Thursday 27 June 2013

~SUAMI~

Assalamualaikum

Memandangkan kebanyakkannya hari2 sebelum ni mood is very swing, sampai malam2 cik suami pun kena marah je dengan aku. Salah dia ke kalau tetiba aku rasa ruang aku nak tido aku rasa sempit?
Salah dia ke kalau malam2 sebelum ni aku yang tak boleh tidur sebab kepanasan ,dia yang tengah lena selenanya tidur aku pegi marah dia? Haha.... sorry. Mood I is swing sgt. Nak2 musim panas ni kan? (well, hari ni dah boleh nampak dah rumah yang dlm construction depan umah aku ni. Meaning? Jerebu is slowly gone. Syukur alhamdulillah)

Saja je nak cerita pasal cik suami. Orang lain cerita pasal anak, kita cerita pasal cik suami la dulu. Kalau ada rezeki anak tue, syukur alhamdulillah. Then kita cite pasal anak pulakkan???

Di saat bini nye mood tgh swing, nak2 aku ngamuk2 time panas tak boleh tidur, cik suami terus tangkap@ tarik aku, then pegang dahi aku. Terus cakap " Kenapa ni, dah2. Tenangkan fikiran, pastue tidur k? " Guest what????? Berkesan babe!! Itula suami kan. Macam kita dengan mak n ayah kita la kan. Kalau sakit, aku akan suruh mama or abah tolong tgk kan ke, urutkan ke, n dengan kuasa Allah, penyakit itu akan hilang secepatnya. 

Husband korang suka makan apa?? Cik suami can eat everything. Hidangla apa jua. Dia takkan tolak. Akan makan je. Tapi kalau bab2 lauk pauk macam lunch ke, dinner ke....sila jangan masak yang tak pedas hokayh!!! Ko takkan tengok dia makan laju or bertambah. Pernah aku masak, sekali tue dia mtk cili padi. Aku yang tengah mood swing ni, sentapla hoi!!! I penat2 masak, puji tidak tetb mcm nak something utk menyedapkan lagi. Padahal memang salah aku pun. Aku lupa nak blend cili padi skali. Aku blend lada merah besar tue je semata-mata dengan bawang. Alih2, aku amek cili padi, gunting kecik2, bagi dia. Then aku perabih makanan aku, masuk bilik belakang kunci pintu. Teruk tak teruk perangai mak ni nyah???? Suami aku tak bersalah pun. Mintak cili padi je pun. Haih la.

So, sesi dia mengetuk tak sudah pintu tue aku biarkan je. Sampai la ke malam. Apela bini. Aku keluar pun sebab aku nak g pasar malam. Dia pulak nak g tahlil kat rumah jiran aras 4 ni. Dia just pesan nak apam balik. Aku buat bodo je. Salam2, aku keluar. (ko tgk....mood punya pasal. Selalu aku merajuk kejap je)

Tapi teruk2 aku pun, aku belikan jugak la apam balik. Sebab plan blk nti, dah tak nak merajuk. Boring tau merajuk ni. Kesian pulak takut cik suami nanti boring nak pujuk. Dalam2 ego tue, takut jugak ko kan laki ko nanti buat bodo je dekat ko. Hehe...

Selain dari tue, cik suami is quite helpful. Aku jarang mtk tolong dia kemaskan rumah. Sebab aku tau aku housewife. So, aku akan mtk dia kemaskan rumah kalau aku tak sihat yang smp tak ley bangun tue. N macam suami2 korang jugak, husband is always good when its come in cleaning process. Bersih sebersihnya. I loike!!! Rasa macam nak sakit hari2 je tau. Agagagga...

Masak??? Sorry. Cik suami is sedikit tiada skill memasak. Bukan kata dia tak ley langsung nak pegang sudip ke.kuali ke.. tak..... Cik suami boleh je nak masak nasi goreng, ikan goreng yang basic2 tue. Tapi bila aku mtk dia masak kan, dia cakap nanti tak sedap la,apela. Banyak nau la alasannya. Ada sekali dia sangat terpaksa memasak sebab kaki aku tak sihat. Bengkak sampai tak boleh nak menapak. Aku ingat itu bolehla jadi alasan kan aku memang tak boleh masak. Alih2, jap2 kena panggil. Jap2 kena panggil. Solution terakhir, aku berdiri la sebelah kaki, dok tepi dapur bagi arahan apa yang dimasukkan. Lepas habis masak, aku puji la sedap. Terus dia berlagak dengan aku. "Tengokla sapa yang masak" Hai suami. Belagak abg erk. Takat gaul2 je. Takpela. Puji jugak la kan.

