Korang semua mesti gembira kan kan sebab hari ni jumaat. Esok cuti. Senin pun cuti ko. Lahai... gembira nya hati.
Takpe, takpe. Aku ngerti kok perasan itu. Sebab aku pernah rasa bekerja n heaven kot kalau tau hari ni hari jumaat n Isnin cuti. Lama tue eventhough 3 hari. Tapi now aku rasa biasa je. Mungkin dok umah hari2. Aku happy kalau cuti lama-lama sebab aku boleh bermanja je dengan cik suami. Fuh...
Ok... bercerita pasal keperluan dan kehendak? Apa yang korang rasa keperluan bagi aku. Meh aku list la ape yang patut.
KEPERLUAN
- Segala jenis bahan mentah yang diperlukan untuk memasak -- HARAP MAKLUM. aku x kerja. Gaji cik suami pun cukup2 je. So, adalah baik aku membeli dengan hanya RM60 rgt seminggu untuk masak dlm seminggu. Kalau makan kedai, sekali makan rm12 utk 2 org. Ko darab RM 12 x 2 = RM24. So.. dah kalau 7 hari?? RM168.. Sekali ganda setengah. Banyak woo blh jimat. Tapi sekali sekala tue boleh la kan ko nak makan luar. Pemalas nau ko kalau hari2 makan lua. Haha
2. Elektrik, air, washing machine, fridge
Ini wajibla. Tidak mana ko bersejuk pakai kipas, on washing machine, basuh pinggan bagai
kan.
3. Television
Aku tau certain2 couple out there yang newly wed kan... ada jugak yang tak ber tv. Tapi aku,
wajib ada!! Sebab aku suri rumah and aku kaki tv. Ko nak biar aku mati keboringan ke kalau
takde tv. Ok.tak dak la sampai mati kan. Tapi ko bayangla, dah la tak de anak, tetiba ko pulak tak keje. Ha!! Tak ke melampau boringnye tue.
4. Tilam
Ah ko... dah kata dah kawen, wajiblah ko ada tilam ni. Tapi ada jugak couple yang tak kesah
memula kawen tido kat atas toto je. Aku bertuah la cik suami sangat mementingkan tilam dan katil.
Before kawen ktorang beli tilam yang tebal and tinggi tue. Mekaseh. Owh..kami tak beli set okeh..
5. Kereta
Aku rasa kalau aku tak keje sekarang,sepatutnya aku pakai 1 keta je dalam rumah tangga aku nie.Tapi ken.. dah aku penah keje.Pulak tue aku baru amek keta. Ko nak jual balik tidakla kan. Dah sah2 aku yang kena tambah duit lagi. So..aku berdoa moga aku dapat keje secepatnye. Aminnn
6. Gas n dapur
Wajibla. Tidak takkan aku nak masak pakai kayu api kot kat quarters kerajaan ni. Ada org pgl
bomba ingat asap apa kat rumah nie. Wah!!!
7. PAD!!!!
Sebagai perempuan, aku rasa ini keperluan aku every month. Selagi aku x ngandung, selagi itu aku perlu pastikan yang benda ini ada dengan aku. Ko ingat ni zaman dulu ke nak pakai towel good morning tue. Woohooo!!!
8. Udah2la.. ko takkan la nak list semua. Benda yg wajib la kan.
KEHENDAK
1. Langsir Rumah
Aku actually nak beli langsir rumah n ikut design eric leong tue. Nak alih tmpt nyangkut langsir kasi
up smp siling. Hehe. Pastu mcm2 nie dalam kepala aku nak beli color itu, color ini. Wahahaha.
2. Cadar akemi 2 3 set yang sekali ngan comforter.
Aku baru ada 1. itupun beli masa memula beli katil before kawen. Laki aku cakap nak pakai nanti
bile kita dah kawen. hehe... Aku sekarang pakai cadar n comforter yang semua orang kasi hadiah
kawen. Seb baik korang bagi yang up to date nye design. Takla aku rasa old skul.
3. 1 set kerusi lagi.
