Wednesday, 30 November 2016

REZEKI


Assalamualaikum....

Few months dah tak update blog kan??? Banyak benda nak cerita..pasal cake..pasal life... tak tahu mana nak cerita. HUhuu

Ok la hari ni kite cite pasal rezeki eyh??? Rezeki tue datang dalam pelbagai cara. Ada rezeki kebahagiaan, rezeki untuk terbuka hati untuk menjadi hamba yang taat pada Pencipta nye iaitu Allah SWT. Ada rezeki zuriat yang ramai...rezeki kesihatan yang baik, rezeki kecukupan hidup... banyak!!!

Sekarang ni... lepas dah 2 tahun lbh merasa tidak pernah rasa tak cukup.. maksudnya aku sentiasa rasa cukup segalanya... tapi Allah jentik sikit dengan dugaan ditarik rezeki anak kedua a.k.a ketiga la sebab this is my 3rd pregnancy. Tapi Allah bagi rezeki aku kekuatan yang tak pernah aku jangka aku akan menerima seredhanya dengan pergi nya anak dalam kandungan. Kemudian Allah duga dengan business husband down.... kewangan slow2 makin perlu di sekat sekat perbelanjaan. Tapi Allah jentik supaya kita sentiasa ingat akan Dia. Bukan la bermaksud kite ni melupakanNya terus... tp mungkin saat2 diberi rezeki yang melimpah ruah ada kelalaian yang tidak kita sedari yang telah kita lakukan.

Tapi disebalik yang terjadi kita perlu bersyukur...Allah baru jentik kite dgn itu.... supaya kita tidak terus terleka. Allah tak terus menduga kita sebagaimana yang pernah aku lalui sebelum2 ini (awal2 perkahwinan)..

Saat kita rasa kesedihan.. Allah tunjuk pada kita ada lagi yang lagi teruk keadaan nya yang diduga. Terlalu banyak berita buruk untuk aku dengar dan terima. Makcik aku...adik mama... disahkan mengidap kanser tisu (not so sure apa nama dia)... yang mana di beri pilihan untuk buang terus kanser itu ataupun buat kimoterapi. Kanser tue pulak dekat mata. Allah... Hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa berat nya untuk mak ja hadapi semua itu. Kuatkanlah hatinya.

Terlalu banyak perkara buruk yang terjadi..mungkin untuk buat kite sedar dari terus terleka akan nikmat yang Allah bagi. Atau mungkin untuk kita sedar, akan balasan dosa2 yang telah kita lakukan saat lalu. Allah sahaja yang Mengetahui segala galanya. Bukan untuk orang lain....tetapi untuk diri sendiri untuk sentiasa berasa khilaf dan rendah diri akan kenikmatan yang diberi..

Sungguh... untuk berasa kuat....compare kan lah diri kite dgn org yang melalui lebih teruk dari ape yang kita rasa. Jangan...jangan sekali kali kita compare kan diri kita dgn melihat mereka yang lagi atas dr kite. Jadikan org yg diatas sebagai sumber inspirasi untuk kite mncari rezeki yang lebih baik dan untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dan soleh/solehah....

Till then.... bye.
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 1 September 2016

BILA MOOD DATANG ASEKKK LA NAK UP STATUS DEKAT FACEBOOK


Assalamualaikum...

saje je nak tanya2... korang pernah tak kadang ada time korang malassss sgt nak share ape2 or up status dekat fb... kadang2 kemahen ha asekkk la ko nak up status dekat fb??

Macam aku sekarang la. Aku rasa hari ni ada banyak kali aku up status dekat fb. Takpe2. Nanti esok2 aku delete balik sebab tetiba rasa macam tak penting je semua tu. Hahahaha. Nafsu nak meng up status datang lerrrrr tu.

Actually rajin nak up status ni sejak start buat business cake... Opss!!! Business cake??? Yeah!!! Baru je start alhamdulillah dapat sambutan memberangsangkan. Nanti2 aku up gambar-gambar cake yang aku buat ye. Dengan harga sekali. Betul la org ckp kita kalau nak buat sesuatu kena berguru. Tapi dalam masa yang sama ko kena rajin buat research. Alhamdulillah setakat ni mmg resipi yang aku belajar berguru tu semua menjadi.

So nantikan eyh. Tunggu tau!!!!!

Till then... daaaa!!!
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Tuesday, 16 August 2016

FULLY WEAN OFF INSYIRAH

Assalamualaikum...