Kenapa tak tapau je??? Kami bila mana da tahap tak boleh telan makanan kat kedai, itu jadinya. Nak jugak masak kat rumah. Sakit tak sakit pun bini ni. Hik!!

Dari segi psikologi, cik suami is very good to me. Diala kaunselor paling bagus yang aku ada. Cuma kadang2 mungkin dia pun tertekan. So position kaunselor paling bagus tue jatuh pada mak aku. Tapi bila melibatkan rumah tangga,( ye la...dah kata masalah rumah tangga jgn di uar-uarkan pada orang luar kan), cik suami adala yang terbaik dari segi mental especially. Tok sah kata suami aku, suami korang pun sama kan???

Dari segi agama, syukur alhamdulillah. Dikurniakan suami yang boleh menjadi imam kepada isterinya, yang menegur salah isteri nya n kadang2 bila aku melenting sebab itu tak boleh ini tak boleh, dia mls cakap byk. Dia cuma cakap, " Ikut sayang la". Tapi, dengan 3 patah perkataan itula yang buat aku menyesal. Dia cakap benda yang betul kot. Nak membimbing. Ok, bini is not really perfect. Itula guna suami diperlengkapkan utk si isteri terutamanya dari segi agama kan??? Idokla kata aku ni seksi meksi sgt kat luar before kawen. Tapi dari segi pemakaian, pas kawen, no more baju ketat2, no more lengan pendek keluar makan. Eh, aku pakai lengan pendek kalau aku pakai tshirt besar2 tau kalau sebelum kawen ni. Yang lain aku pakai baju quarter la lengan dia mostly. Hehe...

Tapi bila dah kawen,  people changed. Ye la kan, bukan sebab status dah berubah, umur jugak dah meningkat. So, apa guna ko semayang bagai, dari segi batin n zahir tidak di jaga. Thanks to mama yang sgt straight n also cik suami jugak kerana menjaga saya dari segi itu.

Keburukan cik suami??? Tak maula aku cerita. Itu aku simpan. Haha.. Puji lebih2 takpe kat blog ni. Ko jangan cerita hal buruk2 dekat blog pasal laki ko hek!! Tak baik. Aku tau ramai lelaki2 kat luar sana yang baik2. Dan kawan2 yg blog walking blog aku ni pun, ramai suami2 mereka yang sgt baik jugak. Macam cik suami aku. Kan???? So, sama2la kita menjadi isteri yang mithali pada suami kita ok???

p/s: entry kali ni actually takdak idea sgt aku cerita. Nak cerita pasal jerebu kat rumah aku. Tapi malas nak upload pic. Agak2 aku rs macam tak seswai entry ni, aku delete balik. Heh!!!




InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Saturday 22 June 2013

~I AM ADDICTED WITH NESCAFE~

Assalamualaikum

Entry kali ni nak cerita pasal betapa aku addicted dengan nescafe/kopi susu/kopi semua dari coffee shop. Hahaha.....

Tapi aku tidak la suka minum kopi O yang kena bancuh sendiri then minum2 rasa sikit kehalusan kopi itu. =))

Ni nak cite acaner aku nak handle ke-addict-kan aku nie.

Aku sangat pantang kalau nescafe ada dekat rumah. Sebab?? Sebab kalau ada, mesti aku akan minum. Nak2 bila tak keje ni kan. Alamatnya pagi petang siang malam aku minum. Kira boleh la dalam 2x sehari. Minum pagi n petang.

Itu belum termasuk lagi kalau aku pegi kedai. Siap belek2 menu air tue banyak kali. Tulis la fresh orange ke, limau ais ke atau apa jua la. Kalau aku order fresh orange, alih2 last minute aku tukar aku punya air kepada nescafe panas/ais.

