Tuesday, 30 April 2013

~BENGKAK GUSI KERNA GIGI BONGSU~

As salam

Di saat ini, dan ketika ini, muka aku bengkak sebelah. Bengkak sikit. Bukan beguk tue ok.

Aku dah lama gile x kena sakit gusi sbb gigi bongsu ni. Tak la sakit berdenyut-denyut. Tapi yeah... aku tak boleh makan banyak. Bubur je la. Nak muntah dah aku rasa makan bubur nie.

Aku ingat lagi masa memula dia membelahkan gusi belakang sekali nie. Masa tue tahun 2007. Aku belajar lagi. Makan roti cicah milo pun dekat 2 jam. Dua keping je tau makannya.. Nasib baik la masa tue bapak aku kerja kat bangi. So hari2 dia menghantar bubur mcd dekat aku. N disebabkan itu samapi hari ini aku tak boleh telan bubur mcd. Huhuhu...

So, bila dah sakit gigi, sure la mood pun swing kan? Tak pasal-pasal la cik suami kena marah. N kemanjaan itu lagi terserlah la kan. Asek nak ada dia je dekat kita. Nak ada tapak tangan dia jer dekat pipi aku ni. Ok la kan. Ape guna ada suami kalau kita tak bermanja? Hehehe

Citer pasal sakit gigi, aku kena sakit gigi ni, lepas je cik suami sihat demam. Hari sabtu he keeps saying, " Abang nak demam ni, abang nak demam" N aku siap tegur jangan cakap macam tue sebab nanti demam betul. So dia makan panadol. Ingatkan kebah. Sekali malam tue dengan menggigil semua. Risau jugak aku. As a wife, memang aku tak tido mengenangkan suami yang tak sehat and badan yang tersangat panas. Nasib ada cool fever utk adult.

Orang lelaki nie kalau demam kalah manja macam baby. So need to treat him like that sebab dia sgt  tak larat. Cian cik suami. Silap nye masa tue ktorang dekat rumah MIL. So... manja dia tue kurang la skit. Tapi bila masuk bilik, manja nye bertambah. Tapi walau cemanapun, aku suka bila cik suami nak dimanjakan macam tue. Aku suke melayan. Hehe...

Alhamdulillah...hari isnin which is semalam he looks much better than last 2 days. N tetiba binik nye pulakkan  yang bengkak gusi bagai. Malam ni aku tak tau nak masak apa. Aku dah tak larat nak makan bubur. Hopefully bengkak nie akan surut immediately. Esok kan Hari Pekerja. Hope dapatlah pegi jalan mana2. Tak pakai duit pun takpe. Aku just nak keluar dari rumah. Thats all.



macam nie la rupa aku sakit gusi. Haha... ayu kan kan?

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 26 April 2013

~TIADALAH KESELESAAN ITU~

As salam....

INTERVIEW!!!!
Dekat bangi. Dekat sgt dgn rumah aku. Hopefully yang nie dapatla. Moga berkat doa cik suami, mama n abah, moga dapat and dapat bantu cik suami untuk perbaiki ekonomi kami.

Berbalik pada tajuk kat atas, sekarang nie perut aku sebu, tekak macam loya, symptom2 nak period la nie. Perut pun da seminggu dah asyik sangat cramp. Pregnant??? Tak kot. Sebab sakit nie sama je dengan sakit bulan-bulan lepas. So aku tau dah miss merah nak datang. Huhu..

Ko ada test pakai UPT ke Syuha?? 

Yes!!! Aku ada buat semalam. Hahaha..gedik kan. Saja nak buat awal, so xde la aku mengharap kalau x keluar double line tue. N the result is still -ve lorr. Aku terus buang and bila cik suami bangun dia tanya, 
"Sayang dah test ke?"   

Haa.... aku pun jawablah ye kan. Aku ckp 1 line je abg. N husband sgt baik n positively thinking n said,
" Takpela. Allah nak bagi kita berdua lagi la tue" N dia peluk aku erat-erat.

