Wednesday, 4 February 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN CUTI WILAYAH N THAIPUSAM


Assalamualaikum...

Lama sgt kan orang wilayah bercuti. Alhamdulillah... kali ni eventhough tak pergi bercuti, aku, Insyirah dan cik suami jalan-jalan cari makan. Supposedly aku snap la kan pic aku jalan2 cari makan ye dok? Tapi sebab aku malas, aku tak snap. Aku terus makan. Ape yang di jalankan di cari makan tue???

Sabtu - Pisang Goreng Cheese Jakarta ( Terletak di antara Restoran Warung@Bangi dan Restoran Kelisa). Ada pelbagai jenis la.. Hari tu aku beli yang caramel and coklat. Mau tgk?? Ha.. yang ni aku snap.



Ahad - Mee Tarik Warisan Bandar Baru Bangi

Terletak di depan haslinda lim kot... Tak ingat aku. Area Mohd Chan tue la. Saje je nak try. Ok la mee dia. Rasa fresh.. kenyal dan tak lembut . N tak la over elastic sgt smp ko tak ley nak kekoh!!! Hahaha... Rasa??? Hmmm.. so so je la. Mee lagi banyak. Tapi daging ada 4-6 ketui ja. Sayur sawi ada sehelai. Ko rasa??? Huhu

Ahad Malam- Dinner@Supper kat rumah

Ahad malam aku siap masak tepat pukul 12 malam ko!!! Sebab budget kenyang makan mee tarik tu. Last2 cik suami ckp lapa sangat la pulak. Diberi pilihan antara nugget dan nasi..dia mintak nasi. So I selaku isteri yang sgt mithali ni (muntah darah sikit)... masakla. Simple2 je. Hehe..

Masak lemak cili api ayam, ulam2 and cencalok sedap nak mamps!!!

Mau nak bertambah jugak lah aku kan. Sebab ada petai dengan cencalok tu. Tapi aku tahan kan diri la kan. I olss jaga badan. Konon!!! Ko tgk ape aku makan hari Isnin!!

Isnin- cik suami menunaikan hajat di hati bawak makan ke HM Sri Bagan Ikan Bakar, Bagan Lalang.

Alhamdulillah.. sampai kul 8...915 baru aku dpt makan. Ko bertabahlah kan. Dengan Insyirah yang dah boring, jap2 tak mo dok atas babychair. Campak segala macam. Habis tawaf dah 1 kedai aku bawak. Luckily bila makanan sampai.. aku suap la ikan bakar, ketam. Nasib anak tak allergic. Makan ketam ok je. So boleh la aku makan sambil layan dia. Xde istilah suami mkn bini jaga anak. Bini makan laki jaga anak. Anak dah dua baru ley camtu kot.

Habis Licin!!! Laki bini je makan. Perut tempayan ke hapa???????? Agagaggaa.. nampak sgt menipu diet. Mana boleh diet hoi!!!! Anak nyusu badan lagi. Kena plak anak ok je. Mmg aku makan la semua. 

Menu????/
1) Ketam masak telur masin ( Kureng bagi aku. Tau baik masak cili)
2) Lala masak halia (Nyums!!! cicah plak dgn kicap ikan bakar tue.PerghhH!!!)
3) Pepahat masak cili ( Marvelouss!!!!! Aku boleh habis 1 pinggan. Cik suami makan skit je sebab dia lg suke lala)
4) Ikan nyut2 bakar. (Ini terbaik!!! Cicah dgn air asam. Chup Chup Chup!! Jilat jari)
5) Sotong goreng tepung (Sedap!! Tp sbb aku dah byk sgt, Sotong last aku makan. End up perut aku tadah je sotong tu masuk. AKu tak dapat hayati sgt. =p)
6) Nasi putih dua
7) Tom yam seafood (Sedap!!)
8) Kailan Ikan Masin

Ko rasa????? Raksasa ke makan ni? Hahahaha.. Well.. kan aku dah ckp..aku kuat makan. Belum ada adik aku yang sorang tu. Kalau ada dia, selera makan aku bertambah sbb bila tgk dia makan. Selalu kalau keluar dgn family, aku dgn dia la org paling last perabih semua lauk. Tapi dia win la. 

Selasa - We never planned anything nak pegi mana2. Tetiba husband ajak COD kan. So I ikut je. Then cik suami ajak pegi Mines. Alang2 pegi Mines, pegi Big Bad Wolf skali. Beli buku skit untuk anak gadis ku tue. Lepas tue pegi shopping kat Daiso (opss!!!Memula sampai g Daiso dulu la .=p). Pastu g giant beli barang. Balik rumah..rehat2.. malam aku masak dinner.

Itu jela cite mak hencik cuti panjang ni. Alhamdulillah... dikurniakan suami yang bila aku ajak je,.. dia on je manjang. maceh abg. Cayang2 lap2 u lah!!!

Owh!!! Ada orang tanya, ko dah kenapa  byk sgt makanan ko ngidam??? Ko ngandung ke? Aku tak tau la weh. Sebab aku ni dah delay 4 hari. Aku malas nak cek. Sebab dlu penah aku delay 3 hari kot. Last2 aku period. Ahahhah...Perubahan hormon. Biasalah. Bila anak nyusu badan ni, hormon bukan betul sangat. Kalau ada, alhamdulillah. Maksudnye Allah nak bagi pinjam rezeki lagi untuk aku. Dan Allah tahu aku dan suami dah bersedia untuk ada 2nd baby. If nanti datang period, maksudnya, Allah tahu aku dan suami aku belum sedia lagi untuk 2nd baby. Ituje la aku fikir.....

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...