So, disebabkan terlampau teruk, aku pun risau jugak la kan. Orang cakap kalau nak pregnant, kena kurangkan minum kopi ni. So, utk kebaikkan, aku berjaya hokeh menghilangkan sikit ketagihan aku yang satu ni. Punya la kuat semangat kan. Tapi kan, mak aku tue rilex je minum kopi time before mandong,da mandong pun. Ok je. Lain orang lain kekuatannya kan???

Bila nescafe aku kat rumah dah habis, aku da tak beli. Even pegi kedai pun aku dah jarang dah order.
Selalu aku order teh o atau pun teh tarik. Tapi yang sebenarnya selalu teh tarik la. Aku dan minuman bersusu tidak dapat dipisahkanla. But in shaa Allah, aku jugak seorang peminum air masak yang berbotol2 dalam sehari. Maka jadinya aku ialah pengunjung tegar toilet. Ekekeke. Sebab tue aku tak tahu apa tanda2 masa aku pregnant dulu. Orang kata kerap buang air kan. Tapi aku ni dah memang kerap sangat dah.

But then, kadang-kadang aku minum jugak. Bila nampak starbuck ke, kedai2 macam roti boy ke, kan ke kadang bau kopi kuat kan. N kalau jalan dgn mak aku or kakak aku, sah2 la dorang ajak beli kopi dekat starbuck. Uish...aku selalu order coffee latte vanilla punya. Sama dengan mak aku. Best woo...Bau dia menusuk kalbu n boleh menaikkan nafsu. =))

Nak diceritakan, last week mak aku naik putrajaya. Ada wedding dekat tg.karang. Esoknya dia keluar beli breakfast dengan akak aku. Aku masuk2 dapur, tengok ada botol nescafe. Mak aku beli nescafe sowh letak kat umah aku. Alahai. Tergoda iman I okayh!!!!

Maka, start dari isnin sampai rabu, menu aku pagi2, aku memang minum nescafe. Hehe... Tapi melampau pulak aku smpai buat lagi utk minum petang. Aku dah kata dah, aku dah kata. Jangan ada nescafe kat rumah aku ni. Haha...

So, aku dah mengambil keputusan utk tak minum nescafe kat rumah. Nak kalau, sila pegi kedai minum. So tak la ketagih sgt sebab aku jarang g kedai kan. So sekarang hari2 aku minum teh o atau teh tarik buatan sendiri la. Malam pulak aku minum susu dutch lady. =)

Ko nak tau solution acaner aku buat utk balance nescafe yang tgl banyak lagi tue? Dah kata kalau dah bukak, ko biar lama, nanti masuk angin pulak kan..... MAKA BEGINI LA JADINYA

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






Begini la rupanya. Aku seletep kan sekeliling tue. Hopefully tidak la masuk angin ye dak??? Nanti2 kalau parents aku ke, parents in law ke datang, aku bukak la semula. Buat masa ni, aku biarkan dulu. So, aku takla nak bukak n seal kan smula. Heee.....

Itu sajork.---

**currently dekat ofis cik suami ni. teman dia ot di hari sabtu. Boleh gtu. Seronok hoi orang goment kje. Selesa sgt tempat nya banding kan ko yang keje kilang. Hahahah....

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday 20 June 2013

~KELUAR MULUT SINGA MASUK MULUT BUAYA~

Assalamualaikum

Selamat hari kames ye sesiapa yang membaca ni. Hari ni nak cerita pasal interview semalam.

Semalam pagi2 dah bangun iron baju cik suami n me. Cik suami ada test utk gref F29 dekat UM. Kebetulan aku pulak ada interview petang tue dekat puchong. So, takut cik suami lama test tue, aku pun siap2 terus ikut sebab nanti tak sempat pulak aku nak g interview. **kata ada kereta sorang satu, apahal pulak kongsi kereta ni??**-- hee...jimat minyak. lagipun cik suami cuti. Nak la bersama-sama dengan dia.

So, sempat la jugak balik rumah semula lepas cik suami habis test. Then, dalam pukul 230 aku gerak pergi puchong. Tempat yang dituju, Taman Perindustrian Puchong. Kilang ni kilang buat botol plastic. Macam botol minyak, jar container. Ha..macam tue la.

