Thursday, 15 October 2015

CABARAN UNTUK TETAPKAN HARI BERBLOGGING HARI2


Assalamualaikum

Semangat ke idak korang2 semua kena keje ni? Semalam dah cuti kan. Kemahen. Macam aku takpe. Hari-hari kerja dari rumah je ngadap anak, ngadap pinggan, ngadap vacuum. Ngadap fb,ig, whatsapp tu pun dah jadi kewajipan dah. Hadoiiii.... Lagha weh. Ngadap Quran????? InshaAllah..hari2 jugak. Aaminn.

Sebenarnya aku nak buat cabaran untuk up blog at least direct every day in 14 days. Ko caya tak???
Tapi bukan minggu ni la. Mungkin minggu depan. Minggu ni aku balik kampung. Sedangkan handphone pun jarang ditatapi kalau balik kampung, inikan pulak nak ngadap laptop nak hupdate blog.

Dalam pada masa tu, pening jugak nak letak tajuk ape nak tulis blog kan? Hehe... Mungkin sebagai blogger tegar, apa yang terlintas and terpikir berfaedah, terus je jari jemari menaip kan. Macam aku ni, pk banyak kali jugak. Boleh ke up cite macam ni, boleh ke up cite macam gitu. Gitulah. Huihuihui.

Ok lah. Moh lerrr kita ngemas2 ape yang patut sementara anak tak bangun lagi. Tak bangun lagi Insyirah tue????!!!! Ha la. Asal bagi susu je, tidur balik. Malam2 tidur lambat. Hadoiiiilaaa....
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 22 September 2015

TTC FOR 2ND PREGNANCY


Assalamualaikum....

Salam  hari selasa. Esok dah Rabu. Malam ni aku gerak balik Muadzam-Kuantan..Then esok pagi2 balik Kelantan utk sambut Hari Raya Haji/Korban. Doakan perjalanan aku n family selamat sampai dan pulang.

Nak cite pasal TTC aku utk 2nd pregnancy. Eh!! Insyirah baru 1 Tahun 7 Bulan dah kenapa ko gedik nak ber TTC balik ni??

Sebenarnya perasaan tu mungkin sebab tgk kwn2 dah ramai pregnant utk 2nd baby. Well.. mcm korang tau, aku dulu pernah gugur sebulan lepas kawen. Then setengah tahun lepas tu baru lekat. So aku assume aku ni susah nak lekat kan. Utk TTCians.. kalau terbaca, jgn risau k. InshaAllah...akan ada rezeki utk dapat anak utk korang. Ingat kuasa Allah SWT. Aku faham perasaan korang sbb aku tau stress nye nak dapat baby kan.

Ok... aku rasa.. sejak aku dah try utk TTC dari bulan puasa hari tu...guna OPK la.. makan clomid la..cucuk la.. tp still tak lekat. Cumenye.. bila ada sekali period aku lewat,agak berharap jugak la kan masa tu nak pregnant. Siap dah 4x test UPT positif tau. Cuma pudar n makin pekat. Tapi tak pekat sgt2 la. Itupun tgu dlm 30minit baru keluar line. Tapi ye la...dr segi pengalaman, aku boleh assume yang aku pregnant dah kan. Tapi lps 2 mgu lewat..akhirnya period dtg. Perasaan masa period dtg tu sedih,sbb aku ingat aku miscarriage lagi. Tapi tak sebenarnye, jmp doc dia justt cek urine je. Dia ckp kalau betul u pregnant, result akan keluar immediately. So....  learn from the experience. Lepas dari ni, kalau aku lmbt dtg period, asal takde dlm 10minit tu..tak period la. Sbb after 30mnts tu..da invalid. Terpulang pada siapa2 yang nak ikut cara aku. Sebab aku tau, ada yang pudar sgt..lama2 tu dia akan pekat, tu pregnant la tu. Macam kes aku, dah lewat 2 mgu pun.. double line..tp pudar je.

Sebenarnye aku kena consume mkn clomid lagi. Tapi aku decide bulan ni stop kejap. Agak pricey sikit kos dia. AKu buat treatment dkt KPJ Kajang. Utk TVS(Vaginal Scan) utk cek berapa banyak ko punya telur tengah membesar n nak matang (hari ke 10), kos dah RM1++. Aku tak ingat exact amount. Then hari ke 12 ko kena dtg semula doc nak tgk membesar smp tahap yang dikehendaki atau tak. Kalau  dah 18cm-22cm tu.. dia akan cucuk utk matangkan telur. Lepas 36jam, kena bersama untuk proses persenyawaan sebab telur dah dilepaskan.  Kos rawatan : RM280 (dlm range tu jgkla..ak lupe). So total kos da almost 400 kan? Tapi dah kata...ko usaha dr segi itu pun, kalau kata Allah tak nak bagi..tak izinkan...takde jugak la. So period aku datang mcm biasa bulan ni. Huhu..

Yang sebenarnya kan..bila pikir2 semula kan, Allah itu Maha Mengetahui. Bila kita bersedia nak ada 2nd baby, bila Insyirah bersedia nak jadi kakak. Kan? Mungkin perasaan aku membuak buak nak ada baby sebab tgk kwn2 lain dah ada 2nd baby, dah pregnant utk next baby. Then tengok diorang cakap diorang nak tambah anak, tup2 eyh... dah pregnant. Senangnye. Kita boleh cakap diorang subur, senang lekat la ...apela. Tapi itu semua kuasa Allah SWT.

So kali ni aku nak cuba rehatkan minda...takmo stress.. jaga makan jaga minum( boleh caya tak bab jaga makan minum ni?kekekeke). Fokus utk Insyirah. Ye... aku akui...sejak zaman2 smartphone ni, rasa aku tak kuat nak concentrate kat anak. Maksudnye time aku kena mandi, aku kena masak, kena itu ini..aku rilex je bagi dekat Insyirah hp tgk mother goose club la, upin ipinla..which is not good for her kan. Kalau nak bagi pun, kena ada pemantauan. Itu kadang aku on je Youtube kat tv. So tak la dia focus sgt dengan hp kan. Sayang mata oiiii!!!!

So now.. jgn stress222 kurang kan caffeine itu yang penting. Bukan kata nak stop terus. Mungkin kena kurangkan sikit kuantiti kopi itu sendiri. OK????

Till then...bye. Doakan aku dapat 2nd baby ye. Hanya Allah yang Mengetahui masa depan kita. Kan?? Usaha itu penting.
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday, 14 September 2015

BELUM ADA REZEKI LAGI

Niat hati nak pregnant lagi..... tapi dengan keadaan rahim terbalik.. aku pasrah kalau tiada rezeki itu lg.  Dah ambil clomid for the first time... tp kuasa Allah. kalau belum rezeki lagi, belumlah. Bendera merah pun dah dtg hr ni.   Fokus dekat insyirah dulu.  She needs me more.

Sorry lama x update. Laptop still tak boleh on.  Dah few months dah gara-gara dak insyirah tumpahkan minyak urut atas keyboard.  Nak pakai macbook en. suami.... I is buta brg2 apple ni. hahahaha.  Ok la. see u next post.
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Saturday, 4 July 2015

HARRAZ HOMESTAY KULIM KEDAH


assalammualaikum

hai2 korg.. ape kabar? sihat la erk hendaknya.  Puasa ada tinggal tak tu? Kaum perempuan aku paham.. kaum lelaki tu sampai sekarang aku tak faham kenapa ada yang x ghoti2 nak puasa.  Aku?  Alhamdulillah... setakat ni..  masih penuh lagi. Red flag ke... Japan flag ke ape ke.. xde lg. Kalau xde dan membawa berita gembira pun alhamdulillah.  Tapi jangan terlalu mengharap!

Yang sebenarnye nak cerita pasal Harraz Homestay yang aku duduk 3hari 2 malam dekat kulim kedah.  Tapi kali ni akubrasa tak seronok sgt... sbb terlalu ikut gps.. kadang ntah kemana mana bawak ktorang.Kalau dulu masa aku belajar dekat sana... bapak aku yang drive, try and error.  Tapi syokla kan. Kali ni kurenggg sket. Sebab aku tak dapat menikmati perjalanan tu as aku tolong pegang gps.  Holder gps ktorang lupe nak bawak.

Aku pegi sana masa hari ke 3 puasa.  Agak letihla.  Gerak dari selayang (dari rumah PIL)  dalam pukul 6...sempatla ktorang berbuka di Hentian Tapah.  Laju ke? Ke normal? Not sure.  Berbuka di PaK Tam Kopitiam.  Tapi aku rasa tak sedap.. sebab semua sejuk. Sadis tak?  So buka puasa hari tu..  so so jela.

