Plan nak ke penang dah rancang few weeks before dah. Sebab adik ipar aku yang belajar dekat ADTEC Kulim tue dah nak abes bljr. So ktorang plan nak pegi sana ambil barang2 dia before bulan puasa sebab kali ni memang plan nak jalan2 cari makan. Dah serik ha last year hantar dia register awal puasa Ya Allah rasa letihhhh sangat2. Tambah pulak bila mengantuk mana la boleh berhenti minum ke ape ke kan. So cik suami ambil cuti 2 hari khamis dan jumaat lepas.
So Last thursday dalam pukul 12 tghari lps siap breakfast ktorang bergerak dari selayang ke penang. The journey was smooth sampailah tetiba cik suami dengar macam tayar pancit. So kitorang decided untuk masuk ke kuala kangsar nak cari kedai tayar. Tapi cik suami ckp kite tengok dulu la pancit ke tak cukup angin. So kami berhentilah dekat petrol station tengok apa yang patut. Tapi tayar tak pancit, angin ok. So cik suami cakap takpela kita jalan jela macam biasa. But still rasa bergegar di stereng kereta makin kuat.
Tengah perjalanan kitorang decided untuk stop makan dekat hentian sebelah je sbb my mil bawak bekal makanan banyak. Siap makan memang plan nak masuk exit taiping/changkat jering sebab stereng makin kuat bergegar. We already felt something was wrong dengan kereta ni. Sama ada tayar ataupun alignment tak betul ni. Bila da gerak hujan sangattttla lebat. Cik suami pun takdelah bawak laju sangat. Tapi once dah masuk kawasan yang tak hujan husband dah nak start speeding. Suddenly dengan kelajuan 120km/h terus rasa tayar pecah!!!!
Luckily masa tue kereta belakang takde and cik suami dapat kawal kereta dengan baik. Emergency lane kecikkk sangat. Masa tu mmg tawakal dengan Allah je moga kami dijauhi dengan perkara2 yang tidak baik. Sebabkan emergency kecik sgt ktorang dah ambil skit lane belah kiri. Mil trus ambil kain yg cerah and kibarkan utk bagi org npk. So takdelah dorg bawak kereta laju2 sgt kan.
Sadly telefon SOS plus tue rosakkk. So aku cepat2 call hotline PLUS beritahu details semua. Cik suami pulak decided kami perlu bergerak terus at least duduk kawasan yang luas sikit walaupun tayar dah pecah masa tu. Sebab kalau nak tukar tayar pun dengan kawasan yang sgt dekat dgn main road sangat2 lah bahaya kan. Nasib jugak tak jauh sgt dengan exit changkat jering tue. Dalam 3km jugakla kami bergerak dengan sangat perlahan sebab tayar dah pecah kan.
Elok sampai cik suami park dekat bawah jejantas yang selalu ada motor2 rehat tue. Betul2 sebelum exit changkat jering. So luas la kan. So fil and cik suami pun start tukar tayar sendiri sbb nak tunggu plus dalam 30minit tue agak lama kan. But end up kena tunggu jugak PLUS sebab salah letak jet kereta tu. Xtaula aku betul ke tak nama dia tue. Cik suami ingatkan macam kereta sedan kan blh letak kat tepi tue je. Rupe2 4x4 lain letaknye jet tue. Huhu. Alhamdulillah memang dalam 30minit tue peronda PLUS da sampai untuk membantu.
Aku duduk kat tepi je layan anak. Alhamdulillah tempat ni redup and berangin.
Nak bagi dia senyap kita biarkan dia main pasir di tepi highway ni. Daripada dia sibuk nak kacau babah dia kan.
Nasibla pecah getah luar je. Kalau pecah semuanya boleh terbabas kami.
Alhamdulillah Allah itu Maha Penyelamat. Habis je tukar tayar spare kitorang terus cari kedai tayar area taiping. Bila check2 ada tayar dah crack kat bahagian belakang. So apak mertua dengan sedihnya kena tukar tayar kereta dia 2 bijik. Melayangla 1k++. Duit melayang takpe. Nyawa itu lagi penting.
Then we continue our journey heading to north dengan keadaan tenang sebab tayar tue pecah dengan kuat effect pulak bonet bagai. Banyak sangat benda jadi nak ke penang kali ni. Dugaan dugaan. The next day husband and fil pergi ke mitsubishi service centre pulak untuk repair apa yang patut.
Apa pengajaran yang perlu kami ambil sejak kejadian ni.
Tiap kali nak berjalan jauh cik suami sendiri kena sahkan dengan his father sama ada kereta da service, tayar ok atau tak before gerak.
Sebab selalunya kami memang naik kereta ayah sebab besar nak bawak 7org kan. So sama2 salah dalam hal ni. Cik suami and aku kena cek sendiri eventhough ayah ckp dah service. Sian ayah kena marah dengan mak n anak2 sebab tak service dulu. Maaf ayah. Nasib ayah dah maafkan sebab kena bebel dengan anak2.
Mitsubishi service centre dekat butterworth and bukit mertajam sangat bagus. Diorang repair and jujur dalam buat keje compare dengan service centre di kepong yang tak jujur dalam buat keje. Pffftt. Malas nak cite. Saje nak kena pak mertua aku mementangla orang tua kan. Buat cincai2 je. Dah pesan dekat ayah jangan service dekat kepong dah lepas ni.
Ape2 pun syukur2 Alhamdulillah takde ape2 yang jadi pada kami. Kadang2 kena pk Allah jadikan sesuatu itu untuk kite sedar ada perkara yang Allah nak bagi peringatan tentang apa yang kite lakukan sebelum mahupun selepass. Wassalam