Wednesday, 25 June 2014

LIFE AS A MOTHER


Assalamualaikum

Tersangat lama aku rasa aku tak update blog. Even nak ber blogwalking pun tak dan. Kalah anak 3 4..

Well... to be honest, aku masih lagi tidak terror dalam pengurusan rumah sejak jadi ummi ni.

Y?

Sebab insyirah xmau jauh dgn aku. Dan2 dia elok main ngan babah dia, dia akan bila2 masa ngamuk. Once dia mengamuk, aku yang kat dapur ni..bergegas amek bwk masuk bilik..ttp lampu, bagi susu...then dgn aku2 sekali tidur. kdg2 stress umah tonggang langgang mcm ape. (MALU DGN LAKI SENDIRI- JGN INGAT LAKI KO OK JE ALL THE TIME YE)

Kdg time cik suami rajin, dia kemas la.. time dia amek tak kesah...sme benda la dia mls.Uhuk uhuks

TIME MANAGEMENT...

teruk betul tau.. ptt dlu pagi blh bgn kul 5 pagi, tp sekarang 545 br bgn.itupun trus pump susu. Pentingkan tido plak aku sekarang. Haiyo!!!

K la.. nak cite panjang actually... nak letak pic insyirah yg da 4 bulan da..(kejap je dah 4 bulan anak ummi)... tapi tengokla ye. Ada masa aku cite pasal insyirah.

P/s: pengalaman bersalin part II pun tak tercerita lagi.haih...
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 20 May 2014

SAFRA INSYIRAH BINTI ISA



Assalamualaikum..

Hari ni nak cite mengenai anak aku. =) Tak pernah citer details kan pasal dia. Entry sambungan bersalin hari tu pun tak habis cite kan?? Pang diri sendirik!! Nantila aku citer pasal tu. As long as tak dapat anak no.2,selagi tue aku ingat pengalaman bersalin aku. 

Safra Insyirah 

Safra: Kuning keemasan
Insyirah : Penenang hati
Memula kami panggil Safra. Tapi sebab dia kuning hari tu (eventho tak teruk), smua org tak bagi panggil dia safra. So,lekatlah panggil Insyirah until now. Tapi aku tak pernah panggil Insyirahà syirah. Sebab aku takmo dipendekkan. So panggil insyirah much better. N ada maksud.kalau panggil Syirah je tak best kan??

Date of Born: 22nd February 2014
Time: 9.04pm

Sekarang dah umur : 88 hari. 22hb ni dah 3 bulan. inshaAllah..alhamdulillah
Setakat ni Insyirah takde demam lagi (Alhamdulillah). Still fully breastfeed. Makin bambam..
Kalau masa umur tak sampai sebulan, aku sgt stress bila dia nanges. Sebab mungkin 1st experience. Tak tau ape dia nak semua. N today, Insyirah dah semakin pandai. Suka berborak, kalau di agah2 mesti dia gelak. Layan la dia berborak. Selagi dia rasa selesa, selagi tu dia akan senyum n bunyi2 macam borak dgn kita. =)

Tidur Malam?

Alhamdulillah,takde masalah lagi. Bangun hanya untuk menyusu. Syukur. N kena tidur dalam gelap. Pukul 11 bawak je masuk bilik,  tepuk2, mst dia tidur. Kalau aku minum Nescafe pun, dia still boleh tidur dgn nyenyak. Like mother like daughter. Bagi la minum ape pun, kalau ngantuk tue, tidur la jgk.kekeke…
Berbedung?

Ye..insyirah still lagi berbedung. Tapi tgn lepas la. Dari kecik tak suke bedung tgn dia tu. Haiyoo… Klu kat umah, mmg berbedung. Tp klu jalan2.. tak la.  Sebab mata aku ni macam tak senang je kalau kat rumah dia tak pakai bedung. Kaki tue dok la “kayuh basikal” tak henti2.letih aku nengok nye. =p
Insyirah ikut mood dia nak behave ke tak bila bawak jalan2. Tapi mostly memang dia behave. Yang tak best aku beli carrier Boba 4g. Insyirah akan duduk dalam tu kalau dia rasa nak duduk + tidur. Kalau dia berjaga, dia akan mengamuk. Sebab…. Dia nak tgk org. Kalau dok lam carrier..dia ngadap babah/ummi nye saja. Bosan agaknya kan? Hehe..

Insyirah dah start mengiring sikit sendiri. Hari tu cik suami nampak dia almost nak meniarap. Aku tak perasan pun. Kalau ye..alhamdulillah. Cepatnye Insyirah nak membesar. So meh layan pic Insyirah cikit. Tak penah tepek kan kat cni..hehe… 

Ni masa ni tgh fresh habis. Dok dalam ni sbb nafas insyirah perlahan.

Masa ni da botak.  Baru botak. Insyirah rambut sangat lebat tau!!

Insyirah 2months ++ (bukan stroller dia ye.. letak je kat dlm kedai)

Abaikan gmbr senget ni. Aku tak tau la nape ha..puas dah try edit bagi kasi tegak. Huu...

