Friday, 27 September 2013

JOURNEY TO BE A MOTHER : PEE PEE


Salam Jumaat.

Aku sebenarnya mencari-cari idea ni ha...nak tulis ape la kat belog aku ni. So, hari ni jom citer pasal kekerapan buang air kecil atau bahasa kasar nya....kencing. =P

Sebelum aku pregnant,sebelum aku kahwin malah sebelum aku tunang lagi, aku mmg kaki shishing ni.
(shishing= kencing ; bahasa aku selalu ckp dgn cik suami.Or mungkin akan diperturunkan perkataan ini pada bakal anak kami nti. Hehe..)

Mak aku cakap mungkin dlu aku kuat skipping, so terlalu byk melompat or mungkin kesan dari tu, dia usik sikit sistem tue. Kot la. Aku tak pernah pun g klinik nak pastikan semua ni. Aku jugak akan kerap shishing kalau kata aku minum milo hari tu. Alamatnya kekerapan ke toilet akan jadi byk kali la. Even kalau aku pergi jalan mana-mana (naik kereta especially), byk kali la jwbnya pit stop just utk aku. Nak2 kalau aku balik kg bapak aku kat kelantan tue.

Oleh sebab kekerapan shishing ni, mak aku siap cakap, " ADIK NI, KENCING MANIS KE?" sebab time tue aku makin kurus. Pastu kuat shishing plak tue. Aku bolayan jela mak aku cakap cenggitu. Sebab kalau aku luka ke, apa ke...cepat je sembuh. Wah gitu. Doctor sgt aku kan. Cek macam tue. Kahkahkahkah.

Tapi yang sebenarnya tidak. Actually aku ni seorang peminum air masak yang sgt byk in a day. Kalau botol aku tue 1 liter, ada la 2,3 atau lebih aku akan minum. Kadang tak sampai kul 11 pagi, air dalam botol air aku ni akan habis. N....kemana jua aku pegi, aku akan bawak je botol air aku ni. PLUS..................... aku jugak suka sgt beli botol air. Cuma sejak bersuami ni, cik suami tak bagi aku beli botol air byk2. Buat semak. Apa ko rasa???? Aku rasa sedih tau!!!

Bila aku ni jenis kuat shishing...bukanlah aku takley tahan shishing aku ni. Aku boleh je tahan. Sebab ada orang cakap klu mcm aku ni, kategori yg takley control. Ye ke? Dah habis ko minum air byk, dah tentu2 ko ke toilet kan. Takkan system pencernaan dalam badan kita nak biar ayor tu bertakung je dalam badan ni. Betul tak??

Tapi ajaibnya..lepas aku kahwin, family aku perasan, tak byk pit stop aku kalau g jalan mana-mana. Sebab??? Sekarang ni aku kena share dgn cik suami air dalam botol air aku tuh!!!! Dapat pulak suami yang jenis kuat minum air sama mcm binik nya. Hehe.... alasan aku tue.

Woi!!! Panjang nye mukadimah. Padahal nak cerita kekerapan shishing masa pregnant ni. Huhuhu....Hampun!!!

Yang sebenarnya, aku sgt penat sudah nak g toilet. Ko bayang kan office aku ni bentuk huruf U. Bilik aku kat hujung kaki U belah kanan. Toilet pulak kat hujung kaki U belah kiri. Haa...dah acaner ko rasa? Penat tak penat aku nak berulang every half an hour???? Penat hoi!!!! Tapi aku dah wat research, yang ni normal. Tp setiap 30 minit tue normal ke hek???!!!! Ke sbb aku jns minum air byk nih jadi kerap sgt ni???