Sampai kulim around 11pm. Nak jadi cerita, homestay ni opposite dengan satu lagi homestay.  Homestay satu lg tu, pagar lawa, ada full awning bagai (dalam tak tau).  Pastu homestay ktorang ni.. dengan daun2 tak sapu dkt area garaj tu.. so nampak kotor sikit. Tapi sbb daun je pun.  I ols ok je.  Tp jadi mcm x lawa la kan depan PIL.  Tapi dalam hati ni kuatkan diri moga2 dalam dia sama mcm dlm gambar.  Huhu



Masuk-masuk je... alhamdulillah... semua puas hati.  Nah tengok gambar2 ni.  Entry ni saje aku nak post sbb aku nak delete pic dalam hp ni.

 HALL-kecik..tapi seswai utk family kecik. hehe

 MASTER BEDROOM -VIEW 1

 MASTER BEDROOM -VIEW 2

 DAPUR

 BILIK KE-3


Bilik kedua aku lupe ambil..Tapi lebih kurang dengan bilik no. 3 ni jugakkk.

Aku tidur Masterbedroom.. as Insyirah tido menggedik nak aircond. Plus PIL and adik2 ipar tak tahan sejuk sangat.

Tapi esoknya MIL aku mengadu dia panas. Nasib ada aircooler dengan hall tu. So malam kedua aku suruh MIL aku ambil aircooler bawak masuk bilik.

Ok... jom tengok ape best dan tak best homestay ni.

BEST

1) Dalam bersih. Walaupun luar agak messy dengan sisa2 daun berterbangan
2) Cantik
3) Kemas
4) Cadar tak busuk. Sebab aku penggeli. Not to say yang aku ni ngada2.. tapi a bit fussy la. Hikss
5) Langsir dia lawa. =P
6) Lantai tak berhabuk. Good!!!
7) Air mineral banyak!!!! Air pepsi boleh tahan!!! Good. Part air mineral banyak tue aku setuju sgt. Sebab aku mmg peminat air kosong kan. So.. terima kasih banyak.

TAK BEST

1) Tengah2 basuh pinggan...air tak turun dekat sinki. Aku dah try dah pump manually... tapi tak turun jugak. Aku nak bukak pintu belakang..Tapi kunci takde. Aku suspect piping dia terlalu direct. Thats y mudah tersumbat.
2) Not fully aircond.. At least dekat 2nd room..dekat hall ..kena ada aircond. Rumah teres panas tau. Dekat muadzam fully aircond rm170 hokayh.. Nak sedapkan hati..Mungkin la kot dorang ni baru je buat homestay ni. So budget takde lagi.Hehe
3) Kena ada water heater dekat bathroom. Senang. Senang nak mandi anak. Aku ok je mandi air sejuk. Huhu... ( Ni ngada sebab g langkawi hari tu dua2 bathroom ada water heater)
4)Ampai baju tak dak!!! Ada washing machine...good!! Tapi takde ampai baju. Aku terpaksa sidai dekat pagar yang share dgn jiran sebelah. So.. yang barang2 terkecuali kena sidai dlm bilik. Dah takkan nak biar semua tu sidai kat pagar tu. Malu la.
5) Plastic sampah tak disediakan.. Hadoi..kotor tau direct buang je sampah terus dlm dustbin dlm rumah tu. BUSUK!!
6) Tuan rumah simpan deodarant penyewa sebelum ni. HOmakkk!!!! Bos... boleh buang kot benda tue. Tak perlu pun ada. Hadoiiii.


Itula comment aku. Yang tak best tu.. yang paling perlu dititik beratkan is no.1..no.4 and no.5.. harap kalau tuan rumah baca blog aku ni... dpt baiki yang tue dulu.

Mesti korang tertanya tanya dah kenapa pegi kulim bulan puasa neh!!!! Ke takde orang tanya. Ada aku kesah? Why bother why bother why bother?? Eh. Huhu.. Actually g hantar adik ipar sambung diploma dekat ADTEC-Mahang.. Ya ampun.. kampung sgt kot. Kalah bandar keratong. Ke aku tak jumpe bandar dia? Sorry... huuu

Ok la..ituje.. Nanti kite review part langkawi plak. Bila tue tak tau. Till then.. bubye.







InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 21 April 2015

ENTRY ERIVINA HOTTTTT DI BLOG AKU


Assalamualaikum... Salam hari selasa

Alhamdulillah.... ramai orang msg aku dekat nombor personal aku. Bukan kata korang mengganggu eventhough aku cakap mcm tu. Malah aku bersyukur. Maksudnye... korang baca blog aku. Mekaseh mekaseh. Antara yang top gak la walau pun bila google keluar no.5 no.6 rank blog aku ni. Mihmihimih.

Kalau dulu, sikit je orang yang baca blog aku. Now alhamdulillah. Kasi lompat bintang sket.!!!! HI-5 dengan korang sket.

Well... blog aku tidak official macam blog orang lain pasal erivina. Tapi.. blog aku santai2 je. Sebab aku kan perempuan. Korang yang baca pun mesti pompuan kan. So kita heart to heart gitu. Rasa cuak2 nak pakai... meh whatsapp aku... call ke... nanti kite cite2.

Actually aku nak up pasal testimoni customer neh... Tapi aku tak dan2 nak transfer ke laptop. Ada dalam handphone tu. Ni ha... kang amek masa plak aku nak transfer ke laptop. time2 anak aku tgh tdo. Ko ingt dia tdo lama? So aku cerita sikit2 je la hari ni pasal Erivina.

Aku masih lagi menggunakan erivina ni. Tapi tidak hari2 dah ye. Sebab keputihan dan kurang.. so aku kurangkan penggunaan. Time bila waktu perlu... aku pakai. Bila tu waktu perlu? Ahahahhaha..... ko kalau tak faham sendiri, paham2 kan jela. Malas aku nak terang dlm  blog. Kang org cop blog aku ni pasal ehem2 plak kang. Padahal idok!!!!!

Feedback dari customer.. alhamdulillah.. tak pernah lagi yang mengecewakan. Sebab takde pun yang mintak ganti rugi duit dengan aku. Jaminan yang aku berikan..kalau korang pakai tak jadi...sila complaint dekat aku. Aku bank in balik duit korang. Itu janji aku. Tapi.... syaratnye, ko kenala mintak dengan seller yang korang beli. Ni nanti kot korang nak tuntut duit balik, korang beli dgn stokis aku.. then koran claim dengan aku. Dah acaner tu? Bankrap lah aku. Hahahhaha

Gurau2 je erk. Tapi setakat ni, alhamdulillah...semuanya berpuas hati. Aku tak cakap semua customer aku follow up. Bnyk benda lagi aku nak kena follow up. Berkembangan anak aku pun nak kena follow up. So mana dan, aku tanya customer. And semuanya tunjuk thumbs up gitu. I LAPPPPPP UUU la my customers!!!

So... apelagi.. Sial dail/whatsapp/msg/wechat di:

syuha: 010-948 8087 ( preferable - ini mmg official utk erivina)
           012-3055 695 ( ni mmg personal . no aku)


nah.... bagi lagi sekali utk rujukan : hehe






InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 17 April 2015

ANTARA JOYS DAN SUNLIGHT


Assalamualaikum...

Hai hai korang.

Dah takde tajuk lain ke nak wat entry? Kihkihkih.. takpela. Dari takde idea aku nak cerita kennnnn

Hari tu... masa shopping utk barang rumah, aku pegi mydin putrajaya. Pegi 2 3 hari lepas GST started la kan. Sebab aku malas nak jadi panic sbb malas nak queue pepanjang beli barang..malas nak bersesak sesak. TAPI!!!!!!

Disebabkan mydin kata dia tak amek gst..gst kami tanggung (kononnye) orang kat mydin still penuh lepas GST ponnn...  Yang kelakar... aku perati lepas je orang bayar dekat cashier tu, mesti tengok resit. Well...laki aku pun sama lepas tu. Pastu marah2 nape ada GST charge kat resit. Hiks!!!

Our planned that day nak shopping kat Mydin USJ.  Selesa sket la kan kononnye banding dengan mydin putrajaya. Nak tolak troli pun idokla kena tunggu org depan sudah baru ko lepas nak tolak troli. Tapi sebab hari tu boleh plak patah balik sebab lupa ada org tgh tgu barang kami, kami plak dah janji nak COD ERIVINA ... So banyak masa buang atas jalan. dengan muka muncung aku,,,terpaksa gak la pegi mydin sini je. Sedih tau. Yang benarnye aku nak jalan2 lebih. Biasalah housewife keennnnnn.

