Monday, 9 September 2013

2nd PREGNANCY : PART 2


Assalamualaikum wbt n Salam 1 Malaysia

Aku ni dari hari rabu hari tue  nak sambung part 2 ni. Tapi tak dan2. Banyak keje. Huihuihui. Ok..jom sambung saat2 getir di kala 2nd pregnancy ni.

Kan hari tue cakap nak jmp doc bila da masuk 2 bulan? Tak mau awl2 kan? Hehe... Tapi, kami hanya merancang, Allah Maha Menentukan.

Masuk ke minggu ke-5, hari isnin aku cek upt +ve kan? Tapi hari kames tetiba spotting. Ya Allah. Aku sabarkan hati. Kitorang google2, ada yg cakap biasa, ada yang ckp bahaya. So, aku tunggu la sampai tengahari. Spotting still ada. Dahla baru hari ke-4 kerje, disebabkan paksaan cik suami, aku pegi jugak jmp bos. Citer hal sebenar. Then, dpt permission, zassss terus ke klinik kesihatan presint 3.

Sampai2, aku cite la dgn doctor. Kerisauan makin memuncak sebab aku pernah gugur. Masa tue aku tak la stress. Tapi, aku cuba utk tidak stress kan diri lagi. Then, doctor scan. Nampak kantung. Tapi tak nampak la mana la baby (embrio i think kalau umur baru 5 wks kan?). Tapi doc ckp size kantung ok blablabla. Then dia cuma ckp jgn stress, jgn angkat benda berat, n byk la jgn nya. Aku tanya la. Ubat kuat rahim takde ke doc? N ko tau doc ckp ape?

" Sebenarnya kajian dah mengatakan, ubat nie kalau dimakan pun, kalau dia nak jatuh, dia jatuh jgk. So, tak perlu la makan ubat tue"

Ko rasa???? Yes!! Rasa nak marah la kan. Takkanla takde any ubat. Yela. Bukan nak kata ubat tue penyelamat segalanya. Tapi.... at least kite berusaha. Yang lain semua keje Allah kan?? Cik suami still tny kat doc, tak boleh ke. Doc tak bagi jugak. Maka, aku lepas keluar je dari bilik tue, terus aku call mak aku. Mak aku suruh pegi KPJ. Dahla time tue kami laki bini mmg sengkek abes kata ko. Aku mmg takde duit lgsg. Yelah. Baru keje kan. Last2, pinjam duit along ak. In case kot tak cukup time nak bayar kat KPJ nti.

Shoot terus ke KPJ, doc scan npk la clear skit dari dkt KK. Adalah kecik je kat c2. Sebab awal lagi. Doc pun bagi nasihat yg sama dgn bnyk JANGAN nye. Tapi, dia bg ubat DUPHASTON. Utk 2 minggu. Lagi 2 minggu if x kurang lagi, pegi semula. Yang penting jgn stress.

Balik umah, aku rehat je. Baring makan ubat.Tapi masa tue aku tak tau nak pk apa. Nasib ada cik suami. Yang tak putus2 bagi kata2 semangat utk aku. Sungguh. Aku bersyukur dikurniakan suami seperti dia. Yang sentiasa ada, utk terus memberi semangat, supaya aku sentiasa positif. Tapi dah sudah dia bagi kata2 semangat tue, aku nanges jugak.

Aku lalui hari2 yang berikutnya dgn berfikiran positif. Seriously, aku tak pernah sepositif time tue. Heheheeh. Cuma bila kadang2 keluar fresh blood, aku terus down. Aku termenung. Memikirkan, kuat sangat ke aku ni sampai Allah nak duga aku laki bini smp 2x. Sungguh aku tak kuat. Aku ckp dgn mama abah, buat solat hajat utk keselamatan kandungan aku. N cik suami btau mak ayah dia. Kami juga lakukan perkara yang sama. Tapi aku pegang kata2 mama, kata2 cik suami yang mana dorg ckp, " Anak itu milik Allah. Dia bagi dekat kita sebagai pinjaman. Kena percaya dengan rezeki Allah. Kalau Dia terus nak bagi, syukur alhamdulillah. Kalau Dia nak ambil balik, itu hak Dia. Siapa kita nak halang. "

Kata-kata itu sentiasa jadi pegangan aku. Ye. Anak itu milik Allah Ta'ala. Yang penting kite berusaha dan berdoa. Kuasa semua atas Dia. N kata2 itu, buat aku jadi tak stress. Aku dan cik suami bersedia apa jua keadaan sementara nak tunggu check up lagi 2 minggu.