Aku tak tahu kenapa kali nie bila that words yang keluar dari mulut cik husband, I was...terjadi positive. 
Syukur alhamdulillah. Rasa pressure tue makin menghilang untuk kami lalui dengan lebih bahagia lagi selepas ini. Tapi tidak lah bermaksud aku ni dah xmau berusaha. I nak enjoy macam masa mula-mula kahwin. Owh...best2. Eh!!! Censored ke ni?Wakakaka.

Ok la. Till then, doakan yang terbaik untuk aku and cik suami. Moga aku dapat kerja untuk bulan depan. Ameennnn

sumber: google
Marilah kite usaha untuk yang terbaik


Sumber: Google
Baby comel nie said: Auntie, May success will accompany you!!




InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 24 April 2013

~KE CAMERON KITA SAMBIL BERBAJU KURUNG~

Assalamualaikum...


Ni nak cite pasal sabtu lepas.

Aku, cik suami, 2 org kwn dia + Binik salah sorg kwn dia tue, menghala ke Meru, Perak attend wedding kawan dia.

Ktorang berlima naik Alza kwn cik suami ni la. Ok la aku rasa. Ni kali ke-2 aku naik alza. 1st time naik masa aku n family aku pg holiday dekat Kuching. Sewa keta ni la.

So-So la Alza ni. Sbb aku x suke keta tinggi. So aku rasa yg terbaik still lagi gen2 laki aku. Dari segi pick up nye...pastue keta mak aku, forte. Forte nie lmbt pick up skit. Kata je mahal. Adeh. Pastue keta bapak aku, mitsubishi triton bold...Ha... yang nie aku xkesah tinggi. Sbb kemampuan dia x dapat dipertikaikan lagi.
                     ~ APA KENA MENGENA NGAN CITE KO NIE SYUHA???? DENG!!!~

Ok,

Al kisah nya ktorang stop breakfast dekat hentian rehat jejantas sg.buloh tue. Perut aku nie x dapat dibendung lagi lapa nya. Aih...kata kuat makan kan... breakfast itu penting kalau aku da bangun awal pagi ni.
Sampai sana nampak la geng2 motor besar. Bab kata kwn2 cik suami motor tue terlaju di dunia. Aku x tahu. Kaya sgt org yang pakai motor nie.



Nie la geng2 motor besar nie. Aku teringin nak cik suami beli motor mcm nie. Tapi berangan je ok.             X MAMPU!!!


Aku makan nasi lemak. Tapi tak habes. Sebab aku rasa ikan bilis dia mcm plastik. Yang lama kot dia pakai. Beli gegula pastue sbb tkt lapa aku telan gula2 je. Meneruskan perjalanan, berhenti lagi. Kwn cik suami nak pee pee lagi. PAstue semua yg lelaki nie keluar. Aku pun amek kesempatan tanya wife kawan cik suami ni . Dorang baru kawen last month. Aku tny la..

Aku: " Fa da ada ke??"

Fa  : " Ha.... hehehe"

Aku :" Eleh... adala tue"

Fa: :" Haah... tapi x pegi klinik lagi nak cnfirmkan. Tunggu 2 bulan baru jmp doctor. Ain pun da berisi dah. Siap tau brape minggu lagi"

Aku: " Wah... best best"

Tapi sebenarnya aku sedih. Walaupun aku gembira dengan berita dorg nie. Aku sedih sbb aku x dapat lagi merasa macam dorg. Which is being pregnant. Lagi terasa mungkin sebab aku pernah merasa betapa gembiranya bila tahu kita nie pregnant. Hmm....

Bila cik suami masuk, aku terus type dalam handphone, tunjuk kat suami yang mereka berdua pregnant. Owh, yang ain tue, pengantin yang ktorang nak pegi tue la.. Sbb si ain ni nikah dulu bulan dua. Then last month dia datang bulan sama ngn aku, tapi rezeki dia kan? Hmm...