Bila dah start nak shopping, mata aku terbeliak keluar kejap (ok tipu  =p  ) . Sebab barang banyakkkk takde weh. Ko bayang la punya la nak kata barang takde, kiub ayam knorr tu pun tinggal satu je weh. Aku la customer yang terakhir ambil. Uhuks. Aku tak tau nape dia tak restok. Mungkin tak dan nak restok kot barang2 kat mydin sini.

Sekali lagi aku terbeliak tgk pencuci pinggan kesukaan Ramai iaitu Sunlight habis licin. Usah kata sunlight, glo pun habis. Yang ada tinggal jenama2 yang tidak kupercayai la kan. Last2 mata tertancap pada pencuci pinggan Joys... Aku dah lama malas nak layan brand ni. Sebab aku macam tak caya je dengan iklan tue. Kikikiki. Tapi nak tak nak, aku terpaksa la jugakkan beli. Habis aku nak basuh pinggan pakai ape as dekat rumah aku mmg hbs licin pencuci pinggan.

Yang benor... nak cerita pasal pengalaman pakai Joys... well... bagi aku, aku suke basuh pinggan buih banyak2. Tp joys mengeluarkan buih ok,... tapi kadar bersih tue aku rasa so-so je. Nasib beli botol kecik je. Kadang tu sengaja aku picit banyak2 sebab tak sabar nak habiskan. Hiks.

Bila dah habis, laju-laju aku ngajak cik suami tersayang g beli sunlight. Kali ni kebetulan nak hantar kain raya untuk dijahit dekat PKNS Bangi ( baju cik suami je lepas. Baju kurung dah tak terima tempahan. SobSSS). So, aku masuklah Billion tu kan. Nak beli barang yang takde kekdahnya kat rumah tu. Termasuk la pencuci pinggan. Apa aku perasan, kat billion ni semua tulis...HARGA TERMASUK GST... HARGA TERMASUK GST.   TERMASUKKKKKKKKKLAHHHHHH harga SUNLIGHT.

Harap maklum. Harga sunlight di Pasaraya Billion ialah RM 6.2+. Aku tak ingat brape sen. Mahal oiiiiiiii.... Tapi beli jugaklah. Habis dah terpaksa kan. Pasni aku dah tak mo dah beli kat mana2 kecuali di mydin. Maaf kerana ketaksuban aku pada pasaraya mydin. Sebab harga tue kalau banding tempat lain beza weh. Walaupun 3 4 posen. ADA FAHAM!!!!

As a conclusion.....

SAY NO TO JOYS!!!
SUMBER : GOG








InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 10 April 2015

BILA ADA MOOD NAK BERBLOG SMULA... TETIBA LUPA APA NAK TULIS


Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh barakah.

Well... aku rasa ada few months kot aku tak tulis dekat blog ni. Actually banyak benda aku nak tulis. Tapi bila ada waktu free... masa itu lebih kepada kemas rumah... buat apa yang patut. Well... housewife kan. Insyirah pun dah duduk dengan aku siang. Dah lama sgt tak hantar dia ke taska. Habis asek demam je. Huhuu..

Update sikit la erk.

Insyirah dah boleh bertatih. ( Setahun sebulan). Tapi still jatuh2. Ikut mood dia la.. kalau dia rajin.. banyak la dia berjalan hari tu. Kalau dia malas...ko nak tgk dia bertatih..dalam mimpi jela. Then banyakkkkk sgt cakap nye which aku sendiri tak faham. Tapi kadang2 berbunyi la. Bila aku cakap OK... dia akan cakap teyyyy... Bila aku cakap finish... kadang2 berbunyi la..inish...

Bila anak membesar.. rasa mcm nak bg adik je. Ahaks.. Tapi...aku rasa mcm susah je. Itu nanti aku cerita k. N bila anak dah boleh jalan, tetiba rasa nak nanges. Cepatnye la hai anak aku membesar. Mesti korang pun rasa mcm tu kan.

Bab makan, Insyirah just suke makan nasi dengan telur sejak ada gigi ni. Ko bagi  la ikan ke, ayam ke.. 2 3 suap je dia makan. Sayur tu.. sekarang ni aku just nak steam then bg as kudapan. Sebab kalau dalam nasi.. dia xmo.

Itu jela nak cite. Banyak lagi sebenarnye. Tapi nanti lah cite lagi. Nanti tue ntah2 2 bulan lagi. Ahaks. K bye. MuahXXXXX
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 4 February 2015

ERIVINA SERUM FOR WOMEN (PERAPAT DAN PENGHILANG KEPUTIHAN MISS V)


Alang-alang nk up entry baru, aku sambung plak dengan entri ni.

Ape itu?

ERIVINA SERUM FOR WOMEN
 (PERAPAT DAN PENGHILANG KEPUTIHAN MISS V)



Ini iklan tak berbayar ok????

Aku just nak beritahu, untuk akak2 adik2 makcik2... yang ada masalah keputihan... boleh la pakai erivina ni. Sebab ape? Sebab aku la empunya erivina ni. Lalalalala.. Goyang2 kaki skit. 

Ok2. Serious sikit. Sebagai empunya dan pemakai erivina ni, biasalah. Lepas kawen.. macam2 kan. Keputihan banyak kan? Alhamdulillah, lepas pakai, makin berkurang dan takde!!!! tapi... ko jangan expect hari ni ko pakai, esok dah hilang. Itu namanya product penipu!!! Take time la. Sebulan lebih dah nampak perubahan. Tak perlu kot nak pakai panty liner hari2 dah. Aku boleh senyum lebar sebab tak payah bazir duit beli panty liner sampai 3 4 bungkus sebulan. 

Secondly,  Serum Erivina jugak berfungsi untuk merapatkan miss V. Aku tak nak cite lebih la kan. Sapa2 yang dah beranak... ko tau kan acaner beza. Ohoi!!! Takkan aku nak cite luar dalam. Ko paham2 sendiri2 la k. Aku yang ada anak 1 pun da terasa beza.. Inikan akak2 makcik2 yang ada anak 3 4. So... bila aku pakai, terasa I macam baru mula2 kawen tau. Bahagia mak!!! Pang sekali. Whahahahaha..

Bukan nak censored ke ape. Cuma aku nak beritahu perbezaan lepas aku pakai Erivina ni. Huhu. Kata nak menambat hati suami. KAN!!!!!!!

Thirdly, Serum ni dapat menghilang bau2 yang ucuk2 tue. Serum ni wangi. Bukan la kata perfume. tapi bila ko pakai..lama2 bau ucuk2 tu gone la kan. Sila cuba sila cuba hokayh!!!

Dan... apa yang paling PENTING!!!!!! Serum ini telah pun dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Itu yang paling penting kan? Jangan takut. Jaminan wang akan dikembalikan kalau korang beli tapi tak jadi. Sebab ape aku berani bagi jaminan wang dikembalikan???? Sebab aku tau korang takkan claim balik la. Confirm 200% korang akan puas hati. 

Bukan nak kata apa, dah brg sendiri, ko takkan tau kalau ko tak cuba. Dah aku dah cuba...aku tau la. Dats y aku jual. Ko ingat senang nak buat semua ni????? Banyak kajian wooo nak kena buat. Penin palo den. Tapi hasilnya puas hati. Korang should try this ok.

So apa tunggu lagi? Cepat2 whatsapp/sms/wechat dekat aku k.

ERIVINA SERUM FOR WOMEN - 15ml
RM70 (harga kasih sayang). Free postage 
Harga sebenar RM110 tau. Aku bagi diskaun ni!!!

Contact : Syuha (0109488087)

AGENT/STOKIS DIPERLUKAN.

Nak call tanya??? Boleh. Suara merdu aku ni akan explain everything la kat korang. Dont worry tau. Cuma kalau aku tak angkat 1st call tue sorry la. Sebab aku ni housewife. Kadang sibuk masak kat dapur, kadang sibuk basuh berak kencing anak. Tak ke haru kalau aku nak jawab call tgh masak,tetiba masuk dalam kuali panas hp tue. Nanges pulak korang dah excited nak beli, tetiba lost contact dgn aku. heheheh..... Gurau je.

Ada lagi persoalan... serum ni spray ke?? Bukan. Serum ni bukan spray. Dia mcm gel yang kurang pekat. Cara penggunaan nanti korang contact aku, aku explain.

