Wednesday, 31 July 2013

AL-FATIHAH DAN SELAMAT HARI JADI


Assalamualaikum wbt

Salam 22 Ramdhan.

Direct to the entry hari ni.

Jum sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah adik saya NUR SADDAM HUSSEINI BINTI ANUAR sempena hari lahirnya pada hari ini 31 Julai 2013. **ala...baru taip sikit nak nanges dah..hmm**

Saja utk cerita-cerita

1) Adik saya Adam telah pergi meninggalkan kami 20 years ago semasa berumur 10 bulan. Meninggal akibat demam panas yang menyerang tiba-tiba. 

2) Adam merupakan anak ke-3 dalam keluarga kami. Yang sebenarnya kelahirannya sgt2 ditunggu-tunggu oleh mama dan abah sebab ini merupakan anak lelaki pertama dalam famili kami. Abah siap dah beli bola sepak berjenama n mahal utk dia. Tapi, belum sempat dia pandai menyepak bola, dia telah pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya. Tak tau kat mana bola tue disimpan sekarang. Tapi saya masih ingat dekat bola tue abah ada tulis wording yg sgt menyentuh perasaan tatkala kehilangan beliau. **Air mata nak menitis lagi**

3) Kronologi nya. Saya tak ingat sgt. Sebab masa tue baru 6 tahun. Ingat2 lupa.

- Adam satu2nya adik beradik sy yg ikt mama konvo yg mana ketika itu mama tgh dlm pantang lg. Tapi sempat lagi g konvo upm masa tue. Hehe

- Adam merupakan anak yg sgt comel. Bagi saya adik beradik sy semua comel2 masa baby. Ala..budak kecik, mana ada yg x comel kan. Tak tau nak describe muka dia ikut abah or mama. Tapi kepala dia bulat, mata bulat, hidung mancung, bibir seksi sbb selalu meleleh je air liur masa baby. Hee... Senyuman dia menggoda and very tempting. Yes.. my little brother seingat saya sgt perfect. Mungkin dia akan menjadi handsome seperti abah kalau dia ada sekarang. ( He suppose to be 21 yrs old today).

- Detik2 cemas bila mana adam demam. Mama bawak jmp doctor dkt Klinik Ridan,Muadzam Shah. Saya tak ingat sgt sama ada doc bg ubat then lepas tue ktorang balik umah dan adam still tak kebah, OR doc terus bagi reference letter utk dibawa ke Hospital Ibam ketika itu.  Seingat saya, once dpt surat tu, saya ikut mama n abah bawa dia ke hospital sejurus dpt surat tu. Adam terus admit masuk ward. Demam panas. Petang tu abah ckp nak balik muadzam (muadzam n ibam is not too far,tp ketika itu muazam bandar yg sgt tak membangun.hospital pun takde lagi masa tu). Saya ikt abah balik muadzam utk pack baju2 utk tdo di hospital dan ambil along (kakak saya) di sekolah. Dia sekolah petang masa tue. 

-Lepas ambil along, (ini sekali lagi saya tak sure)--disbbkan abah sedikit kelam kabut, jiran sebelah rumah offer utk ikt skali kami ke hospital semula. Masa tue hp takde lg. Harapkan telefon rumah je.So apa2 berita takla diketahui condition adam ketika itu macam mana.

-Seingat saya, sampai je kat hospital, mama terus peluk abah sambil menangis, saya masa tue blurr. Ok..budak 6 tahun dlu tidak sepandai 6 tahun skrg. Nak2 sy rs sy sedikit lembp ketika itu. Heee...

- Mama cakap adam dah TAKDE. Sy dan along ikut parents kami masuk hospital. Saya ingat lagi nurse letakkan kain ikat dari dagu ke kepala. Itu org dah meninggalkan? Tapi ms tue saya masih pelik. Kenapa???

- Lepas da settle semua, kami balik ke Muadzam. Mujur ada jiran ikut. Dia yang drive. Saya dan along ddk depan dua org. Abah pegang arwah adam dan menangis tak henti-henti. Mama pun sama. Ini pertama kali saya tgk abah nanges sampai mcm tue sekali.