Bila aku tunjuk kat cik suami, automatik ok, kami berdua termenung menghadap jalan. We dont know y. Mungkin cik suami jugak gembira, tapi sedih jgk mcm aku.. Rite? N dia terus hug aku, ckp slow je, " Sabarlah, adalah tue rezeki kita" n me terus senyapkan diri. Keluarkan buku, baca. Just imagine aku mmg x boleh tau baca dalam keta yang bergerak. Tapi on dat time, xde langsung pening kepala. Cukupla buat aku melupakan perkara itu. Yang membuatkan aku dan cik suami cemburu. Salahkan kami untuk cemburu? SubhanAllah...


Ok, back to the story. Ktorang sampai je kat dewan tue, tema dia purple. Duduk kat meja VIP ok sbb ktorang dikira dari rombongan lelaki. Hehe.. Makanan dia ok not bad. Tapi air dia tolak jauh2. Sbb nye klorin weh.. kuat giler. X terminum aku ha!!.  Doorgift? Dia bagi mushmallow. AKu x makan. Sebenaqnya laki aku x makan pun. Tapi ada kawan dia mkn sambil cicah eskrem vanila, dia pun makan skali. Padahal dulu ada wedding bagi mushmallow idok la dia nak makan. Dia ckp rasa macam plastik. Tue ada atas meja, tak la makan pun yang ktorang bawak balik itu hari. Haih....suami. 

Pengantin n kwn2 the bride. Tema- royal purple


Aku punye keje. Suruh cik suami pegang bunga.

Habes wedding, 1 of husband fren ajak naik cameron. So, naik ikut sg. pulai, sampaila kami ke cameron. 

Nak naik Gunung Bringchang which is aku x pnh hayat pun naik. Korang caya x caya, sepanjang hayat 26 tahun aku, ini 2nd time aku naik cameron. Jalan sgt kecik nak ke gunung tue. Sampai  TER accident kami.

Myvi xpandai agak, padahal depan dia van lepas je jalan sebelah kami. Myvi tue p langgar side mirror n bumper blakang keta alza kwn laki aku nie. Siap x berenti woi myvi tue. Kwn laki aku yang driver tue, siap keluar kejar weh. Nasib baik dorg nak bayar. Dapatla rm400. Kaya la anak2 cina nie. Bagi cenggitu je duit. 

Jalan agak berliku-likan, Sampai la kami. Sejuk sgt ok tmpt nie. Klu korg rasa sejuk kat tmpt strawberry ke, tmpt minum teh ke, tmpt cactus tue ke, persilakan pegi ke Gunung Brinchang.Serious, ke tulang terus sejuk. Aku buat muka xmalu mang ngendeng ngn cik suami jela. Baju sejuk pun tadak nie oi. Pakai baju kurung lak tue. So, salah sorg kwn cik suami yg wife dia baru pregnant tue, is a part time photographer. So, pas amek gambar dia n wife, amek gmbr aku ngn cik suami, pastu amek gmbr kwn dia yg sorg2 plak. 

Sebenaqnya kawan dia yg sorg2 tue, da kawen jgk. Paling awal kawen. Bini n anak nya x ikut sbb anaknya kena nyakit kakitanganmulut tue ha. 

Gambar dalama koleksi aku ada 1 je. Cik suami gedik xmau amek gmbr pakai handphone. Malu sbb kwn dia da bwk camera gabak kan. Hahahha. 




Ini la one of the part at puncak gunung. 

Plan nak naik tinggi lagi, tapi kami x terdaya dah nak naik atas. Sejuk + tak solat lagi. Masa nie dah pukul 6.

Habis bergambar, turun. Owh, aku macam perasan yang naik atas nie mostly bercouple ok. Xde pun family ke, geng2 yang sejenis ke. Apakah?? Tapi aku n cik suami after kawen, pk positif je. Mungkin dorg nie dah kawen kot. Ekekekek...

Turun, solat asat+zohor, pukul 7 kami pergi makan steambot. Okla...not bad. Tak amek gambar sbb masing2 dah kebulur. Habis makan, kami menyusul ke pasar malam brinchang which is tersangat ramai org nye.

CIk suami (biru) n kawan dia (putih) tgh pilih strawberi

Strawberry2 yang dijual + tomato

Jagung2-- kami beli jugak

Pelancong2

Strawberry kering.- x beli sbb x minat
Ko tgk!! Ramai gile org.