Okayh????? Faham. Cepat contact aku. Tau. I tunggu u olls ni. =p

ERIVINA SERUM FOR WOMEN

Jangan takut tau nak call aku. aku baik je. Lemah lembut je. Kelakar2. Dlm blog je mengganas skit bahasa. Huu.. DO contact me yah... again!!

Syuha (0109488087)- preferable

tapi.. agak2 ko call tak angkat gak ... boleh call no aku 1 lagi

Syuha (0123055695) 

Aku ni... ada gak side business lain. Kang aku takot korang order serum, aku pegi hantar benda lain plak. Dah guane. Kang korang gak ngamuk. Kikiki.. so boleh je nak call mana2. tp yang aku tulis preferable tu lagi ok la. Sebab tu mmg khas utk Erivina. Asal ada msg masuk, aku tau dah korang msti nak tny pasal erivina. Kan senang. Tak fenin pale aku.

ok till then. Aku tunggu tau msg dari adik2 kakok2 makcik2. Love u!!! =p 

p/s : aku try review tgk2 color font aku ni da jadi lain. sbb aku malas nak tukar.. korang baca jela. Asal boleh baca kan. Jangan marah na... 

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

JALAN-JALAN CARI MAKAN CUTI WILAYAH N THAIPUSAM


Assalamualaikum...

Lama sgt kan orang wilayah bercuti. Alhamdulillah... kali ni eventhough tak pergi bercuti, aku, Insyirah dan cik suami jalan-jalan cari makan. Supposedly aku snap la kan pic aku jalan2 cari makan ye dok? Tapi sebab aku malas, aku tak snap. Aku terus makan. Ape yang di jalankan di cari makan tue???

Sabtu - Pisang Goreng Cheese Jakarta ( Terletak di antara Restoran Warung@Bangi dan Restoran Kelisa). Ada pelbagai jenis la.. Hari tu aku beli yang caramel and coklat. Mau tgk?? Ha.. yang ni aku snap.



Ahad - Mee Tarik Warisan Bandar Baru Bangi

Terletak di depan haslinda lim kot... Tak ingat aku. Area Mohd Chan tue la. Saje je nak try. Ok la mee dia. Rasa fresh.. kenyal dan tak lembut . N tak la over elastic sgt smp ko tak ley nak kekoh!!! Hahaha... Rasa??? Hmmm.. so so je la. Mee lagi banyak. Tapi daging ada 4-6 ketui ja. Sayur sawi ada sehelai. Ko rasa??? Huhu

Ahad Malam- Dinner@Supper kat rumah

Ahad malam aku siap masak tepat pukul 12 malam ko!!! Sebab budget kenyang makan mee tarik tu. Last2 cik suami ckp lapa sangat la pulak. Diberi pilihan antara nugget dan nasi..dia mintak nasi. So I selaku isteri yang sgt mithali ni (muntah darah sikit)... masakla. Simple2 je. Hehe..

Masak lemak cili api ayam, ulam2 and cencalok sedap nak mamps!!!

Mau nak bertambah jugak lah aku kan. Sebab ada petai dengan cencalok tu. Tapi aku tahan kan diri la kan. I olss jaga badan. Konon!!! Ko tgk ape aku makan hari Isnin!!

Isnin- cik suami menunaikan hajat di hati bawak makan ke HM Sri Bagan Ikan Bakar, Bagan Lalang.

Alhamdulillah.. sampai kul 8...915 baru aku dpt makan. Ko bertabahlah kan. Dengan Insyirah yang dah boring, jap2 tak mo dok atas babychair. Campak segala macam. Habis tawaf dah 1 kedai aku bawak. Luckily bila makanan sampai.. aku suap la ikan bakar, ketam. Nasib anak tak allergic. Makan ketam ok je. So boleh la aku makan sambil layan dia. Xde istilah suami mkn bini jaga anak. Bini makan laki jaga anak. Anak dah dua baru ley camtu kot.

Habis Licin!!! Laki bini je makan. Perut tempayan ke hapa???????? Agagaggaa.. nampak sgt menipu diet. Mana boleh diet hoi!!!! Anak nyusu badan lagi. Kena plak anak ok je. Mmg aku makan la semua. 

Menu????/
1) Ketam masak telur masin ( Kureng bagi aku. Tau baik masak cili)
2) Lala masak halia (Nyums!!! cicah plak dgn kicap ikan bakar tue.PerghhH!!!)
3) Pepahat masak cili ( Marvelouss!!!!! Aku boleh habis 1 pinggan. Cik suami makan skit je sebab dia lg suke lala)
4) Ikan nyut2 bakar. (Ini terbaik!!! Cicah dgn air asam. Chup Chup Chup!! Jilat jari)
5) Sotong goreng tepung (Sedap!! Tp sbb aku dah byk sgt, Sotong last aku makan. End up perut aku tadah je sotong tu masuk. AKu tak dapat hayati sgt. =p)
6) Nasi putih dua
7) Tom yam seafood (Sedap!!)
8) Kailan Ikan Masin

Ko rasa????? Raksasa ke makan ni? Hahahaha.. Well.. kan aku dah ckp..aku kuat makan. Belum ada adik aku yang sorang tu. Kalau ada dia, selera makan aku bertambah sbb bila tgk dia makan. Selalu kalau keluar dgn family, aku dgn dia la org paling last perabih semua lauk. Tapi dia win la. 

Selasa - We never planned anything nak pegi mana2. Tetiba husband ajak COD kan. So I ikut je. Then cik suami ajak pegi Mines. Alang2 pegi Mines, pegi Big Bad Wolf skali. Beli buku skit untuk anak gadis ku tue. Lepas tue pegi shopping kat Daiso (opss!!!Memula sampai g Daiso dulu la .=p). Pastu g giant beli barang. Balik rumah..rehat2.. malam aku masak dinner.

Itu jela cite mak hencik cuti panjang ni. Alhamdulillah... dikurniakan suami yang bila aku ajak je,.. dia on je manjang. maceh abg. Cayang2 lap2 u lah!!!

Owh!!! Ada orang tanya, ko dah kenapa  byk sgt makanan ko ngidam??? Ko ngandung ke? Aku tak tau la weh. Sebab aku ni dah delay 4 hari. Aku malas nak cek. Sebab dlu penah aku delay 3 hari kot. Last2 aku period. Ahahhah...Perubahan hormon. Biasalah. Bila anak nyusu badan ni, hormon bukan betul sangat. Kalau ada, alhamdulillah. Maksudnye Allah nak bagi pinjam rezeki lagi untuk aku. Dan Allah tahu aku dan suami dah bersedia untuk ada 2nd baby. If nanti datang period, maksudnya, Allah tahu aku dan suami aku belum sedia lagi untuk 2nd baby. Ituje la aku fikir.....

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 15 January 2015

NESCAFE ADDICTOR...


Salam Khamis.

Dah kames da hoi..... jap je. Dulu masa memula quit..rasa lamanye nak sebulan. Tup2 dah nak 4 bulan aku jadi housewife yang tak sebagus mana. Ahaks!!!

Well... nak cerita pasal hari ni... for your information, sudah masuk hari kedua aku tak minum nescafe... Yes!!! Lompat Bintang sekarang!!!

Dua hari tu ko ingat senang ke???? Saje je aku tak mau beli nescafe sejak nescafe rumah aku habis Hari selasa hari tu. Sebab aku rasa aku ni kategori dah melampau nak minum nescafe je hari2. Kopi ada je kat rumah aku ni. Tapi aku tak de selera nak minum kopi.

Boleh lah jadi 1 kebanggaan bila tak minum nescafe tue walaupun dah dua hari. Walaupun dah menggetik kaki aku ni nak pegi kedai beli nescafe. Tapi ku gagahi jugak lah tak pegi kedai. Huuuu...

Tapi hari sabtu ni aku nak minum jugak. Heheheheh

Perasaan?? Ntah. Sebab aku ni pening kepala lately. So i decided untuk kurangkan caffeine dalam badan. Sekarang ni pun pening2 lagi. Mungkin sebab proses penyahnescafean kot!!! Jangan marah hah dengan word tu. Aku tak tau ape nak describe. Like seriously..sekarang kadang2 berdenyut kepala aku. Sampai aku rasa, dapat bau nescafe tue pun da cukup dah bagi aku. Konon!!!

Esok nak cuba tak mau minum... and kalau boleh, memang aku tak mau beli langsung bulan Januari ni. Habisla.... nescafe tu la perangcang kehamilan aku. wAKAKAKAKAKAKA...