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 7 May 2014

SUBHANALLAH







Kadang-kadang kita akan utarakan persoalan….kenapa aku?kenapa aku? Tapi Allah Maha Mengetahui tentang apa yang dirancang untuk kita.
Anak…. Sukar untuk aku gambarkan tatkala bila disahkan positif lagi sekali tahun lepas. Usaha selama setengah tahun untuk dapatkan zuriat setelah keguguran akhir tahun 2012 mendatangkan hasil. Namun, diuji dengan spotting selama 3 bulan, discharge yang banyak sebanyak kehamilan…tapi aku redha. Alhamdulillah…Si comel dan si cantik Safra Insyirah kini dah jadi milik ummi dan babah.

Namun pagi ni aku terbaca 1 blog dari seorang blogger. Beliau kehilangan anaknya tanpa disangka-sangka. Selepas postmortem katanya sebab tersedak susu. SubhanAllah… moga dijauhkan perkara tersebut.

Kadang-kadang perancangan Allah itu ada hikmah disebalik itu. Walaupun tahu baby akan dimasukkan ke syurga, tapi mungkin bagi kita…. Kehilangan itu teramat dirasai. Takpela ibu armand ibu armand Anda sudah mempunyai saham dan helper di akhirat kelak. Tabahlah.

Bagi mereka yang tak pernah lalui keadaan macam ni, mungkin hanya boleh luahkan perasaan simpati. Tapi aku sudah merasai kehilangan adik kesayangan tika umurnya 10 bulan akibat high fever yang terus menerus panas dalam masa yang singkat. Kehilangan anak yang dikandung walaupun hanya 10minggu… tp perasaan ibu itu sendiri kehilangan anak, cume Allah saja kekuatan yang ada. 

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

LAMBAT BANGUN







Assalamualaikum (ini cerita semalam hokayh)

Hai… hari ni (selasa) nak citer pasal lambat bangun lol!!!
Aku bangun kul 6am hari ni!!!! Lambat gilos ok… bagi aku sejak dah ada anak ni, sangat pendek masa kalau bangun kul 6 tue. Sbb aku selalu bgn 515/530 untuk pam susu bagi insyirah susu fresh dekat babysitter dia. Sebab aku kalau boleh nak make sure every morning dia akan minum susu fresh kat rumah pengasuh.  Tapi aku akan make sure yg aku takkan kosongkan breast sgt sbb nak direct feed insyirah before pergi kerja.


Lepas tu, aku akan mandi solat n siap2. Then tukar pampers Insyirah,bagi dia susu. Sebab kenapa rasa kejap sgt??? Aku masuk keje 745am ok. So sgt kena pantas. Pffft!!! Malam tadi rasa penat giler. Pukul 10 aku dah nak tido .Insyirah pulak tak bgn2 sebab balik rumah dia muntah melambak-lambak. Dah lama dia tak muntah mcm tue. Pukul 12 aku bangun..susu kan dia + pump susu. Tapi production cume 2oz. Maybe sebab kuat minum kopi kot aku ni.  Last2 aku tidur pukul 2pagi. Insyirah mmg lena tidur malam td. Alhamdulillah…


Dah tu je nak cite k. Bubye!!!

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 25 April 2014

NEW JOB: PART 1


Salam...

Update terpantas ni...

Dah habis pantang.. hari ni hari ke 63.. baby pun dah cucuk.

Ok2... berbalik pada tajuk entry aku kay???

Bedebar hoiii aku nak start keje hari isnin ni... tempat keje baru... rasa sampai nak termuntah ha tekak ni bile pk2 smula...

Kenapa lak rasa macam ni??? Sebab!!!!

1) Of coz la tempat keje baru... so aku tak tau situasi keje dia cemaner.

2) Aku pening mana nak cari port nak pump susu. Satu kerisauan bagi aku ni nanti breast bengkak ke ape ke.. aduhai!!! Moga Allah permudahkan perjalanan breastfeeding aku. Aminnn

Dah itu je.. aku juz nak btau yang aku rasa macam nak temuntah kot.. over tau mak!!! haha..

Ok chow... jom kite pam susu buat stok utk insyirah!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 16 April 2014

NEW LIFE: KEHIDUPAN SELEPAS BERSALIN DAN BERPANTANG (PART 1)


Assalamualaikum wbt..

Lap2, basahkan kain nak lap blog yg lama terbengkalai ni. Uhuks!!!

Alhamdulillah... aku dah jadi seorang ummi dengan izin Allah SWT..

Tak sempat oiii kata ko aku ni nak menaip blog. Takat lepas nyusu anak, sambil2 nak burp kan dia boleh la nak ber blogwalking. Tapi nak menaip tue, aku perlukan masa yang sangat seswai. Kalau ikutkan sekarang pun tak seswai sbb anak perlu sentiasa di tgk, kalau anak tido nak kena kemas umah, Rasa macam umah aku ni tunggang langgang hokayh!!!

