Saturday, 22 June 2013

~I AM ADDICTED WITH NESCAFE~

Assalamualaikum

Entry kali ni nak cerita pasal betapa aku addicted dengan nescafe/kopi susu/kopi semua dari coffee shop. Hahaha.....

Tapi aku tidak la suka minum kopi O yang kena bancuh sendiri then minum2 rasa sikit kehalusan kopi itu. =))

Ni nak cite acaner aku nak handle ke-addict-kan aku nie.

Aku sangat pantang kalau nescafe ada dekat rumah. Sebab?? Sebab kalau ada, mesti aku akan minum. Nak2 bila tak keje ni kan. Alamatnya pagi petang siang malam aku minum. Kira boleh la dalam 2x sehari. Minum pagi n petang.

Itu belum termasuk lagi kalau aku pegi kedai. Siap belek2 menu air tue banyak kali. Tulis la fresh orange ke, limau ais ke atau apa jua la. Kalau aku order fresh orange, alih2 last minute aku tukar aku punya air kepada nescafe panas/ais.

So, disebabkan terlampau teruk, aku pun risau jugak la kan. Orang cakap kalau nak pregnant, kena kurangkan minum kopi ni. So, utk kebaikkan, aku berjaya hokeh menghilangkan sikit ketagihan aku yang satu ni. Punya la kuat semangat kan. Tapi kan, mak aku tue rilex je minum kopi time before mandong,da mandong pun. Ok je. Lain orang lain kekuatannya kan???

Bila nescafe aku kat rumah dah habis, aku da tak beli. Even pegi kedai pun aku dah jarang dah order.
Selalu aku order teh o atau pun teh tarik. Tapi yang sebenarnya selalu teh tarik la. Aku dan minuman bersusu tidak dapat dipisahkanla. But in shaa Allah, aku jugak seorang peminum air masak yang berbotol2 dalam sehari. Maka jadinya aku ialah pengunjung tegar toilet. Ekekeke. Sebab tue aku tak tahu apa tanda2 masa aku pregnant dulu. Orang kata kerap buang air kan. Tapi aku ni dah memang kerap sangat dah.

But then, kadang-kadang aku minum jugak. Bila nampak starbuck ke, kedai2 macam roti boy ke, kan ke kadang bau kopi kuat kan. N kalau jalan dgn mak aku or kakak aku, sah2 la dorang ajak beli kopi dekat starbuck. Uish...aku selalu order coffee latte vanilla punya. Sama dengan mak aku. Best woo...Bau dia menusuk kalbu n boleh menaikkan nafsu. =))

Nak diceritakan, last week mak aku naik putrajaya. Ada wedding dekat tg.karang. Esoknya dia keluar beli breakfast dengan akak aku. Aku masuk2 dapur, tengok ada botol nescafe. Mak aku beli nescafe sowh letak kat umah aku. Alahai. Tergoda iman I okayh!!!!

Maka, start dari isnin sampai rabu, menu aku pagi2, aku memang minum nescafe. Hehe... Tapi melampau pulak aku smpai buat lagi utk minum petang. Aku dah kata dah, aku dah kata. Jangan ada nescafe kat rumah aku ni. Haha...

So, aku dah mengambil keputusan utk tak minum nescafe kat rumah. Nak kalau, sila pegi kedai minum. So tak la ketagih sgt sebab aku jarang g kedai kan. So sekarang hari2 aku minum teh o atau teh tarik buatan sendiri la. Malam pulak aku minum susu dutch lady. =)

Ko nak tau solution acaner aku buat utk balance nescafe yang tgl banyak lagi tue? Dah kata kalau dah bukak, ko biar lama, nanti masuk angin pulak kan..... MAKA BEGINI LA JADINYA

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






Begini la rupanya. Aku seletep kan sekeliling tue. Hopefully tidak la masuk angin ye dak??? Nanti2 kalau parents aku ke, parents in law ke datang, aku bukak la semula. Buat masa ni, aku biarkan dulu. So, aku takla nak bukak n seal kan smula. Heee.....

Itu sajork.---

**currently dekat ofis cik suami ni. teman dia ot di hari sabtu. Boleh gtu. Seronok hoi orang goment kje. Selesa sgt tempat nya banding kan ko yang keje kilang. Hahahah....

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...