So, aku pun masuk kilang tue, nampak besar tapi kecik ya amat ofis dia. Mungkin dia asing kan management dengan production staff. Kalau tempat lama aku kerja, ktorang duduk satu ofis. So kenal semua orang. best!! Tapi bukan nak mengata, nak compare kilang jepun yang aku penah kerja, dengan kilang cina ni, dari segi 5s, totally out. Even before ni aku pegi interview kilang yg owner dia cina, mmg kurang 5s dorang. Mungkin dorang lebih mementingkan kerja dari kekemasan tempat kerja right??

Interview dengan director terus. Tekejut beruk masuk bilik director besepah dengan botol, document2 yang ada kedudukan file melintang, menegak dengan tidak terurus. **tetiba rindu kilang lama..haihla**

So,sesi interview berjalan lancar. Tapi time Q & A, aku lupa nak tanya pasal benefit medical, and allowance. Gaji aku letak RM2500. Karang demand tinggi karang tak dapat kerja pulak kan.

Soalan yang aku tanya pasal O.T. Last2 dia jawab " U kalau nak o.t, u jadi operator la. Ada ot. " Cit!!! Aku tny je pong!!! 

Soalan kedua, pasal cuti. Dia terus terang cakap, cuti dia amek yang wajib je. Macam raya cina, raya puasa, deepavali (nape kalau deepavali kita tak sebut raya deepavali erk??) Pehtue dengan hari keputeraan agong. Public holiday lain dorang tak amek. Even RAYA HAJI ko tau!!!! Dia kata tak penting. WTH!!!

Itu aku ok lagi la. Then aku tanya, dah kalau tak bagi cuti on public holiday, dia bayar double tak untuk cuti tue? Dia kata tak.
Yang lagi aku tak suka, bonus tak confirm dapat ye kawan2. Tgk pada KPI. If KPI tak capai yang dia nak, dia takkan bagi bonus. So ko jangan nak berharap la ko dapat bonus selagi ko tak perform bagus di mata dia. Increment pun sama hokeh. Tak semesti nya cukup setaun ko keje c2, ko dpt increment gaji hokeh. Cth kalau gaji ko RM2000, ko tak perform well 2 3 tahun pun, no increment ok. Dok takuk tuela gaji ko nanti. (Tetibe aku rasa, eh bertuahnya aku  kerja tempat lama dulu. Ofis selesa. Increment at least adala. Aku keje setaun setengah da boleh dapat 2 bulan bonus tau. Campur gaji, 3 bulan gaji aku dapat hoi akhir taun lepas....nyesal pulak. Keh2...)

Memula kan aku macam dah ok. Takpela. Aku nak keje je. Yang penting dapat duit. Kalau la dapat RM2500 tue, okla. Cuma aku nak tau apa allowance dia. Sebab aku lupa sangat nak tanya. Padahal itu selalu soalan wajib aku tanya kalau tiap kali aku interview sebelum ni. Hehehe.

Bila habis interview, masuk kereta cerita dekat cik suami. Cik suami serba salah nak bagi ke tidak kalau aku dapat kerja tue. Yela, dia cakap tak penting hoi raya haji tue. Tambah dia tak bagi, bila dia tak bayar kita double pay untuk bekerja masa public holiday.  Tambah kerja 5 1/2 days weekly tau. Bukan alternate okayh!!! 

Last2, selepas ditimbal balik, cik suami suruh tanya along aku yang keje hsbc tue. Kat sana, mmg takde public holiday langsung. Tapi sebab takde public holiday, dia bagi annual leave banyak. Benefit pun banyak. Even kalau ko rabun pun, dia claim kan tau buat spec mata ko tuh!! Dari segi benefit, hsbc aku boleh salute everything la.

Keje pun 5 hari seminggu. Silap ikut uk hour je. Masuk kul 4pm, balik kul 12pm. Aku suruh along carikan kalau ada kosong dekat cyber. So dekat sikit kalau balik malam pun kan?? Tengok acaner nanti ok.