Nak cite pengalaman bersalin actually.. tp xtaula sempat ke tidak aku nak cerita ni. Aku cube ye. If ak sempat, tgu lagi sebulan aku citer. Time tue anak aku dah nak masuk 3 bulan dah. Hehehe...

PENGALAMAN BERSALIN

Jumaat,21 Feb 2014

- Time ni malam aku tido awal. Alih2 dalam kul 1pg camtu, time cik suami sowh aku betulkan kedudukan tdo aku, aku inform cik suami yang perut aku tak selesa. Letak atas katil pun perut ni tak selesa. Tp tak selesa ni mcm dah biasa aku rasa. So aku sambung tdo.

Sabtu, 22 Feb 2014

- Pagi  : Masa nak bgn solat subuh aku rasa mcm mild senggugut. Tapi aku ingt sbb aku tak mkn mlm td..so ak solat subuh mcm biasa. Then aku sambung baring2 atas sofa kat ruang tamu. Ntah kenapa jap2 sakit mcm senggugut tue.. Jap2 hilang. Tapi tak sakit sgt lg time ni.

Dalam pukul 830pg.. sakit tue makin kerap. Aku pun dah suspect something ni. Contraction kot ni. huhuhu... Amek buku, catat timing kekerapan sakit tue. Alih2 aku tgk ish!!! Jap2 15minit sekali, jap2 10 minit sekali. Aku tekad tak mau kejut cik suami. karang dia yang gabra ajak aku g spital. Aku takmau!!

Dalam sakit yang kejap datang kejap hilang, aku sempatlah basuh baju, makan biskut cicah milo bagai. Yela.. tkt aku karang kalau bersalin baju kotor melambak,,  sian lak cik suami. Siap kemas umah sbb nti orang dtg malu kalau umah sepah2. Hiks!!

Lepas siap aku baring semula. Ms tu kul 10. Dah kenapa sakit ni kerap sgt plak???!!! Aku call mak aku. Siap aku rendam akar fatimah. Orang kata klu kembang tanda nak bersalin ye tak. Kejap je ye kembang. Mak aku pun dah tak jadi ikut program sekolah dia. Trus plan nak naik KL. huhu..

Dalam pada skt, tekak aku ni teringin pulak nak makan dekat Limau Nipis bangi. Dalam kul 12 camtu cik suami bgn tgk aku tgh sakit. Dia dah ajak g hspital. Aku cakap aku tak mau. Aku bekeras nak g mkn kat Bangi. Time contraction dtg, aku duduk semula. Tak larat wooo... Then bila contraction hilang,,, aku excited nak pegi Limau Nipis. Last2 smp kul 330, dah tak jadi pg.. sbb sakit makin kerap,cik suami bwk pg Putrajaya......

Ok dah. Nanti aku citer lg k? nak tdo jgk time baby tgh tdo. Hehehe... Sok2 aku sambung next part erk...
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 20 February 2014

2nd PREGNANCY: Tetiba pujuk baby tak bagi keluar..hiks!!!


Salam Khamis...

Alhamdulillah... dah sampai  Khamis. Yang sedihnya.. kalau hari ni dah hari Khamis.. makanya tinggal lagi 6 hari aku nak keje Uhuks!!!! Tolak Sabtu AHad + Kalau tak bersalin lagi..

Semalam check up utk 38 minggu. Nurse siap tak tau nak cita ape lg sbb yela.. dah tgu due je kan...

Yg havoc nye semalam.. aku masuk timbang2.. terus tekejut tgk berat aku naik 2kg IN A WEEK HOKAYH!!!!!

Nurse siap tanya... berselera sgt ke mkn? Aku cakap je haah. Hiks!!!!

Tapi lepas tue aku saja timbang lagi sekali, rupa2nya aku salah tgk. Berat aku tak naik pun hokayh!!!! Masa memula aku timbang tue, tak sempat weight scale tu nak finalize berat aku, aku dah turun. Ha.. bagus tak?

Owh!!! Utk pengetahuan korang, dekat KK Presint 3, timbang sendiri. Nurse tak tgk pun ye. Hehehe. Tapi kena jujur la ye.. Tp aku kadang tak jujur jgk. Wakakakaka!!!!

Ok2. back to the topic ye. Lepas aku perasan berat aku salah, aku malas la nak tukar dah dgn nurse. Sebab nti mgu depan check up ke 39 minggu.. berat takla naik sgt kan.. kikiki.. Bagus tak perancangan aku. Korang npk tak permainannya di situ?????

Baby still biasa2 je dlm tummy ummi dia ni. Selesa sgt ye baby. Makanya aku pujuk pulak biar keluar lambat. Hehe... Biar tunggu aku habis kerja smp 28hb ni. So boleh aku dapat duit gaji lebih sikit. Kan? Boleh lah buat saving lebih sikit. Moga Allah makbulkan doa aku ini. Hopefully. Ameennnnn...