-Sampai rumah, abah inform semua. Ramai sgt kwn2 abah yang dtg. Sedara mara jiran tetangga. Ahli syurga yang meninggalkan. Saya tgk2 je. Ada sekali saya lepas mandi main campak je baju kurung sy atas jenazah yg masa tue mama letak ats katil. Alih2 sy kena marah. Hehe... Sy tak tau apa2. Tp itula bnd paling sy tak boleh lupa. Maafkan wa ye dik.

-Saya tak ingat sama ada hari yg sama atau tidak adam dikebumikan. 

-Tapi..... yg paling sy ingat, mama hampir meroyan semasa kehilangan dia. Alhamdulillah ada keluarga yang sgt supportive. Mama pulih. Cuma dia kerap menanges. N disebabkan dia kerap menangis, mama ckp suara dia tak sesedap dlu kalau menyanyi. Tapi...walau dia ckp xsdap, her voice still best kalau nyanyi lagu2 lama skrg. Huu...

Itu je yg saya ingat. Harap dgn apa yg saya tulis dlm ni, buatkan saya tak lupa apa yg jadi pada dia. Kehilangan adam sgt2 dirasai sbb dia satu2nya anak lelaki tunggal dlm keluarga. Dua adik yg lahir selepas dia semua perempuan. Hee...

NOTE: 

PERGINYA ADAM DGN KADAR YG SGT SINGKAT MENYENTAP PERASAAN KAMI 4 BERANAK. HMM
 
ADAM, WA TAHU ADAM BAHAGIA DI SYURGA SANA. ADAM NANTI TUNGGU MAMA DAN ABAH YE.TOLONG MEREKA DI AKHIRAT NANTI.

ADAM, ADAM MESTI KENAL ANAK WA. ADAM MSTI TAHU WA PERNAH MISCARRIAGE DLU KAN? ADAM KAWAN DGN DIA TAU. DIA ANAK SEDARA ADAM.WALAU WA TAK TAHU APA JANTINA DIA, WA TAHU DIA AKAN SAMA-SAMA DGN ADAM.

DIK, WALAU BERAPA LAMA PUN ADIK TINGGAL KAN KAMI, KETAHUILAH...TAKDE SORANG PUN AHLI KELUARGA ADIK MELUPAKAN ADIK. SEMUA INGAT HARI NI HARI JADI ADIK. ADIK DOAKAN MAMA DAN ABAH KAT DUNIA NI SIHAT SELALU YE SYG. WA TAU, MAMA MST MENANGES INGATKAN ADIK HARI NI...

SEJAUH MANA KITA BERADA, NUR SADDAM HUSSEINI @ ADAM AKAN SENTIASA DI HATI KAMI SEMUA.

AL-FATIHAH.......
  
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 30 July 2013

05-220 5800

Assalamualaikum wbt....

Salam 21 Ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk berpuasa sehingga ke hari 21 ini.

Apsal tajuk hari ni ak boh no.tepon tue??

Ha...ini bukan phone.no aku, or sedara mara or apa2 yang berkaitan dgn aku adalah bukan.

Phone.no ini menyebabkan aku bengang everyday sbb asek la receive call dari no. tersebut.

Dah kenapa aku tak angkat??? Sebab dulu aku penah angkat. Tapi senyap je. Alih2 putus. So, telah bermain di fikiran aku, ini orang nak curi line tepun aku ke nieh?? Maka semenjak itu, tiap kali nombor tersebut call, aku tak hangkat2 smp semalam.

Yela. Dah call tak kira waktu kan??? Susahla. Kang aku ingat call urgent dari sapa2, rupa2nya dari no. ni. Tak ke sakit hati ko??

Maka, apabila dah hari2 call, aku meng google la dah sebab mcm no. ofis kan. End up aku jumpa macam2 yang kata ni astro promo la, scam la. Yg aku pelik, ASTRO PROMO?????!!!! Tidak ke astro dekat KL ni. Apakehal nya pegi ke penang nya no???