Tue jela aku nak cita. Tetiba kan kalau selama ni masa kerja dekat kilang lama, dok p kutuk la n compare kilang aku dengan kilang jepun yang lain. Konon, yang kilang lain lagi best la. Habis dah ko compare dengan kilang jepun jugak kan????? Alih2 sekarang nie, tebayang-bayang kat bijik mata ni ha sampai juling-juling betapa cantik nya kilang aku dulu compare dengan kilang2 lain yang aku pegi interview ni. Kilang2 lain? Haih. Banyak nau ko g interview. haha...Takla. Baru 2 kilang cina aku pegi. Haha...1 aku tolak dlu. Yang aku tolak tue even tak lawa kilang dia, ok la dari kilang ni. Nyesal nyah. Nyesal. Kilang tue pun ikut public holiday and ada allowance tahu!!!

Inila dinamakan, ko KELUAR MULUT SINGA,MASUK MULUT BUAYA!!!! Aku tak sure la mulut singa ke mulut serigala. Macam gitula bunyi nye. Bila cite dengan cik suami, dia kata mmg macam tue. Lagi kita nak elak yang tak elok, kita akan berjumpa yang lagi tak elok jugak. Specially tempat kerja. Betul jugak cakap dia. 

Aku penin aku penin. 
Belum dapat lagi hokeh. Tak tau pun ada peluang ke tak dapat. Aku tengok list dekat guard tue, ramai orang yg datang interview. (ko ingat ko bagus sangat ke. Kalau ko bagus, nape orang dekat bangi tue tak amek ko keje. ** Sebab aku tak prepare sgt pun. Yang aku tahu, jadi tak tahu bila kena tny. =(( **

Harap2 tak dapat la. Ngeh ngeh ngeh. Tapi selalu yang kau tak nak tue la dapat. Rezeki dari Allah kan???

Ok la. Nak breakfast ni. Mama beli nescafe masa dia datang rumah aku. Alamatnye dah ada nescafe ni, hari2 la aku minum. Sebab tue la aku elak2 beli nescafe kat rumah aku ni. 

Itu sajork. Selamat bekerja yang bekerja. Selamat nonton utk suri rumah. Mohla kita kemas rumah bagi lawa skit hari ni. Adios!!

p/s: rumah korang mesti terkena jerebu jugak kan. Aku sekarang berkurung je dalam rumah. Sliding door,tingkap semua aku tutup. Asal bukak jer, bau asap menerjah. Udara tak bersih langsung. Ampai kain kat beranda tue nak bawak masuk dalam.Sidai baju dalam bilik kosong. Tidak baju semua bau asap. Jaga kesihatan korang okayh??? 



  

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday 18 June 2013

~BILA SUAMI KATA TAK MAU~

Assalamualaikum

Selamat hari Selasa. Nak taip entry awal2 sebab jap g nak lunch dengan abah dekat lot 10 uniten ni.

Abah datang ada meeting kat uniten bangi. So dia akan balik hari. Orang dah ajak kan g lunch kan, nak jumpa abah sendiri pulak tue. Hee...

Ok, balik pada tajuk kat atas, y y aku letak tajuk atas tue?

Weekend ari tue adik aku suruh tengok youtube pasal dak ct aminah. Yang dok kat german tue. 

Korang tau x ni?? Ke aku je yang tak tau. Hik!!

Ok, pastue kan aku pun dok melayan jela video dorang. Comel je. Bapak p ajaq anak cakap utara. Anak2 tue da  cakap campur2 loghat utara and bahasa german.Kelakar!!But they are so cute you know. =)

Pastue cik suami pun masuk la bilik. Tanya:
 " Amboi...sukanya dia tengok youtube. Sayang tengok video ape? "
Me : " Tengok video anak orang ni cakap utara. Kelakar and cute sangat abang."

Aku pun paksa2 pulak la dia tengok. Sebab dia tak boleh tidur. Dah tidur lama lepas isyak. Alih2 dia cakap,

" Abang tak nak la tengok. Nak buat ape tengok anak orang"

Aku??? Sentap habis. Y la abg, Y la.... sampai macam tue weh cik suami aku tue.. Mesti dia nak anak sangat. Macam aku jugak la hai....Tapi ktorang selalu ingatkan diri, ktorang kena stabilkan ekonomi rumah tangga ktorang dulu. 

Cuma kadang2 mungkin dia tak dapat nak sembunyikan perasaan dia tue walaupun dia sentiasa nak tunjuk dia positif dengan aku kan?? Tapi dia juga cuba kuatkan diri dia untuk aku. Itulah suami kan? 