Rumah aku nie, cik suami dah beli dah 3 seatersnye jer... Aku macam kesian pulak kalau family aku
datang ke, kwn2 datang ke, duduk la atas tikar sebab nye tak cukup kusi.
4. Karpet Mahal
Impian aku nak beli karpet besar yang mahal tue. Yang berjuta benang dia yang kita baring pun sedap
je. Pengaruh dari mana ni?? Since bapak aku beli karpet utk aku tunang ri tue la. Pergh... Xpayah
pakai toto tido pun dah lena.
5. Gelang Emas
Teringin woo... kawen ari tue aku dapat rantai. Cincin dah masa tunang n risik. Korang kat luar yang tak kawen lagi, mintaklah dengan bf or bakal suami cincin yang berat2, rantai yang mahal.. sbb korang tak tau nanti karang dah kawen, susah dah nak mintak. Err.. mungkin ada sifat kasihan dekat suami tue ada sebab dia cari rezeki utk kita.So kita pun, nak2 yang berkerja..takpela. I beli sendiri je.
So, korang mtk la before kawen. Baru tak terasa. MACAM SAPE??? MACAM AKU!!!
6. Meja konsole
Sebab aku nak melawokan lagi rumah aku nie. Walaupun murah, rege lam 100 je, tapi buat masa sekarang aku sangat berkira okayh???
7. Tilam n katil
Ni nak letak kat bilik tamu yang kosong. Bukan takat utk tetamu, yelah.. tak ramai pun nak datang
rumah aku ni. So, kalau aku beli, boleh aku tido skali klu boring2. Ubah mood pegi tdo bilik lain kenn
Mesti korang terpk pk kannn aku tak teringin ke nak beli handbag, kasut, baju kerr... Haha.. Aku nie kalau aku dah selesa dengan sesuatu terutama handbag n kasut, aku pakai yang tue la sampai buruk. Even handbag mahal aku yang beli utk hantaran tue pun aku pakai kalau ada kenduri je. Tidak aku pakai bag aku beli kat uptown kajang ke. Harga: RM25 sahaja ok. Baju?? Aku pakai je yang mana ada. Sampai kan orang boleh perasan kot. Dia nie dok tukar baju yang sama je. Eh...suka hati aku la. Ada aku kisah?? Actually, aku sgt cerewet nak beli baju. Time aku mencari, takde pulak yang berkenan. Time aku tak cari and kurang duit, time tue pulak ada design yang berkenan. So??? Aku malas layan perasaan itu dan terus tak beli. Malas.
Actually, aku nie, jenis tak bermake up. So takde masalah lah time cik suami takde duit time tue la ko nak beli barang make up kan. Jimat duit. Even time bujang pun aku pakai bedak johnson je tepek kat muka. Until now.
Aku nie jenis, suka makan. Kalau time cik suami ada duit, aku prefer ajak dia pg makan sedap. Orrrr time aku ada duit, aku lebih suka mencantikkan kereta aku. Rumah aku. N aku lebih prefer pada gadget2 ni la.
Ha... cenggitu.
Kot aku ada anak nti, mungkin aku lebih membazir kepada barang dia. Kata anak ko kan. Wajiblah ko mencantikkan dia sebab ko nak nampak dia comel. macam orang lain jugak.
Tapi, 1 kehendak aku la, aku teringin nak belajar make up la. Kira nak la try make up time2 period tue kan. Make up kat rumah la. Bagi cik suami bukak pintu terkejut tgk kejelitaan binik nye ni. Kenapa time period?? Sebab tak menyusahkan aku nak cuci bagai bila nak solat. Yang buat aku tak faham, kenapa kenapa dan kenapa, aku selalu tengok mereka2 yang bermake up mencuci make up mereka tidak sebersihnya ketika hendak bersolat dan berwudhu'. Kadang2 terang2 kot kat bawah mata tue, eyeliner ada lagi. Pastu solat. Apakah aku ketinggalan zaman erk kot2 la ada eyeliner yang boleh dipakai untuk solat hingga waktu berwudhu air akan melaluinye dan sampai ke kulit? Ada tak beb?? kalau ada inform aku, aku nak beli jugak. heee
No comments:
Post a Comment