Ok la... ini sedikit yang aku jumpa masa aku googling td. (Sedikit ke??Ahaks.Rajin baca. Tak rajin, ko baca takat cnie je hek?)

p/s : bkn hari2 la setgh jam hoi. ikt time jgk. kadang ikt hari. Kalau teruk..mst time cek air kencing nurse dpt detect kan..so..let it be... hukhukhuk

Mengapakah wanita hamil perlu kerap membuang air kecil semasa hamil? Kerap buang air kecil adalah ciri utama kehamilan. Hampir semua wanita hamil mengalaminya terutama pada trimester pertama dan ketiga. Malah, ia petanda awal kehamilan bagi yang tidak sedar. Kerap buang air kecil adalah kesan dari perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil. Bila kandungan semakin besar, badan kita akan mengeluarkan lebih banyak air kecil, tetapi pundi kencing pula semakin mengecut. Oleh sebab itu, walaupun pundi kencing sudah kosong, tekanan yang diterima membuatkan kita merasa seperti sudah penuh. Wanita hamil akan lebih kerap mengalaminya terutama pada akhir kehamilan iaitu ketika kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. Ada juga wanita hamil yang sukar untuk mengosongkan pundi kencing dan menyebabkan terpaksa berulang kali ke tandas.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/03/mengapa-ibu-hamil-kerap-kencing.html
Mengapakah wanita hamil perlu kerap membuang air kecil semasa hamil? Kerap buang air kecil adalah ciri utama kehamilan. Hampir semua wanita hamil mengalaminya terutama pada trimester pertama dan ketiga. Malah, ia petanda awal kehamilan bagi yang tidak sedar. Kerap buang air kecil adalah kesan dari perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil. Bila kandungan semakin besar, badan kita akan mengeluarkan lebih banyak air kecil, tetapi pundi kencing pula semakin mengecut. Oleh sebab itu, walaupun pundi kencing sudah kosong, tekanan yang diterima membuatkan kita merasa seperti sudah penuh. Wanita hamil akan lebih kerap mengalaminya terutama pada akhir kehamilan iaitu ketika kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. Ada juga wanita hamil yang sukar untuk mengosongkan pundi kencing dan menyebabkan terpaksa berulang kali ke tandas.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/03/mengapa-ibu-hamil-kerap-kencing.html
>>>>>sumber blog yang cite pasal ni. Mekasih erk. I tumpang copy<<<<<

Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan in disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.

Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.

Mengapakah wanita hamil perlu kerap membuang air kecil semasa hamil? Kerap buang air kecil adalah ciri utama kehamilan. Hampir semua wanita hamil mengalaminya terutama pada trimester pertama dan ketiga. Malah, ia petanda awal kehamilan bagi yang tidak sedar. Kerap buang air kecil adalah kesan dari perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil. Bila kandungan semakin besar, badan kita akan mengeluarkan lebih banyak air kecil, tetapi pundi kencing pula semakin mengecut. Oleh sebab itu, walaupun pundi kencing sudah kosong, tekanan yang diterima membuatkan kita merasa seperti sudah penuh. Wanita hamil akan lebih kerap mengalaminya terutama pada akhir kehamilan iaitu ketika kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. Ada juga wanita hamil yang sukar untuk mengosongkan pundi kencing dan menyebabkan terpaksa berulang kali ke tandas.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/03/mengapa-ibu-hamil-kerap-kencing.html

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 24 September 2013

HANDSOME, CANTIK


ko dah napa rajin naw up entry sampai 2x hari ni?? Sebab aku gumbira hari ni cik suami beli fresh orange n aku minum air sejuk2 tue. walawei....heaven ok...!!! 

Ok, handsome atau cantik... Korang pernah rasa tak bila ngadap cermin ko rasa ko handsome, kacak bergaya??? Ko rasa ko cantik, ala2 model atau wanita muslimah yang argh!!!! Diri sendiri tak tahan dengan lawa tak lawa nye ko.Haha...Pernah tak pernah???

Aku kadang-kadang je rasa. Especially bila time elok je pakai baju hari tu. Tidakla kata aku tak pernah elok pakai baju. Contohnya macam hari tue rasa eh...rasa bestnye tgk diri sendiri hari ni. Pakai baju padan je dgn jeans..padan je dgn tudung yang dipakai. Tambah pulak time tue pakai tudung bawal, elok pulak terletak kan. Haa...time tu mood bila keluar level confident tue di tahap maksima hokayh!!!! Ko mesti pernah rasa kan apa aku rasa kan??? Pastu muka tak malu ckp ngan orang sekeliling (orang terdekat jela)...eh..cantik tak sayang today? cantik tak adik hari ni? Kalau adik beradik aku, dorg iyekan je. Bia tak cantik pun. Malas nak layan kakaknye ni. Hehe
 
 
cantik macam dlm pic ni ok kot? sumber : google

Lelaki pulak acaner? Mesti korang budget2 macho kennnn.... apa perasaan korang hekk??? Nak tau jugak kan acaner kan acaner kan???