Gula-gula kapas.- cik suami beli sbb nak makan dgn kwn dia

Cik suami beli 4 kotak strawberry yang mana dia saja yg makan kat umah ni. Aku xmakan sgt sbb aku x suke. Makan gitu2 jela. Eh!! Boleh la plak ko telan kan syuha. Before nie ko xmau telan langsung.

Habis aku xmau cik suami p sumbat dalam mulut aku. Karang jadi derhaka plak kalau x kunyah. Hahah...

Ktorang balik ikut tapah. Sape2 yang tahu jalan tue mcm mana, korang boleh bayangkan macam mana peningnya kepala kitorang. Sedangkan cik suami yang jd driver pun boleh pening apatah lagi kami. Kawan cik suami yang wife dia pregnant tue dah tido awal2 sbb dia lagi cepat pening. Sbb dia pernah merasa lalu kat c2. Aku dan yang lain2 x tido. Sampai satu tahap ktorang berhenti, wife kwn cik suami muntah, aku keluar tlg sapu2 belakang dia. Alih2, aku pun bergoyang je rasa. Pening ya amat. Ni tgh type nie pun, teringat kan pening tue, tetiba aku rasa pening. Hahaha....

So, bila da habis stop kat tapah nak solat. Time tue dah pukul 1230mlm. Sebabkan ruang solat tapah tue mmg cozy, aku pun rilexkan kepala kejap. Lega skit. Then p minum tea o limau bagi hilang mabuk. 

At last, ktorang officially sampai rumah kul 3 pagi. Mandi2, tido. Ko tau ktorang bgn pukul brapa esk nya??/

Pukul 230 ptg. Lepas subuh, x ingt ape, tdo smula. X sedar langsung. Pening pun ada lagi actually. 

Moral of the story: Xmau lalu tapah lagi if nak g or nak blk dari cameron. X sanggup mak oi...

Korang pun mst nak muntah kan baca citer aku yang panjang berjela-jela nie. Selamat muntah!!! Hahaha




InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 19 April 2013

~RASUAH~

As salam....

Salam jumaat penghulu segala hari atau adakah aku xkan appreciate jumaat lg selepas ini sbb perlu bekerja pada hari sabtu? APakah?:?? jeng jeng jeng ( nti aku cite sal interview aku).

N apekehal aku nak cite pasal rasuah nie? Sbb kat tv3 skrg nie ngah showing movie indon pasal rasuah. Pasal mak bapak bagi rasuah kat cikgu utk naikkan markah anak2 dorg. Eh?? I was wondering, kat Malaysia ni ada ke mak bapak mcm tue. Memang x bermaruah langsung kan?

Ok..cite pasal rasuah. Sebagai pengalaman aku la kan pernah kerja setaun setengah, aku dapat tgk berbagai jenis rasuah babe di alam pekerjaan ni. Habes acaner aku nak keje ngn org cina nie kalau dorg lebih praktikkan rasuah? Ko cakap ko cakap?

Rasuah nie bukan takat bagi duit je. Macam2 bentuk rasuah. Macam iklan kat tv tue. *tp aku rasa da xde kot iklan tue skrg.

Contoh. Apa yang aku pernah rasa.

Company A as a supplier.
Company B as a customer.

Situation:

B call A. Sbb nak complain banyak kali dah berlaku masalah kualiti barang. B nak datang premis A nak tgk acaner la A buat barang smp byk sgt la masalahnya kan. Bila B dtg, A da tunjuk habis baik da proses syarikat dorg ni. Lepas abis discuss, kata sepakat dicapai. A tgk duit lam dompet. Ok. Jum kita g mkn pizza / steamboat/ starbucks etc. Lalu A dan B jum pegi la menikmati hidangan yang mahal lg lazat. So kata sepakat yang xla sepatutnya dipersetujui sgt oleh B, diterima jugak sbb B dah kenyang perut. Balik ofis, A pun tulis claim form nak claim apa yang dia blanje td.