Takpela. Ada rezeki kita nanti, ada la kan abang. Lagipun Allah dah tunjuk kita boleh dapat anak kan?? Moga adala rezeki dari Allah. Cuma tak tahu cepat atau lambat.

Ok la. Adios amigos!! Nak sesiap pulak. MuahhXX





InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday 13 June 2013

~TERUS INGIN MELUPAKAN...MAMPUKAH??~~

Assalamualaikum...

Tajuk entry hari nie seperti di atas ye.

Apa yang dilupakan? Actually, aku nak lupakan yang sebenarnya kalau ikut sepatutnya lg 3 mgu aku nak bersalin. Aku nak lupakan yang aku sepatutnya sekarang nie tgh memboyot-boyot perut ni. Hmm....
Tapi bila aku cakap dengan cik suami, dia cuma cakap camni " Yang dah lepas jangan difikirkan sangat. Pk masa depan je."

Betul jugak cakap cik suami kan?? Tapi kita perempuan ni mana mampu nak macam tue bila mana kita tahu ada zuriat yang pernah bertakhta dalam rahim ni.

Bila sekarang ni tak lekat, macam2 la yang aku pk. Kot aku ada penyakit ke. Cik suami ke ada problem. Dah 6 bulan miscarriage tapi takde pun rezeki lagi. Nantila. Sekarang ni my focus is aku nak cari kerja dlu. Apa2 hal pun kerja dulu. Jangan pk benda lain. Tapi at the same time kenalakan berusaha jugak.

Koleksi upt n opk yang penah beli sedozen dulu dah tinggal sikit. 
2 kit OPT
3 kit UPT




Actually aku malas nak guna dah semua ni. Bukan kata nak putus asa. Cuma aku rasa selagi ada 2 benda nie kat rumah, selagi tue teringin nak buat test bila nak dekat2 period. Even kadang tue aku tak test pun. Nak2 ovulation test tue. Karang jadi stress tau. So aku da jarang pakai. 

Aku rasa nak buang je 5 packs nie. Rasa2 berbaloi tak eyh? Kira aku tolak rm 10 je kan. Klu nak buang rasa membazir. Kalau tak buang karang, teringat pulak. Hmm

Takpela. Tgk la acaner nanti kan. 

** actually stress nak ada anak tue da kurang. Sebab rasa byk benda nak kena focus dlu. Ada rezeki ada. Allah itu Maha Mengetahui. =)

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday 12 June 2013

~REZEKI~

Assalamualaikum...

Apa kabar kabar? Hik

Lama rase tak update. Takley masuk kategori pembelog tegar aku nih.

So hari ni nak cite pasal rejeki. Sementara nak tunggu kul 10 nie la nak start masak sayur. Ko dah kenapa masak lambat nau? Eh....husband mak g kelas nok!! Balik kul 10. Mak nak masak so'on tue ha. Kalau mak masak awal2, kan kering air tue nanti. Menu hari ni? Sardin, tumis pucuk sawi n so'on tambah dgn sambal gesek.Dah 5 hari noks mak tak masak.Badan tak sehat je lately ni.

Ok, back to the topic la kan. Ni cite last thursday. Aku datang mood malas masak. Tambah lagi hari tue dalam fridge hanya ada ayam yang mana aku tidakla boleh nak makan.Jika makan, maka bertambahlah kegatalan di merata tempat di badan ini. So, aku msg cik suami. Hari-hari ko time lunch aku cakap nak masak ape la abg tghari ni.Lapo sgt ni sayang. Haha

So, bila mana tiada apa yang boleh ditelan oleh tekak binik nye ni, cik abg reply yang mana dia cakap ptg nie kita g makan lepas dia blk keje. Dia cakap tetibe boss dia bagi kupon kfc/pizza rm30.

So, balik je cik suami, bini nye sesiap la bagi cantik sikit kan. Dibawaknya aku ni pg alamanda.Dah kata alamanda tak sampai soploh minit je kan dari umah. Kami menuju ke pizza.Order spaghetti bolognese, and pizza super supreme small punya. Kata dpt rm30 je kan bocer nye. So, ko pandaila nak jimat kan.