** Sekarang ni ramai blogger2 senior yang aku follow dah jarang update blog. Aku dok refresh2 takde pun. Yela.. aku suke follow dorang.. sbb byk gambar2 menarik dari dorg. Hehe....




InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 19 February 2014

2nd PREGNANCY : JEALOUS!!!!!


Assalamualaikum....


Salam Rabu... =(

Aku tgh JELES!!!!!!!!

Dah kenapa ko ni??? Sebab bini2 kawan2 aku yg sepatutnya due lewat dari aku sudah pun bersalin...

Aku... masih menunggu.. currently 38 weeks.... lagi 2 minggu... baby cepat keluar ye!!!! Ummi sayang kamu!!!!



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 14 February 2014

2nd PREGNANCY: 37 week + 2 days....


Salam Jumaat yang penuh rahmat ini....


Hye korang... semangat semua ni keje kan? Sbb esok cuti.. yeay!!!!

Saja je nak cite ttg pregnancy journey aku yg dah masuk minggu ke 37. Syukur yang tak terhingga dengan kurniaan Allah ini.

Apa yang berlaku bila dah 37 weeks..???

1) Adalah rasa tujahan2 yang tidak berapa kerap di bawah ini
2) Baby suke menonggek (aku rasala) dekat area belah kiri... kalau time dia mengeras tue.. npk sgt perut belah kiri ni tinggi... suke tonggek2 ye anak... dah keluar tak boleh tahu.. Adab sopan gadis melayu perlu di jaga. Hiks!!!
3) Kerap dah aku bangun pegi toilet malam2... so tiada lagi tidur yang amat lena tiap malam... Tapi yang pasti, timing bangun pg buang air itu adalah sama ye kawan2....
4) Sakit pinggang tue... tak kot. Cuma kalau aku lama sgt jalan2 a.k.a cuci2 mata kat luar, sakit la pinggang tue...
5) Perut jatuh... Haaaa.. yang ni ramai dah ckp perut aku jatuh. Tapi aku pasan bila aku banyak jalan2 kat luar la.. balik rumah..keletihan.. perut jatuh. Kakakaka.. boleh gtu.. sbb rasa jgk perut ni ke bawah. Hiks!!!
6) BABY DAH ENGAGED!!!! Bak kata nurse kat KK putrajaya ni la.. Ada yg ckp lama lg nak bersalin klu dan engaged.. ada yg ckp nak dekat.. alih2 aku malas nak pk.. ikut suke la cik baby ni nak keluar bila.. Jangan over due sudah....

Itu je... nak tgk gambar tak position baby ..itupun kalau betul baby memang ddk mcm ni dalam tummy ummi ni ye...

ha..... agak2 cik baby mcm ni la.. pastu asek la menonggek kat perut tu ye... heee

**** i really hope baby takkan ubah position.. moga dipermudahkan kelahiran mu nak.. amin....

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 13 February 2014

2nd PREGNANCY : Cloth Diapers





Amek kau.. aku tayang terus gambar.. Ini namanye lepas gian sebab lama tak tepek gambar dalam blog.. haha

Ape benda tue.. eh eh ko... ngade kan.... itula CLOTH DIAPERS.... yg hot lg meletop TOP TOP skrg di kalangan mommies2 ni.

Aku yang dok asek usha blog2 orang sekali TERRRR... TERRR ok.. ternampak n terbaca pasal ni rasa mcm..... owh... menarik jugak nak try ni..

TAPI!!!! Kalau ko pentingkan kualitas... sila beli yang mahal... yg murah ada aku baca cepat bocor.. tak fit ngan peha anak yg sedap ala2 drumstick tue kan...

TAPI!!!! Ada tapi lagi... aku nak beli yang murah jugak.. org kata jenama QQ Baby pun ok.. cumenya made in China la.. 

Review utk CD QQ Baby ni pun ok... aku baca ok je semua... masuk website dia.. harga pun ok.. beli 10.. RM150 je kate ko...

Yang dalam gambar tue, aku beli on9 dekat lunatots.. setakat ni aku tak penah bace feedback yang negative dr mommies yg pakai CD dr lunatots... So.. aku tak ragu2 la membeli nya. HARGA???

5 keping (Velcro) : RM 248 + nappy liner RM 39.90... Total? Ko tambah sendiri. =p

Mahal? Ye.... bagi aku yang berpendapatan biasa2 ni mahal.. Tapi sbb lepas bersalin.. kontrak aku dgn KPM ni kira habis.. maksudnya aku akan jadi housewife semula. Sementara nak dapat keja lain... aku akan duduk rumah je.. Bagi menjimatkan duit cik suami.. better pakai CD je kat umah ye nak... Disposable diapers (DD)... kita tak payah pakai. Mak kamu ni inshaAllah akan cuba istiqamah membasuh CD kamu nti.

Sebab tue aku nak beli yang QQ baby plak... ne tau klu ok kan... boleh buat collection...

Nak beli yang Lunatots AI2 tue... tp mahal... RM62.90 sekeping.. tapi aku rasa worth it kot klu beli. 