Itu je la aku nak cakap. Saje-saje je tgh aku takde keje ni. Hehe... Bubye...

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

PERASAAN TAKUT



Salam Selasa. =)

Entry today is PERASAAN TAKUT ye kawan2. Hehe...

OK, gni aku nak cerita. Kan aku skrg alhamdulillah esk da nak masuk 17weeks pregnant. So, dimanjai, disayangi sepenuh jiwa raga cik suami. Agagaga. Riak jap. Laki ko gtu jugakkan. Cepat angguk. Cepat angguk. =p

So, lepas cik suami blk keje dari ot, aku borak2 smbil bermnja-manja dgn dia. Tapi tiap kali aku rapat dgn dia sekadar nak bergurau senda, dia mst ckp...

" Hati-hati perut tue nanti kena kat abg"

Risau sgt anak dia dlm tummy ni tersepit. Hehe.... So, kami pun berbual-bual cerita itu ini. Suddenly, this idea crossed my mind. N I was directly asking cik suami.

" Abg, nanti kalau anak kita ni dah keluar, dia sedap2 tidur atas katil dia, then kite tgh borak2 mcm ni...mst abg suruh syg tgk je anak kite caner kan kat atas katil dia eventhough dia tgh sdap tido. Mst abg rasa curious je kan dgn anak abg?"

Ko tgk soalan aku tue. Ko rasa aku jelez tak? Soalan aku tue menggambarkan aku jelez tak dgn bakal anak sendri??? Well, mmg la aku akan sayang sgt2 kat anak aku. Anak sendiri ok!! Sape tak syg kate ko. Tapi, at the same time, aku takut. Takut manja aku dgn cik suami akan berkurangan sbb org cakap suami bila dah ada anak, dia akan lebihkan anak je. Buruk betul perception org sampai blh mempengaruhi aku.

Y Y aku ckp macam tue???

Ye la.. mana2 org mesti nak tau cite aku lepas aku gugur dulu. N caner aku boleh conceive semula n blablabla. Aku pun suke bercerita n juga cerita how cik suami is really strict menjaga aku utk 2nd pregnancy ni. Last2, mereka2 yang dgr cerita ni alih2 akan cakap macam ni...

" Alah...anak pertama..sulung...mstla jaga elok2. Tgk anak no.2 or seterusnya...mst tak caring sgt mcm jaga anak 1st "

N aku.... nak marah tue, entahlah. Mungkin suami mereka macam tue kan. Cik suami aku tak nak assume apa2. Cuma aku nak bersangka baik je sementara ni. SEMENTARA???? Haah..sbb aku tak tau dia caner lg. Hahha...

So, apa pendapat korang??Especially ahkah-ahkak yang ada anak dua tiga dah... Suami ahkak-ahkak ok ke layanan mereka selepas anak pertama,kedua ketiga n so on???


Aku tak nak layan sgt perasaan ni sebenarnya. Tapi bile terpk, syaitan pulak menghasut-hasut..aku perlu istighfar..untuk tidak bersangka buruk pada cik suami. Right?? Tak baik.

Sekian utk pagi ini. =))
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday, 23 September 2013

TANPA TAJUK


Assalamualaikum.

Monday blues?? Tak la.

Hari ni entry tanpa tajuk? Kenapa? Sebab boss aku dah bercuti selama 2 weeks. Dia pg holiday + survey2 tempat untuk sambung PHD.

Hee.... ape perasaan boss takde? Best la. Tapi, bila bos takde, takde inisiatif nak siapkan kerja laju2 macam selalu. Tak baik sangat aku ni.

Itu je nak cite. Bubye. Jom buat keje elok2. Boss takde, tapi Allah ada tgk kita bekerja. Kan??
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 18 September 2013

~MALAS MEMANJANG~


Assalamualaikum...

Hari ni dah hari rabu. Esok kames. Lusa Jumaat. Minggu depan sampai minggu lagi sekali (2weeks onwards), boss aku bercuti. Hip hip hooray. Gua sgt suke okayh. Hehe... Tapi ko tgk la nanti 3 hari yang mendatang ni. Boss aku menggila jawapnya bagi kerja. Huhuhu...