Yang buat aku geram,air pepsi habis!!! Mana sedap makan pizza takde air pepsi. Begitu jugak kalau ko makan kfc. Sedap tak kalau makan pizza pehtu minum air milo panas.Tak kan???

So, ni la makanan2 yang di order. Sorry, pic gelap. Malu eh nak on flash. Kalau aku ada dslr camera tue idokla malu sgt. Tapi at least pic lawa. Heheheh...


Ini la voucher nye. Ada dalam 3 keping. So RM30


Ini pizza cik suami.Aku makan sekeping setengah je.


Ini gua punya spaghetti. Sedap cz aku mang suke makan pizza nye spaghetti.


Ini soup n roti. Geram hoii...sup ni suam2 kuku je. Cik suami tak habiskan pun sebab tak panas seperti biasa.Selalu dia la raja hirup sup ni. Tapi aku?? Licin jugak walau suam pun. Hik!!


Air pepsi tadak. So aku order la air 7 up ni. Tak kena langsung. Tapi asalkan bergas. Kata laki ko da bagi permission kennnnn num air gas. Tapi aku minum separuh je. Sebab time tue sakit tekak tak hilang lg. Cik suami tak bagi perabih kan. So bagi dia je habiskan.

Last but not least.......


Suamiku yang semangat nak hirup soup tapi akhirnya tak habis. Takpela abg. Syg hirup sup tue on behalf on u lah. 

Tapi alhamdulillah....kenyang kami berdua. Tapi dulu kalau nak diikutkan ni tak cukup bagi kami. Sebab kami adalah sgt kuat makan. Tapi lepas kawen, selera kuat makan tue da kurang kat pizza ni. Nape ntah.

So, total makan hari tue, rm41.20. Campur tax lol...So tambah la rm11 je kan. Kenyang!!!

Actually, masa ni bersyukur sangat dapat voucher. Sebab ktorang skrg in budget. Time2 cik suami ada claim baru makan sedap. Tapi kali ni tgh2 kurang sedikit wang, datang rezeki boss cik suami bg voucher ni. So, boleh la kami makan lagi.

N I tell u what, Ahad baru ni, uncle cik suami datang rumah family cik suami. Ktorang pun ada. So, dia suruh order pizza. Hambek!! Tak ke rezeki lagi tu. 3 pizza large ok. Silap tak order chicken wings. Sian adik2 cik suami. Dah sape suruh akk ipar ko nie yang mengorder. Akak ipar dahla tgh allergic ayam. So, no intention nak teringat all the chicken wing.

So itu saja la. Just nak cakap yela. Kadang2, time kita susah, rezeki itu sentiasa ada. Meaning?? Allah itu sentiasa menolong hamba2nya tika hambanya menginginkan bantuannya.Syukur alhamdulillah.

** Buat masa ni aku dah muak nak makan kedai. Even makanan kat secret recipe yang aku suka makan pun aku dah jemu. Ntahla. Aku rasa kek aku buat lagi sedap kot. AHaks!!! Nasib cik suami jenis boring n tak brapa suka makan kat luar. Nasib baik la abang dapat bini suka masak ni. Walaupun lauk bodo2 je. =)







InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday 5 June 2013

~WELCOME~

Assalamualaikum

Hai....

Selamat ber hari rabu. Hari2 pada aku tiada makna selagi aku tak kerja. Haish..

So, entry sgt pendek hari nie just to say

WELCOME TO MY BLOG ADIK2 KU.

Yes,mereka berjaya meng google blog aku. Kemain kan awak semua nak mencari blog wa. Isa pun xpenah mencari blog wa ni. Malu i tau.

p/s: rase2 cik suami nanti mesti nak mencari jugak kan.Sebab adik2 aku dah jumpa. Hahaha



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Sunday 2 June 2013

~ALLAH LEBIH MENGETAHUI~

Assalamualaikum

Currently is 6.23am di Kuala Terengganu. Aku tak sure if dekat entry ni dia nak post kul bape.Lantak diala.Malas aku nak pk cara nak setting. Well...this is family vacation.Disebabkan aku nie berfamily vacation,billik full hoouse, so bpk aku amek bilik executive.So,size nye sama je. Dua bilik ok.1 utk parents ak n adik2,1 lagi utk ak laki bini.