2 Minggu Kemudian

Aku pegi KK tue semula. Doc scan lagi. Alhamdulillah. Masa tue tak putus aku bersyukur pada Allah. Kalau dulu, dalam kantung tue, tak nampak, kali ni nampak anak kami membesar. Spotting still ada tau. Doc ckp jgn risau. Sebab baby membesar dgn baik eventhough aku still spotting. Tapi aku mmg tak buat keje lgsg. Cik suami take over everything ok. Hehe...

Tapi, doc still tak bagi ubat ape2. Aku pun pe lagi, pegi ke Pusat Rawatan Mesra dkt Serdang. Jmp Dr. Rahaya. Cerita2 semua. Then dia scan. Scanner dia terbaik aku cakap ok. Hee.. Alhamdulillah sekali lagi, npk anak kami dalam tue. Siap dgr heartbeat. Doc ckp everything is normal. Dia bagi ubat Duphaston tu utk seminggu.

Sejak dari hari tue, aku mmg tak buat apa2. Pegi keje time tue, keje tak bnyk. Syukur. Habis duphaston, spotting on off on off. Aku jmp Dr. Rahaya seminggu lepas tue. Doc scan lagi. Tgk baby is growing compared dgn last week. Syukur. Dr. Raya bg lagi ubat yg sama utk 3 hari. Dia ckp kan mkn smp spotting stop. Elok aku blk dr jmp Dr.... ptg tue, spotting dah tak de hingga ke hari ini. Syukur syukur syukur alhamdulillah.

N lepas tue kami keep jugak pg scan. Utk tgk perkembangan baby. adala dalam 2mgu sekali. CIk suami la yang risau sekali. Huhuhu..

Alhamdulillah, setakat ni baby normal. Tapi aku still dilarang buat kerja2 rumah sgt. Cuma kalau masa memula dlu dapur adalah dilarang masuk, skrg cik suami dah bagi aku masak2 dah. Kalau tidak, bulan puasa dlu mmg kamilah pengunjung tetap bazar ramadhan. Sampai naik muak aku pegi bazar ramadhan. Hehe...

Owh, puasa tahun ni, no shopping raya. Cik suami tak bagi begerak lama2. Jalan lama2. Bila aku memberontak, cik suami ckp

" Sabar, next year nak shopping lasak macam mana pun tak pe. Masa tue tak payah risau apa2 dah."

So, ikutkan jela. Hukhukhuk .

So, smp sekarang ni, aku masih berjaga-jaga. Tapi yang aku perasan, aku sgt tak kuat nak berjalan-jalan. Semalam pegi ioi mall, takat g mkn kat SUBWAY + beli barang kat DAISO, aku da lenguh gila kaki. Penat. Caner erk? Kena exercise ke erk? Huuu

Last but not least, mst ada korang2 yang cakap bahaya kan scan byk2 kali. Mak aku pun cakap mcm tue. Tp, aku percaya pada gynae2 yang merawat aku. Yang penting aku nak make sure baby sihat. Tapi sekarang aku da rehat dah hari scanning2 ni. Sebab aku tau, little caliph inside is very healthy. Itu aku harus percaya. Scan tak scan tgu week 20 ke, 24 ke...time tue nak tgk gender baby dah. Yeay!!!!

p/s: pengalaman miscarriage dulu buat aku lebih percaya semua ini adalah ketentuan Allah. Terima kasih Ya Allah kerana selalu membantu hamba-hambaNya.


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

2 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

yana pun masa mula2 setiap 2mgu gi scan sbb risau kan.. ada yg kata tak elok scan bnyk klai tapi den pedulik hape. doktor tu tak cakap apa pun.. dan alhamdulillah baby okay je. dah memang rezeki kita watlah apapun insyaallah jadi milik kita

Nurul syuhairah Anuar said...

kan...ramai sgt yg tak bagi scan byk kali. tp sbb kite dah merasa mcm mana kehilangan dlu..so, kali ni klu blh nak tgk betul2 perkembangan dia.

p/s: sorry.. baru perasan comment. da bersalin ke? x sbr nk tgk baby yana. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...