Assalamualaikum wbt..
Lap2, basahkan kain nak lap blog yg lama terbengkalai ni. Uhuks!!!
Alhamdulillah... aku dah jadi seorang ummi dengan izin Allah SWT..
Tak sempat oiii kata ko aku ni nak menaip blog. Takat lepas nyusu anak, sambil2 nak burp kan dia boleh la nak ber blogwalking. Tapi nak menaip tue, aku perlukan masa yang sangat seswai. Kalau ikutkan sekarang pun tak seswai sbb anak perlu sentiasa di tgk, kalau anak tido nak kena kemas umah, Rasa macam umah aku ni tunggang langgang hokayh!!!
Nak cite pengalaman bersalin actually.. tp xtaula sempat ke tidak aku nak cerita ni. Aku cube ye. If ak sempat, tgu lagi sebulan aku citer. Time tue anak aku dah nak masuk 3 bulan dah. Hehehe...
PENGALAMAN BERSALIN
Jumaat,21 Feb 2014
- Time ni malam aku tido awal. Alih2 dalam kul 1pg camtu, time cik suami sowh aku betulkan kedudukan tdo aku, aku inform cik suami yang perut aku tak selesa. Letak atas katil pun perut ni tak selesa. Tp tak selesa ni mcm dah biasa aku rasa. So aku sambung tdo.
Sabtu, 22 Feb 2014
- Pagi : Masa nak bgn solat subuh aku rasa mcm mild senggugut. Tapi aku ingt sbb aku tak mkn mlm td..so ak solat subuh mcm biasa. Then aku sambung baring2 atas sofa kat ruang tamu. Ntah kenapa jap2 sakit mcm senggugut tue.. Jap2 hilang. Tapi tak sakit sgt lg time ni.
Dalam pukul 830pg.. sakit tue makin kerap. Aku pun dah suspect something ni. Contraction kot ni. huhuhu... Amek buku, catat timing kekerapan sakit tue. Alih2 aku tgk ish!!! Jap2 15minit sekali, jap2 10 minit sekali. Aku tekad tak mau kejut cik suami. karang dia yang gabra ajak aku g spital. Aku takmau!!
Dalam sakit yang kejap datang kejap hilang, aku sempatlah basuh baju, makan biskut cicah milo bagai. Yela.. tkt aku karang kalau bersalin baju kotor melambak,, sian lak cik suami. Siap kemas umah sbb nti orang dtg malu kalau umah sepah2. Hiks!!
Lepas siap aku baring semula. Ms tu kul 10. Dah kenapa sakit ni kerap sgt plak???!!! Aku call mak aku. Siap aku rendam akar fatimah. Orang kata klu kembang tanda nak bersalin ye tak. Kejap je ye kembang. Mak aku pun dah tak jadi ikut program sekolah dia. Trus plan nak naik KL. huhu..
Dalam pada skt, tekak aku ni teringin pulak nak makan dekat Limau Nipis bangi. Dalam kul 12 camtu cik suami bgn tgk aku tgh sakit. Dia dah ajak g hspital. Aku cakap aku tak mau. Aku bekeras nak g mkn kat Bangi. Time contraction dtg, aku duduk semula. Tak larat wooo... Then bila contraction hilang,,, aku excited nak pegi Limau Nipis. Last2 smp kul 330, dah tak jadi pg.. sbb sakit makin kerap,cik suami bwk pg Putrajaya......
Ok dah. Nanti aku citer lg k? nak tdo jgk time baby tgh tdo. Hehehe... Sok2 aku sambung next part erk...
2 comments:
Hai, ni nadt from sayepunyebelog. Nak menjawab soalan syuha kat blog saya tu takut syuha xdapat baca kan.
haah saya hantar kat taska KPT presint 5. La ni da tukar management baru under Taska Cahaya Min Rizki. Ok sangat. Masa management lama, anak nangis2 tiap kali hantar. Tapi sekarang sejak tukar managemnt taska baru, ceria je dia bila pi taska. siap berlari2 peluk teacher tiap kali hantar. So memang saya recommend la kalau awak nak hantar anak ke sana. tapi saya suggest awak datang tengok2 dulu camne. Kalau ok, mintak husband syuha ambik borang pendaftaran kat bahagian khidmat pengurusan sektor KPT aras 3 dengan puan zarina.
kalau mcm tue boleh la htr baby bulan 6. itula. sbb husband keje c2. senang nak tgk2 baby. tp mcm tak confident lg nak htr. dah nadt dah bg review positive, lega skit nak proceed htr baby. sbb currently htr baby dkt mak mertua kat selayang. bertabahlah kami laki bini berulang selayang putrajaya. thanx byk2 erk nadt.
Post a Comment