Tengok tengok..aku takde problem with caffeine???????? Masalahnye sekarang aku tengah pening kalau tak minum kopi... apakah apakah.. nampak mata tu terbeliak???? Hahahha

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 8 January 2015

PUAS DOK BELEK FB, IG DAN BLOG


Assalamualaikum wbt...

Tup2 dah 8/1/2015 dah. Tup2 lagi sebulan lagi birthday aku.

Aku rasa.... bak kata previous post, azam tue tak tau nak letak azam apa. InshaAllah nak jadi hamba Allah yg lebih baik. Sebab takut kalau dibiarkan lama2 hati jadi hitam. Moga azam ini akan berterusan hingga akhir nyawa.

Azam nak jadi anak yang baik... kakak dan adik yang baik.. menantu yang baik. Isteri yang baik.

Sebab aku rasa aku masih lagi tidak bagi sepenuh diri aku untuk jadi isteri yang baik. Bagi aku la. Tanya laki aku, dia cakap ok je semua. Huhu...

Nak jadi menantu yang baik. Ahahaha.. yang sebenarnya konsep nye mcm ni ye. Balik ke rumah mertua aku ok je. Yang jadi tak ok bila aku keluar bilik lambat kot bila siang. Oppss!!! Jangan salah faham.

Aku dah bangun awal. Dah mandikan anak..dah mandikan diri.. bila aku nak turun sunyi je kat bawah. Tengok2 pak mertua dengan adik ipar (lelaki) dok tidur kat bawah. So takkan tetiba aku nak on tv plak kan. So aku naik semula main dengan anak aku dlm bilik smp la laki aku bangun. Then baru aku turun sama2. At least ada geng kan. Heheh Lagi 1.. aku jarang nau2 masak kat rumah mertua. Konsepnye macam ni. Mak mertua hanya masak di rumah dia. Bila dia datang umah aku, aku yang masak. Gitu... sebab pak mertua makan bini dia masak je dia selera. Ehehehe... Well... masing2 ada perangai sendiri kan. Tapi as its good...ok la. Even raya pun tak pernah masak. Sebab yela. Sape yang tak menangkan mak sendiri? Sape yang nak makan air tgn orang lain kan? Mcm laki aku..lagi suke rendang mak dia... Mcm aku... aku still akan ckp mak aku nye rendang lagi sedap. Ha... gitu.

Well said... life is very challenging. Tahun baru org sibuk cita pasal bonus. Aku still as a wife.... as a housewife..ddk rumah..kemas rumah..jaga anak...masak2...jaga suami.. Yeah...have to admit sometimes terasa mcm tak keje early 2013. Sbb tgk org mcm best keje. Ada duit bla bla bla.... and adalah anasir2 yg mengatakan kena pk masa depan...lelaki takley caya..kena ada income sendiri. Haah. Aku pun pk mcm tue. Sbb kita tak tau masa depan kita caner. Orang lelaki bkn boleh percaya 100%. Tapi 1 aku percaya...rezeki itu di tangan Allah. Aku quit for certain reason. Strong reason. Aku quit sbb aku nak cari rezeki yang halal. Aku tak mau involve dlm rezeki yang syubhah. N now tahun baru ni aku teringin nak cari kerja semula. Moga Allah permudahkan eventhough aku tak start pun cari lagi. Mungkin dalam masa terdekat. Kalau takde rezeki pekerjaan, mungkin rezeki aku untuk berkhidmat sepenuh masa untuk anak2 dan suami. Cume aku sedih. Bila mana ada anasir2 yang memandang rendah. Entahlah. Mungkin mereka hanya pandai mengutuk,tapi tak amek dari positifnye. Insha Allah... aku akan buat business on9 product sendiri. Alhamdulillah.. KKM dah pun lepas. Tunggu proses pembotolan pulak. Moga ini dapat ruang untuk aku majukan diri. Aminn

Dah.... tue jela nak bebel. Tajuk entry tue sbb aku dah pening dok scroll fb la..ig... blog la..udahlah tengah cuti ni. So mood tue out skit. Till then. Daa!!!!











InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 31 December 2014

TUTUP CERITA 2014... JOM START 2015 DENGAN SEMANGAT


Over ko ajak masuk 2015 dgn semangaat!!! Haha..

Tangan sakit ni... caner nak excited masuk new year 2015. SubhanAllah.. dugaan Allah bagi aku sakit tangan je. Mangsa2 banjir yang Allah duga dari hilang harta... dari segi emosi dan fizikal... subhanAllah... khilaf plak aku.

Plan nye nak masuk 2015.. nak bagi kemas tip top umah aku. Kengkonon nak tambat hati laki sendiri. Stress dia tgk umah kurang kemas sejak tangan aku sakit ni. Uhuks!!! Sakit bukan takat sakit.. gatal..naik bubbles2 yg keluar air tue.. hmm.. sedih i tau!! Korang mest kerut2 muka geli kan bila bayangkan tangan aku caner.. dats y... sekarang insyirah mmg bab2 mandi basuh yeyak.. semua suami handle as aku takut condition tgn aku tak cukup hygiene utk dia.

Well... 2014.. seperti mana org sekeliling ckp... n sependapat.. byk sgt incident2 yang menyayat hati. Tak perlu aku tulis sebab korang pun dah tau ape dia kan. Ke tak hupdate dgn isu semasa??????? Nak kena korang ni. Hahahaha

Nak cerita yang manis2 je 2014 ni. Alhamdulillah...dikurniakan baby girl on 22 Februari 2014. Diberi nama Safra Insyirah. Pelengkap kami setelah hampir setahun setengah berkahwin. Sangat comel and penuh dgn keletah. Now 10 bulan da boleh berdiri dlm 5 6 saat. Hehe... Mulut da byk. Membebel je koje dia.

Dari segi ekonomi rumah... alhamdulillah..cik abg syg dpt increasekan lg keselesaan kami. Rezeki anak. Allah dah katakan... bilamana ada anak, jangan dipikirkan cukup ke tidak duit. Akan ada rezeki Allah nak bagi. Kalau tak duit, kebahagiaan yang tak terucap diberikan oleh Allah.

Tapi....korang yang takde anak lagi, jgn rasa down. Percaya atau tak, Allah tak kurniakan lagi rezeki itu utk korang cari rezeki yg lebih baik. Perasan tak perasan tak??

Ok la. tak mo bebel panjang. Denyut2 tgn aku ni nak type kat blog ni. =p. nah.. blanja 1 gmbr anak kesayangan ni.


Ini adalah misi Insyirah utk jatuhkan poney!!! Anak aku kurang skit dgn anak patung ni. Hahaha


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Saturday, 6 December 2014

COWAY VILLAEM ~MAK HAPPY GILOS NOKS!!!!~


Assalamualaikum.

Nak cite ni....

Semalam.. impian ku telah tercapai setelah model terbaru dari coway telah berada megah dalam dapo aku!!!

Ku ingatkan kecik macam petit.. rupanya GADANGGG. Muahahaha...Tapi takpela. Ada reason kenapa aku tak amek petit.

Tunggu lama giler kot as dimaklumkan oleh sales person yang aku deal tue, villaem hanya keluar 300 unit/week. So adalah kurang lebih 3-4minggu aku tunggu. Ha.. tinggi tak tinggi la kesabaran aku kan.

Kenapa excited??? Well.. lama kot aku berzikir hari2 dgn cik suami. Mungkin dia muak kot. Tiap kali nak balik selayang ke.. tiap kali nak pei kl ke... kan ada billboard iklan coway tue kat highway sg. besi tue? Ha... tiap kali tue lah aku dok cakap... " Ha abg..bila nak beli tu.." sambil tunjuk kat billboard tue. Cik suami jeling je malas layan aku. Ahahahaha..

Sampai la early last month we went to electric shop. Nak beli aircond utk hall depan la kan. Bile dah decide nak beli, cik suami ckp.. pilih antara dua. Kalau nak aircond, no coway. If nak coway, no aircond.

So aku yang menggila nak coway sgt, amek la coway. Lagi byk pros dia kan dr cons rite? Aircond luar tue nanti2 la. Ada rezeki lebih kite beli kan kan??

So inilah dia buah hati aku sekarang. Well... sket2 amek air minum. Sket2 amek air minum. Over kan??? HAHAHAHAHHA (Gelak over)

Shantek tak shantek tak????

Inilah tempat paling seswai aku rasa sebab dekat dgn plug. Hehehe...  Well.. ms ni tak on lagi hot and cold water as baru pasang. Tunggu 2 jam then nak keluarkan air tue, refill back..wait for 15minutes then baru on everything. TERBAEKKKKK!!!!!!