Sebulan dua bulan pun berlalu,

Tetiba B call lagi. Masalah yang sama berlaku lagi. Dan A berkeras menyatakan yang B dah setuju dgn cara yang dah persetujui berbulan yang lalu.


Pengajaran:

Korang nampak tak? Takde faedah nye bagi rasuah. Akhirnya orang yg terima rasuah tetap je dengan keputusan di syarikat mereka. Alih2 company A jgk la buat benda yang sama merasuah lagi dan lagi. Yang lagi sedih orang melayu jugak yg buat cam tue. Cina klu involve skali meeting tue, haa..skali la.. India pun.

Alhamdulillah... aku tiap kali jadi mcm ni, aku memang pas meeting2, aku bodo je balik. Xmau aku terlibat. Dosa besar woo rasuah tue. Memula aku confuse dgn situasi ni. Yelah. Aku pun bukan la tau segala macam bab2 agama. So, bila ketahui asas2 agama, kita akan nak tahu perkara yang mendalam lagi kan. So pada korang korang yang baca blog aku ni, jgnla terlibat. Kadang vendor2 ni saja je konon "eh u ambil la ni. I bagi hadiah sbb hari ni I dah dpt byk order" " Eh jum la makan2 jap..lunch before ko balik office ko. Alah yg ni kira halal halal je la kan."  Something like that. Ohh...jgn buat ye jgn ambil jugak. Macam gambar nie.


sumber: google


Korang googling sendiri la contoh2 yang berkaitan. Aku tulis tue apa yg aku nampak depan mata je.


Sekian.. **ini dipanggil usrah hari jumaat. Moga aku dapat praktik tetiap minggu sekadar perkongsian kita bersama**



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 12 April 2013

~BABY SITTER~

Tetiba la kan... tgh dok tekun + stress study utk soklan math PTD nie, cik suami msg.

: syg, nak jaga anak kwn abg x?

me: ow mak....adehai...ye ke nie.

Memula aku mcm nie. Sbb xla aku boring sgt dok umah nie sorg2. Lagipun aku bkn jenis berjalan je weekdays. mang dok umah sepanjang masa

Tapi, bila difikir2kan semula....aku x brani. Sebab?

1) Eventho aku ada pengalaman jaga budak kecik, tp itu masa dia sehat. Ce kalau dia sakit? haa...caner... tkt gak aku

2) Aku takut...sbb bila org x caya kat kite, so kita pun jd x caya pd diri kite sndri. Kan kan?

So aku rasa biar dulu la. Kot ada rezeki anak sendiri len cite kan? Okla.. itu saja  dong. mau solat lalu terus study semula. heee
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 11 April 2013

~DASAR MANUSIA TADAK SIVIK!!! ~

Hari ni terlalu berang and marah.

Sbbnye?

Sbb keta aku kena calar. argh..... @#$%$#@$... aku main tekan je tue.

Aku selalu jaga keta aku. Kalau blh xmau panas. Sbb tue masa memula cik suami dpt quarters ni aku macam gembira dapat umah, tapi at the same time aku kesian kan keta aku nanti payah nak ada parking yg berbumbung.

So, aku nie kan jarang bawak keta nak kemana2 sejak kurang pendapatan ni. So senang la aku park keta aku kat bawah apartment ni. Xla kena panas.

Hati nie dok isau jgk, parking betul2 dekat tangga orang lalu lalang, tapi LEGAL ok.... isau la..kot org terlanggar side mirror ke masa lalu tue kan.

Semalam aku tgk side mirror aku da tegerak. So aku pasti ada org yg terlanggar dan TAK RETI nak betulkan.

Hari nie keluar nak g bank kat presint 16. Aku boh sampah kat boot belakang. Sbb senang lalu kat tong sampah nanti. Tiba masa aku nak buang sampah.................

AKU TGK BUKAN MAIN LAGI KESAN ART YG X SEPATUTNYA TERKESAN KAT BOOT KETA AKU!!!!!