Hari ni nak cerita kemalasan yang memanjang je aku rasa. Kenapa kenapa? Aku rasa bukan sebab aku pregnant. Ini sebab kemalasan nak g kerja sampai teringat-ingat masa time jadi suri rumah dulu. SYIOK GILERRRR hokayh!!. Heaven je rasa. Yang tak heaven bila takde duit tue la. Huhuhu...

Kat ofis pun, boss bagi aku keje, aku buat keje. Time takde keje, dah naik muak ak stalk fb ha. Padahal dulu kemain aku tak on lgsg fb. Ini gara-gara kerje yang kadang2 byk smp x sesempat nak blogwalking, nak berinternet. Berkat gaji aku time bz dgn keje byk tue. Tapi bila takde keje aku dah mula boring. Huaaa


Dan, bilamana sedang berehat-rehat, tetibe boss suruh buat keje yang bkn tugas aku...aku jd...eeee....malasnye aku nih!!! Haha....ko tgk. Cube pk yang ko kena belajar ini semua. Kan?? Baru la ko rasa willing to do everything kan? Kan? hehe.

Aku rasa macam...boleh tak kalau bos bagi tue, ikut suke hati aku bile aku nak hantar? Haha.... Itu yang aku rasa la. Nak macam tu, ko jadi boss la kan. Haha...

Itu bila mood malas menjelma la kan. Macam time2 camni, aku tgh mengantuk sebab kekenyangan makan roti telur. Bukan roti canai telur k. Ingat nak buat milo, tapi karang makin melentok aku dalam ofis ni.

Oh... penyakit malas...pergilah kau dari sini... Jauh kan diri mu pada diri ku. Huarggh!!!!!!

Ok la. Nak sambung buat keje. Dadada
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 17 September 2013

~DIKALA USIA KANDUNGAN MENJANGKAU 16 WEEKS~


Assalamualaikum wbt....

Hari ni hari selasa kan? Semalam sedap kan bercuti. Best...

Aku cuti kali ni sgt2 bz. Nanti aku cite ak pg kenduri kawen hek....

Kali ni aku nak cite pasal gatal + stretch mark di perut. Since last week, suddenly perut aku sgt2 gatal. Dalam kepala ni ingatkan allergic makan ape. Mula la awan2 keluar mengeluarkan idea dan tafsiran2 memikirkan kenapa perut aku gatal. Hukhukhuk.

Sebab, ak pk, baru nak msuk 16wks, takkan dah start gatal2 perut aku ni? Maka, en.google la  yang aku cari sebab aku takut apa2 karang...ssh kan. Baru nak ada anak sorang, sekali perut dah macam hape pulak.

Aku just decide aku sapu2 je perut ni. No garu2 ok. I takut ok. Tapi walau di sapu2...keluar bintik2 gatal. Apakah???

Cik suami tempat mengadu domba. Gatal tidak dapat ditahan ok. Kami pun start cari lotion utk hilangkan gatal ni @ elakkan stretch mark yang bakal timbul.

Dengan sepantas kilat, aku dan cik suami pg guardian beli lotion ini.

sumber : mr. google



Ini lah dia lotion itu. Aku tak tau berkesan atau tidak. Try n see ok. Berharga RM 32.88 sen. Kot...Aku cume tak sure harga 88 sen tue je ha... Korang2 ada pengalaman tak kena gatal2 ni di saat trimester kedua especially yg baru 4 mnths nieh??


p/s : ukuran pinggang dah betambah. da hilang dah ukuran pinggang time anak dara n sebelum pregnant. Mak aku cakap pas bersalin ssh nak dpt semula kalau ko tak pantang berbarut dan berbedung bagai. Oleh itu, mari kita tanamkan keazaman nak seperti anak dara lepas bersalin nanti. Insha Allah.


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday, 9 September 2013

2nd PREGNANCY : PART 2


Assalamualaikum wbt n Salam 1 Malaysia

Aku ni dari hari rabu hari tue  nak sambung part 2 ni. Tapi tak dan2. Banyak keje. Huihuihui. Ok..jom sambung saat2 getir di kala 2nd pregnancy ni.