Utk pengetahuan korang, Villaem ni ada extra function utk warm water. So pulas je ke warm water, then tara..... dapatlah warm water. Tak perlu nak add hot+cold water. Easy pizzy. 

Sorry lah. Kurang kemas di situ. Aku main kemas je dlu ni. Sebab nak snap pic nak bagi kat sales person yang aku deal tue. 

Nama sales person tue Ain. Kalau nak phone no dia, pm aku erk!!! Dia dok kat abu bakar baginda bangi. Incharge area bangi. Putrajaya sbb dekat sgt dgn aku kennnnn.

So korang!!! Pergi berzikir dengan laki masing2 beli benda ni. Sgt2 la berguna. I love it.


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Sunday, 23 November 2014

NEW LIFE: KEHIDUPAN SELEPAS BERSALIN DAN BERPANTANG (PART 2)


Sape nak lempang aku? Anak dah 9 bulan hoi!!!! Ko baru nak citer part 2 cite beranak ko? Agagaga...

Maaf lerr... Aku takde mood nak cite selepas part 1 tue. kakakakka

Ok.. last masa part 1, aku g hospital putrajaya kan??

Ok.. sementara pengalaman pertama masih lagi fresh.. ak citer . Bahahahahhaa

Sesampai nye aku kat hospital putrajaya...cik suami drop aje dpn hospital bersalin tu.. masuk2 register.. tak ramai pun. Ada 3 org temasuk aku time tue. Masuk2, pasang benda alah keliling perut tue.. dgr heartbeat baby, time tue pun aku rasa sakitnye Ya Allah......

So tibelah masa seluk menyeluk kan. Orang sebelah kena doktor pelatih... tp dipantau oleh doktor pakar la kot. Mungkin itu kali pertama. Nasib baik orang sebelah dah kena doktor pelatih. Kena kat aku, doktor pakar. Alhamdulillah. Tapi kalau kena ngan doktor pelatih, mmg aku tak bagi la. Anak first kot. Hehe... ( Konon tak mau kan... ko baca jap lagi yg bawah2 ni eh).

Doc cek2...ok 2cm. Ok la. Sebab air ketuban tak pecah.. darah pun tak banyak keluar kan. Tapi bila dah sudah tue, ada nurse cakap dgn aku.. (bagi aku mcm polite je dia cakap, but at the same time.. rasa mcm nak tampar pun ada. Orang tgh sakit kot)

Nurse: Puan... ward kite penuh . So kalau puan nak balik dulu, boleh la balik dlu. Sebab selalu kalau anak sulung, baru 2 cm.. lambat lagi nak bukak smp 10. Kadang2 smp sehari. Ataupun kita bagi puan pilihan, kalau puan nak ke kajang, kita akan hantar kan puan by ambulance. Tapi kalau serdang, puan kena pergi sendiri.

Aku: (speechless). Aku tak tau nak cakap ape time tue.

Then... doc panggil masuk bilik untuk scan baby dah besar bp kg etc etc. Tp before settle semua, aku tanya doc.. ape suggestiion dia.

Doc cadang kan aku untuk pergi mana yang terbaik. Tapi kalau g serdang, jgn inform serdang yang putrajaya bagi alasan ward penuh. Haihhhh... Pelik la aku. Tapi system putrajaya macam tue.. ward kat putrajaya kan lain sket. More privacy I think. Doc cume ckp yg surface ape ntah aku pny ni.. takat 2 cm ni.. doc tak jamin akan amek masa lama utk aku bersalin. So aku terima apa yang doc ckp.

Ms tue aku cakap dgn cik suami... jom kite g serdang la. Sebab kerapa sgt la dah hai sakit aku ni.

Otw g serdang.. aku minum air selusuh yang mak aku bekalkan. Well.. aku tak nak minum banyak. Sebab aku takut n x sure.. aku ni dah tahap contraction teruk ke.. Kekekeke... Kang minum awl2 tak terbukak pulak kang...

Sampai serdang, dlm 530 kot... aku pergi register. Sekali lagi cik suami tgl kan aku sendiri g register sebab dia nak parking. Sampai2.. ha.. part ni ak nyampah kalau goment ni... aku tgh sakit kot.. dia pegi settle kan org yang nak bawak keluar bini dia yang dah bersalin. Nape la tak pentingkan aku dlu. Aiyooooo..... sakit2 ku tahan kan lagi. Bila orang tue dah settle, baru dia tgk buku merah aku.

Staff: Puan ddk putrajaya, kenapa tak pegi putrajaya?

Aku: Saya dah pegi..tp ward penuh. Dorg sowh datang sini.

Staff: Hmm... kat sini pun penuh jugak puan. (nada annoying)

Aku: Takpelah penuh penuh la. Saya tunggu. (Geram lak aku.Nasib cik suami takde je)

Habis register.. cik suami dtg. Then duduk jap kat kusi menunggu.. nama aku kena panggil. Mcm kat putrajaya.. sama je. Letak benda alah tue kat perut. Baring... doc (pelatih) datang cek. Lelaki n pmpn. Tapi perempuan yang seluk la. Ok... 3 cm. (dalam hati ok good... naek keta dr hsptl putrajaya ke serdang da bukak 3cm)...

Lepas tue.. sakit nye ya Ampun.. air ketuban pecah..(aku mcm terkjut sebenarnye air ketuban tue rasa pecah macam mana..bila dah rasa sendiri baru ku tahu.. splash!!!! ahahha)...

By the time air ketuban pecah.. aku inform nurse, nurse bagi baju utk tukar.. (ok... masa ni aku lupe.. aku solat asar dlu ke..atau air ketuban pecah baru solat asar..seriously tak ingat. haha....)

tapi yang aku ingat, aku selalu ingat mak aku pesan.. selagi sakit bersalin tue ko boleh tahan .. walau sakit mana pun.. ko rasa ko boleh solat.. ko solat... masa tue aku ckp dgn nurse...

Nurse...sy nak solat..sy tak solat lagi... N nurse bagi aku solat. Tapi...tempat solat dorang jauh la bagi aku yang sakit nak bersalin ni nak menapak. Hahaha.... Solat dalam duduk.. tiap kali sakit tue dtg.. aku slow kan pergerakan. Well... aku rasa.. sebab kite nak berhadapan dgn maut untuk lahirkan anak. Jadi ape yang kite boleh buat hujung2 nyawa masa tue, kite perlu buat.

Ok... lepas tue aku da tukar katil. Sebab dah basahkan kena air ketuban. tapi aku tengok masa tue... semua tak jerit kuat. So... sakit2 aku tue... aku berzikir jela. Itu yang terbaik kan. Tapi last2 aku panggil nurse. Aku ckp sakit sgt ni nurse. Doc cek.. 3cm lagi... sejam dah kot 3 cm lg time tue. Tapi sakit nye tak tertahan tahan. Nurse tanya aku nak amek ubat tahan sakit tak..? Aku iyekan je la. Sebab ingatkan hilang sakit tue. Hehehehe....

Lepas da cucuk tue, baru nurse cakap..

Puan... ubat ni tak hilangkan sakit sangat ye. Ubat ni hanya buat puan mengantuk.

Aku: ha????? hmm.. ok

Lepas dari tue.. sakit benar aku rasa.. then aku terlelap..then aku terjaga sbb contraction kuat.. Aku tak tau kul bp ms tue.. tp last2 aku jerit.

Aku: NURSE!!!! DOCTOR!!!!! saya nak terberak ni. Nak terberak sangat ni.

Doc datang terus, seluk... then.....

Doc: FULL FULL FULL... tolak ke labor room skrg. 

Masa tue ak tgk jam kul 8... Otw g labor room aku byk kali cakap..nurse... nurse...suami sy suami sy.

Itu je aku ingat. Cik SUAMI!!!

Masuk, sakit.. aku teran2 nurse puji ok cara teran..cuma nafas pendek. Sampai kena masuk air sbb aku dah lembik. Aku teran lagi... dgn cik suami dok cakap lagi.. sikit lagi sikit lagi..stress dah aku. Aku siap tutup mulut dia nak bagi senyap. Hahha... Sempat la aku tgk nurse and doc gelak aku buat camtue..

Last2 aku dengar nurse cakap dgn aku..

Nurse: Puan..sikit lagi. kalau tak kite terpaksa vacuum..

Cik suami bg smgt utk aku... sbb tak nak anak kena vacuum...

Nurse pun last2 dia tarik tangan aku.. pegang kepala baby yang dah nak keluar tapi asek masuk keluar masuk keluar. Kakakkaa..