Nanti la aku pk lg.. Kot nak beli.. ak click2 je la kan.. hehe... 

Ok itu sajerk.. da...


*** Aku now dah 37 weeks... owh cik baby.. bila nak keluar ni...uhuks!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 4 February 2014

2nd PREGNANCY : SAKIT BELAKANG + MIMPI MENGARUT



Assalamualaikum wbt....
=)


Ada sape2? sambung cuti lagi? Bagi yang keje tetap tue.. ok lah kan... best je.. sambung la cuti. Duit tak tolak. Aku ni as pekerja contract kena g keje la... tidak gaji tak dapat. (MAK BUYUNG TAK SABAR DAH NAK BERSALIN NI!!!!)

Hari ni sakit belakang je.. dgn baby tersedu-sedu dalam tummy ummi dia ni. Tak selesa sgt dah sekarang. Aku ni berharap baby keluar cepat. Tapi aku rasa macam lambat je baby S nie nak keluar. Hiks!!! Kesian la dekat ummi ni sayang.. Dah tak selesa.

Mimpi pun dah kerap sgt mimpi nak bersalin. Cuma selalu mimpi  tanda2 nak bersalin macam basah, tumpah darah.. mimpi contraction tue tak pernah.

Hmm.... Mungkin bila mimpi contraction tue yang baru nak bersalin betul kot....

Korang yg da masuk 9 bulan mmg rasa macam ni ker???
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 23 January 2014

Braxton Hicks Contraction


Salam Khamis!!!


SUke tak hari ni hari last day keje utk mgu ini.. Wahhh Bahagia!!!

Nak cite ni...

Actually kan... malam td.. n malam sebelum nye.. aku da start rasa ada benda menolak kejap2 dekat atas Miss V... baby la kan.. Which is makes me scared!!! Tapi tiap kali terjaga aku akan ckp dgn baby...

" Baby... jangan keluar lagi please... We have to settle che' yong (kakak aku) wedding dulu... Then baby nak keluar lepas tue.. ummi tak kisah."

N lepas cakap mcm tue dia mesti ok... alhamdulillah. Risau ok... akak aku nak kawen minggu ni kot.. takkan minggu ni jugak aku nak bersalin. Baby bagila cukup2 36weeks.. biar sama birthday ngan ummi. Hiks!!!

Hari ni siang pun rasa jugak kadang2.. so ini la kot yang dikatakan braxton hicks contraction. Aku baca thru google pun. So.. aku rasa korang boleh la kot nak googling sendri. Padahal aku malas nak copy paste ni. Ahaks!!!!

Kalau contraction betul, dia akan dtg kerap kan? So ni tak kerap sgt. Dalam tak kerap tue.. malam td aku isau sbb beg g spital pun aku tak prepare lg.. botol2 susu baby n breast pump pun tak sterilize lagik. Maka... aku pun basuh2 n rebus2 botol semua.. Then kemas2 beg nak g spital. Tinggal lagi sabun mandi n selipar je yang takde lagi dlm beg tue. Gua takut hokayh!!!! Kang penat2 lepas majlis akak ak.. pape jadi caner... ko jawab!!!!
=p

Ok la.. itu je nak cite. Banyak keje ni. Tapi nak cite jugak. Heheheeh...
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 22 January 2014

When Boss Is Not Around



Weewweeet!!!!

Hari ni dah Rabu... esok kames!! Then aku cuti sampai senin ko.. Akak aku kawen. Mak buyung is tak larat nak balik hari ahad. So amek cuti sampai Isnin. Hehehe...

Ok la. Nak cite ni. Boss aku ni last Sunday patah jari kaki.. so kaki kena simen. Memula aku n colleague aku happy giler.. Tapi bila dah 3 hari boss takde.. kami BLURR eventho byk keje yg nak kena buat. Ho mai!!!!! Acaner nie.. penin aku.

Tapi keje byk pun bila bos lama takde, aku rasa tak produktif lgsg aku keje. Me is not good in doing work. Grrr.... letey la ini macam. Malas je all the time..

Dah acaner.. aku cuba naikkan semangat utk keje... tp TATAP!!!! TATAP!!!! malas hokayh!!!

Syuha!!!! Come on come on... mari kite bersemangat sekrang. sobs!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 15 January 2014

2nd PREGNANCY : BReaST PUmP



Salam Rabu...


Semangat tak korang keje hari ni lepas semalam cuti? Aku mood malas!! Sebab boss takde.. Malas la aku. Haha..

Ok. Ni nak citer pasal breast pump ni..

Untuk pengetahuan korang... ak dah beli pun breast pump. Nak tau breast pump ape???

NAH!!!! TATAP NI!!!

Medela Harmony : RM 189 (sumber: google image)

Aku beli breastpump ni dekat PumpOnTheGO . Murah la kan compared beli dekat luar. Aku tgk kat manjaku adala dalam 200++ ... So, aku beli la. hiks!!!

