Thursday, 20 June 2013

~KELUAR MULUT SINGA MASUK MULUT BUAYA~

Assalamualaikum

Selamat hari kames ye sesiapa yang membaca ni. Hari ni nak cerita pasal interview semalam.

Semalam pagi2 dah bangun iron baju cik suami n me. Cik suami ada test utk gref F29 dekat UM. Kebetulan aku pulak ada interview petang tue dekat puchong. So, takut cik suami lama test tue, aku pun siap2 terus ikut sebab nanti tak sempat pulak aku nak g interview. **kata ada kereta sorang satu, apahal pulak kongsi kereta ni??**-- hee...jimat minyak. lagipun cik suami cuti. Nak la bersama-sama dengan dia.

So, sempat la jugak balik rumah semula lepas cik suami habis test. Then, dalam pukul 230 aku gerak pergi puchong. Tempat yang dituju, Taman Perindustrian Puchong. Kilang ni kilang buat botol plastic. Macam botol minyak, jar container. Ha..macam tue la.

So, aku pun masuk kilang tue, nampak besar tapi kecik ya amat ofis dia. Mungkin dia asing kan management dengan production staff. Kalau tempat lama aku kerja, ktorang duduk satu ofis. So kenal semua orang. best!! Tapi bukan nak mengata, nak compare kilang jepun yang aku penah kerja, dengan kilang cina ni, dari segi 5s, totally out. Even before ni aku pegi interview kilang yg owner dia cina, mmg kurang 5s dorang. Mungkin dorang lebih mementingkan kerja dari kekemasan tempat kerja right??

Interview dengan director terus. Tekejut beruk masuk bilik director besepah dengan botol, document2 yang ada kedudukan file melintang, menegak dengan tidak terurus. **tetiba rindu kilang lama..haihla**

So,sesi interview berjalan lancar. Tapi time Q & A, aku lupa nak tanya pasal benefit medical, and allowance. Gaji aku letak RM2500. Karang demand tinggi karang tak dapat kerja pulak kan.

Soalan yang aku tanya pasal O.T. Last2 dia jawab " U kalau nak o.t, u jadi operator la. Ada ot. " Cit!!! Aku tny je pong!!! 

Soalan kedua, pasal cuti. Dia terus terang cakap, cuti dia amek yang wajib je. Macam raya cina, raya puasa, deepavali (nape kalau deepavali kita tak sebut raya deepavali erk??) Pehtue dengan hari keputeraan agong. Public holiday lain dorang tak amek. Even RAYA HAJI ko tau!!!! Dia kata tak penting. WTH!!!

Itu aku ok lagi la. Then aku tanya, dah kalau tak bagi cuti on public holiday, dia bayar double tak untuk cuti tue? Dia kata tak.
Yang lagi aku tak suka, bonus tak confirm dapat ye kawan2. Tgk pada KPI. If KPI tak capai yang dia nak, dia takkan bagi bonus. So ko jangan nak berharap la ko dapat bonus selagi ko tak perform bagus di mata dia. Increment pun sama hokeh. Tak semesti nya cukup setaun ko keje c2, ko dpt increment gaji hokeh. Cth kalau gaji ko RM2000, ko tak perform well 2 3 tahun pun, no increment ok. Dok takuk tuela gaji ko nanti. (Tetibe aku rasa, eh bertuahnya aku  kerja tempat lama dulu. Ofis selesa. Increment at least adala. Aku keje setaun setengah da boleh dapat 2 bulan bonus tau. Campur gaji, 3 bulan gaji aku dapat hoi akhir taun lepas....nyesal pulak. Keh2...)

Memula kan aku macam dah ok. Takpela. Aku nak keje je. Yang penting dapat duit. Kalau la dapat RM2500 tue, okla. Cuma aku nak tau apa allowance dia. Sebab aku lupa sangat nak tanya. Padahal itu selalu soalan wajib aku tanya kalau tiap kali aku interview sebelum ni. Hehehe.

Bila habis interview, masuk kereta cerita dekat cik suami. Cik suami serba salah nak bagi ke tidak kalau aku dapat kerja tue. Yela, dia cakap tak penting hoi raya haji tue. Tambah dia tak bagi, bila dia tak bayar kita double pay untuk bekerja masa public holiday.  Tambah kerja 5 1/2 days weekly tau. Bukan alternate okayh!!! 

Last2, selepas ditimbal balik, cik suami suruh tanya along aku yang keje hsbc tue. Kat sana, mmg takde public holiday langsung. Tapi sebab takde public holiday, dia bagi annual leave banyak. Benefit pun banyak. Even kalau ko rabun pun, dia claim kan tau buat spec mata ko tuh!! Dari segi benefit, hsbc aku boleh salute everything la.

Keje pun 5 hari seminggu. Silap ikut uk hour je. Masuk kul 4pm, balik kul 12pm. Aku suruh along carikan kalau ada kosong dekat cyber. So dekat sikit kalau balik malam pun kan?? Tengok acaner nanti ok.

Tue jela aku nak cita. Tetiba kan kalau selama ni masa kerja dekat kilang lama, dok p kutuk la n compare kilang aku dengan kilang jepun yang lain. Konon, yang kilang lain lagi best la. Habis dah ko compare dengan kilang jepun jugak kan????? Alih2 sekarang nie, tebayang-bayang kat bijik mata ni ha sampai juling-juling betapa cantik nya kilang aku dulu compare dengan kilang2 lain yang aku pegi interview ni. Kilang2 lain? Haih. Banyak nau ko g interview. haha...Takla. Baru 2 kilang cina aku pegi. Haha...1 aku tolak dlu. Yang aku tolak tue even tak lawa kilang dia, ok la dari kilang ni. Nyesal nyah. Nyesal. Kilang tue pun ikut public holiday and ada allowance tahu!!!

Inila dinamakan, ko KELUAR MULUT SINGA,MASUK MULUT BUAYA!!!! Aku tak sure la mulut singa ke mulut serigala. Macam gitula bunyi nye. Bila cite dengan cik suami, dia kata mmg macam tue. Lagi kita nak elak yang tak elok, kita akan berjumpa yang lagi tak elok jugak. Specially tempat kerja. Betul jugak cakap dia. 

Aku penin aku penin. 
Belum dapat lagi hokeh. Tak tau pun ada peluang ke tak dapat. Aku tengok list dekat guard tue, ramai orang yg datang interview. (ko ingat ko bagus sangat ke. Kalau ko bagus, nape orang dekat bangi tue tak amek ko keje. ** Sebab aku tak prepare sgt pun. Yang aku tahu, jadi tak tahu bila kena tny. =(( **

Harap2 tak dapat la. Ngeh ngeh ngeh. Tapi selalu yang kau tak nak tue la dapat. Rezeki dari Allah kan???

Ok la. Nak breakfast ni. Mama beli nescafe masa dia datang rumah aku. Alamatnye dah ada nescafe ni, hari2 la aku minum. Sebab tue la aku elak2 beli nescafe kat rumah aku ni. 

Itu sajork. Selamat bekerja yang bekerja. Selamat nonton utk suri rumah. Mohla kita kemas rumah bagi lawa skit hari ni. Adios!!

p/s: rumah korang mesti terkena jerebu jugak kan. Aku sekarang berkurung je dalam rumah. Sliding door,tingkap semua aku tutup. Asal bukak jer, bau asap menerjah. Udara tak bersih langsung. Ampai kain kat beranda tue nak bawak masuk dalam.Sidai baju dalam bilik kosong. Tidak baju semua bau asap. Jaga kesihatan korang okayh??? 



  

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...