HOII!!!!!! Ko bayang ko bayang. Sedih x sedih aku tgk keta aku time tue. Keta aku color putih. Tapi kesan calar tue lagi berwarna putih dari cat asal. Maksudnye??? Calar tue lagi dalam and x boleh dihilangkan dengan polish walau cemanapun. BODOH!!!! Aku rasa nak carut2 je time tue. Nanges pun ada. Aku cek kiri kanan depan body aku, xde pun calar.

Memang dorg mengadap boot keta aku kot pg random scratch kat c2. Kot nak buat scratch pun, tarik panjang pun cukup la. Yang ko buat sampai gtu skali keta aku kenapa la wahai org yg bertanggungjwb oi!!!.

Aku tension. Aku try snap tapi x clear la. Tgu cik suami blk tgk2 kan keta aku. Ini aku nyampes dok umah cengginie ni. Sbb dulu aku dok umah aprtment gak. Fully guided. Ada parking sendiri. N aku tau bdk2 x ramai area umah aku n kalau ada pun dorg xkan main kat parking tue sbb itu basement parking. Xde maknanye parents dorg bagi anak2 nak main kat ctu. Damn!!! Seriously aku bengang. Udahla aku nie bz study utk PTD nie. Tambah plak stress memikirkan keta ni. Sedih woo....

Aku xmau ckp byk. Cuma aku doakan Allah balasla ape yg dorg buat nie. Sbb aku xtau ni keje bdk ke ape. GRrrrrr
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 10 April 2013

~SEMANGAT!!! ~

Assalamualaikum...

Hari nie hari rabu. Kalau org yg tgh kerja tue dia slalu ckp... wordless wednesday. Kan Kan Kan??

Org x keje boleh x cakap wordless everyday? Hehe

Ok.


Aku nak naikkan semangat ni... SBB? Sebab aku dapat exam ptd sabtu nie. Actually da 3x aku pegi exam cenggini. 

1. KPLI : x dapat sebab pg study a day before nak exam.
2. PTD  : aku main lenggang kangkung je pegi. X study pun. 
3. Pegawai anti dadah : Sama je. Aku pg jwb ikt suke. HAhah
4: PTD : Sabtu nie, 13 april 2013

So disebabkan ada la rezeki sikit bulan ni, cik suami dgn semangat nya beli ebook PTD. Dia sowh bini dia study. So tadi dia blk umah jap. Tny bila la nak study ni. Sbb bini nye baring saja. Ok... so bila di pk2 kan cik suami semangat, so aku pun kena la semangat kan? 

Nanti kalau x dapat lain sikit cite kan. At least kita berusaha. So aku dgn smgt beli nescafe. Sbb nak stay up malam ni. Then boleh la buat sandwich telur nak jual esk. Tada....

Owh 1 lg brita gembira. Cik suami ckp ada staff kat ofis dia amek phone.no dia. Kata nya kot ada kursus dorg nak tempah kuih cara berlauk aku. Katanya sedap. Syukur. Nanti kena buat elok2 kan. Nanti org mesti nak bukti kesedapannye. Hehe.. Ok..

Bab kenduri ari tue x banyak aku snap pic. Tp nanti aku update ok. Sbb nak start study dah. Wish me luck.


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 5 April 2013

~AGAIN, PULANG KE MUADZAM UTK KALI KE 4~

Assalamualaikum wbt...

Salam Jumaat penghulu segala hari.

Sat g aku nak sesiap neh... nak lek muadzam. utk kali ke 4 berturut2...kira da sebulan.

Amek ko..sebulan aku x balik, sebulan aku tebus balik. Tak adil kan aku. Asek la blk umah family sendiri.

Family mak mertua ko x amek kira?? Bukan...abes dah laki aku outstation area pantai timur.. Haruslah aku sorongkan bantal kalau cik suami dah offer nak nganto aku balik umah parents aku. Hee.. Takpe ye mak. Minggu depan saya blk umah mak. ( Budget jauh sgt umah mak mertua ko syuha. Padahal kat selayang je)

Minggu ni balik muadzam ngn akak aku. Cik suami.... out station utk kali terakhir. Yeay yeay!!! Pasni kitorang blh spend together-gether kat umah. Jangan sape2 kacau ktorang. Hep! Hep!!