Dan akhirnya aku dah set auto reject call utk no. yang satu ini. So aku nak tgk hari ni aku still akan receive lg or x. Sbb dah byk kali kot aku reject, tak gheti2 ha nak putus asa meng-calling aku.

So, aku saja je up entry ni. Utk rujukan sesiapa yg sedang terkena n tertanya-tanya dgn no.tersebut. Hokayh???

Till then, dadada.....
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday, 22 July 2013

Agar-agar milo oreo

Assalamualaikum

Saja je nak cite ni. Sepanjang-panjang aku ni dok blogwalking, banyak aku tengok org dok up entry agar-agar milo oreo ni.

Tetiba nak jugak agar-agar ni. *NANGES**. Ko dah kenapa asek semua benda nak ni.
Aku teringin weh...nak buat. Tapi sah2 la cik suami tak bagi. TIBA-TIBA aku rasa nak suruh dia yang masak. Sedapnya.

Rasa macam...owh...sedapnya.

Puding caramel aku dah mintak dengan akak aku suruh buat minggu ni. Macam boleh dapat je. Kalau dia tak lupa la.

Ok la. Aku tengah nak pk ni. Caner nak pujuk cik suami tolong buatkan agar-agar ni. Macam best je kan kan kan??
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

13 Ramadhan


Pejam celik, dah masuk hari ke 13. Esok dah masuk hari ke 14.

Kualiti puasa tahun ni tak tau la weh. Mungkin tak serasa sgt sbb puasa kali ni jarang pg tarawikh di masjid. Hmmm.... Next year kalau ada rezeki, mmg confirm kat rumah je la jawabnya. Menjaga anak itu lebih wajib kan. Inshaa Allah kalau di izinkan Allah. Aminn.


Hari minggu baru ni, aku n cik suami cuma habiskan masa dekat rumah. Saja malas balik umah MIL sbb nak rehat sepuasnya dekat rumah. Nak basuh2 toto, comforter. Kemas rumah. Hee...

Hari Sabtu aku makan KFC. Yes!!!! Tercapai ngidam makan kfc. Tapi bl dah habis makan muak pulak.
Lepas berbuka cik suami ajak tarawikh kat surau bawah. Aku pulak ajak dia pegi masjid Putrajaya.
Ya Ampun!!! Jem ok nak pegi sana. Dgn polis bagai. Rupa2nya Perdana Menteri kita solat tarawikh skali kat sana. Tapi aku buat 8 je. Balik rumah tdo terus. Huihuihui.

Hari Ahad, pergi Shah Alam. Tetiba ngidam nak makan sambal ikan bilis roomate masa kat U dulu. Mak dia masak sedap sgt tau. So, disebabkan mengidam, mak dia bagi free je sambal ikan bilis tue. Tak payah bayar.

Pastu dengan tak solat Asar lagi, bergegas ke Bazar Ramadhan presint 2 tue beli juadah berbuka. Manusia sgt ramai bila da time kul 6 lebih. Aku ingatkan sikit je orang bl hari minggu. Rupa2nya ramai okayh. Beli 2 3 jenis makanan, balik cecepat terus solat asar.

So,berbuka la kami dengan nasi putih, ikan kembung masak kicap, rendang daging,sambal bilis dan apam balik. **lupa nak snap pic. Time ni ktorang dah lambat nak berbuka. Kelam kabut. Karang kalau tgh sibuk nak berbuka time tue la nak snap pic, ada kena tegur dgn cik suami pulak kan??**

Itu je la citer boring aku. hehe...

Serious boring kan? Dah la lama tak letak gambar bagai. Sorry la, malas nau aku nak transfer dr hp ke pc ni. heee... Till then...selamat menghabiskan waktu kerja yang ada lagi 6 jam ni. LAMA HOI!!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 18 July 2013

~NAK CITE APA ERK~


Assalamualaikum dan salam 9 Ramadhan

Acaner puasa korang? Hada hokay Hada tidak???
Aku?? Syukur diberi kesempatan untuk berpuasa lagi eventhough perut masuk angin yang terlampau.
Tahap mengidam makin melampau. Eh...ngidam mandong ke ngidam sebab puasa???