Kan hari tue cakap nak jmp doc bila da masuk 2 bulan? Tak mau awl2 kan? Hehe... Tapi, kami hanya merancang, Allah Maha Menentukan.

Masuk ke minggu ke-5, hari isnin aku cek upt +ve kan? Tapi hari kames tetiba spotting. Ya Allah. Aku sabarkan hati. Kitorang google2, ada yg cakap biasa, ada yang ckp bahaya. So, aku tunggu la sampai tengahari. Spotting still ada. Dahla baru hari ke-4 kerje, disebabkan paksaan cik suami, aku pegi jugak jmp bos. Citer hal sebenar. Then, dpt permission, zassss terus ke klinik kesihatan presint 3.

Sampai2, aku cite la dgn doctor. Kerisauan makin memuncak sebab aku pernah gugur. Masa tue aku tak la stress. Tapi, aku cuba utk tidak stress kan diri lagi. Then, doctor scan. Nampak kantung. Tapi tak nampak la mana la baby (embrio i think kalau umur baru 5 wks kan?). Tapi doc ckp size kantung ok blablabla. Then dia cuma ckp jgn stress, jgn angkat benda berat, n byk la jgn nya. Aku tanya la. Ubat kuat rahim takde ke doc? N ko tau doc ckp ape?

" Sebenarnya kajian dah mengatakan, ubat nie kalau dimakan pun, kalau dia nak jatuh, dia jatuh jgk. So, tak perlu la makan ubat tue"

Ko rasa???? Yes!! Rasa nak marah la kan. Takkanla takde any ubat. Yela. Bukan nak kata ubat tue penyelamat segalanya. Tapi.... at least kite berusaha. Yang lain semua keje Allah kan?? Cik suami still tny kat doc, tak boleh ke. Doc tak bagi jugak. Maka, aku lepas keluar je dari bilik tue, terus aku call mak aku. Mak aku suruh pegi KPJ. Dahla time tue kami laki bini mmg sengkek abes kata ko. Aku mmg takde duit lgsg. Yelah. Baru keje kan. Last2, pinjam duit along ak. In case kot tak cukup time nak bayar kat KPJ nti.

Shoot terus ke KPJ, doc scan npk la clear skit dari dkt KK. Adalah kecik je kat c2. Sebab awal lagi. Doc pun bagi nasihat yg sama dgn bnyk JANGAN nye. Tapi, dia bg ubat DUPHASTON. Utk 2 minggu. Lagi 2 minggu if x kurang lagi, pegi semula. Yang penting jgn stress.

Balik umah, aku rehat je. Baring makan ubat.Tapi masa tue aku tak tau nak pk apa. Nasib ada cik suami. Yang tak putus2 bagi kata2 semangat utk aku. Sungguh. Aku bersyukur dikurniakan suami seperti dia. Yang sentiasa ada, utk terus memberi semangat, supaya aku sentiasa positif. Tapi dah sudah dia bagi kata2 semangat tue, aku nanges jugak.

Aku lalui hari2 yang berikutnya dgn berfikiran positif. Seriously, aku tak pernah sepositif time tue. Heheheeh. Cuma bila kadang2 keluar fresh blood, aku terus down. Aku termenung. Memikirkan, kuat sangat ke aku ni sampai Allah nak duga aku laki bini smp 2x. Sungguh aku tak kuat. Aku ckp dgn mama abah, buat solat hajat utk keselamatan kandungan aku. N cik suami btau mak ayah dia. Kami juga lakukan perkara yang sama. Tapi aku pegang kata2 mama, kata2 cik suami yang mana dorg ckp, " Anak itu milik Allah. Dia bagi dekat kita sebagai pinjaman. Kena percaya dengan rezeki Allah. Kalau Dia terus nak bagi, syukur alhamdulillah. Kalau Dia nak ambil balik, itu hak Dia. Siapa kita nak halang. "

Kata-kata itu sentiasa jadi pegangan aku. Ye. Anak itu milik Allah Ta'ala. Yang penting kite berusaha dan berdoa. Kuasa semua atas Dia. N kata2 itu, buat aku jadi tak stress. Aku dan cik suami bersedia apa jua keadaan sementara nak tunggu check up lagi 2 minggu.