Beli dah terima parcel tue, owh!!! I is sangat teruja hokayh!!! Terus try. Sekali aku pump2, kejap je keluar cecair pekat color kuning. Huks!!! Terus aku stop. Aku cerita dekat mak aku. Mak aku tak bagi pump sangat sbb itu yg paling berkhasiat utk baby. So.. kita save itu colestrum erk nama dia?? Hehe.. aku malas nak cek betul tak spelling dia. =p

TATAPI!!!!!

Sekarang aku tengah menggedik usha breastpump electric snowbear pulak.

Dah ko Kenapa SYUHA????? Dah byk sgt ke duit tu ko nak perabih???


Bukan apa.. aku tgk wife cik suami pny kawan kemain ha... kejap aje dia pump pakai breastpump electric.. so.. aku macam terpengaruh la skit kan. Hiks!!!

So... please la korang. janganla blogwalking je blog aku utk entry kali ni.. ce tlg bagi pendapat mana yg elok erk? hehe. haruskah aku beli lagi.. atau apakah? gedik kan? hahahha...


Electric Breast pump snow bear : sumber google

spectra m1 : double pump : sumber pumponthego

Kalau korang kalau korang acaner? Sila la bagi alasan yang munasabah utk aku ni beli atau tidak.


Sekian. =))



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 7 January 2014

2nd PREGNANCY: KLINIK IBU DAN ANAK PRESINT 3


Assalamualaikum wbt..

Nak citer ape nih? Hehe.. entry kali ni bukan pasal aku nak burukkan klinik ibu dan anak presint 3.. tak... aku suke check up kat klinik tue sbb nurse dia tak garang. Baik je semua.

Apa yang menaikkan darah aku is... suami2 yang sebagai peneman isteri yang tengah sarat mengandung ni. Kot tak sarat pun takat 5 6 bulan pregnant baguslah nak teman isteri pegi klinik. Nampak la keprihatinan dan keexcitedan suami nak dapat anak kan
.
 TAPI!!!!!!!! TAPI!!!!!!! yang buat aku sakit hati.. bila mana kerusi2 dah penuh sebab para suami ni sayang nak tinggal bini sorang2 kat kerusi tue n buat bodoh je kalau mak buyung yang tengah ngandung 8 bulan ni melilau-lilau cari kerusi. Yang bini-bini tue pun 1.. ko tau kan rasa penat mengah nye bawak perut ni.. ko tak faham ke tgk orang2 sekeliling yang tgh berdiri. Yang sepatutnya mak2 yang bawak anak kecik duduk.. mak2 yang tgh sarat mengandung duduk.. Tegur la suami tue. Suruh duduk kat luar. Kat luar tue ada kerusi kot.

Aku masa memula pregnant, ye.. memang.. cik suami memang teman. Tapi, bila dia tgk orang makin ramai, dia duduk kat luar. Bukan dok atas lantai pun. Kalau penuh kerusi kat luar tu, cik suami mesti masuk dalam kereta. Yang penting apa2 hal.. aku inform dia. So korang bini-bini yang mithali ni... boleh tak suruh husband korang buat benda yang sama jugak. Sedih + Bengang mak buyung ni hokayh!!!! :

Kalau suami yg teman bini bwk anak kecik tu aku fahamla....Sebab nak kena pegang baby, bawak barang anak.... Ni suami yang teman isteri2 mengandung ni. Last2 nanti sementara tunggu turn.. ko tido je kat kerusi tue. Tanpa ada perasaan kesian tgk orang yang sepatutnya duduk tapi kena berdiri. 

Ye aku tau.. this is not a big problem. Tapi ini berkaitan dengan moral yang ada dalam diri tue. 

Dah itu je aku nak bebel. So kalau ada ibu-ibu mengandung yang terasa... haruslah  korang terasa. Aku menegur ke arah kebaikan je. Macam kalau ko naik train tgk orang tua masuk, ko bangunlah bagi dia duduk. Bukan ko jeling je dekat dia Faham???!!!

*** Lamanye tak naik train. Mau dekat 4 taun. Uhuks!!!

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday, 30 December 2013

PERCUBAAN MASAK KARI TANPA SANTAN


Assalamualaikum...

Monday Blues ke? Aku hari ni ye!! Sebab ape?? Sebab aku tak sabar nak cuti hari rabu. Kan public holiday. Heee....  Ikutkan hati.. nak je aku cuti sampai jumaat.. Tp mengenangkan nasib aku ni pekerja kontrak, maka, setiap hari cuti bermakna duit aku takde. Faham???

Ok.. entry kali ni nak cite pasal kari ikan tanpa santan. Al-kisahnya... cuti last week, krismas kan... Aku bukak2 fridge, ada ikan kembung je. Ikan kerisi ada jgk. Tapi dah berkurun dalam peti tue. So, yang fresh is ikan kembung. Bila tny cik suami, dia cakap.. goreng je. Abang nak mkn dgn sambal belacan.