Aku confirm 100% ramai yang berpuasa akan mengidam nak makan apa je hari ni.
Tengok makanan tue nak. Tengok makanan ni nak. Ke nafsu nama nya itu? Huuu

Hari ni blogwalking2, nampak ada blogger berbuka dengan KFC.

Ya Hampun!!! Mak terliur nyah!! Sangat!!
Semalam aku nampak orang makan burger McD, aku pun terliur sama. Alih2 dapat makan nasi kerabu WAN ATIQ  yang famous da bomb di sekitar bangi n putrajaya ni, terus dah tak teringin aku nak makan. Hik!!!

N untuk record kali ke-3, aku tak tido malam tadi lepas solat maghrib. Huihuihui. [ korang jgn salah fhm. terawikh aku buat pada pukul 10 atau 11 ke atas lepas bgn tido eventhough tak la setiap malam aku bertarawikh]

Maafla. Keadaan sekarang menyebabkan hormon mengantuk itu berada di tahap maksima. Tambah pulak cik suami tiada di rumah menyiapkan final project beliau, maka tidak la aku pergi ke surau berseorangan. Well, at least buat jugak tarawikh daripada tak buat langsung. [aku sebenaq nya sedih sbb kekerapan aku pegi tarawikh tidak sekerap macam aku bujang dulu. Rindu masjid tetiba]

Ulang alik ke doktor di klinik swasta dan klinik kerajaan dah kena menjadi rutin 2mgu skali skrg. Harap2 dapatla result yang positif dan ia nya membesar dengan sebaik2nya. Aminn

Melalut -lalut tak tau apa cita ni... aku sebenarnya nak cite pasal suami aku for the 1st time ever masak kari daging gara-gara aku nak makan kari daging home made. Bazar Ramadhan aku tak mau. N guest what...walau segala apa aku sowh dia letak..tumis bagai..n aku sendiri yang letak garam...he is not bad la tolong kacau2 n tengok kari tue dah masak ke belum. I lap u la darling. Well done.

Nanti aku tepek pic2 dia ye as my chef.

Sampai cni sajer.

**LAMA HOI NAK TUNGGU PUKUL 5. AKU DAH TAKDE KEJE NI. =P



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday, 15 July 2013

~CERITA 6 HARI PUASA~

Assalamualaikum n salam 6 ramadhan... =)


Hai..... aku nie benaqnya nak update...tapi asek ke draft je ape yang nak di update. Alih2 macam tak best pulak nak up draft yang da ketinggalan kan???

Acaner puasa korang da masuk 6 ramadhan ni? Tup-tup dah puasa ke-6 kan? Harap2 diri ini akan terus puasa penuh for the first time ever selepas akhil baligh berbelas tahun dolu. In shaa Allah kalau diizinkan Allah rezeki ini untuk aku dah suami. Aminn

Nak citer masak apa utk berbuka bersahur???

Aku cuma masak 2x je sahur.
1 : sambal ayam
2 : daging goreng

Berbuka???
-- Tak pernah lagi masak untuk berbuka. Ekekeke. Bagus tak aku?

Orang lain dok tayang masak apa hari ni...aku TIADA hokeh!!

Atas sebab musabab yang tak dapat yang dielakkan, aku terpaksa menjadi isteri yang hanya duduk saja. Let husband do everything. Bak kata cik suami kan??

So aku rasa bulan puasa kali ni tak berapa nak menarik minat aku dari segi nak buat kerja sebagai isteri la.

Sebab dah dilarang sama sekali kan? So aku hanya mampu jadi tukang rasa,tukang pilih makanan saja di.....
BAZAR RAMADHAN PRESINT 2. =P

Alhamdulillah, balik dari rumah PIL semalam, along aku call suruh ambil makanan yang mak aku masak.

Special delivery dari PAHANG n yg penting dari air tangan mak sendiri.

So...ptg ni kami suami isteri bakal berbuka puasa dengan:
--sambal ketam
--pajeri terung
--ikan tenggiri masak apa ntah =p
--ubi kayu sira


Nyum!!!!