Lama sgt tak tulis2 dalam blog. Ntahla kenapa. Mood kelaut nak ngadap laptop. Asek baca blog org je kan.

Well hari ni sebenarnya baru nak datang mood nak memblog sebab laki aku dah belikan laptop.weettt weet!!!! So i have my own laptop already!!! Beli pun sebab ada small project yang bakal dilancarkan end of this august!!!

Ok talking about wean off Insyirah when she was 2y4m... sebab sebenar ialah masa tu aku sah pregnant and keep spotting!!! Then husband suggest to fully wean off her. Sebab ye la ikut condition aku it quite risk la kan untuk teruskan menyusu insyirah. Lagipun insyirah dah boleh minum susu fm. Kitorang bagi susu kambing sebab susu kambing kan yang terbaik lepas susu ibu. Well..... bukan senang jugak nak bg dia susu kambing tu. Seolah olah miracle gilerrrr tetiba dia boleh nak minum susu lain. N pasal pregnant tue nanti aku citer la ye. Dah miscarriage dah pun. =(

Alhamdulillah process wean off insyirah malam sangat sangat sangat dipermudahkan oleh Allah. Sebab ntahla.Sebelum sebelum tu pun aku perasan yang dia lebih kepada nak mengempeng untuk lelapkan mata. Kalau aku cakap ummi sakit..insyirah hisap sikit je..then terus dia lepas n termenung untuk lelapkan mata.

Lagi satu aku pernah baca dekat 1 blog ( tak ingat blog mana nak mention pun), dia ckp doa ibu tu kan mustajab. Amalkan solat hajat minta dengan Allah moga permudahkan urusan wean off sebab anak pun dah cukup umur 2 tahun lebih. Alhamdulillah doa itu Allah makbulkan. So process wean off tak perlu nak letak asam jawa la...sirap la apela kan. Syukur.

Tapi tips eyh.... bukan ambil masa yang sekejap untuk wean off malam. Aku rasa since dia stop wean off siang.. bila malam nak tido memang aku akan cakap benda yang sama kalau dia nak bf..ummi sakit...insyirah dah big girl..kena hisap sikit je. Take time jugak. Dalam masa yang sama ko kena cut bagi bf dia malam. Hanya bagi masa nak tidur je. So itula pengalaman aku wean off Insyirah dulu.

So sekarang dia pun dah banyak makan. Bagilah ape pun dia ngap je walaupun tak lah habis licin. Tapi at least yang penting dia makan kan??? So ok lah untuk aku laki bini.

So lepas miscarriage last month nak bagi badan sihat balik. InshaAllah diizinkan Allah aku nak conceive balik secepatnya. Tapi itu semua ketentuan Allah SWT. Allah bagi rezeki anak sihat, suami sihat..makan pakai duduk cukup...itu pun satu rezeki walau kadang2 sedih untuk aku hadapi untuk kali kedua.

Till then.. nanti aku update lagi ye.

P/S: Agak2 kan kalau dah ada laptop ni boleh ke up blog lebih kerap n ada gambar??=pp

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 3 June 2016

KEJADIAN OTW KE PENANG

Assalamualaikum

Plan nak ke penang dah rancang few weeks before dah. Sebab adik ipar aku yang belajar dekat ADTEC Kulim tue dah nak abes bljr. So ktorang plan nak pegi sana ambil barang2 dia before bulan puasa sebab kali ni memang plan nak jalan2 cari makan. Dah serik ha last year hantar dia register awal puasa Ya Allah rasa letihhhh sangat2. Tambah pulak bila mengantuk mana la boleh berhenti minum ke ape ke kan. So cik suami ambil cuti 2 hari khamis dan jumaat lepas.

So Last thursday dalam pukul 12 tghari lps siap breakfast ktorang bergerak dari selayang ke penang. The journey was smooth sampailah tetiba cik suami dengar macam tayar pancit. So kitorang decided untuk masuk ke kuala kangsar nak cari kedai tayar. Tapi cik suami ckp kite tengok dulu la pancit ke tak cukup angin. So kami berhentilah dekat petrol station tengok apa yang patut. Tapi tayar tak pancit, angin ok. So cik suami cakap takpela kita jalan jela macam biasa. But still rasa bergegar di stereng kereta makin kuat.

Tengah perjalanan kitorang decided untuk stop makan dekat hentian sebelah je sbb my mil bawak bekal makanan banyak. Siap makan memang plan nak masuk exit taiping/changkat jering sebab stereng makin kuat bergegar. We already felt something was wrong dengan kereta ni. Sama ada tayar ataupun alignment tak betul ni. Bila da gerak hujan sangattttla lebat. Cik suami pun takdelah bawak laju sangat. Tapi once dah masuk kawasan yang tak hujan husband dah nak start speeding. Suddenly dengan kelajuan 120km/h  terus rasa tayar pecah!!!!