2 Minggu Kemudian

Aku pegi KK tue semula. Doc scan lagi. Alhamdulillah. Masa tue tak putus aku bersyukur pada Allah. Kalau dulu, dalam kantung tue, tak nampak, kali ni nampak anak kami membesar. Spotting still ada tau. Doc ckp jgn risau. Sebab baby membesar dgn baik eventhough aku still spotting. Tapi aku mmg tak buat keje lgsg. Cik suami take over everything ok. Hehe...

Tapi, doc still tak bagi ubat ape2. Aku pun pe lagi, pegi ke Pusat Rawatan Mesra dkt Serdang. Jmp Dr. Rahaya. Cerita2 semua. Then dia scan. Scanner dia terbaik aku cakap ok. Hee.. Alhamdulillah sekali lagi, npk anak kami dalam tue. Siap dgr heartbeat. Doc ckp everything is normal. Dia bagi ubat Duphaston tu utk seminggu.

Sejak dari hari tue, aku mmg tak buat apa2. Pegi keje time tue, keje tak bnyk. Syukur. Habis duphaston, spotting on off on off. Aku jmp Dr. Rahaya seminggu lepas tue. Doc scan lagi. Tgk baby is growing compared dgn last week. Syukur. Dr. Raya bg lagi ubat yg sama utk 3 hari. Dia ckp kan mkn smp spotting stop. Elok aku blk dr jmp Dr.... ptg tue, spotting dah tak de hingga ke hari ini. Syukur syukur syukur alhamdulillah.

N lepas tue kami keep jugak pg scan. Utk tgk perkembangan baby. adala dalam 2mgu sekali. CIk suami la yang risau sekali. Huhuhu..

Alhamdulillah, setakat ni baby normal. Tapi aku still dilarang buat kerja2 rumah sgt. Cuma kalau masa memula dlu dapur adalah dilarang masuk, skrg cik suami dah bagi aku masak2 dah. Kalau tidak, bulan puasa dlu mmg kamilah pengunjung tetap bazar ramadhan. Sampai naik muak aku pegi bazar ramadhan. Hehe...

Owh, puasa tahun ni, no shopping raya. Cik suami tak bagi begerak lama2. Jalan lama2. Bila aku memberontak, cik suami ckp

" Sabar, next year nak shopping lasak macam mana pun tak pe. Masa tue tak payah risau apa2 dah."

So, ikutkan jela. Hukhukhuk .

So, smp sekarang ni, aku masih berjaga-jaga. Tapi yang aku perasan, aku sgt tak kuat nak berjalan-jalan. Semalam pegi ioi mall, takat g mkn kat SUBWAY + beli barang kat DAISO, aku da lenguh gila kaki. Penat. Caner erk? Kena exercise ke erk? Huuu

Last but not least, mst ada korang2 yang cakap bahaya kan scan byk2 kali. Mak aku pun cakap mcm tue. Tp, aku percaya pada gynae2 yang merawat aku. Yang penting aku nak make sure baby sihat. Tapi sekarang aku da rehat dah hari scanning2 ni. Sebab aku tau, little caliph inside is very healthy. Itu aku harus percaya. Scan tak scan tgu week 20 ke, 24 ke...time tue nak tgk gender baby dah. Yeay!!!!

p/s: pengalaman miscarriage dulu buat aku lebih percaya semua ini adalah ketentuan Allah. Terima kasih Ya Allah kerana selalu membantu hamba-hambaNya.


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 4 September 2013

2ND PREGNANCY: PART 1

Assalamualaikum wbt.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku nak bitau, hari ni, cukup 14 weeks usia kandungan aku. =)

.Syukur alhamdulillah, aku dan cik suami bersujud syukur atas pemberian ini.

After 6 months waiting, stress and pk macam2 lagi, last2 we try to live,enjoy and happy2 together masa bulan June tue.( a month before pregnant)

Aku pernah cerita kan yang aku on medication then masa period test keluar double line kan? Tapi lepas elok hbs period, cycle macam biasa. N lepas dari kejadian tue, aku start berBBT. Aku tak faham sgt sebenarnya BBT tue. Tapi aku just try n ikut kefahaman yg aku study dari bloggers2 dan dari forum2. N pelik nya orang kata subur on day 14 or 16, tp tetiba aku tgk suhu aku naik mencanak on day 18. Cik suami pulak kna outstation. Tak jauh pun. Dekat Royal Chulan je. Tapi even dia kena keje pun, dia tetap balik mlm tue jugak. Tak tdo sana. Sebab aku cakap suhu aku ni macam tak betul je. We just try and error. Huhu...