Memula doc tak mau gunting.. tapi sebab risau baby lemas...and aku plak dah lemah... gunting skit and aku semangat semula lepas dah rasa rambut baby time tue. Push2  alhamdulillah....keluarlah Safra Insyirah Binti Isa...

ZCume time jahit tue lama la kan. Sebab doc yang jahit tue.. suke benar menjahit. Alhamdulillah.. jhaitannye ok...n cantik. Well..org kata compare dgn putrajaya,,serdang mmg jahit cantik kan. Ahahahha...

Itu jelah citenye. Lama sgt nak boleh ke karang kang cite bersalin ni. Insyirah pun da melasak hoi skrg. hehe..

ape2 pun...alhamdulillah... kejap je sakit nye. Maksud aku sakit yang teramat tue kejap je.. tak smp 3 jam pun. Moga2 anak seterusnye pun macam tue kan. InshaAllah


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 19 November 2014

SLERO D TIMUR, AYER@8 PUTRAJAYA


Assalamualaikum n salam hari selasa.

Gambar belambak lambak snap... tp nak up kat blog mashaAllah.. pemalas giler hah aku ni!!! So tidak dikira pemblog tegar la kan?Hiks!!!!

Ok la. Ni aku nak citer pasal makan dekat SLERO D TIMUR dekat ayer@8 putrajaya. Bersebelahan dengan SATAY STATION. Time tue aku tengok satay station baru nak bukak situ. So maybe next akan try makan kat situ pulak.

Actually aku terpanggil nak up cite pasal mee udang and restoran ni sebab hari tue aku terbaca blog slero d timur (review yana) . Selain dari tu, ada sekali tue kawan aku upload kat facebook dia makan maggi ketam kat sini. N dia cakap sedap sgt. So.....aku pun decide ngajak laki aku datang ke restoran ni Khames lepas.

Kalau nak dibelek belek menu... ko rasa macam tak tau nak makan apa. Sebab aku rasa biasa2 je la makanan dia. Tapi yang pasti menu untuk maggi ketam tue, dia asing la. Kira special la kan.

**Aku rasa kedai ni kena upgrade menu dia bg vavavoommm sket. Baru best kan nak tengok n biar customer terliur. Ahaks.


Memula, idokla aku mengorder maggi ketam tu. Sebab hari tue aku tak makan nasi langsung. So aku decide nak makan nasi goreng kampung je. Harga boleh tahan. RM12 ko nasik goreng kampung. Laki aku order kuew tiaw tomyam. Sambil tunggu order sampai, laki aku hisap rokok kat luar. Bila dia masuk dia cakap.." macam best je tengok orang order maggi ketam. Besar ketam dia".

Aku pun mcm tetiba terliur la kan nengoknye. Takla aku sangka ketam nye besar. Dah mana aku tau ketam nipah tue besar. Agagagagaga..... So kami cancel makan nasi goreng kampung. Nasib baik bila da cancel.. tetb nasi goreng kampung aku sampai and budak kedai tue ckp takpe.. kalau dah cancel, nak maggi ketam.. dia cancel kan nasi goreng kampung aku yang da sampai tu. Fuh!!!! Nasib baik beb dia cakap mcm tue. Bagi aku untuk RM12 dengan kuantiti yang kami tengok.. is not suitable with the portion la...

So, kami dengan tak tau berapa harga maggi ketam ni.. order je. Harga nanti pas bayar baru amek kesah! WAH!!!!!!! Belagak ko erk!!! Budget banyak duit. HAHAHAHAHAH!!! (Gelak jahat).

So,.. inilah maggi ketam kami!!! Sedap marvellous...mmmmmppphhhh!!!! Haaa....gitu sekali.

MAGGI KETAM NIPAH. NYUMSSS!!!

Description: aku rasa ni bukan maggi.. tp yee mee... tom yam dia pulak dia masak sendiri. The ketam is sangat2 sedap n besar.(Tapi xley lawan king crab plak. Over plakkan). The tomyam is pedas gilerrr... Tapi SADAP aku cakap!!! Tak tipu. Heee....

Nombor meja aku. Aku memang suke no.7.. birthday aku tue.. Motiff btau korang????? =p

 Laki aku dengan kuew tiaw tom yam. Oh my!!! Ini pun pedas giloss kate ko!!!


Ini orang ha..tak suke makan ketam in public sebab nanti hilang selera sbb payah nak makan. At last..dia nak jugak!!!! Amek la bang.. besar ni ketam ni.

Laki aku memula tak mo makan. Sebab dia da kenyang makan kuew tiaw tomyam tue. Tapi bila tengok maggi aku, dia pun nak jugak. Bepeloh peloh pak cik tue makan. Nasib ada kipas belakang tue. Aircond dalam tue tak dapat cover kepedasan dia.Hehehe


N biasala.. Last but not least...

Buah hati pengarang jantung... Safra Insyirah. Comel kan!!!!! (Sapa taknak puji anak sendiri kan??)

Insyirah dah boleh duduk dengan kuat and sendiri. Umur 9 bulan tak tumbuh gigi lagi. Fuhh.. takpe2.. sebab senang skit nak bf dia. Ahahaha.... 

Ok lah. Sape dah baca cite aku ni.. Sila la pegi sekarang ke.. masa lunch jap g ke.. Ok? Ok?
 
Adeh... aku baru nak post.. sekali baca semula lupe harga dia..
 
Total kami makan dat day.. RM61.80...
 
Harga maggi ketam : RM38
 
Ok dah. anak aku dah bangun. Till we meet again. daa....



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 5 November 2014

LALAINYA KITA


Assalamualaikum korang...


Pekabar? Pejam celik pejam celik....da sebulan lebih aku jadi housewife. Yeah.. Insyirah still hantar nursery untuk memudahkan aku masak n settle hal rumah. Masak sekali dengan malam la. So malam boleh rest and pay fully attention untuk insyirah.

Well.. Insyirah takla dihantar setiap hari. Mostly kadang2 dua hari je g taska. Lain hari aku jaga. Kadang2 3 hari kat taska.. Haa.. camtu... N other reason why husband insists nak hantar ke taska jugak sebab Insyirah even seminggu je dengan aku.. lepas dari tue dia tak mo orang lain dah weh!!! Nak melekat dengan aku je. Bangga la anak nak dengan kita je. Tapi.. dah kalau nak g dapo pun melalak... I cannot cook la. Dengan apaknya pun dia tak mo sgt.

Alhamdulillah.. eventho banyak kes skrg, taska Insyirah ok. Standard la kdg2 Insyirah kurang sehat sikit sbb kat sana all the time beraircond. Agak2 dia mcm nak selsema tue, terus tak hantar taska sebab nak prevent jadi lagi teruk. Alhamdulillah again, dapat prevent. Insyirah dah jarang demam.

Tapi... aku tau korang yang baca ni mesti n confirm cakap macam ni..

" EEEEEE tak keje kot. Jagala anak tu. Full time housewife kot"

" Tah pape dia ni. Supposely jaga elok2 anak tue. Dah elok dok umah, p hantaq nursery lagi"

Okla.. mulut korang kan. Lantak korang la. Yang aku tau.. Insyirah cume di hantar takat 2 3 hari.. kadang2 direct.... kadang2 berselang hari aku hantar. Ko ingat aku saje2 dok umah????? Grrrrr

Ok.. dah melalut banyak. Nak cite pasal tajuk post aku tuh actually.

Aku nak bitau pengalaman aku.. bukan untuk memburukkan diri sendiri..cuma nak ajak insaf sama2 nih. Huhu..

Dulu.. before kawen kan.. aku sgt suke membaca. before tido (nak bagi mengantuk).. aku akan baca at least 2 pages satu malam. Lepas kawen, maklumla kan dah kawen,...laki tdo.. tetibe aku rasa sunyi. Oklah.. aku nak tdo jgk. Rutin baca buku tu dah takde. hehe.. takkan nak baca dalam gelap????

Dulu... before ada anak,.. banyak habiskan baca buku2 agama...baca Quran... ha macam tue.  Bila dah ada anak... timing lari. Aku akui masa memula melahirkan...hohhh... nak menguruskan masa itu sangat susah. Rumah aku yang amat jarang bersepah, bersepah. Quran duduk kat rak buku je.

Sampai satu masa.. jiwa rasa kosong. Eventho ada anak penyeri hidup... eventho selalu berzikir dengan anak.. tapi jiwa rasa kosong.

Then aku mula kaji diri sendiri.. kenapa jadi macam ni.. kaji punye kaji.. punca dia adalah HANDPHONE!!!!!