Luckily masa tue kereta belakang takde and cik suami dapat kawal kereta dengan baik. Emergency lane kecikkk sangat. Masa tu mmg tawakal dengan Allah je moga kami dijauhi dengan perkara2 yang tidak baik. Sebabkan emergency kecik sgt ktorang dah ambil skit lane belah kiri. Mil trus ambil kain yg cerah and kibarkan utk bagi org npk. So takdelah dorg bawak kereta laju2 sgt kan. 

Sadly telefon SOS plus tue rosakkk. So aku cepat2 call hotline PLUS beritahu details semua. Cik suami pulak decided kami perlu bergerak terus at least duduk kawasan yang luas sikit walaupun tayar dah pecah masa tu. Sebab kalau nak tukar tayar pun dengan kawasan yang sgt dekat dgn main road sangat2 lah bahaya kan. Nasib jugak tak jauh sgt dengan exit changkat jering tue. Dalam 3km jugakla kami bergerak dengan sangat perlahan sebab tayar dah pecah kan.

Elok sampai cik suami park dekat bawah jejantas yang selalu ada motor2 rehat tue. Betul2 sebelum exit changkat jering. So luas la kan. So fil and cik suami pun start tukar tayar sendiri sbb nak tunggu plus dalam 30minit tue agak lama kan. But end up kena tunggu jugak PLUS sebab salah letak jet kereta tu. Xtaula aku betul ke tak nama dia tue. Cik suami ingatkan macam kereta sedan kan blh letak kat tepi tue je. Rupe2 4x4 lain letaknye jet tue. Huhu. Alhamdulillah memang dalam 30minit tue peronda PLUS da sampai untuk membantu. 

 
Aku duduk kat tepi je layan anak. Alhamdulillah tempat ni redup and berangin.

 Mak tengah kibar2 pakai daun pulak. Sorry mak tak dan nak edit gambar kaki. So kena letak ulat bulu je tutup kaki mak. Hehehe.  ni masa plus tak sampai lagi.

 Nak bagi dia senyap kita biarkan dia main pasir di tepi highway ni. Daripada dia sibuk nak kacau babah dia kan. 
 Nasibla pecah getah luar je. Kalau pecah semuanya boleh terbabas kami.

Alhamdulillah Allah itu Maha Penyelamat. Habis je tukar tayar spare kitorang terus cari kedai tayar area taiping. Bila check2 ada tayar dah crack kat bahagian belakang. So apak mertua dengan sedihnya kena tukar tayar kereta dia 2 bijik. Melayangla 1k++. Duit melayang takpe. Nyawa itu lagi penting.

Then we continue our journey heading to north dengan keadaan tenang sebab tayar tue pecah dengan kuat effect pulak bonet bagai. Banyak sangat benda jadi nak ke penang kali ni. Dugaan dugaan. The next day husband and fil pergi ke mitsubishi service centre pulak untuk repair apa yang patut.

Apa pengajaran yang perlu kami ambil sejak kejadian ni.

Tiap kali nak berjalan jauh cik suami sendiri kena sahkan dengan his father sama ada kereta da service,  tayar ok atau tak before gerak.

Sebab selalunya kami memang naik kereta ayah sebab besar nak bawak 7org kan. So sama2 salah dalam hal ni. Cik suami and aku kena cek sendiri eventhough ayah ckp dah service. Sian ayah kena marah dengan mak n anak2 sebab tak service dulu. Maaf ayah. Nasib ayah dah maafkan sebab kena bebel dengan anak2. 

Mitsubishi service centre dekat butterworth and bukit mertajam sangat bagus. Diorang repair and jujur dalam buat keje compare dengan service centre di kepong yang tak jujur dalam buat keje. Pffftt. Malas nak cite. Saje nak kena pak mertua aku mementangla orang tua kan. Buat cincai2 je. Dah pesan dekat ayah jangan service dekat kepong dah lepas ni. 

Ape2 pun syukur2 Alhamdulillah takde ape2 yang jadi pada kami. Kadang2 kena pk Allah jadikan sesuatu itu untuk kite sedar ada perkara yang Allah nak bagi peringatan tentang apa yang kite lakukan sebelum mahupun selepass. Wassalam

InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Friday, 19 February 2016

TALKING ABOUT WEAN OFF


Assalamualaikum. Happy weekend readers. (not sure that I have a reader or not. sighh).