The thing is,bilik besar,everything cantik tapi klu parents ak n adik2 ak nak tdo 1 katil tidakla mencukupi.Overload.Then aku bawak adik2 ak tdo sama bilik ngan aku.Tinggal parents aku n along aku je dkt bilik diorang. So,takla berhoneymoon sgt aku ni dok berdua je dgn cik suami.Hello...miss p datang ok.hukhukhuk.

Ok,berbalik pada tajuk di atas, actually ak period macam biasa.Start dari rabu lepas kot.So,the flow is as usual for the 1st two days. Then masuk 3rd day,period flow is not normal.Kejap klua kejap tak.Sampaila smlm.**aku type nie hari ahad pagi ok..** So,bila da pelik semacam period aku ni, aku pun menggedik la on 3rd day before gerak balik pahang, tgh period skit2 nie amek UPT test. Cek2,amek kau.Keluar 2 line.

Menggeletar.Eh...pregnant ke aku ni??Line keluar pekat kot. Then aku just rahsiakan dari cik suami.Yela.Kang ape lak dia pk kan.Susah. So,dinner kat mcd before gerak aku tolak habis2an air coke eventhough itula pertama kali cik suami offer nak minum ke tak lepas mc.

Keesokkan paginya, aku try lagi skali.Masa ni aku kat pahang dah. Keluar faint line. But still double line. Aku pun....eh...biar betul ni.Maybe yang semalam error sbb aku main letak je smp lebih maximum line tue. Kehkehkehkeh. Tapi serious,keluar faint line. Aku mandi2,terus tanya mak aku.Mak aku cakap jgn pk sgt,settle kan hal kaki aku yang tak berapa nak normal nie.Gatal je all the time.

So...aku terus rahsiakan dari cik suami.Tapi hati isteri mana yang mampu rahsiakan rahsia ni dari suami.Aku slow talk dengan cik suami.Dia macam terkejut and asek la memikir je.Aku cakap it might be false positive.Sebab tak logik aku pregnant sbb aku period kan. So,check in hotel, masuk2,dah kata suite executive kan,mestila ada pc.Tambah dengan internet free.Kami pun google laki bini. Ada yang cakap dorang pregnant...tapi period datang as usual smp 5 bulan then baru stop.Meaning? Period tue regular and normal flow je every month datang.Alih2 rasa movement dalam perut.Tengok2 pregnant.Tapi aku rasa kes nie tak banyak kot. hukhukhuk.Korang google sendiri ok.

Then,aku n cik suami decide nak beli upt lain. Beli jenama dip n test.Nak try.Sebab instinct aku kuat cakap result previously are false positive.Sebab?Aku google dalam omputeh dia cakap it might be happen to women who is taking medication during period time. N aku adalah that person.Aku makan ubat gatal kan.

So,hari before gerak which is hari jumaat yang memula aku dapat detect tue,aku terus stop makan ubat.So kira semalam(sabtu),aku langsung tak makan ubat.Pagi ni,resultnye adalah....korang mesti tertanya-tanya nie..hahahahha...... The result adalah NEGATIVE. Its only appeared single line.No double line anymore.

So,betulla jangkaan aku.Aku tetiba nak post entry nie sebab tetiba aku sedih. Yela..walaupun aku tau mungkin false positive, tapi a bit la...the feeling nak mengharap itu ada.Laju2 lepas aku buat test,dapat result..kejut husband. Cakap.."negative la abg"...Then laju2 husband aku bukak selimut hug aku. Owh...thank you husband.Hm...

Takpela.Mungkin Allah saja nak happykan aku walau sementara.Pergi vacation free ni pun dah cukup gembirakan aku. 

Okla. Dah kul 6.45am. Aku nak kejut cik suami n adik2 aku solat subuh.Malas kejut tadi sebab takut dorang tgk pulak ape aku post.

Till then, itu saja. Allah lebih mengetahui bila waktu yang tepat untuk rezeki itu kan? =)

p/s: aku tak tau maybe sebab ubat kot period keluar dah tak banyak.Tapi period start main2 dengan aku macam ni since last month lagi.Last period pun cenggini.Last period is aku sihat n tak makan ubat.N for your info, period time aku slalu smp 9 days.Previously hari ke 5 pun banyak lagi tau.Haih...kenapala...

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...