Minggu sebelum aku test upt, aku interview kan? Dekat kementerian pendidikan ni. Then the same week jugak aku dpt tau aku dapat keje kat situ. Minggu tue jugak akak aku tunang. So, hari khamis supposely datang period. Tapi tak. Ok...aku mls nak excited. Tapi suhu still tinggi dalam 36.7 /36.8 macam tue. Aku ingat period aku datang lambat. So, balik kampung on Friday. Tgu2 sampai petang, tak period jugak. Last2 aku inform cik suami. Masa tue cik suami dah excited. Huhu...Tapi aku cakap jangan excited sgt. Rilex. Kita just keep ambil suhu every morning. Hehe... Tapi cik suami sgt alert dgn pergerakan aku. Dia cakap apa-apa pun kena hati2. So, aku yang mmg rajin ni...(ECEH!! PERASAN KATA KO!!), tepaksa slow down pegerakan la. Hehe... Tapi barang2 berat mmg aku tak angkat. Takut. Huu.

Ahad balik putrajaya. Penat sikit sebab sabtu tue bz kan akak ak tunang. Aku actually mmg takley dok diam. Ko hagak2 la...mak ko dahla tak sehat. Takkan ko nak berbaringan dengan laki ko dalam bilik. Ye tak??? So, sampai umah rehat2. Cik suami asek la nak suruh test. Aku tak mau lagi. Aku cakap tunggu pagi esok. Kalau nak diikutkan, dah 4 hari dah lambat period kan??  Tapi aku sabarkan hati ini. (Yang sebenarnya aku pun tak sabar!!!). Haha. Tapi dalam hati, dalam solat, aku tak putus2 doa, moga ada rezeki kami kali ni. Hehe..

So...pada hari Isnin, esok pagi nya la, aku pun amek la upt test aku yang aku beli dgn rege rm2 tue je. Ko bayang bapa byk kali aku try b4 aku dapat tau ak pregnant??? Aku beli upt rm2 ni 10 pcs tau. Last2 tinggal dua je. So, the last two pieces ni..aku amek 1 je dulu nak try. Hehe.. Dengan perasaan gementar...aku pun buat test. Tak perlu la ko nak tunggu seminit. Elok urine tue mengalir, keluar terus line. Tak macam bulan2 yg aku pgl trial month tue, asal aku cek je, mesti aku concentrate habis nak tgk ntah2 ada faint line ke ape. Haha.... Bila da tau result, aku mandi2, amek wudhu'. Dalam pada tue, gembira gile kot. Tapi excited terlampau tu, tak sgt. Y? Jap g aku cerita.

Elok pas siap semua, aku kejut cik suami elok2. Aku tunjuk upt yg ada double line tue dekat dia. Dalam keadaan mamai, terus segar, bangun n buat sujud syukur. Sungguh. Setelah sekian lama (6 bulan bg aku lama), kami bersyukur yang teramat atas pemberian Allah yg satu ini. Doa kami akhirnya dimakbulkan. Alhamdulillah. Tapi kami decide tak mau pegi check doc until aku da 2 bulan. We dont want to be too excited sbb lepas kejadian dulu, kami cuma nak berhati2. Jumpa doc lambat2 pun takpe. Plannya biar scan2 nampak terus besar. Hehe...

            Upt kecik ( 01/07/2013 -1st day test - warna da kurg sebab aku snap seminggu lepas test. hahaha. )
             UPT besat ( Jenama Dip n Test - ak test 3 hari lepas 1st test yang dibuat)

Kali ni aku tak test banyak2. Cukuplah. Macam aku cakap tadi. Tak mau excited sgt2. =)

Itu je citer part 1 utk pregnancy aku kali ni. Jap g, free2, aku cite pasal saat2 getir ... APA TUE?? Tunggu.

p/s: doakan kali ini Allah kekalkan rezeki anak ini pada kami. Aminn....anak mama behave ok dalam ni. Mama n baba will always pray may Allah protect you forever.
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...