Tuesday, 22 October 2013

MASAK-MASAK DI MALAM HARI


Assalamualaikum wbt dan Selamat hari Selasa...

Udah Selasa. Yeay!!! Esk pg check up + nak scan baby dalam perut ni baby boy ke baby girl. Baby tak mau malu2 dgn mama n babah nanti k? Heee

Ok.. nak cite pasal masak-masak di malam hari.

Alkisahnya pas balik keje semalam, terus aku landing atas katil. Dah kata landing kan... mau nye tak terlelap mata ni kan? Cik suami kejut utk solat maghrib, pastu kesudahannya lepas je solat maghrib, kami sama-sama tdo. Cik suami sia ckp lg before lelap... " Kite start masak pukul 9 k " Pastue tdo...

Alih-alih ko tahu ktorang bangun pukul brapa? Pukul 12 malam hokayh!! Aku ni... mamai2... pk tak solat isyak lg... tak masak lg... tapi dalam hati 50-50 la nak masak ke idak. Sebab dah tgh mlm kan.

Tapi sebab dah tekad sgt dr ptg smlm aku nak masak tomyam.... Aku bangun, solat n terus masuk dapur. Lagi 1 yg jadi nak masak jugak sbb aku dah keluarkan lauk. Karang tak brapa elok pulak la kan keluar masuk fridge lauk tu. Hilang kesegarannya.

So, misi potong memotong ayam, sotong n sayur2 aku buat dengan cepat. Nasik aku suruh husband masak nasik 1 pot je. Sbb takut nanti membazir pulakkan klu masak byk2.

Cebur, campak kacau segala ramuan... maka terhasill lah....





Tom yam hentam saja.

Tak la rasa macam tom yam kedai. Tapi ini aku ingt2 lupa resipi mak aku. Ini namanya tom yam kampung hokayh. Kot ada kaki ayam pergh!!! Sedapnya. Selalu nya tomyam ni aku match kan dengan ikan goreng as penambah selera. Tapi itula kan.... Ikan dah habis. Tgl ayam daging sotong n lala. 

Dah pukul 1230 mlm baru start memasak, ko rajin ke nak goreng ayam pulak? So, aku rasa lengkap dah kot segala yang diperlukan dalam tomyam ni. Sayur n lauk2. Ko tgk tomyam aku..... byk tu kobis bunga.  Sebab aku sgt suke makan sayur2 dalam tomyam macam ni. Heee

Note: Nasik 1 pot tue tak cukup utk aku laki bini. Sebab kesian dkt cik suami, aku amek skit sgt nasik lebih kan sayur2 dalam pinggan aku. Sanggup rasa tak cukup sebab nak bg suami kenyang. Isteri mithali tak aku? **Ok... korang boleh muntah sekarang. hehe....

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Monday, 21 October 2013

HARI RAYA KORBAN ~ENTRY BERGAMBAR~


Assalamualaikum wbt...

Isnin sudah. tak payah nk Monday blues sgt la... dah pukul 3 ni. hiks!! Actually today mood terganggu skit. Sebab hari ni start selsema... Bertahan dgn dugaan Allah... klu blh tak mau la smp demam. Sebab ak mmg tak ambil ubt lgsg time preggy ni. Fobia noks!!!

Ok. Hari ni nak ada entry bergambar la pulak. Sebab adik aku baru je email pic raya. Even tak byk gmbr..boleh la dari takde ye dak? Tapi sayang pic rendang daging, rendang ayam n also kuah kacang aku tak amek pong. Tapi sedap cakap ko mak aku masak. (Sape2 pun akan ckp sedap masakan mak tu ye dak?) Sedapla sampai cik suami makan pagi tu saja bertambah 4x. Hehe...

So... mari tgk gambar raya. Heee.


So.... inila gambar keluarga kecil aku. 
Dari kiri (berdiri) : adik bongsu, aku, suami yang ku cintai, adik no.3 dan along aku
Depan (duduk) : abah n mama

Punyela nak bergambar dekat luar rumah. Kengkonon nak outdoor la sgt kan. Panas hokayh. Nasib panas pagi. Tahap lepas smyg raya, makan2...then terus bergmbar...sempatla sedut vitamin2 mana ada dari cahaya matahari tu.


Ini pulak sesi bergambar aku dgn cik suami. Ko npk tak gelojoh aku tarik leher suami nak kiss???? Kot geli tutup la mata tu hokayh!! Cik suami pulak macam " Ok syg...nak kiss kat mana ni? "" Wakakaka
Gambar pulak blurr kan. Adik aku la ni (tetiba nak salahkan adik aku).... mana aku tau dia amek gambar. Tidak aku statik jap cium pipi cik suami. Hehe...


Ha... yang ni even tak penuh..tp takla blurr n shaking pic.. salam jgn tak salam.


Time ni cik suami plak bersalaman dgn mama n abah. Ko tgk sape yg tgh diri tue. Npk sgt sememeh pemakaiannya. Aku la tue. Mak buyung yg baru nk buyung-buyungkan lagi perut dia. haha


Ni lak adik-adik aku yg tgh bersalaman dgn mama n abah. Ko tgk!!! Aku lg menyibuk berdiri. Dah kenapa pic aku asek takde kepala je. Cik suami la ni yg amek pic. =p


Dah tu je gambar. Ada lagi skit gambar. Tapi sbb ada pic aku yang tak semenggah (sbb aku rasa aku tak lawa sgt raya kali ni -----> budget aku lawa la tiap kali raya. wakakaka)... so, ini jela gambar yg aku nak bagi silent reader yang baca blog aku ni. Hehe.. Mekaseh la walaupun takat singgah2 cuci taiik mata yang lekat kat mata tue. Huu... jgn marah.

p's: pas ni nak rajin skit bergambar la. Baru macam best blog aku ni. Huhuhu 












InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 17 October 2013

TERINGIN


Assalamualaikum wbt...