Tapi.... isteri mana yg sanggup berjauh ngan suami sndri. Apatah aku ngn dia xpernah ada hubungan jarak jauh lepas kawen ni. Sedih. Rindu. Semua ada. Hopefully Allah memberkati perjalanan pergi dan balik suami ku demi niatnya mencari rezeki. Aminn....

So, esok ada knduri cousin mak aku. Nanti la aku amek picas2 skit. Sebab ni kenduri belah lelaki. And mak dia adalah tok sedara aku yg berjaya memeriahkan meja makan beradab aku masa aku kawen ari tue kerna dia lah chef nyer.... Terbaik... N yes!! aku bukan la nak malu2 kucing time makan beradab tue.. Sbb??

Aku da kebulor nak tgu makan ms kawen ari tue. Wahaha...

Desert mkn beradap..belakang tue desert jgk.

Haa...ya ampun...teringat lauk2 ms makan kawen ari tue. Nyum2... Kenyang x ingt. Nti2 la aku cite sal kawen ni. Malas. Ok... Slamat berhujung minggu. Kite bersiaran semula isnin. Hopefully adala org nak panggil pn.syuhairah interview next week. Amin amin amin Ya rabb.


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 4 April 2013

~SWING MOOD I THINK~

Mood hari nie swing swing swing... sbb 2nd day of period. So pmpn mcm kita nie ada macam2 perasaan kan?


Perasaan bercampur baur.. I just dont know why I feel like this. 

All -ve ions are around me... Ape la hai semua nie... Pegi jauh2 kau ion2 yg x berguna.

Boring ok ddk umah. Nak keluar xtau nak kemana. Nak shopping xtau nak kemana. I just dont know. Seriously... hmmm

Tau kan setiap langkah memerlukan duit.

Tau x apa yg aku pk... duit dan anak...thats all..

Gile x gile... supposely aku menpositivekan semua tue. Tidak la semakin byk ion2 jht itu datang. I just dont know... same words again heh?

I dont have too many frens... as my frens semua bz bekerja. I think I the only one yg x bekerja kot. Grrr..... 

Owh syuhairah...ape ko buat nie. Sgt2 blurr, marah, geram, putus asa. Everything dlm kepala otak aku nie.

Nak nanges. Seriously. Hmnmm..... Sorry... ntah ape aku ngarut hari nie kan? Xde input or output yg pekdah langsung... hmm

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

~SEHARIAN DEMAM --PANAS DALAM + SELSEMA + PENING~

Assalamualaikum wbt...

Hye Hai Hye...

Malam kelmarin dah start nak selsema... cik suami tanya " syg nak mkn ubat x nie?" aku menolak.. sbb aku tkt aku pregnant. Serik dah makan ubat. Alih2 malam tue jgk before tido p toilet, ok.... aku period. So plan nak ada baby this month x jadi. Belum ada rezeki.

Esoknya which is semalam, lepas htr cik suami dpn pntu, aku terus mkn ubat selsema as my nose is  really stuck!! haha... Then terus ngantuk tido.

Tak bangun2 until cik suami call nak tny berapa kuih kita htr hari nie, sbb dia nk collect duit.

Sekali aku tgk, amek kau, pukul 430pm. Wahahaha.. Sgt lama aku tdo. Penangan ubat selsema + 1st day period kan. Huhu...

Cpt2 aku bangun, mandi..buat milo makan ngan biskut. Heee.. makan ubat selsema lagi, then aku terus baring semula... kepala pening oi.... ntah bila cik suami balik, tup2 dia kejut, dia ckp dah pukul 10.

N aku?? Haa..... ok... baring semula. Cik suami siap angkat aku sowh bangun. Haih... Klu x pk perut nie kebulur, aku mang sambung tdo smula. Then sesiap, keluar mkn kedai. Order tomyam seafood lg. Aku xtau asal tekak aku nie nak mkn tomyam seafood je ha... Nak kata pregnant, idok la pulok kan. So mungkin mood makan skrg is tomyam seafood je lam otak aku nie.