Ok la. Few days lagi....hmm..to be exact, 3 more days Safra Insyirah will be 2 years old. Oh my!!! How time flies too fast. She growing up very well. Jarang sakit.. alhamdulillah.. n clever girl. But yeah...her ummi is so malas to teach her at home. Homeschooling. Ajar basic2 je.

Alhamdulillah jugak, dah nak dekat 2 years Allah berikan rezeki kepada aku untuk menyusukan Insyirah sepenuhnya. Dan tiba masa untuk aku wean off jugak. Huwaaaa... Tak kuat beb....tak kuat!!!

Few days back...until today actually, aku cuba...untuk tidak kerapkan penyusuan kepada Insyirah. Tak delah kata nak totally wean off. Sebab daripada pembacaan aku, ( fyi, aku baca semua blog yang bercerita pasal wean off anak ni) jangan stop dengan secara tiba-tiba. Let say ko kata nak wean off anak after 2 years, jangan hari ni kemahen ko bagi susu dekat dia macam biasa, suddenly esok masuk je 2 years ko terus stop. NO!!!! Itu akan melibatkan kacau bilau dalam emosi anak.

So, aku cuba. Untuk mengelak dari duduk di atas sofa, landing saje2 di atas karpet mahupun katil pabila waktu siang. Sebab??/ Sebab aku jugak baca, yang kalau nak wean off, jangan duduk tempat biasa anak2 menyusu. Maka, aku memang jadi rajin la. Dah duduk tak boleh, takkan aku nak berdiri static je kan. So, kena ada keje untuk melekakan aku dan insyirah. So that aku takkan duduk je atas kerusi. Tendency untuk Insyirah datang untuk menyusu sgt tinggi walaupun masa tu dia tengah leka bermain.

Aku jugak terapkan slow talk with her. Repeatedly cakap, " Insyirah big girl. Insyirah kena stop menyusu dengan ummi dah. Kena makan makanan berkhasiat. Insyirah kena bagi peluang untuk ummi mintak dengan Allah adik EH!!! ahahaha."  AND YESSS... slow talk itu berkesan tika mana dia hanya nak mengempeng ---maksudnya dia still merengek tapi tidak mengamuk...maksudnye saja2. Bukan menyusu sebab nak tdo!!.

Tapi cara itu tidaklah berkesan bila nak tidur!!! Nak2 tidur malam. Hadoi!!!! Kuat tak kuat lagi aku ni nak menghadapinya amukan dia. Tiada istilah merengek ye.  Moga doa aku dimakbulkan Allah untuk merpermudahkan usaha wean off dan insyirah.

So tengah counting days jugak ni. N mintak jasa baik husband jugak nak settle kan masalah ini. Aku cakap dengan husband, dari segi pembacaan aku, yang penting husband kena tolong aku dalam masalah ni... Alhamdulillah. Tanggapan aku salah. Yang kuat untuk tahan rengekan anak bab wean off ni adalah husband, Not me!!! SObsssss I hati rapuh tau.



InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Wednesday, 27 January 2016

SENYAP DARI FB DAN SOME WHATSAPP GROUP



Assalamualaikum...

Hari ni nak cite dah nak masuk 5 hari aku tak masuk fb (untuk scroll down what had happen in these days... n ttg update kawan2). And also senyapkan diri from a few group whatsapp.. malah tak baca pun. Terus clear msg dalah group tu.

Kenapa?

Ntah.. mungkin perlu masa untuk tidak memikirkan orang lain... membandingkan diri dengan yang lain. Aku rasa macam nak kembali pada zaman yang 4 5 tahun lepas. Yang ber messaging hanya untuk perkara penting.  Yes.. whatsapp itu boleh menyenangkan dan menjimatkan. Tapi sekarang cuma untuk family group, kawan baik (yang kadang tak msg sgt pun) .

Lagi satu, sebab rasa banyak sgt lagha nye. Biarlah aku baca berita direct on9 without opening the news at fb. Yeah..mungkin agak ketinggalan la kan. Tapi takpela. Lagi satu aku plak jenis suke baca komen2 ni...dengan keyboard warrior punye komen la..subhanAllah...so lebih baik aku larikan diri kejap. Aktif dekat insta jela kot temporary ni.

