dah2. Tenangkan fikiran, pastue tidur k? " Guest what????? Berkesan babe!! Itula suami kan. Macam kita dengan mak n ayah kita la kan. Kalau sakit, aku akan suruh mama or abah tolong tgk kan ke, urutkan ke, n dengan kuasa Allah, penyakit itu akan hilang secepatnya. 

Husband korang suka makan apa?? Cik suami can eat everything. Hidangla apa jua. Dia takkan tolak. Akan makan je. Tapi kalau bab2 lauk pauk macam lunch ke, dinner ke....sila jangan masak yang tak pedas hokayh!!! Ko takkan tengok dia makan laju or bertambah. Pernah aku masak, sekali tue dia mtk cili padi. Aku yang tengah mood swing ni, sentapla hoi!!! I penat2 masak, puji tidak tetb mcm nak something utk menyedapkan lagi. Padahal memang salah aku pun. Aku lupa nak blend cili padi skali. Aku blend lada merah besar tue je semata-mata dengan bawang. Alih2, aku amek cili padi, gunting kecik2, bagi dia. Then aku perabih makanan aku, masuk bilik belakang kunci pintu. Teruk tak teruk perangai mak ni nyah???? Suami aku tak bersalah pun. Mintak cili padi je pun. Haih la.

So, sesi dia mengetuk tak sudah pintu tue aku biarkan je. Sampai la ke malam. Apela bini. Aku keluar pun sebab aku nak g pasar malam. Dia pulak nak g tahlil kat rumah jiran aras 4 ni. Dia just pesan nak apam balik. Aku buat bodo je. Salam2, aku keluar. (ko tgk....mood punya pasal. Selalu aku merajuk kejap je)

Tapi teruk2 aku pun, aku belikan jugak la apam balik. Sebab plan blk nti, dah tak nak merajuk. Boring tau merajuk ni. Kesian pulak takut cik suami nanti boring nak pujuk. Dalam2 ego tue, takut jugak ko kan laki ko nanti buat bodo je dekat ko. Hehe...

Selain dari tue, cik suami is quite helpful. Aku jarang mtk tolong dia kemaskan rumah. Sebab aku tau aku housewife. So, aku akan mtk dia kemaskan rumah kalau aku tak sihat yang smp tak ley bangun tue. N macam suami2 korang jugak, husband is always good when its come in cleaning process. Bersih sebersihnya. I loike!!! Rasa macam nak sakit hari2 je tau. Agagagga...

Masak??? Sorry. Cik suami is sedikit tiada skill memasak. Bukan kata dia tak ley langsung nak pegang sudip ke.kuali ke.. tak..... Cik suami boleh je nak masak nasi goreng, ikan goreng yang basic2 tue. Tapi bila aku mtk dia masak kan, dia cakap nanti tak sedap la,apela. Banyak nau la alasannya. Ada sekali dia sangat terpaksa memasak sebab kaki aku tak sihat. Bengkak sampai tak boleh nak menapak. Aku ingat itu bolehla jadi alasan kan aku memang tak boleh masak. Alih2, jap2 kena panggil. Jap2 kena panggil. Solution terakhir, aku berdiri la sebelah kaki, dok tepi dapur bagi arahan apa yang dimasukkan. Lepas habis masak, aku puji la sedap. Terus dia berlagak dengan aku. "Tengokla sapa yang masak" Hai suami. Belagak abg erk. Takat gaul2 je. Takpela. Puji jugak la kan.

Kenapa tak tapau je??? Kami bila mana da tahap tak boleh telan makanan kat kedai, itu jadinya. Nak jugak masak kat rumah. Sakit tak sakit pun bini ni. Hik!!

Dari segi psikologi, cik suami is very good to me. Diala kaunselor paling bagus yang aku ada. Cuma kadang2 mungkin dia pun tertekan. So position kaunselor paling bagus tue jatuh pada mak aku. Tapi bila melibatkan rumah tangga,( ye la...dah kata masalah rumah tangga jgn di uar-uarkan pada orang luar kan), cik suami adala yang terbaik dari segi mental especially. Tok sah kata suami aku, suami korang pun sama kan???

Dari segi agama, syukur alhamdulillah. Dikurniakan suami yang boleh menjadi imam kepada isterinya, yang menegur salah isteri nya n kadang2 bila aku melenting sebab itu tak boleh ini tak boleh, dia mls cakap byk. Dia cuma cakap, " Ikut sayang la". Tapi, dengan 3 patah perkataan itula yang buat aku menyesal. Dia cakap benda yang betul kot. Nak membimbing. Ok, bini is not really perfect. Itula guna suami diperlengkapkan utk si isteri terutamanya dari segi agama kan??? Idokla kata aku ni seksi meksi sgt kat luar before kawen. Tapi dari segi pemakaian, pas kawen, no more baju ketat2, no more lengan pendek keluar makan. Eh, aku pakai lengan pendek kalau aku pakai tshirt besar2 tau kalau sebelum kawen ni. Yang lain aku pakai baju quarter la lengan dia mostly. Hehe...

Tapi bila dah kawen,  people changed. Ye la kan, bukan sebab status dah berubah, umur jugak dah meningkat. So, apa guna ko semayang bagai, dari segi batin n zahir tidak di jaga. Thanks to mama yang sgt straight n also cik suami jugak kerana menjaga saya dari segi itu.

Keburukan cik suami??? Tak maula aku cerita. Itu aku simpan. Haha.. Puji lebih2 takpe kat blog ni. Ko jangan cerita hal buruk2 dekat blog pasal laki ko hek!! Tak baik. Aku tau ramai lelaki2 kat luar sana yang baik2. Dan kawan2 yg blog walking blog aku ni pun, ramai suami2 mereka yang sgt baik jugak. Macam cik suami aku. Kan???? So, sama2la kita menjadi isteri yang mithali pada suami kita ok???

p/s: entry kali ni actually takdak idea sgt aku cerita. Nak cerita pasal jerebu kat rumah aku. Tapi malas nak upload pic. Agak2 aku rs macam tak seswai entry ni, aku delete balik. Heh!!!




InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...