Habis makan, balik umah, tekejut beruk aku tgk sinki dapur sgt byk pinggan mangkuk. Alahai.... nak salahkan cik suami x tolong basuh, kesian pulak. Dia sibuk ngn aquarium ikan lg...
**dia cite la.. haha... aku xtaula. Yang pasti, aku tgk ikan sekor tue dah dok lam aquarium da. No more staying in the mug lg.. haha...

So hari nie, bgn2... perkara pertama is, basuh pinggan.. kemas dapur... baru rs kuat skit. Hopefully inila period yg terakhir n i really hope that next month there will be rezeki anak for us. Ameen....
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 2 April 2013

~RINDU BERTAMU DI ABU DHABI~

Apa nie?

Haha... aku adalah peminat tegar cerita AKASIA teww.....

Cik suami pun sama. Sebab aku xbagi dia tukar channel lain time tue. So harusla dia pun join skali.

Tapi kalau da maghrib tue, cik suami panggil jemaah. So aku pun kena la tinggal kan cite tue utk berjemaah dgn cik suami.

Cite nie best. Sbb? Sbb ntah. Sbb aku suka melayan drama2 nie. Haha... --ok x lawak aku tau. so korg xpyh gelak--

Kalau nak ikut pelakon2 dia xde la aku suka sgt pun. Tapi boleh la ikut kan cite tue. Cuma aku nyampah watak fatin tue la. Eventhough si ain tue da meninggal, xpayah la nak suka kat firdaus tue lagi. Ikut jela bakal tunang dia tue. Hehe... emo plak aku kan.

Hari nie last episode. So...jum la kite reramai tgk cite tue erk.

**cik suami start his class mlm nie. So masak lambat pun xpe. Ekekeke.



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

~KISAH IKAN~

Hari ni aku nak cite pasal ikan yang aku bela lam aquarium since awal bulan January diz year.

Actually cik suami and aku beli 8 ekor jenis ikan.
(Sorry, no pic as masa tue aku bukan blogger lagi pun. So xla amek pic banyak2 kan. Hehe..)

So yg 6 ekor semuanya color macam ikan emas. Memula cik suami nak beli ikan gapi. Tapi aku ckp,
ikan nie payah nak bela. Salah sikit air mst mati. **adik aku penah bela dulu. huuu.

Lepas tue beli ikan ala2 ikan bandaraya. Tapi size dia kecik je. Sbb cik suami geli nak beli ikan bandaraya.
Aku pun ikut kan jela. Sbb dia bayar ikan, bini dia yang beli aquarium nye. Haih...

Lepas beberapa bulan (eceh!!padahal baru bp bulan), sekor sekor mati. Sedih tau. Sbb bila ikan lain2 jenis nie, kadang yang sekor nie pg gaduh yg bukan sama jenis, So yg sekor lg lemah, matila... cenggitula..

Sampai la da tinggal sekor, aku biar lama2. Spesies bandaraya tue la. Aku jarang bg makan. Sekali sehari je sbb nye da tgl sekor kan. Pastue mmg aku x cuci air dia. Dah x napak kotor pun. So perhatian pun xla byk kat dia. Sbb dia x comel. Haha.

Bagi makan pun bukak cermin atas,tuang je... sampai la hari ni, aku nak bg makan, sekali aku focus kan mata aku nie, SubhanAllah.... jentik2!!!! ---sekali lg aku lupa nak snap. Sbb trus aku angkat aquarium tue nak cuci.

Ye!!! Aku da jadi penternak jentik2 pulak. Sgt byk ok... Isau aku. Terus tuang air masuk toilet bowl.. Flush!!

Padan muke ko jentik2!!! mati kau aku flush. Cuci2 terus dengan batu dengan hiasan katak semua. So inila hasilnya.
Sebab tinggal sekor senang aku letak lam mug yg xguna nie je.

Nie la batu batan ngn aquarium kecik tue.

Tunggu semua kering, then baru aku letak semula. Batu tue letak separuh jela. Malas letak banyak. Dah tinggal sekor je kan. So itula kisah cite ikan. Nak tunggu yg ni mati baru nak beli yg lain. Sbb yg nie boleh tahan ganas nye. =)
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...