Susah tak? Yes!!! Sebab aku sangatlah suka scroll fb time2 free kan. Walhal time free aku tu, aku boleh lebihkan pada reading book, gardening, kemas n mantapkan lagi rumah aku. Focus lebih pada anak. Kan?  Thats why aku ambil keputusan ni. Tapi ok la. Rasa jiwa tenang....positive pun da positive skit.. stress pun kurang. So yeah, itu changes yang sangat bagus kan.

Doakan aku untuk terus istiqamah untuk tidak sentiasa dgn fb. Nak ubah diri tue, macam2 kan halangan dia. Allah je yang tahu. Hmmmm'
InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Thursday, 7 January 2016

SEIKHLAS MANA HATI INI REDHA MENJADI FULLY HOUSEWIFE


Assalamualaikum .

Hari ni nak cite sikit pasal keihklasan menjadi housewife...fully housewife..not working at home mom. Maksud dia..ko tak de buat side income pape...just jadi fully housewife. Gituu...

Well.... kadang2 syaitoooonnnn itu akan sentiasa berlegar legar berbisik dekat fikiran ko ni... sebab tengok orang dok gado-gado pasal housewife vs working mom ni. Kena pulak bila ada kawan2 bila borak-borak dok cakap, eh takpela.... awak tue fully housewife. Masa banyak kat rumah, ktorang ni terkejar kejar nak uruskan hal rumah lepas balik dari rumah semua lah!!!!

Betul...aku faham bagi mereke mereka yang bekerja. Sebab aku pernah merasa penat dia macam mana. Tapi aku tak nak cite banyak. Yang aku nak cite sekarang pasal ikhlas ke tidak aku ni jadi housewife.Huhu.

Keikhlasan itu mula diragui apabila kite mula membandingkan diri kita...

1) Ko nak membeli barang2, ko kena mtk izin n duit dari laki ko. Orang yang keje..nak je,..kot ada duit lebih gaji tu..ok je.Beli je pakai duit sendiri. Tapi alhamdulillah...aku rasa,sebab aku tak keje n xde duit sendiri sebab aku ni boros orang dia. Bila apa-apa ko nak, ko mintak dengan laki ko, walaupun laki aku jenis bagi je apa aku nak, kadang2 buat aku pikir 2x nak mintak sebab akan ada logik tak logik perlu ke tak aku beli. Kalau duit aku sendiri, jarang aku pk panjang.

2) Bila ko asyik pk orang mengata pasal ko. Pasal penat mak bapak hantar belajar tinggi2.,last2 ko duduk kat rumah jaga laki. Pastu siap bandingkan yang anak2 dorang, dorang akan pastikan tak jadi housewife. Kena kerja. Sebab laki bukan boleh percaya. (Yang ni aku agree. Tapi kena doa banyak2 untuk elak musibah dan dugaan tersebut. Allah ada. Kadang tu aku takut jugak..tapi tuela...benda ni yang paling aku takut sebenarnye. Tapi tak tau nak cakap guane pasal ni. Allah kalau nak duga..bukan takat laki cari lain je kan. Macam2 cara dia nak bagi., Nauzubillah

3) Bila ko rasa boringggg sangat. Ko sunyi. Takde kawan nak borak. Kat grup whatsapp pun ko borak dgn kwn2 yang housewife je. Ahahahha.. Sedih kan hidup. Tapi...kelebihan yang aku dapat, kurang skit nak borak2 masa keje... nak ngumpat ke. Itu dah kurang. So dok umah, layan anak...jaga rumah elok2.. takpela boring ke ape ke kan.

4) Ko nak cari aktivit yang best..laki ko suruh cari nak bagi hilang bosan, tapi insyirah plak jenis direct fully bf..botol takmo. Ko rasa? Kalau jenis behave je...ok la. Tapi Insyirah...macam toddler yang lain jugak. Aktif hoi!!! Tapi aku rasa ada je orang yang macam aku. Anak macam Insyirah. Tapi boleh join kelas agama, kelas2 yang boleh menambahkan ilmu ni la kan.. Insha Allah akan aku cuba usahakan. Sebab Insyirah dah nak masuk 2 tahun dah this year. Da nak wean off. Mungkin lepas wean off aku akan cuba cari kelas2 untuk skill improvement ni. Macam kelas masak ke,kelas agama ke... kan?

5) Lagi.... nanti ada masa aku up lagi pasal ni. Sebab ni sebenarnye entry yang tergendala. Aku asek tangguh je nak up pasal topic ni. Nanti pape aku cite lagi eyh. Till then..daaaaa


InDaH HiDup iNi JiKa KiTa SenTiAsA PoSiTiF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...