Kadang-kadang kita akan utarakan
persoalan….kenapa aku?kenapa aku? Tapi Allah Maha Mengetahui tentang apa yang
dirancang untuk kita.
Anak…. Sukar untuk aku gambarkan tatkala bila
disahkan positif lagi sekali tahun lepas. Usaha selama setengah tahun untuk
dapatkan zuriat setelah keguguran akhir tahun 2012 mendatangkan hasil. Namun,
diuji dengan spotting selama 3 bulan, discharge yang banyak sebanyak
kehamilan…tapi aku redha. Alhamdulillah…Si comel dan si cantik Safra Insyirah
kini dah jadi milik ummi dan babah.
Namun pagi ni aku terbaca 1 blog dari seorang
blogger. Beliau kehilangan anaknya tanpa disangka-sangka. Selepas postmortem
katanya sebab tersedak susu. SubhanAllah… moga dijauhkan perkara tersebut.
Kadang-kadang perancangan Allah itu ada hikmah
disebalik itu. Walaupun tahu baby akan dimasukkan ke syurga, tapi mungkin bagi
kita…. Kehilangan itu teramat dirasai. Takpela ibu armand ibu armand Anda sudah mempunyai saham dan
helper di akhirat kelak. Tabahlah.
Bagi mereka yang tak pernah lalui keadaan macam
ni, mungkin hanya boleh luahkan perasaan simpati. Tapi aku sudah merasai
kehilangan adik kesayangan tika umurnya 10 bulan akibat high fever yang terus
menerus panas dalam masa yang singkat. Kehilangan anak yang dikandung walaupun
hanya 10minggu… tp perasaan ibu itu sendiri kehilangan anak, cume Allah saja
kekuatan yang ada.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
1 comment:
hi sis..ye azie tu wife aleemi..hehehe both suami isteri kan study uk now...kecik kan dunia
Post a Comment