Aku pun.. alahai suami.. itu je hari2 yang dimintak. Kesian pulak aku. Yang sebenornye.. sbb aku tak tau nak masak apa dah dgn kembung ni. Aku suke makan singgang, tapi nanti aku masak singgang.. cik suami mau tak bertambah. Ye!!! Aku tak suke cik suami perut ke depan. Tapi aku sedih kalau dia makan apa yang aku masak, dia tak tambah utk 2x. Sebab bila dia tambah 2x, aku assume dia sgt suke apa yang aku masak. Hahahha

Pastu, TING!!!!!! Keluar idea. Nak masak kari ikan kembung. Nyam nyam!!! Tambah pulak sayur kobis, sambal belacan n timun. Wallah!!! Memang meleleh air liur. Aku pun bukan almari, cari2 santan kotak, NAN HADO!!!! Bukak fridge semula mana tau ada kelapa parut beku yang lama2.. NAN HADO jugak...

Tapi takpe. Otak aku kan menggeliga kata ko. Terus aku google cari resepi kari ikan tanpa santan. Ha!!!! Baru ku tahu rupanya senang gilos tahap ko cium semua jari ko. Macam tue la senang dia. Haha... Kena pulak tetiba rumah aku hari tue ada pulak kan daun kari.. Cuma yang takde bendi n tomato. Ada aku kesah.

Dan-dan pulak terjumpa resipi orang masak kari dalam kuali. Tak penah hayat aku masak benda2 berkuah dalam kuali. Dorang cakap nak elak ikan tue pny isi pecah la caner. So aku pun try.... nak bagi pekat.. 1 pek rempah kari ikan tue aku letak. Terbaik!!! ** PUJI DIRI SENDIRI ITU WAJIB!!!

Maka..... ini la makan tengahari aku.. =))


Makan tengahari yang marvelous!!!!
\



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 11 December 2013

2ND Pregnancy : 28 Weeks...


Assalamualaikum wbt...

Rabu baru.... aku ingat kan dah hari Kames. UhukS!!!!!

Ok... alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.. dgn keizinanNya kandungan aku sekarang dah mencecah 28 minggu / 7 bulan.

Besar mana perut dah? Ntah.. aku rasa macam besar. Tapi orang ckp perut aku kecik je. N sometimes dorang terkejut yang aku tgh pregnan 7 bulan.Huu.. Mungkin aku pakai baju besar2.. so tak nampak pun. hee...

Perkembangan? Ko nak mana 1? Perkembangan baby or perkembangan barang baby. Kite cite perkembangan baby la hek?

Baby sekarang suke kicking n moving dalam perut ni. Kadang tue rasa bergegar perut aku ni. Tapi aku suke. Sbb aku tau dia sihat kat dalam ni.

Pastue dia suke dgr suara ayah dia agaknya. Sbb aku kejut2, dia tak nak bangun or gerak. Tapi bila ayahnya letak tangan atas perut ni, panggil2 baby.... baby.... terus yang menendang. I is jealous!! Ko mampu nak jelez dgn anak sendiri? Hahahah

Panggilan yang akan dipanggil lepas bergelar parents nanti???

- Mungkin akan dipanggil dgn ummi n babah.... =P

Sebab sebelum ni asek dgn mama babah. Tup tup kwn cik suami yang baru dpt anak early november ari tu, panggil macam tue.. Hmm... ingatkan dorang letak mummy daddy. Uhuks!! So sekarang tgh membiasakan diri dgn panggilan ummi. Macam alim plak la hai. Kikikiki.

Nama anak? Tak decide lagi. Tunggu dah masuk 8 bulan la decide. Sbb ktorang nak reconfirm semula dgn 4d details scan. Hee... " Maksudnye ape ni? Tak ley terima jantina anak masa memula scan dulu ke??"

Huh!!! Tak la. saja je. Sebab nama yang bermain di kepala asek la nama lelaki. Tapi scan masa 5 bulan hari tue, gegurl... so, krismas ni kita pg scan details lah nak tau lebih lagi kan. Heeee....

Barang baby? Jangan ditanya. Orang lain kalau dah masuk 7 bulan dah nak settle everything, aku ni baru nak membeli.

** Semangat masih tiada.. aiyak!!!


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday, 25 November 2013

2ND PREGNANCY: Wajarkahh?



Assalamualaikum wbt

Ada monday's blues ke hari ni? Aku la tu.. tapi pagi tadi je. Bila nak masuk lunch, I is normal. Mungkin sebab semalam terlalu byk berjalan. Balik2 umah masak n terus iron baju byk2. Nak jalan dalam umah pun dah tak larat. Huish!!! Buruk perangai mak buyung. Agagaga


APe yang WAJARNYA??????

Aku sebenarnya tak sebetulnya baca2 or googling2 pasal kelahiran anak, pasal barang2 anak lagi. N ape yang teruk nye skrg... ada perasan kedekut nak beli barang anak. KO DAH KENAPA SYUHA???
Orang lain excited beli barang baby, aku lak so-so je dlu. Haha

Hari tue terbukak hati aku ni nak pegi IBEX baby expo kat KLCC tue. Okla.. nanti aku upload gambar. Next entry. Bile tue? Tak tau la.. Nak up 1 entry pun aku tak sempat. Ini pun sebab baru aku free time keje. Bile balik umah, tebongkang tdo. I is sgt bz hokayh lately ni.