Yeah... sibuk scroll facebook orang la... sibuk scroll instagram... sibuk nak search so many thing dekat google. Aku mengaku tue smua.

Now aku dah cuba untuk kurangkan semua tue. Malahan bergambar pun. Lumrah kehidupan,... bl ada anak.. kita dok upload pic anak je. Which is good.. dari ko upload gambar diri sendiri yang tak semestinya menutup aurat dengan sempurna, So.. baik kita upload gambar anak je. Tapi jangan banyak sgt kayh!! nanti orang meluat dengan kita. Nanti ada pulak yang cakap.. ahhhh budget ko sorang ada anak.. Haa.. bersederhanalah dalam sesuatu perkara.

Well said, lepas aku kurangkan dengan social media ni.... aku rasa best je main dengan Insyirah. Rasa macam setiap masa yang berlalu aku dengan dia sgt berkualiti. InshaAllah...bila dia dah mula bertateh ke ape ke.. nak totally reduce main hp je (except for business). So that dia takkan rasa terasing.

Plus... nak ubah diri sendiri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Cara macam mana, bergantung pada diri sendiri. Tak mau lg biarkan diri ini semakin lalai. Takut hati ini lama2 semakin tertutup jika dibiarkan.

Ok dah!! Sama2 lah kita berubah k. Love u all yang membaca... =)

p/s: Udah2 la tanya pasal produk kak ton beauty umaira,umar dan catalys vco. I is tak larat nak jawab. Aku dah tak jual dah. Bukan sebab tak bagus produk2 ni.. bagus... cuma memang aku da stop since aku pregnant kan insyirah dulu dah. Harap faham ye.. akak2 makcik2 abang2 adik2...


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 23 October 2014

KETAGIH NESCAFE/COFFEE


Salam....

Pemalas hampeh la aku ni nak cerita2 dalam blog kan? Huuu... Sorry.. Aku ni, nak bercerita. Tapi aku ni pemalas nak HUPLOAD GAMBO!!!

Ok la.

Hari ni actually aku tengah menguatkan diri untuk mengatakan TIDAK kepada NESCAFE. Sebab apa? Sebab muka aku da naik gatal2. Aku takut sat g naik plak la hai jerawat aku ni semula. Terlampau byk caffeine dan toksik dalam badan aku ni.

N 1 more thing.. aku kesiankan dengan Insyirah. Breastfeed..tapi tak dapat khasiat yang secukupnye. Maka dengan itu, aku terpaksa cekalkan hati ini untuk bagi khasiat yang baik untuk Insyirah.

FYI, alhamdulillah..masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk aku terus menyusukan Insyirah eventhough tidaklah semeriah dulu....

Ha.. ni aku ambil dari 1 laman web mengenai ketagihan caffeine ni.. DI SEBALIK NIKMATNYA KOPI

masuk situ erk.. baca dan fahamkan. Aku cuba kuatkan diri.

Hmm.. boleh tak sekadar buat untuk bau??? =p
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 10 October 2014

SEWA CHOCOLATE FOUNTAIN!!!


Assalamualaikum wbt...

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....

Aku nak maklumkan.... aku and cik suami menyediakan perkhidmatan sewa mesin coklat fountain ni seluruh Klang Valley. Tapi yang jauh eventhough in Klang Valley, mohon mai dtg Putrajaya la..ambil. Takpun pick up point dekat Petronas Sg. Besi ye.???

Meh....meh la tengok pakej yang aku ada ni.

Agak2 bekenan, call/whatsapp/sms cepat2 tau. Tapi syarat nye, kena la call 3 hari sebelum. Kot korang teringin PAKEJ LICIOUS tu, esok nak..hari ni baru nak beritahu,, ho mak... kelam kelibut I tau nak prepare barang. Pastu takut jugak la..kang dah ada orang booking dlu.. ..ha..kan sayang tue.

Aku lagi suke kalau korang msg/whatsapp.. bukan apa. Aku ni, kadang hp anak main. kengkadang jadi silent HP tue dia dok tekan2. Insyirah tue baru nak masuk 8 bulan..tp dia punye suke tekan2 hp tue.. smp jd ape dah hp ummi dia. So... harap maklum mengenai itu. But I will try to reply ASAP. Dont worry. Okayh???

Moh Layan Pakej... Membebel banyak lak ak ni...






Ha... so ape lagi...menarek kan menarek kan....

Ni yang 3 tier punye mesin. Boleh letak 2kg chocolate sekaligus!!

3-tier chocolate fountain machine



 Yang 2-tier aku lupe nak snap. Kehkehkeh.... Tapi yang 2 tier.. korang boleh letak 1kg chocolate.

PERCAYALAH!!!!!! Kalau korang nak tengok orang berebut-rebut makan, ha.... make sure ada chocolate fountain ni dekat apa jua majlis korang.  Confirm.. bukan budak kecik je beratur berebut nak makan n menadah dekat mesin ni.... kite yang dah besar ni pun nak jugak. Kan kan...

Ok.. ape lagi.. Meh la.. contact aku cecepat erk...

SYUHA : 012- 3022 695

PENGHANTARAN PERCUMA SEKITAR --------------->

PUTRAJAYA !!  BANGI!!! SERDANG!! DENGKIL!! BALAKONG!! SG.BESI!!

PLUSSSSSSSS tak payah basuh ok!! aku basuhkan sendiri!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 18 September 2014

Jalan-jalan ikea ~cuti hari malaysia~


Assalamualaikum...

Hari ni hari kames..maksudnye esok last day aku kerja. wah wah wah... Bahagia mak!!! Tp at the same time aku sedih jugak nak tinggal kan company ni. Uhuks!!

Jom cite pasal cuti hari Malaysia. Plan dari hari sabtu lagi nak pergi Ikea cuti Hari Malaysia. So, plannye kul 830 dah sampai Ikea. Alih2 kul 8 baru bangun. Dengan nak pump susu lagi,siap anak lagi. End up, kul 930 baru gerak. Ambik adik dekat UPM, sampai Ikea pukul 10.15~10.30 mcm tue.

By the time sampai, Ya Ampun!!! Ramai giler orang. Nasib ada parking lagi.

Note: Takde gambar sgt pun. Sebab ramai org. Tambah2 aku rasa ikea tue makin sempit. Mungkin sebab renovate kot.  So aku malas.

Ape yang dibeli dekat Ikea??? Jeng2...






Ahahaha.... bukan beli anak aku erk... Saja interframe dak kecik yang banyak ragam ni. Masa ni makan dekat fisherman manhattan. Tgh2 meragam aku bagi diri atas kerusi. Hehe...

Ni yang aku beli...yg betul la.
Knoppard Sofa.. Sumber: google




Tapi, aku ada masalah sikit dari segi pemasangan nye, ko tgk ape jadi. Walhal dah ikut direction dia. Rasa nak p hantar balik je.....




Dia suruh tight kan screw yang ko tgk tak rapat tue.. by the time kotrang tight kan.... lama2 tertarik yg ko nampak terkoyak tue. Tak ke sakit hati? Hati cik suami gundah gulana dah tue nak ke tidak hantar balik diz saturday. Tgk acaner... Hmm... Sedih tahu!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 21 August 2014

WORDLESS EVERYDAY


Good Morning assalamualaikum

Korang.... aku tak tahu la nak cite ape ni....adehai.... byk nak cite..tp sejak ada anak ni...subhanAllah.... nak cari masa tue payah. Blog walking tak pernah miss. Sbb aku time pumping session kat ofis..aku dok layan hp je. Baca blog2 yg aku follow. Heee....

Hari ni selsema teruk. Sangat!!! Malam tadi makan ubat selsema until now mengantuk tue tak hilang lagi. Ikut hati nak mc je. Lagipun dah nak quit. Opss!!! Nanti aku cite erk kenapa aku nak quit. Da resign dah pon... huhu... Ni aku tunjuk surat resign aku. 





Selamat tinggal kilang yang best walaupun aku baru kerja 4 bulan. Kenal orang dkt cni... sgt rasa bertuah. My department is super duper awesome ok. I just love to work here. Sgt!!!! But for some reason...I Have n MUST to go.

Citer raya? Tgk la rajin mana pulak aku nak update blog ni. Nak je cite beraya pertama dgn insyirah.  Nanti2 kite update lg.. 

Ok.. itu je...


Insyirah pny muke dah lain compare dgn ms dia baby... Dlu sebijik sebuntat ikut mak dia.. Sekarang dok ikut muka bpk dia masa kecik.  Rambut cacak!!! Ada sape blh lawan kecacakan rambut Insyirah? hiks!!!

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...