Okla...nak sambung keje. Hee...

***korang lapa tak? Aku lapa  ni. Sebab dah memerut 2x pagi ni. Bertahanlah wahai perut ku sayang***




InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 9 July 2013

~RINDU NAK JADI HOUSEWIFE SEMULA~

Assalamualaikum....

Hari ni nak cite yang tetiba aku teringin n terindu nak jadi fully housewife semula.

Tapi????

Hanyala angan2 sementara je tue. Aku ni mengantuk tahap gaban ni. Itu  yang rindu jadi housewife.
Kalau tak mata ngantuk camni, haruslah aku terus masuk bilik tidur. Nak2 kalau hari tue adalah hari mengantuk sedunia ko.... Maka haruslah aku ni tidur je sepanjang hari. Then malam jadi burung hantu. Cik suami dah lena kat sebelah..aku layan internet. Huu...

Pagi ni hujan. Sejuk ya amat dalam bilik aku ni. Kawan yang sebilik ngan aku nie pergi bengkel pulak. Tengahari baru balik. Mula la mata ni nak kuyu je all the time. Aku membaca pun rasa nak tersengguk dah ni.

Asek la aku ni tengok jam je. Lambat pulak hari ni berlalu. Hari ni plan nak ajak cik suami balik awal lagi.

Hello!! I kan pekerja sambilan sajork!! OT pun bukan dia bayar pun. So..ada aku kesah??? Tapi yang aku ngularr pegi update blog ni takpe plak? Ekekek...sebab tue aku selalu balik lmbt jugak. Claim la mana yang teruk.

Alih2 aku bukak la ayat2 Al-Quran dekat youtube nie. Hilang sikit la mengantuk. Dari dok dgr lagu kan? Baik bukak ayat2 Quran. Boleh sekali dapat pahala. Segar pun segar dah mata ni sikit. =)

Apsal aku cerita pasal mengantuk? Adakah mengantuk yang buat aku paling rindu untuk jadi housewife semula ha? Hahahha....

JAWAPAN NYE ::: YE!!!

Tapi selain dari tue aku rasa macam best je bila dapat hantar cik suami smp ke muka pintu, salam2 cium2...ahaks!! Peh tu kalau dia balik keje aku sambut...baju dia aku settle semua iron sidai bagai. Best!!!

Bukan lah aku rasa yang aku nie tak boleh buat semua tue lepas aku keje. Aku penah buat semua tue kot before aku quit. Tapi demi keselamatan aku, aku terpaksa jadi big boss kat rumah. Everything is done by cik  suami. Tapi la... utk 3 4 bulan ni je k abg?? Then nanti abg dah boleh dah rilex. Hokayh!!!

Cumanya kesian la dekat cik suami mana nak masak, nak kemas rumah nak sidai baju...nak siapkan final project dia lagi. Seriously aku kalau boleh tak mau susah kan dia. Harap2 dengan pengorbanan dia mcm gini untuk binik nye nie....dia akan senang dengan final project dan final exam yang tak sampai sebulan lagi ni. OIT!!! Dia final 27 JULY ni ok.... boleh kira ngan jari dah ha. (temasuk jari kaki la...)

OK la...melalut ntah mana la aku ni dah kan??? Hahha... Baru segar skit mata nie. Jum membaca semula. Ubat tido kan?? Ngantuk2 lagi kalu....aku hupdate lagi blog ni. hehe

sumber : google image

Agak2 comel tak aku kalau nguap gini sekarang hek?????


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday, 8 July 2013

SHOULD I???

Assalamualaikum n Salam Hari Senin!!!

Hari ni aku da mula buat perangai aku malas g keje.