Tapi bila dah beli... dalam checklist skit je ha rupenye baru beli. Suku pun tak sampai. Checklist barang baby tu ada pun sebab cik suami da insist sgt aku sowh cari checklist tue. Dia cakap dah kena beli. Ok FINE!!!!! Yela.. aku dok rasa awal lagi, awal lagi. Huhu.. Now da 6 mnths +++. Klu kata gaji aku 4k sebulan, boleh la kot nak borong sekali harung. Tapi gaji yang ada ni pun, alhamdulillah. Cecukup.. so kena la berdikit2 beli atas gesaan suami.

Petang ni aku nak g beli almari baby. YE!!! Aku tau awal. Tapi!!! Terpaksa beli. Sebab klu tangguh beli barang yang mahal2 ni, halamatnye.... time ko bersalin nanges ko nak keluarkan duit semua. so.. biar habis duit awal dari hbs lambat2. Nanti takla sesak sgt nanti kan. Dahla time pantang aku takde gaji kot. Keje kontrak. No work, no money.

Kadang2 bila compare dengan orang lain, aku rasa macam tak wajar je aku ni tak beli apa sgt utk anak. Tapi aku suke tgk barang2 baby ni. Cuma kadang2, rasa takut... rasa fobia dengan perkara yang lepas buat aku terlampau berhati2 utk tidak jadi too excited. Ntahla.

Sebab aku tgk officemate aku yang beza seminggu je dgn aku pregnant, dah banyak ok dia membeli. I is so jealous!!!! + bila dia cakap ada la skit2 lagi tak beli n aku... uit!! Biar betul dia nie... mst dia tak payah pk sgt kan utk for next few months ni utk beli barang2 baby dah. Ntahla.. aku penin.

Okla.. melalut sgt dah aku ni. Tak concentrate sgt pun update blog nie. Maca-macam dalam otak aku ni pk. Ok bye!!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 7 November 2013

2nd PREGNANCY : MALAS !!!!


Assalamualaikum!!!

Ha... amek ko!! berkurun hoi tak hudpate blog nih.... Maafla. Sejak bos dah very straight utk ada check list keje.. aku baru prasan aku byk keje. Wakaka....

Tambah lg kemalasan melanda dan hanya jd silent reader pada blog2 yg aku follow. Itu je la keje. Updatenye idak.

Actually takde topic nk cite. Aku pun tak sure aku penah citer pasal kemalasan ni ke tak. Tapi aku tak kire. Aku nak citer gak pasal malas ni (kalaupun aku penah cite sebelum ni).

Sejak dah masuk 23 weeks ni (alhamdulillah).... kemalasan semakin melanda. TERRRRRUTAMANYA bab kemas rumah. Selalu dapur aku tip top kemas. Mesin basuh yang terletak di bahagian beranda dapur tue tak pernah dilekati debu. Asal debu je aku lap. Tapi sekarang!!!!! Nak je aku snap gambor mesin basuh aku tue. Betapa "BERSIH" nya dia. Tapi aku malu. Selalu setiap kabinet dapur aku akan lap2. Tapi kini tiada lagi. Yang penting tak besepah cukup dah di mata aku sekarang ni. Wahai anak. Mohon dijauhkan sifat kemalasan ini dari dirimu. Jgnlah berjangkit kemalasan aku skrg ni pada anak yang aku kandung ni.

Pastu kabinet tv aku ni jarang sgt nak berdebu. Tapi sekarang ni... aku sapu2 lantai tapi buat bodo je debu kat atas kabinet tv. Ada aku kesah skrg? Owh... sgt teruk aku ini. Harap cik suami bersabar. Uhuks!!!

Sebab MALAS????

Aku sendiri tak tahu. Mungkin skrg aku terlalu cepat penat. Dah mula terasa mengah. Asal balik keje, yang aku tau aku nak baring je.

N untuk pengetahuan korang, walaupun umah aku ni nampak bersih, aku still rasa bersepah. Aku pun tak tahu. Sebab aku rasa, sebelum ni, mungkin lagi kemas dan bersih. Sekarang cuma so-so sajork!!

Korang acaner masa pregnant? Terover rajin, Rajin, Malas atau Terover Malas....

Kadang-kadang bila smp je weekend or public holiday, kepala ni dok plan kemain nak kemas umah kasi berkilat kata ko. Alih2, aku takat basuh baju n kemas2 gtu je. Teruk kan????

Argh!!!! Aku tak suke perangai ini. Tapi aku tak dapat bendung kemalasan ini sekarang. WAAA!!!! Tulun!!!

Ok dah. Tue je nak citer. Haha

** Kalau rajin aku update pasal cik suami yg baru lepas convo hek??? Kalau la kan.
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...