Hari ni dah hari khamis dah. Yeay!!! Esok jumaat then cuti. Yes! Yes! Sambil lompat bintang!!

Well... hr ni kan, takde keje sgt dkt ofis. Cuma ketidak selesaan kain baju kurung ni yang dah semakin ketat sbb baby dah makin membesar kan. Alhamdulillah...xmo merungut. Xmo merungut.

Ape yang teringin sangat tue? Mengidam ke? Hehe... takla... setakat ni xde la ngidam bukan-bukan. Aku ngidam semua hand made cooked punye. Itu pun yg aku masak sndri. Haa... kan senang.

Yang aku teringin is... aku teringin nak macam blogger-blogger yang lain. Amek ttg susun atur dapur la.. susun atur ruang tamu, cerita buat ape hari ni + dgn gambar sekali tau. Sbb aku pun suka baca. Tgk pic2 dorg jadi sumber inspirasi jgk kan???

Tapi... aku tak serajin mereka. Pemalas hampeh!! Kadang nak snap pic makan ape...then plan esok nak citer dalam blog walau pun aku tidak la pandai masak sgt kan. Tp aku just snap, tp post kat instagram sajork!!! Sbb aku malas nak transfer2 bagai. Sebab aku rasa, orang lain lg menarik dr crita aku. Huihuihui. Sungguh ni aku ckp ni tau!!

Macam raya haji kelmarin, nak je snap diri sendiri ni yang buat adik beradik aku rs pelik perut aku dah besar. Nak amek gambar rendang ayam, daging n kuah kacang yang superb dari air tangan mak aku, nak cerita caner aku buat kek coklat dgn adik2... tapi aku tak terpk nak amek pong semua tue!!!

Mungkin sbb aku dah lama tak post anything dkt facebook, n dah lama tak cerita2 semua ni.. so aku lebih rela aku enjoy sendiri. Padahal semua tue kenangan hoi!!!! Dan aku rasa blogger lain CONFIRM akan ambil kan? At least skit la kan? Ntahla aku ni... kata nak jadi blogger. Tapi takat cni je kot. Tak sehebak orang lain lagi.

Sobs!!

Dah tue je nak citer. Bubyy!!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 8 October 2013

2ND PREGNANCY: STARBUCK, COFFEE BEAN... NESCAFE, KOPI MCD, DAN SEANTERO DGNNYA~

Assalamualaikum wbt.

Hari ni byk keje oi!!! Takpe. Byk keje maksudnye sentiasa buat keje. Ni pun aku rehat jap. Rasa lama nau tak hupdate blog.

Ko kalau baca entry aku hr ni ko rasa ape?? Adakah aku tgh mengusha harga..adakah aku kaya beli kesemuanya hari ni? Takde maknanye.. Den gaji tak dapek2 lagi ni ha. Deng!!!!

Sebenaqnya..... da 19 weeks ni, aku berjaya tidak minum air kopi. Tapi!!!!! Last week (18wks pregnancy) , aku telah buat nescafe o yg sgt cair. Dapat rasa pun takpe. Takde sape yang tau. Kahlkahkahkah (gelak jahat).

Aku tak tau cik suami dpt tak cari blog aku ni. Yang dia tau aku ada blog je. Hehe... Kalau dia tau, n dia baca post aku yg ni... mati la dia bebel. Ko tau dia bg aku minum kopi ni bile??  7 BULAN HOI!!!! Bulan 12 ha baru blh minum. Sadis tak?? Aku peminat tegar hokayh kopi2 ni.

Starbuck tu, kengkadang la kot ada rezeki lebih aku beli la kat drive thru highway plus tue. Coffee Bean sbb aku ngidam... nescafe (NAKKKKKKKK SGT!!!!!!!), kopi MCd sbb skrg McD dah keluar byk jenis coffee..aku rasa nak try semua.... argh!!!! Seksa jiwa batin.

TAPI......

Aku tau aku perlu berkorban utk anak ini. Aku tau aku tak sekuat mcm org pregnant yg lain. Aku pregnancy woman yg sgt perlu berhati-hati sentiasa. Melasak lgsg tak boleh. Semua tue dugaan kan?

Tue je nak cite.

*** Korang suke tak minum kopi?? Sedap kan? Bau dia..nyum2...
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 1 October 2013

AL-FATIHAH


Assalamualaikum wbt...

Actually nak update cite ni smlm... tapi sbb sedikit je sibuk, so kite cite hari ni.

Aku tak mau cite details. Cuma ingin memaklumkan.

Al-Fatihah kepada arwah suami kawan aku masa foundation kat Kulim dulu atas pemergian suaminya ahad lepas.

Kenapa aku tetiba nak up cerita ni padahal kawan tu tak rapat pun. Well, as a muslim..kita harus berasa simpati kepada setiap yang terjadi. Semuanya atas Qada' Qadar Allah. Semuanya atas ketentuanNya.

Kalau korang baca paper Berita Harian atau Sinar Harian, ada tajuk Pengantin Baru Lemas dekat Air Terjun Asahan.

Details mengenai ini, sape2 yang baca tau la. Aku tak sanggup nak cerita. Menyayat hati. Sebab.... arwah lemas depan mata si isteri.

Yang lagi sedih, yang buat aku hampir menangis... sbb dorang tak sampai sebulan berkahwin. baru kawen awal september hari tu. Honeymoon di Korea. Saat indah pengantin baru tak hilang lagi, kini dah kehilangan suami.

Allah lebih menyayangi suami dia. Moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnn


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...