Assalamualaikum...
Monday Blues ke? Aku hari ni ye!! Sebab ape?? Sebab aku tak sabar nak cuti hari rabu. Kan public holiday. Heee.... Ikutkan hati.. nak je aku cuti sampai jumaat.. Tp mengenangkan nasib aku ni pekerja kontrak, maka, setiap hari cuti bermakna duit aku takde. Faham???
Ok.. entry kali ni nak cite pasal kari ikan tanpa santan. Al-kisahnya... cuti last week, krismas kan... Aku bukak2 fridge, ada ikan kembung je. Ikan kerisi ada jgk. Tapi dah berkurun dalam peti tue. So, yang fresh is ikan kembung. Bila tny cik suami, dia cakap.. goreng je. Abang nak mkn dgn sambal belacan.
Aku pun.. alahai suami.. itu je hari2 yang dimintak. Kesian pulak aku. Yang sebenornye.. sbb aku tak tau nak masak apa dah dgn kembung ni. Aku suke makan singgang, tapi nanti aku masak singgang.. cik suami mau tak bertambah. Ye!!! Aku tak suke cik suami perut ke depan. Tapi aku sedih kalau dia makan apa yang aku masak, dia tak tambah utk 2x. Sebab bila dia tambah 2x, aku assume dia sgt suke apa yang aku masak. Hahahha
Pastu, TING!!!!!! Keluar idea. Nak masak kari ikan kembung. Nyam nyam!!! Tambah pulak sayur kobis, sambal belacan n timun. Wallah!!! Memang meleleh air liur. Aku pun bukan almari, cari2 santan kotak, NAN HADO!!!! Bukak fridge semula mana tau ada kelapa parut beku yang lama2.. NAN HADO jugak...
Tapi takpe. Otak aku kan menggeliga kata ko. Terus aku google cari resepi kari ikan tanpa santan. Ha!!!! Baru ku tahu rupanya senang gilos tahap ko cium semua jari ko. Macam tue la senang dia. Haha... Kena pulak tetiba rumah aku hari tue ada pulak kan daun kari.. Cuma yang takde bendi n tomato. Ada aku kesah.
Dan-dan pulak terjumpa resipi orang masak kari dalam kuali. Tak penah hayat aku masak benda2 berkuah dalam kuali. Dorang cakap nak elak ikan tue pny isi pecah la caner. So aku pun try.... nak bagi pekat.. 1 pek rempah kari ikan tue aku letak. Terbaik!!! ** PUJI DIRI SENDIRI ITU WAJIB!!!
Maka..... ini la makan tengahari aku.. =))
Makan tengahari yang marvelous!!!! | \ |