Tetiba lak aku terindu saat2 jadi housewife. 6 bulan okay aku duduk rumah je. Tapi tanpa kerja tiadalah wang ye syuhairah. Hai la..... **Pasrah**

Weekend dipenuhi dengan tidur all the time. Habis dah kata cik suami tak bagi buat kerja rumah, nak buat apa lagi la hai... tido+ tgk tv+ makan + tido. Itu je la keje aku. Boring hoi. Kesian pulak tengok cik suami dok ke hulu ke hilir buat itu ini. Mana nak siapkan assignment lagi. Mana nak layan arahan bini lagi. Sorry abg, Huuu

Suddenly semalam aku terpk.... Aku ni nak keje sampai bila dekat goment ni? Kalau kata tetap...takpelah kan ko nak keje sampai bila2. Berbaloi la ko keje dengan gred 41. KALAU TETAP....huuu... Ini kontrak.
Sape2 yang pernah atau sedang berkerja dalam kontrak goment nie, mestila korang tau gaji aku berapa kan.

Gaji pun ikut hari. Takde cuti tahun. Tapi pelepasan ko nak pegi mana2 tue ok la kan? Senang. Tapi... aku kena pk la kan... Kalau aku keje tetap, it will be worth it kan aku keje mati-matian...at least aku tau nanti aku dapat increment, ak kerje keras utk dpt kpi tgi utk dapat bonus yang bagus. Kan kan??

Tapi bila memikirkan rezeki yang lagi satu yang pasti belum pasti nie...aku kena berkorban untuk kerja di sektor kerajaan ni utk sementara waktu. Sampai la dia stable. Once dia stable, aku will search for another job. Job yang lebih baik. Yang lebih memuaskan keinginan aku untuk bekerja. Kan??

KENA CARI KERJA TETAP OKAYH!!!

Orang kata kerja kerajaan ni idokla susah mana. Tapi bagi aku susah tang nak ngingat pangkat2 ni hoit..... Gila la. Ayat berbunga-bunga. Hehe...

Tapi actually aku nak enhance skill yang aku ada. Yang aku dah pernah keje dalam bidang teknikal. Huu

There are so many disadvantages being a contract worker. Biarlah sape2 yang bahagia nak jadi contract worker. Aku tak sanggup. Ko nak ke gaji ko keje 4 5 tahun dok takat tue je...Huu...its not good okayh.

Wah...bebel panjang pulak aku kali ni kan.

Doakan yang terbaik untuk aku. Moga adala kerja2 yang kosong dekat area umah aku macam balakong ke, kajang ke..bangi ke..serdang ke... kan???

Till then. ADIOS!!!


****hoi!!! jangan kata aku tak bersyukur. Aku bersyukur sangat dapat kerje skrg. Tapi dah kata kontrak, buleh quit anytime..so buleh la aku apply keje tetap. Untuk masa depan. Tapi aku takkan quit until aku dapat kerje baru***
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 3 July 2013

~ALHAMDULILLAH~

Assalamualaikum\

Entry kali ni adalah sepantas kilat.

Sebab???

Aku up entry nie dekat ofis. Lalalala...

Alhamdulillah... dah dapat kerja.

Sebagai???

Pekerja Sambilan Harian dengan menjawat jawatan sebagai penolong pengarah unit dekat unit aku nie.

Kira aku keje kontrak loo... tp ok la. Ada bilik sendiri. Kalau tetap ni, pegawai ptd je tahu yang boleh pegang jawatan ni. Kira kontrak aku pun boleh sambung2 as long as aku nak keje cni. Tengok dlu acaner

Rasa2 aku lebih suka  bidang teknikal, sampai masa nanti aku akan cari semula kerje dekat kilang. Currently, aku berkerja dalam bidang management. Hoi!!! Ko kena belajar okehhh cara buat surat rasmi bagai. G meeting la apa.  ** ok, itu aku belum lagi la. nanti bila da lama kerje.**

Nak upload pic bilik aku. Seronok. Ko nak makan time kje pun ok. Asalkan sebelah makanan, sebelah kerja. Tapi hati2 ok. Kira macam senang la kan.

Nanti2 aku cerita lagi. Ngadap blog nie karang aku pulak yang tak study. Upload nanti kat rumah kalau larat.

Sebab???? Dah kena penyakit malas. Yeay!!!! Apakah?? Jeng2... Biarlah rahsia

Ok...selamat berkerja. Nanti aku up lagi entry pasal keje goment n keje private hek!!!



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...